TERKINI :

Saturday, July 20, 2013

Di Malaysia, semuanya ‘tiada tindakan lanjut’

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
July 20, 2013
Latest Update: July 20, 2013 11:39 am

ANALISIS BERITA - Masih menunggu Datuk Zulkifli Noordin didakwa atas kesalahan menghasut atau undang-undang kerana mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap penganut Hindu? Tiada Tindakan Lanjut.

Masih menunggu Datuk Ibrahim Ali didakwa kerana mengugut hendak membakar kita bible berbahasa Melayu? Tiada Tindakan Lanjut.

Masih menunggu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi didakwa kerana menyebabkan kecederaan? Tiada Tindakan Lanjut.

Masih menunggu Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) mengambil tindakan terhadap orang kaya dan berkuasa yang campur tangan dalam kehakiman seperti dibentangkan Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri? Jangan tunggu.

Dalam tempoh 48 jam lalu, tindakan dikenakan kepada pasangan lucah, Alvin Tan dan Vivian Lee (Alvivi), atas kesalahan mereka mempersendakan Ramadan dengan menyiarkan gambar menyentuh sensitiviti umat Islam di laman sosial Facebook mereka, sementara tiada tindakan ketara diambil terhadap individu yang mempunyai kaitan politik walaupun melakukan kesalahan hampir serupa. Polis Diraja Malaysia dipersalahan kerana menjadi pihak yang memainkan peranan besar di dalam negara tetapi tidak boleh melakukan apa-apa terhadap tertuduh yang tinggal di kejiranan mewah atau mempunyai beberapa kaitan dengan orang politik.

Peguam Negara jangan aniaya Najib?

Shahbudin Husin, 20 Jul 2013

Berikutan tindakan yang sudah diambil oleh Peguam Negara terhadap pasangan blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didapati menghina Islam dan memuatkan perlakuan berunsur lucah mereka dalam internet, pihak kerajaan khususnya kepimpinan Perdana Menteri, Najib Razak sedang diasak untuk mengambil tindakan yang serupa terhadap pihak-pihak lain yang juga didapati menghina agama selain Islam.

Antara yang tersohor agar diambil tindakan oleh Presiden Perkasa, Ibrahim Ali yang mahu membakar kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan perkataan Allah dan Zulkifli Noordin yang didapati mempersenda penganut agama Hindu dengan mengejek tuhan agama itu tidak mempunyai kuasa walau untuk menghalang banjir sekali pun.

Sementara semua rakyat berbilang kaum dan agama mengalu-alukan tindakan tegas dan pantas yang diambil terhadap pasangan Alvin dan Vivian, rakyat juga sebenarnya mengharapkan tindakan yang serupa seharusnya diambil terhadap Ibrahim dan Zulkifli. Walaupun penghinaan yang dilakukan oleh Ibrahim dan Zulkifli mungkin tidak seserius dan seberat yang dilakukan oleh Alvin dan Vivian tetapi penghinaan walau dalam apa bentuk dan cara sekali pun, tetap merupakan penghinaan dan tidak boleh diterima sama-sekali.

Rakyat tidak mahukan orang baik, mereka mahukan pemimpin yang baik

oleh Aspan Alias

Baiknya mengadakan pilihanraya dalam bulan puasa, adalah nyata. Pilihanraya kecil Kuala Besut memberikan buktinya. Tidak ada kata-mengata yang keras diantara kedua-dua belah yang bertanding kecuali beberapa insiden yang tidak menyenangkan telinga mendengarnya.

Walau bagaimanapun keseluruhannya, tetap tidak kedengaran tuduh menuduh yang kuat terutamanya dari pihak BN. Selalunya BN akan membuat berbagai cara untuk menang termasuk melakukan perkara yang tidak beretika terhadap PAS. Tiga puluh empat tahun yang lalu kawasan ini jugalah yang telah mengadakan pilihanraya kecil dalam bulan puasa jika tidak silap ingatan saya.

Kali ini BN menumpukan usaha dengan berkempen secara biasa sahaja, iaitu menumpukan kepada janji-janji pilihanraya. BN telah mengumumkan berbagai-bagai projek kepada penduduk Kuala Besut bagi memancing sokongan pengundi kerana Kuala Besut adalah tempat dalam mana PAS juga mempunyai pengaruh yang besar.

Islam Liberal sedang menerjah kedalam sanubari umat Islam Malaysia..!!!

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Untuk berlaku adil kepada semua, saya jelaskan kefahaman tentang Islam liberal yang dianuti ini,fahaman liberal di kalangan penganutnya Islam itu sendiri. Secara umum dan sebagai pengenalan, aliran Islam Liberal mendakyahkan kebebasan berfikir dan kebebasan mentafsir agama. 

Dengan kata lain, ia menyeru agar semua orang diberi hak untuk bercakap tentang Islam. Hak untuk memberi pandangan mengenai Islam, al-Quran dan hadis tidak wajar dibataskan kepada golongan agama sahaja. Makna liberalisme itu sendiri kita boleh faham yang mana ia bererti bebas berfikir dan berbuat apa sahaja asal tidak mengganggu kebebasan orang lain. 

Oleh itu ada seseorang yang berpegang kepada ini akan bebas bercakap mengenai apa sahaja mengenai agama. Suara golongan Islam liberal begitu lantang yang mahukan lebih banyak kebebasan dalam bersuara dan berfikir selain mentafsir sendiri al-Quran mengikut kehendak sendiri, mengikut cita rasa mereka.Lebih menakutkan, mereka juga membenarkan pluralisme agama atas alasan bahawa semua agama adalah sama.

KJ seperti memperli jawatan PRESIDEN yang ada pengampu bodek supaya jangan ada pertandingan..

KJ sokong jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
 
SEREMBAN - Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau menyokong sepenuhnya cadangan agar jawatan Ketua Pemuda Umno dipertandingkan dalam pemilihan parti dijadual Oktober ini.
  
Katanya jika majoriti anggota parti mahukan demikian, pemilihan terbuka wajar diadakan bagi menghormati suara dan kehendak mereka.
  
"Saya menghormati pandangan dari akar umbi kalau mereka mahu jawatan Ketua Pemuda dipertandingkan, mengikut kepada pindaan perlembagaan parti kita," katanya kepada pemberita semasa mengadakan ziarah mesra ke kawasan perumahan Taman Pinggiran Senawang, di sini hari ini.
  
Beliau diminta mengulas keputusan Pergerakan Pemuda Umno Johor dalam mesyuarat khasnya semalam, yang mahu pemilihan Pemuda Umno Pusat pada perhimpunan agung parti akan datang, dibuat secara terbuka dengan mempertandingkan semua jawatan.
   

Janji SANTA CLOUS BN di Besut bernilai RM324juta....

RM324 juta "janji segera" BN di Kuala Besut

BESUT: Ahli Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, Dr Dzulkefly Ahmad memberitahu Barisan Nasional telah mengeluarkan peruntukan melalui janji sebanyak RM324 juta sepanjang sembilan hari berkempen.

Beliau tidak menolak jumlah itu akan terus meningkat sehingga saat-saat akhir menjelang pengundian pada 24 Julai nanti yang melibatkan pemberian wang tunai.

"Dua hari lepas BN telah berbelanja melalui perjanjian projek di Kuala Besut ini sebanyak RM288 juta, namun sehingga hari ini iaitu sembilan hari berkempen sebanyak RM324 juta telah dijanjikan.

"Jika mereka merasakan kempen kita kuat maka mereka akan salurkan peruntukan yang besar sehingga akhir kempen dan sehari sebelum mengundi sudah pasti ada pemberian tunai kepada pengundi untuk mereka meraih undi," jelas beliau selepas sidang media di Markas Utama PAS, Kampung Baharu.

Dr Dzulkefly menyifatkan aktiviti menyogok pengundi adalah tidak wajar dan ia merupakan satu jenayah pilihanraya.

Macam-macam Seksyen Polis nak tangkap rakyat jika mereka mahu...!!!

Polis guna undang-undang dadah tahan 11 peserta protes TPPA
 
Peserta yang membantah Perjanjian Kerjasama Trans-Pasifik (TPPA) bingung apabila polis menuduh mereka menggunakan dadah dalam usaha untuk memaksa mereka beredar dari depan sebuah hotel di Kota Kinabalu di mana rundingan TPPA sedang dijalankan.

NONEKetua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu (kiri) yang merupakan antara mereka yang ditahan berkata, walaupun mereka mengadakan protes di seberang jalan dari Hotel Sutera Harbour, tetapi pihak polis datang dan menghimpunkan 11 peserta terbabit dan memberitahu bahawa mereka ditangkap mengikut Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya 1952.

 "Kami diminta mengikut mereka ke balai polis untuk ujian air kencing.

"Kami tidak mahu apa-apa yang tidak diingini berlaku, jadi kamu ikut mereka," katanya.

Kemudian, tiga orang lagi ditahan di luar ibu pejabat polis daerah Karamunsing ketika mereka datang untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka yang ditahan.

Khalid Samad dok kalut menepis manipulasi media lawan...


Khalid Samad: Jangan manipulasi kenyataan saya


ADALAH jelas video yang disiarkan sebuah portal berita mengenai komen saya berhubung kes Duta Vatican mengandungi terlampau banyak babak 'cut' dan 'edit'.

Ia bertujuan memutar-belit komen saya sepertimana yang terpampang jelas dari tajuk video itu sendiri.

Saya tidak membela Duta Vatican dan tidak juga menyatakan bahawa ianya merupakan pendirian Pas Selangor.

Di dalam temuramah tersebut, saya sekadar menjelaskan bahawa pendirian duta tersebut adalah pendirian serta pendapat peribadi beliau yang tidak mungkin kita ubah.

Saya juga menyebut bahawa beliau tidak sepatutnya campur tangan kerana ini adalah urusan negara kita dan sebagai tetamu maka adalah tidak wajar memberi sebarang komen terhadap isu tersebut.

Macamana tak dikatakan TNB PENYAMUN... meniaga untung sampai RM2bilion tapi sebok nak naikan bil..!

Oleh King Jason


Mari kita belajar matamatik baru gaya umno bn sat..

Makcik Ani niaga karipap..hari hari niaga untung..maka makcik ani putuskan nak naikkan harga jualan karipapnya..akibat harganya mahal.Pelangan mula boikot karipap jualan makcik Ani.

Makcik Ani rugi.jualannya tak laku.banyak yg tak habis.bagi mengatasi kerugian..makcik Ani naikkan lagi harga karipapnya..

Kah kah kah..apa punya niaga ni..

Begitulah berlaku pada TNB..korang sedar tak..untuk merembat wang negara. Mantan PM iaitu dr M telah menswastakan syarikat penjana tenaga yg dulunya milik kita semua..hak kerajaan Malaysia.

Penjana benas ( IPP) ini rata2nya milik cina YTL dan krony Dr M.tak sudah dengan krony..IPP ini diberi suntikan subsidi sebanyak 22 bilion setahun baginpembekalan gas dan lain2.. hingga hari ini..tiada sebarang audit dilakukan bagaimana wang cukai rakyat digunakan oleh krony Dr M ini.

PAS jangan sekali-kali kalut

Oleh Roslan SMS Corner

Rata-rata hari ini PAS dilihat sebagai satu-satunya parti yang berjuang untuk menegak dan memartabatkan Islam dalam Negara.

Saya masih ingat Tuan Guru Presiden PAS pernah berkata dewasa ini hanya PAS lah kekal sebagai satu-satunya parti yang memperjuangkan Islam di Malaysia, tidak seperti Negara Islam lain dimana dalam sebuah Negara hadir terlalu banyak parti Islam sehingga menimbulkan kekalutan, perbalahan dan malah sehingga melengahkan lagi kemenagan Islam.

Sesunggunya struktur parti PAS yang lengkap tersusun dengan Majlis Syura Ulamaknya sebagai badan yang menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS selain Dewan Ulamak dan penyertaan berbagai golongan sebagai ahli, PAS dilihat dan diterima sebagai sebuah parti politik Islam yang sempurna.

Kerana itu masyarakat mengharapkan dalam isu-isu yang melibatkan Islam, PAS perlulah sentiasa kehadapan. PAS perlu konsisten berpegang pada Islam dan sentiasa berdakwah memahamkan masyarakat samada Islam mahupun yang bukan Islam berhubung Islam itu sendiri.

Kudeta Perak Hantui Umno Terengganu



Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Pilihanraya kecil Kuala Besut bukan pilihanraya Umum. Pilihanraya Umum bermatlamatkan pembentukan Kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Adakah itu menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut tidak penting? Jawapannya tidak

Pilihanraya kecil Kuala Besut sebenarnya amat penting dan genting bagi BN dan Pakatan. Umno ingin mempertahankan kerusi Kuala Besut bagi mengekalkan kuasa di Trengganu. Pas pula ingin menang bagi mendapatkan mandat untuk menjadi Kerajaan baru di Negeri Trengganu.

Gentingnya pilihanraya kecil ini mendorong Umno untuk melakukan apa sahaja bagi memenangi kerusi tersebut. Perkara pertama Umno lakukan adalah memastikan SPR menyediakan gelanggang dan peraturan permainan sejak dari awal yang boleh memihak kepada Umno. Dalam hal ini Umno tidak ada masalah kerana sejak bila SPR tidak ikut telunjuk Umno. Setiap pernafasan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sentiasa berbau Umno!

Sudah tiba masanya Kerajaan Pusat usahakan TOL PERCUMA untuk rakyat

Pemuda Pas syor kerajaan usahakan tol percuma

Khairul Faizi Ahmad Kamil
Khairul Faizi Ahmad Kamil
 
SHAH ALAM - Pemuda Pas hari ini mencadangkan supaya kerajaan mengusahakan tol percuma untuk rakyat.

Menurut Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil, pengguna lebuhraya telah memberikan suatu sumbangan yang besar kepada syarikat-syarikat konsesi tol setiap tahun.

“Apalah salahnya, jika suatu masa syarikat-syarikat tersebut pula terfikir untuk memberikan sumbangan bermakna kepada semua pengguna lebuhraya sebagai satu tanda ‘terima kasih’ atas sumbangan mereka," katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof mendedahkan dalam satu laporan bahawa sebanyak 28 buah syarikat konsesi lebuh raya di negara ini telah mengumpul sebanyak RM 4.8 bilion pada tahun 2012.

K.Besut - Che Long 'santai' di pondok BN dengaq rintihan pengundi..!!


Checklist BN Selepas PRU13....

K.Besut : Ko Hulu Ko Kuat Barisee Sudah La Mek oi..!!


Aduhai Manusia... Orang Dok Solat Terawikh Depa Dok Rembat Barang Dalam Rumah Orang

'Pencuri tarawih' berleluasa

'Pencuri tarawih' berleluasa
Yaakob menunjuk cara pencuri memasuki rumahnya dengan 
menggunakan kayu bagi mencungkil besi kerangka tingkap.
 
BUKIT TEMBAGA - Penduduk di Kampung Bukit Tembaga Selatan dekat sini, kini dihantui kejadian pecah rumah sejak bermulanya Ramadan hingga menyebabkan mereka bimbang untuk meninggalkan rumah bagi melakukan solat di masjid.

Kejadian pecah rumah itu dikatakan berlaku ketika penduduk melakukan solat Isyak dan Tarawih di masjid dan kumpulan itu mengambil kesempatan memecah rumah dengan mencuri pelbagai barangan berharga.

Mangsa, Abdul Kadir Abdul Rahman, 50, berkata, dia kerugian hampir RM300 selepas wang tunai milik isterinya serta dua telefon bimbit dicuri kumpulan terbabit.

Menurutnya, pada malam kejadian, isterinya terserempak dengan pencuri selepas melakukan solat Tarawih.

Kulim - Sampah Ohh Sampah..!!

Busuk sampah

Busuk sampah
Longgokan sampah di bahu jalan mengundang anjing liar.
 
KULIM - Penduduk di Taman Kota Kenari berhampiran Taman Helang Perdana meminta Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) supaya menangani masalah sampah yang dilonggokkan di bahu jalan sejak beberapa hari lalu.

Seorang penduduk, Mohd Tarmizi Hussein ya-ng juga seorang kakitangan awam berkata masalah sam-pah terbiar bukan sahaja men-datangkan bau busuk kepada penduduk berhampiran malah mengundang kehadiran anjing liar ke kawasan itu.

Menurutnya sehingga kini sudah ada dalam kalangan kanak-kanak dikejar oleh anjing liar dan terjatuh ketika melarikan diri.

Katanya, permasalahan seperti ini seharusnya di-pandang serius oleh MPKK terutama penguat kuasa yang menjalankan tugas menangkap anjing berkeliaran.

Sindiket jual saluran TV internet haram dibongkar

BUTTERWORTH - Polis menahan 12 orang termasuk seorang guru dan berjaya membongkar sindiket yang menjalankan aktiviti menjualsaluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen dalam lima serbuan berasingan di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis semalam.

Timbalan Pengarah II, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusuf berkata sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 28 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi bersepadu bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Siber Sekuriti.

"Hasil pemantauan dan risikan bersama SKMM dan Siber Sekuriti sejak sebulan lepas, kita mendapat maklumat ada sebuah sindiket yang menjalankan aktiviti menjual saluran televisyen Internet berbayar tanpa lesen.

"Bertindak atas maklumat, kita serbu sebuah premis di Padang Besar, Perlis dan menahan dua lelaki bersama beberapa barangan yang digunakan sindiket terbabit dalam aktiviti berkenaan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Rodwan berkata susulan penangkapan itu, pihaknya menyerbu tiga lokasi lain dan menahan lima orang lagi iaitu pengedar serta juruprogram bagi sindiket terbabit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...