TERKINI :

Sunday, July 21, 2013

KUIN - Staff INSANIAH HOLDING ditindas secara terang manakala student pulak ditindas secara diam..!!..!!!

BRIM gagal dan buang masa -TUN Mahathir


BR1M gagal bantu prestasi BN pada PRU13, kata Dr Mahathir

Pemberian tunai tidak membantu parti pemerintah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kerana rakyat menganggap mereka berhak memiliki wang mereka sendiri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar).

"Sebenarnya, pemberian itu langsung tidak berkesan. Penerima bantuan terutama penyokong pembangkang, tidak berterima kasih kerana menganggap ia wang mereka. Itu duit cukai bukan wang kerajaan atau BN," katanya.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sekali gus paling lama dalam sejarah tanah air itu berkata demikian pada temu bual dalam rencana Utusan Malaysia hari ini.

Beliau juga menyifatkan amalan pemberian tunai itu berlawanan dengan pentadbirannya antara 1981 dan 2003.

"Sebelum ini, kerajaan memastikan persekitaran melalui kemudahan kepada masyarakat, pengendalian ekonomi, pelaburan dan banyak lagi untuk dinikmati rakyat.

"Bukannya beri wang kerajaan tetapi kita sediakan ruang dan persekitaran yang sesuai untuk kehidupan rakyat.

"Sekarang, kita lihat ramai graduan tidak ada pekerjaan. Mungkin rakyat berasa puas hati apabila menerima bantuan tunai tetapi ia sebenarnya tidak cukup. Ia akan habis dalam beberapa hari," katanya.

Zaman PAS..pensyarah KUIN dok buat demontrasi.. mai zaman BN giliaq student pula buat demontrasi


Photo: Sayangi INSANIAH
Yakini Kuala Ketil

Umno berubah apabila kalah pilihan raya, kata Kadir Jasin


Oleh Md Izwan

Kadir sifatkan, sangat tipis untuk Umno berubah menjadi lebih baik Kadir sifatkan, sangat tipis untuk Umno berubah menjadi lebih baik Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) membayangkan peluang untuk Umno berubah tipis kecuali berlaku perubahan drastik termasuk kalah pilihan raya umum.

"Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis.

"Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU," kata Datuk A Kadir Jasin dalam blognya, hari ini.

Pemilihan Oktober ini dikatakan bersejarah berikutan sistem kuota dimansuh tetapi Kadir menyifatakan ia bukan jaminan untuk parti itu memenuhi tuntutan perubahan.

Seramai 146,500 perwakilan Umno dari 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan parti pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Meskipun pindaan perlembagaan itu memberi ruang secara demokratik, Kadir berkata mustahil Datuk Seri Najib Razak dari kerusi Presiden Umno seperti yang berlaku kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

"Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu," katanya.

Fatwa Ratu Cantik : Walaupun Haram & Berdosa tapi boleh selagi tak berbakini atau sut renang..!!

4 gadis Islam finalis Miss Malaysia World 2013

KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai empat gadis Islam merupakan antara 20 peserta yang dipilih sebagai finalis pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang akan berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pada 2 Ogos ini.

Pemilihan finalis untuk pertandingan ratu cantik itu dibuat dalam satu sesi interbiu tertutup yang berlangsung di sini pada 12 Julai lalu dan majlis memperkenalkan mereka berlangsung baru-baru ini.

Mereka dipilih berdasarkan kemampuan membawa diri dengan penuh keyakinan, personaliti dan cara mereka mengikut tema pertandingan iaitu 'Kecantikan Dengan Tujuan'.

Peserta yang dinobatkan sebagai Miss Malaysia World 2013 akan mewakili negara pada pertandingan Miss World 2013 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia pada 28 September nanti.

Penganjur pertandingan, Datuk Anna Lim ketika dihubungi mengesahkan penyertaan empat finalis beragama Islam pada pertandingan ratu cantik itu tahun ini.

Kalimah Allah - Putrajaya dah janji dalam diam bagi guna tapi PAS & DAP yang dipalit lumpurnya

Terkejut pendirian Umno dalam isu Allah, Kristian mahu Kabinet laksana penyelesaian 10 perkara
Oleh Md Izwan

Kumpulan Kristian terbesar yang mahu Putrajaya melaksanakan penyelesaian 10 perkara berhubung penggunaan kalimah Arab “Allah” oleh komuniti itu terkejut dengan kenyataan dibuat oleh dua pemimpin Umno berhubung perkara itu.

Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Rev Dr Eu Hong Seng, berkata kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan “tidak dapat dipertahankan dan bertentang dengan penyelesaian 10 perkara diputuskan oleh Kabinet pada April 2011.”

“Penggunaan perkataan “Allah” dalam Al-Kitab bukan dan tidak pernah kerana kesilapan cetakan seperti didakwa oleh Yang Berhormat Menteri. Cadangan sedemikian tidak sensitif, menghina dan membangkitkan kemarahan.

“Kami ulangi ia adalah hak untuk komuniti Kristian menggunakan perkataan ‘Allah’,” kata Eu dalam satu kenyataan hari ini.

Apa SPR dok ding dong lagi..cepat la pergi saman si Rafizi tuu..!!!

Kenapa Wan Ahmad Tidak Mahu Heret Rafizi Ke Mahkamah?

 
Memahami ulasan timbalan pengerusi SPR Wan Ahmad Wan Omar berhubung kenyataan Rafizi Ramli kononnya ada pemimpin tertinggi SPR mengenali rapat dengan Mohamad Salleh orang yang dikatakan bertanggungjawab mengurus untuk mendapatkan tander membekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum lalu membayangkan Wan Ahmad tidak mahu mengheret Ahli Parlimen Pandan itu ke mahkamah.

Ketika mengulas berhubung kenyataan Rafizi yang dibuat diluar parlimen kelmarin Wan Ahmad hanya melahirkan rasa kesal kepada Rafizi kerana membuat kenyataan fitnah dan beliau enggan melayan Rafizi yang dianggap memfitnahnya.

Sikap Wan Ahmad itu mengecewakan orang ramai yang menanti-nanti kes itu dibawah ke mahkamah. Sebelum ini Wan Ahmad ataupun Aziz Yusuf dikira tidak ada hak untuk membawa Rafizi ke mahkamah kerana beliau membuat tuduhan itu di dalam dewan. Apa-apa kenyataan yang dibuat di dalam dewan tertakluk kepada imunniti dewan bagi seseorang ahli parlimen.

Lagi penghinaan & khianat kepada Melayu

oleh Jingoza

Assalamualaikum wm muslimin/muslimat yang dihormati sekelian

Lagi Penghinaan & Pengkhianatan Kepada Melayu

UDA sekali lagi menempa nama busuk untuk 'membela' rakyat Melayu yang terkenal dahulu dengan pembinaan 'flat' sempit dua bilik yang mana bila masuk bertandang sahaja, bertemu jamban dan bilik air!

Rancangan perumahan terkini di Tanjung Tokong Pulau Pinang yang konon mahu 'membela' Melayu Pulau Pinang tapi timbul kemushkilan jika ia benar-benar untuk orang Melayu atau perumahan wayang untuk Melayu tapi tiada Melayu yang mampu membeli kediaman yang bernilai ratusan ribu ringgit!

Cara licik buat duit atau memang spesis kaki kelentong hanya baik pada nama dan pengumuman gah yang konon rancangan perumahan untuk umat Melayu tapi sebenarnya mahu main Melayu!

Pengkhianatan UDA yang sudah terbukti dulu dengan membina flat atau rumah pangsa yang memang hanya layak untuk makhluk-makhluk terbang iaitu burung merpati yang boleh hidup cara begitu. Berhimpit-himpit dengan dua bilik kecil, hanya siapa yang tinggal di situ sahaja tahu bagaimana menanggung azab dan sakit jiwa, dengan lift yang selalu rosak amat menguji kesabaran!

Aurat: Hormatilah bulan Ramadhan

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan dan di bulan inilah peluang keemasan bagi semua umat islam tidak kira apa status mereka ini Allah berikan keampunan dan pahala berlipat kali ganda lagi serta pintu langit terbuka luuas kepada mereka yang kembali kejalan Allah dan beriman kepadaNya.

Jestru itu adalah disarankan agar semua juruacara wanita yang beragama Islam yang bertugas siaran secara langsung saperti TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9 dan TV berbayar Astro supaya berpakaian menutup aurat sebagaimana wanita Muslim yang lain yang tahu untuk menghormati bulan yang mulia dan barakah ini sekurang-kurangnya bertudung dan tidak memakai pakaian sendat dan singkat sebagai lazimnya mereka lakukan.

Piawaian Etika Media di M'sia - Untuk UMNO BN lain.. Untuk PR lain..!!!

Pensyarah: Wujud dua piawaian etika media di M'sia
Ahmad Fadli KC

Persoalan sama ada media di Malaysia beretika atau tidak, mempunyai sekurang-kurangnya dua versi jawapan iaitu piawaian profesional pengamal media dan yang bergantung kepada piawaian pemerintah, kata pensyarah pengajian media, Profesor Zaharom Nain.

Menurutnya, piawaian pemerintah dalam menentukan sesuatu organisasi media itu beretika atau tidak, bermula dengan campurtangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pentadbiran BN.

"Secara umumnya pada tahun 80-an dan 90-an Dr Mahathir dan regim BN mengganggu institusi-institusi utama Malaysia, termasuklah media - mencampuri dan mengetatkan kawalan ke atas media dan deregulasi media menerusi pemilikan sehingga kerajaan boleh mengawal dan menyelia (media) dengan lebih ketat," katanya di forum Media dan Etika di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, berdasarkan piwaian profesional, akhbar harian seperti Utusan Malaysia diragui etikanya kerana telah banyak kali kalah dalam kes mahkamah melibatkan pertikaian terhadap laporan berita mereka.

Kedah wartakan pengharaman shisha

Mohd Rawi Abd Hamid
Mohd Rawi Abd Hamid 
 
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah sedia mewartakan pengharaman shisha selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskannya sebagai haram.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan, Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara tersebut akan dibawa ke mesyuarat Exco untuk mendapatkan persetujuan sebelum diwartakan.

“Kita akan berbincang pada mesyuarat Exco akan datang untuk putuskan sama ada pengharaman itu perlu diwartakan atau sebaliknya.

“Dalam masa sama, kita perlu dapatkan pandangan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad terlebih dahulu sebelum menguatkuasakannya,” katanya kepada Sinar Harian.
 

KUIN oh KUIN : Akibat dendam kesumat akhirnya pelajar jadi mangsa.. ibarat Menabur Angin Menuai Badai [II]

Menabur Angin Menuai Badai II

Ijazah Kaunseling adalah antara kursus yang ditawarkan oleh KUIN dalam sessi pengajian 2013. Maklumat ini boleh disemak dalam web site insaniah. Kursus lain yang dalam senarai ialah kursus yang berkaitan dengan agama Islam yang ditawarkan sejak penubuhan INSANIAH. Waktu itu kerjaan negeri Kedah dibawah BN. Yang jelasnya ialah tidak ada lagi kursus yang diujudkan oleh KUIN semasa zaman pentadbiran kerajaan PAS ditawarkan bagi sesi 2013
.
Program Ijazah Kaunseling (Master) yang sedang berjalan telah ada 3 kohort. Kohort pertama sudah tamat. Kohort kedua terdiri dari 30 pelajar dan kohort 3 terdiri dari kurang dari 10 pelajar. Salah seorang dari pelajar dalam kohort 2 ialah Ustaz X, pejuang utama kumpulan BERSIH yang juga individu yang menuai hasil lumayan selepas kerajaan BN menerajui kerajaan negeri Kedah.

ALOR SETAR - Tabah besarkan lapan anak

Tabah besarkan lapan anak
Pengarah Program Bakul Ramadan, Adiyati Mohd Noor (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Solehah (kanan).
 
ALOR SETAR - Seorang ibu tunggal di Jalan Datuk Kumbar dekat sini, terpaksa mengambil upah mengurut untuk membesarkan lapan anaknya sejak kematian suami lima tahun lalu.

Solehah Hashim, 52, berkata, namun nasibnya terbela apabila mendapat perhatian Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) cawangan Alor Setar yang mengunjunginya, semalam.

Katanya, suaminya meninggal dunia pada 2008 akibat penyakit jantung sehingga menyebabkan dirinya mengambil upah mengurut untuk menyara kehidupan anak-anak.

“Makcik terpaksa mencari rezeki dengan mengambil upah mengurut dengan pendapatan tidak menentu setiap bulan berikutan enam daripada lapan anak masih belum dapat bekerja, manakala gaji diperoleh dua lagi hanya cukup untuk mereka sahaja.

SIK - Masih ada lagi rumah rakyat berdindingkan dengan buluh..!!

Sakit serang tak tentu masa
Sakit serang tak tentu masa
Jasni bersama isteri serta anak-anaknya bergambar dihadapan rumah mereka.
 
Sakit serang tak tentu masa
Arisa yang menghidap penyakit jantung berlubang.
 
Sakit serang tak tentu masa
Keadaan dari luar rumah Jasni.
 
SIK - Suami kerap mengalami kekejangan otot, manakala anak bongsu berusia dua tahun menghidapi penyakit jantung berlubang.

Pasangan ini yang mempunyai empat puteri hidup dalam keadaan serba kekurangan dan menghuni rumah tidak mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik akibat kesempitan hidup.

Rumah itu baru sebulan didiami yang dibina atas ehsan penduduk di Kampung Batu Dua, di sini.

Sebelum ini mereka tinggal di rumah sewa namun, terpaksa keluar kerana tidak mampu menjelaskan bayarannya.

Jasni Hasyim, 37, tidak mampu melakukan kerja berat kerana sering mengalami kekejangan otot menyebabkan pendapatan yang diperoleh tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...