TERKINI :

Monday, July 22, 2013

Ya Allah bilalah kau ada p/raya kecil kat kawasan aku.. RM16K satu kepala...sapa nak bagi....!


Kempen BN di Kuala Besut, satu undi RM19,000


Anis Nazri, 22 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 mengutuk suasana berleluasanya kejadian pancing undi dengan dana awam yang dilakukan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri pada hari ke-10 tempoh kempen pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut yang membabitkan peruntukan sebanyak RM337 juta.

Dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini, badan reformis pilihan raya itu menegaskan sekiranya jumlah itu dibahagikan di kalangan 17,679 pengundi berdaftar, ini bermakna undi di Kuala Besut bernilai RM19,000 setiap satu.

Bersih juga tidak menolak kemungkinan berlaku lonjakan amaun ini dalam tempoh tiga hari baki kempen sebelum hari membuang undi, 24 Julai ini.

Bersih berpendapat, amalan memancing undi dengan menyalahgunakan dana awam, bukan sahaja melanggar etika pilihan raya, tetapi turut menunjukkan perancangan pembangunan secara ad-hoc didorong oleh kepentingan politik semata-mata.

Kerajaan Malaysia @ Kerajaan Saiful...!!!

 


Nama kerajaan kita ialah kerajaan malaysia alias "kerajaan saiful".

Kenapa demikian?

Siful yang bicara dan minta rayuan bicara ialah kerajaan malaysia bukan peribadi saiful.

Kalau saya kalah bicara di mahkamah kerana curi babi dan adakah kerajaan harus mohon rayuan bicara?

Lojikanya?

ISMAILY BUNGSU
likas

UAI - Jangan salahkan ASTRO OISIS sebab dok keluar TV.. !!!


Bekas Pelajar KUIN - Apa habaq Ustaz Azki & geng demo BERSIH KUIN..??

assalamualaikum
sebagai bekas pelajar, saya sedih melihat kuin jadi mcmni, tapi dari mula isu ni, saya dah nampak apa yg bakal berlaku. nak kesalkan pun tak boleh dah, tunggu 5 tahun lagi, tu pun kalau kerajaan selepas tu masih lagi berminat nak bangunkan kuin.

dari apa yg berlaku sekarang adalah bayaran tunai Allah Taala kepada mereka yang terlibat, mana geng2 yg buat demo dulu.

rasanya eloklah buat solat hajat seperti dulu kat masjid2 di seleruh kedah kemudian korg demo mcm dulu gak. lagipun dalam isu ni, kebanyakkan staff bersetuju, sebab diaorg boleh bekerja dekat dengan rumah masing2, tak perlu pergi kuala ketilkan. so syukurlah.

sebenarnya bagi aku korg bodoh, sebab sebelum korg bertindak sebelum ni, korg tak kaji ke IPTA dan IPTS kat Malaysia ni.

Kerajaan BN buat untung dengan sedut duit daripada rakyat atas urus niaga Jual/Beli Kereta..


KERAJAAN BUAT UNTUNG DENGAN SEDUT DUIT DRP RAKYAT ATAS URUS NIAGA JUAL BELI KERETA..!!!

kenapa...tahukah anda harga kereta yg keluaq dari kilang berapa dan cukai yang kerajaan kenakan berapa?? kerajaan mengenakan cukai sebanyak 80% ~ 100% setiap buah kereta yang masuk dan ada atas muka bumi Malaysia nie...

ini bermakna jika harga kilang RM50k maka kereta yang pengguna/rakyat beli akan menjadi dalam RM100K.. disini cuba lihat bila payment dilakukan maka rakyat sedang membayar separuh daripada harga kereta tersebut diberikan kepada kerajaan..

KUIN - Jika BN benci dengan AZIZAN & JAMIL....janganlah PENSYARAH & PELAJAR jadi mangsanya..???

Kakitangan Insaniah Holdings 'makan pasir' menjelang Aidil Fitri?
oleh Zulkifli Yahaya

Photo: Sayangi INSANIAH
Yakini Kuala Ketil

Ramai kakitangan Insaniah Holdings, anak syarikat kepada Kolej Universiti Insaniah (KUIN) meluahkan rasa kecewa kerana masalah kebajikan yang melanda mereka sekarang tidak dapat pembelaan dari mana-mana pihak. "Termasuk pihak pembangkang," kata mereka.

Pihak pembangkang, khususnya ADUN Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat maklumat yang jelas mengenai kepincangan terkini KUIN. Atau ADUN pembangkang barangkali sedang mengalami penyakit yang sama dialami ADUN BN selepas kalah PRU12 lalu, iaitu 'belum sedar' sepenuhnya bahawa mereka adalah pembangkang justeru memerlukan sedikit masa lagi untuk menyesuaikan diri sebagai pembangkang. Itu proses biasa bagi parti yang kalah pilihanraya sebagai sebuah kerajaan.

Isu besarnya ialah kakitangan Insaniah Holdings tidak mendapat gaji sudah tiga bulan! Semua proses untuk menuntut sara hidup itu telah dibuat tetapi hingga kini belum berhasil.

Di tandingi atau tidak jawatan parti , UMNO akan tetap sama sahaja

oleh Aspan Alias

Ramai yang meminta saya memberikan komen tentang perhimpunan agung UMNO oktober ini yang kini sudah sampai ke fasa kempen mengempen yang kuat diantara pemain politik UMNO hari ini. Tahun ini adalah tahun pemilihan parti dan tentulah ia mendapat tumpuan istimewa dari orang ramai.

Tumpuan ini di sebabkan ia berkait dengan UMNO. Pertamanya UMNO itu adalah parti pemerintah dan tidak hairan ia menjadi tumpuan ramai. Tumpuan terhadap parti itu lebih kuat lagi kerana parti itu telah menjadi isu besar kepada rakyat dan negara. Lagi pula UMNO baru sahaja selesai bersama dengan parti-parti lain melaksanakan tuntutan perlembagaan persekutuan untuk mengadakan pilihanraya setiap lima tahun.

Keputusannya sudah diketahui umum. UMNO mendapat kelebihan sedikit kerusi dari PRU ke12 tetapi jika dihitung dari kemenangan yang diperolehi oleh ahli-ahli parti dalam BN, ‘coalition’ itu telah kekurangan sebanyak tujuh kerusi berbanding dengan PRU ke12 dahulu.

Saperti biasa - sandiwara tradisi UMNO tak ubah bagai memilih pengarah filem

 
Bila kita menyebut nama pertubuhan UMNO tentu kita tidak bolih terlepas daripada memperkatakan tentang BN. UMNO selaku tunggak kepada BN yang memerintah Negara tentulah mendapat perhatian umum setiap kali pemilihan pucuk pimpinan diadakan. 

Saperti biasa - sandiwara tradisi UMNO tak ubah bagai memilih pengarah filem (selalunya dikekalkan pengarah sediaada) dan pelakun pelakun baru diundang untuk berganding dengan pelakun pelakun lama yang sudah popular dan berpengaruh untuk melakunkan cerita tradisi yang tidak pernah berubah skripnya. 

Suara suara yang sama nadanya menjunjung pengarah filem terpilih dalam bakul tadahan riuh kedengaran. Berbakullah pula janji manis penuh kepalsuan diketengahkan untuk halua telinga rakyat hingga mulut ternganga menonton siaran TV di rumah masing masing.

PAS menongkah arus di Kuala Besut

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
July 22, 2013


ROSAK...Isu Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang rosak dan tidak berfungsi sangat menyusahkan jentera BN
ROSAK...Isu Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang rosak dan tidak berfungsi sangat menyusahkan jentera BNROSAK...Isu Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang rosak dan tidak berfungsi sangat menyusahkan jentera BN

Bulan Ramadan tidak menghalang calon PAS, Azlan Yusof atau Che Long untuk mendahului kempen dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut berbanding lawannya,calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman.

Sehingga kini, banyak isu-isu yang dibawa oleh jentera kempen PAS terpaksa dijawab oleh BN satu per satu. Bermula dengan dakwaan pemberian tanah kepada wakil rakyat BN sehinggalah isu Empangan Lowvier Pengkalan Nangka yang rosak.

Semalam Pengarah Pilihan Raya BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengumumkan peruntukan sebanyak RM35 juta untuk pembinaan semula empangan itu. Ia dibuat Muhyiddin pada satu program himpunan keluarga nelayan dan peladang di Jeti Kuala Besut semalam.

Bank Kejar Syarikat Pengendali AES sebab tak bayaq hutang..!!!

Kantoi!! Bank Kejar Syarikat Pengendali AES

PETALING JAYA: Ketika mana pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih berdepan dengan pelbagai masalah dan rintangan, bank-bank sedang mengejar dua syarikat pengendali, Beta Tegap Sdn Bhd dan Automated Traffic Enforcement System (ATES) Sdn Bhd.

Kedua-dua syarikat ini dikejar oleh bank-bank kerana gagal membuat bayaran balik pinjaman mengikut jadual akibat ditimpa masalah aliran tunai berjumlah jutaan ringgit, lapor The Edge.

Mengikut kontrak yang ditandatangani dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kedua-dua syarikat ini harus menyediakan perkhidmatan kepada unit penguatkuasaan JPJ secara berterusan, tanpa gangguan.

Mereka sepatutnya menyediakan perkhidmatan itu kepada JPJ sejak bulan September lalu sehingga tamat tempoh lima tahun kontrak di mana penyerahan peralatan akan dilakukan.

Menurut sumber, sebuah bank komersial terkemuka, mengambil tindakan membeku akaun salah sebuah syarikat itu apabila gagal membuat bayaran balik pinjaman.

Doktor rasis: Exco beri ADUN pembangkang kata dua

DR. Afif Bahardin
AHLi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin yang menyaku wujud tiga doktor rasis di hospital kerajaan dekat Pulau Pinang supaya mengemukakan bukti berwajib atau segera mohon maaf atas tuduhan tanpa asas tersebut.
Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin berkata, Datuk Seri Hilmi Yahaya (Timbalan Menteri Kesihatan) sendiri dalam satu kenyataan di sesawang Malaysiakini.com pada 20 Julai lepas mengaku bahawa dakwaan itu 'mungkin berlaku salah faham'.
"Saya menggesa Y.B. Roslan Saidin agar meminta maaf secara terbuka kepada para doktor di seluruh Malaysia berikutan dakwaan yang telah beliau bangkitkan di dalam DUN (Dewan Undangan Negeri) Pulau Pinang berkenaan tiga doktor rasis yang enggan merawat pesakit," ujar Dr. Afif menerusi emel baru-baru ini.

JKKK antara salah satu yang main peranan menangkan KEDAH..

Najib: JKKK, setiakawan menangkan BN Kedah pada PRU13
10:13AM Jul 22 2013 

Kerajaan akan melaksanakan model baharu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mulai tahun depan untuk memperkasakan kepimpinan akar umbi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata model baharu itu antara lain menyediakan latihan untuk menambah ilmu dan keberkesanan kepimpinan JKKK dan meletakkan had maksimum umur pengerusi JKKK kepada 65 tahun yang dirasakan lebih munasabah.

"Kalau dah 70 tahun mungkin sukar nak buat kerja. Kalau guna had umur penjawat awam 60 tahun ada yang kata mereka masih bertenaga," katanya pada majlis berbuka puasa Perdana Menteri Bersama JKKK Negeri Kedah di Dewan Wawasan Kubang Pasu, Jitra dekat Alor Setar semalam.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Kita serah kepada Shafie untuk umum di peringkat nasional," katanya.

Ketua dakwa ahli Syiah cecah sejuta


Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz
 
SHAH ALAM – Ketua Kumpulan Syiah Malaysia, Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz mendakwa jumlah pengikut fahaman itu kini dianggarkan mencecah antara 300,000 dan sejuta orang.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberi anggaran tepat kerana tidak mempunyai data mengenainya.

“Jumlah yang tepat kita tidak ada. Kita hanya mengambil kira jumlah itu berdasarkan pelbagai pandangan dan laporan di media.

“Ada laporan mengatakan 300,000 orang. Paling ramai pernah dilaporkan mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia ialah sejuta orang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas jumlah sebenar pengikut ajaran Syiah di Malaysia.

Diminta mengulas mengenai cadangan mewartakan fatwa anti-Syiah di negara ini, Mohd Kamilzuhairi berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada kerajaan.

“Saya tidak mahu komen panjang. Terserah kepada kepada menteri terlibat untuk buat keputusan mengenai Syiah.

“Cuma apa yang boleh saya kata, sesuatu perkara yang salah lambat laun pasti akan musnah. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Ku Nan - UMNO sebuah parti yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah

Ku Nan: Muzakarah elak rebut jawatan
Tengku Adnan
Tengku Adnan Tengku Mansor
 
KUALA LUMPUR - Anggota Umno dinasihat bermuzakarah sesama sendiri bagi mengelak perebutan jawatan sepanjang pemilihan di peringkat cawangan yang sedang berlangsung sejak Isnin lepas hingga 30 Ogos ini.
  
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata mereka perlu berpegang kepada Fasal 3 perlembagaan parti, yang antara lain menegaskan bahawa Umno merupakan sebuah parti politik yang menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam.
  
"Jadi dalam Islam duduk muzakarah dan berbincanglah siapa nak jadi ketua dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di surau As-Sodiqin, Taman Kobena, di sini hari ini.
  
Katanya dasar perjuangan parti itu adalah berteraskan al-Quran dan Sunnah, justeru mana-mana anggota yang ingin memegang jawatan dalam parti perlu mempunyai niat yang telus dan mengutamakan tanggungjawab kepada rakyat.
   

ALOR SETAR - Tapak karnival sebabkan kesesakan?

Tapak karnival sebabkan kesesakan?
Tapak karnival sebabkan kesesakan?
Keadaan tapak karnival jualan berhampiran Pekan Rabu yang didakwa menyebabkan masalah parkir.
 
ALOR SETAR - Segelintir peniaga Pekan Rabu, dekat sini, mendakwa pembukaan tapak karnival jualan di situ menimbulkan kesulitan kepada peniaga.

Mohd Zahir Mokhtar berkata, mereka terpaksa menanggung masalah meletakkan kenderaan berikutan kawasan parkir digunakan sebagai tapak niaga.

“Keadaan ini menimbulkan kesulitan kami membawa masuk stok dan meletakkan kenderaan, malahan dikhuatiri pelanggan enggan memasuki premis perniagaan kami kerana sukar meletakkan kenderaan mereka.

“Malahan, kami dapati kon diletakkan di hadapan khemah mereka, sekaligus  sebabkan laluan makin sempit, berbahaya kepada pengguna dan kenderaan terpaksa guna jalan berkenaan dalam keadaan tidak selesa,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...