TERKINI :

Friday, July 19, 2013

Adakah NAJIB yang menjemput Duta Vatican City datang mai Malaysia selepas beliau pergi ziarah Vatican City..???

NAJIB DITUTOH OLEH DUA TOKOH WARTAWAN NEGARA



 
Hari demi hari kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewibawaan dasar-dasar DS Najib yang jelas tidak menguntungkan umat Islam dan kaum Melayu negara ini. Semua pihak sudah mula bersuara tanpa selindung lagi. 

Hari ini warga blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam. 

Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis “Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan putuskan shisha haram


 

KUALA LUMPUR 19 Julai - Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan bahawa shisha adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai kesan mudarat akibat shisha.

Oleh itu, katanya, umat Islam adalah dilarang menghisap shihsa atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengannya

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd

K.Besut - 16:16 paling menguntungkan rakyat Terengganu


http://3.bp.blogspot.com/-XHMTWBSGWnw/Ud5c4Q6vYaI/AAAAAAABVX4/T8BoqOR_6Ec/s200/kuala+besut+logo.jpgApakah pengundi Kuala Besut akan menjadi sebahagian dari pengukir sejarah politik negara untuk mencipta sidang DUN 16:16, di mana kerajaan dan pembangkang menyamai kekuatan yang pertama, akan hanya terjawab pada 24 November nanti. Ketentuan bagi mencipta rekod sejarah terletak kepada mereka setelah semua pihak kini giat menggembleng tenaga bagi mendapatkan sokongan dari para pengundi.

Pelbagai komentar dibuat oleh kedua-dua pihak berhubung senario tersebut. BN menyerang teori 16:16 dengan menggambarkan akan wujud sebuah kerajaan tergantung yang tidak stabil.

Bahkan, lebih tragis bilamana Khairy Jamaluddin pula menggambarkan senario ini sebagai berita malang bagi Perdana Menteri Najib Tun Razak, walaupun pengarah pilihanraya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini antara komentar paling aneh.

Namun, PAS berpandangan bahawa senario 16:16 ini sebagai pembentukan sebuah kerajaan yang sangat berimbang di mana peranan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Dewan Negeri lebih besar dan bertanggungjawab membolehkannya memastikan segala dasar, perbelanjaan, projek dan pembangunan yang ingin dilaksanakan akan berjalan dengan lebih adil dan telus.

Ulasan TG Nik Aziz : Antara Wakil Vatican si MoriNO dan umNO..!!


Mufti Kedah setuju warta fatwa anti Syiah

MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI

Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad
Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad
 
ALOR SETAR – Majlis Fatwa Negeri Kedah bersetuju dengan cadangan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir untuk mewartakan fatwa anti Syiah.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad mengalu-alukan langkah itu demi kebaikan masyarakat setempat yang beragama Islam.

Beliau berharap ia dapat disegerakan untuk membolehkan tindakan diambil terhadap pihak terbabit.

“Saya setuju sebab kalau kita tidak wartakan sebagai enakmen pentadbiran Syariah, kita tidak dapat berbuat apa-apa tindakan.

"Dengan pewartaan sebagai fatwa di negeri ini, hukuman yang setimpal boleh dikenakan kepada orang yang terlibat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.
 

Woi TNB Penyamun - Meniaga Untung sampai RM4bilion pun mau naik bil lagi kaa..???


Terima kasihlah banyak2 krn menaikkan semua harga yg ada. terima kasih juga kpd macai yg turut menyokong. kami yg susoh ni mmg xle keep up la dgn segala kenaikan ni biar kijo sampai mutoh ijau pun. xpola demi mereka kami rela masuk hutan balik hidup mcm 50 tahun dulu. krn kami bersyukur negara amannnnnnnn..

Malaysia Aman - Tembak Sana Tembak Sini....apa sudah jadi..???

Saya teringat kata-kata Ku Li "Ekonomi menurun, Jenayah meningkat". Ini hanya terdapat di negara korup.

Dok kira kelaku puak toghut nie sampai Nik Aziz nak sembahyang maghrib pun dok kira parti...

NGO: Nik Aziz dihalang solat di masjid kem TUDM

Pengerusi NGO Kebajikan Rangkaian Bekas Tentera (KERABAT) Mejar (B) Yusoff Ali mempersoalkan tindakan pengurusan kem tentera Gong Kedak di Besut yang menurutnya menghalang mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada menunaikan solat di masjid kem tersebut.

Laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan Yusoff menyebut, pengurusan kem pada awalnya membenarkan bekas menteri besar Kelantan itu diundang untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut pada malam tadi.

Namun pengurusan kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu bertukar fikiran di saat akhir, kata Yusoff yang menambah, tindakan itu mungkin dibuat atas arahan pihak atasan.

Katanya, perkata itu tidak sepatutnya dibuat kerana pemimpin Umno sebelum ini juga bebas mengunjungi masjid tersebut.

KUIN - Pensyarah dah berhenti.. Student dah balik Alor Setar... Habis tak tutup lagi namanya tuu..???

BUKAN KAH INI SATU PERDERHAKAAN TERHADAP SULTAN WAHAI MUKHRIS DAN PENASIHAT2 NYA

Shahadan alkisah beberapa bulan yang lalu.

“Beta bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat Beta dan Raja Permaisuri Agong bersama-sama menghadiri perasmian majlis perasmian kampus Kolej Universiti Insaniah dan istiadat konvokesyen khas ”

Begitu lah antara lain yang di titahkan olih Yang DiPertuan Agong pada Januari 29 , 2013 semasa acara tersebut.

Sila rujuk pautan video perasmian di bawah : -


Setelah itu semua berlaku, sekarang apabila BN memerintah Kedah, kampus tersebut akan di sia siakan dan kesemua infrastruktur kampus akan menjadi gajah putih di negeri Kedah.

Bukan kah ini satu penderhakaan yang di lakukan olih MB Kedah Mukhris Mahathir terhadap Tuanku. Sesuatu yang menjadi aspirasi Tuanku di sia sia kan begitu sahaja.

Kos Hari Belia yang ada "ARE U READY FOR PSY..!!" ialah RM55juta..


Kos hari belia 2012 RM55 juta 

PULAU PINANG: Kenapa Kementerian Belia dan Sukan sanggup membelanjakan RM55 juta untuk penganjuran Hari Belia 2012 walhal banyak lagi keperluan yang perlu diberikan keutamaan untuk membaiki kehidupan rakyat, soal Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong.

Menurut Steven, dari jumlah tersebut kontraktor terlibat telah menuntut RM10.6 juta untuk kos perkhidmatan, bekalan dan RM2.04 juta lagi untuk bayaran memjemput artis K-Pop dari Korea.

Sedangkan dalam masa yang sama Menteri Belia dan Sukan sebelum ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Chik telah mengatakan tajaan pihak swasta melebihi tajaan asal untuk tahun 2012 iaitu RM28 juta.

"Menteri Belia dan Sukan yang baru, Khairy Jamaludin kena perjelaskan keadaan sebenar kenapa ianya begitu tinggi walhal untuk tajaan awalan hanyalah RM15 juta.  Macamana boleh terjadi begitu sehingga boleh mencapai RM12 juta lagi peningkatan," ujarnya dalam kenyataan yang diemailkan ke Harakahdaily.

Persembahan penyanyi Korea PSY sempena Hari Belia di Pulau Pinang (gambar) sebelum ini telah menjadi kecoh apabila orang ramai menolak permintaan Perdana Menteri untuk menyokong BN. Apabila Datuk Seri Najib bertanya, "Are you ready for BN," mreka beramai-ramai menjawab "No".

Penggabungan MCA, Gerakan dan SUPP isu menarik

oleh Aspan Alias

Akhir-akhir ini kedengaran di sana sini yang MCA sedang menguruskan rundingan agar kesemua parti yang di dominasi oleh kaum Cina bersatu menjadi satu entiti politik yang berkesan.

Khabarnya Gerakan telah bersetuju untuk mengabungkan partinya dengan kedua-dua parti Cina itu dengan hanya meminta satu syarat iaitu MCA perlu menjadikan parti itu sebagai parti yang 'multiracial' seperti Gerakan dan SUPP. Chang Ko Yuon meminta MCA supaya menjadikan parti itu sebagai sebuah parti ‘multiracial’ kerana parti yang berdasarkan kepada bangsa sudah tidak relevan lagi.

Jika usaha menggabungkan parti itu berjaya maka jumlah keahlian parti-parti dalam BN akan berkurangan menjadi 12 sahaja dan ini akan memudahkan lagi mentadbir BN pada masa-masa yang akan datang. Saya dikhabarkan yang usaha penggabungan ini adalah satu-satunya cara bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada kepada parti-parti yang di dominasi oleh kaum Cina.

Penggabungan ini merupakan satu tindakan perubahan yang drastik dan ia menampakkan yang pimpinan parti-parti ini serius dan ini lah sebenarnya yang mahu dilihat oleh rakyat. Parti-parti atau pertubuhan yang tidak melakukan perubahan adalah sebuah pertubuhan, kewibawaan pertubuhan itu akan beransur-ansur kurang keampuhannya dalam menghadapi rakyat yang ramai.

Surah Yusuf: Harga sebuah kesabaran

Ustaz Mohd Azmir bin Maideen, 19 Jul 2013

Pengarang kitab tafsir kontemporari berjudul “Fi Zilalil Quran”, Sayyid Qutb menyatakan bahawa antara surah yang Allah turunkan kepada Rasulullah SAW pada masa-masa sukar dalam sejarah dakwah dan kehidupannya, adalah surah Yusuf. Surah ini diturunkan antara ‘amul huzni (tahun duka cita kerana kematian Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid) dan antara baiah ‘Aqabah pertama yang dilanjutkan sehingga ke baiah ‘Aqabah kedua.

Pada saat itu, baginda Rasulullah selain mengalami kesedihan kerana ditinggalkan dua orang yang menjadi sandarannya, baginda turut mengalami kepedihan akibat pemulauan masyarakat jahiliyyah yang terdiri daripada kaumnya sendiri, bangsa Quraisy. Maka Allah menceritakan kepada Nabi-Nya yang mulia, kisah Yusuf bin Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim, yang juga mengalami berbagai-bagai ujian dan cubaan yang getir.

Saudara-saudara Nabi Yusuf sendiri sanggup menghumbankannya ke dalam sumur agar menjadi umpan haiwan-haiwan liar dan buas, dengan harapan hilanglah Yusuf daripada perlindungan dan perhatian orang tuanya iaitu Ya’qub AS. Nabi Yusuf hidup dalam gelandangan, dan terus diuji dengan tipu daya isteri penguasa Mesir. Baginda selanjutnya dihumban ke dalam penjara setelah sebelumnya hidup dalam kemewahan istana sang penguasa.

"Ya Allah Selamatkanlah KUIN, KEKALKANLAH KUIN NI DI KUALA KETIL"



~Malam ni bertarawih di Masjid Jamek Madinatil Ilmi Kuala Ketil, sayu sgt2, apa tidaknya lps ja solat isya imam tu ckp kta akn adakan solat hajat khusus buat INSANIAH. Selesai ja solat Hati ne lagi sekali tersentak apabila imam tu berdoa

"Ya Allah Selamatkanlah KUIN, KEKALKANLAH KUIN NI DI KUALA KETIL"

teresak2 suara imam tu berdoa, seluruh makmum mengaminkan doa dgn penuh khusyuk dan tawaduk, tanpa ku sedari mata ku basah dgn aliran air mengalir membasahi pipi ku. Sayu sgt mengenangkan nasib INSANIAH, Terima kasih x terhingga buat jemaah masjid ini,untuk pegetahuan semua malam ini sudah 2 mlam berturut2 solat hajat ne di buat khusus unyuk INSANIAH~

#Penduduk sekitar pn SAYANGKAN KUIN apakah tidak kita STUDENT2 KUIN X SAYANG INSANIAH

JACK MMK

BERSIH KUIN - Bergembiralah Anda, MENABUR ANGIN MENUAI BADAI .

MENABUR ANGIN MENUAI BADAI

Semasa pemerintahan Jamil sebagai rektor, kumpulan BERSIH giat mendedahkan penyelewengan dan kepincangan pentadbiran waktu itu. Keburukan diceritakan dimuatkan dalam media masa sama ada surat khabar dan media eletronik. 

Saya pernah menyuarakan kebimbangan saya kepada pihak yang terlibat secara langsung ini atau penyokong mereka bahaw kegiatan ini akan merugikan dalam jangka panjang. 

Kalau BN bertindak sebagi orang menang, kegiatan ini akan memberi beban dikemudian hari. Mengapa tidak, kalau BN menang (dalam PRU 13), KUIN akan menjadi sebagian dari tanggungjawab mereka. Memburukkan imej KUIN pada masa itu seperti memburukkan anak yang suatu hari akan menjadi anak/menantu sendiri . 

Sesuatu yang rosak imej seperti insititusi pendidikan bukan senang untuk dipulihkan. 

Seperti yang kita tahu, BN menang PRU 13 dan KUIN kembali kepada pengurusan BN. Apa yang mereka dapat?

KULIM - Yusuf tetap jual ayam madu bakar pada harga lama



Yusuf Zukifli menunjukkan juadah kepak ayam madu bakar yang dijualnya dengan harga lama iaitu RM1.70 seketul di Bazar Ramadan Kilang Lama, Kulim, Kedah.

KULIM 18 Julai - Ketika kebanyakan peniaga menaikkan harga akibat bekalan mentah mahal, seorang penjual ayam madu bakar di Bazar Ramadan Kilang Lama tetap menjualnya pada harga lama seperti tahun-tahun lalu.

Yusuf Zukifli, 27, dari Taman Jati di sini, masih menjual menu ayam madunya pada harga berpatutan iaitu kepak ayam RM1.70 seketul, paha ayam RM2.50 seketul, dada RM3 seketul, rangka RM2 seketul dan mempedal RM1 untuk dua ketul.

Katanya, harga tersebut dianggap rendah berbanding peniaga lain yang menjual sekitar RM4 hingga RM6 bagi seketul ayam madu bakar.

"Saya menjalankan perniagaan ini sejak dua tahun lalu dan kini mempunyai tiga cawangan iaitu di Bazar Ramadan Kilang Lama, Pekan Padang Serai dan Pekan Alma, Bukit Mertajam.

Kuala Besut: BN terdesak serang peribadi calon PAS

BESUT: Tindakan Barisan Nasional (BN) menyerang peribadi calon PAS, Azlan Yusof atau dikenali sebagai Che Long adalah kerana mereka berada dalam keadaan terdesak.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui Harakahdaily selepas ceramah beliau di Kampung Beris Lampu, semalam.

Menurut beliau lagi, sepatutnya apabila sesebuah parti itu memerintah mereka sepatutnya menerangkan dasar-dasar kerajaan untuk rakyat bukannya menjadikan sasaran peribadi sebagai fokus utama.

"Orang yang serang peribadi ini adalah orang yang kehabisan idea dan modal.

"Dah jadi kerajaan memerintah sepatutnya dasar-dasar kerajaan untuk rakyat menjadi agenda utama dalam kempen dan bukannya peribadi lawan," jelas beliau.

Beliau yang turut merasakan BN berada dalam keadaan kritikal apabila calon mereka tidak mampu menandingi calon PAS, Che Long dari segi hubungan dengan masyarakat serta sikap pemurah yang beliau (Che Long) miliki.

KUIN tutup atau tidak - MB Kedah enggan Ulas..!!!

Tutup Kolej Insaniah, Mukhriz enggan ulas

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir
 
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir enggan ulas desas desus mengenai penjualan Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) yang kini tersebar di blog-blog ketika ini.

Sebaliknya Mukhris berkata, Kerajaan Negeri Kedah akan terus mengutamakan kebajikan dan kepentingan pelajar di kolej tersebut.

“Kalau dilihat dari segi kewangan, pembinaan kampus induk itu sahaja menelan belanja sebanyak  RM350 juta dan menyebabkan kerajaan negeri terpaksa membayar hutang sebanyak RM46 juta setahun.

“Perbelanjaan tersebut belum termasuk gaji pekerja dan sebagainya yang mencecah lebih RM50 juta setahun. Tanggungan kewangan itu memang tinggi.

Kedah bakal warta fatwa anti Syiah


 Mukhriz Mahathir
 
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bercadang mewartakan fatwa anti Syiah selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan sebelum ini.

Menteri Besarnya, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, langkah itu perlu kerana Kedah juga tidak terkecuali daripada penularan fahaman berkenaan.

“Saya menerima laporan bahawa ia semakin merebak dan menimbulkan keresahan di kalangan ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu majoriti penduduk Islam di Kedah dan Malaysia.

“Oleh itu, saya rasa tepat pada masanya dan sesuai untuk kita berusaha mewartakan fatwa ini di peringkat negeri,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Wisma Darul Aman, hari ini.

Isu pendatang perlu ditangani di semua negeri


Suhakam
KOTA KINABALU - Seorang bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mencadangkan agar masalah pendatang tanpa izin di Sabah ditangani secara adil di semua negeri di negara ini.
  
Memberi keterangan kepada Inkuiri Suruhanjaya Diraja mengenai Pendatang Asing di Sabah, Tan Sri Simon Sipaun berkata isu tersebut telah menjadi isu nasional dan tidak adil kepada rakyat di Sabah menanganinya sahaja.
  
Merujuk kepada pemberian kad pengenalan (IC) Malaysia kepada orang luar, beliau berkata kerajaan mesti mengeluarkan formula yang perlu diguna pakai kepada pendatang termasuk mereka yang tidak bernegara.
  
"Kerajaan perlu terlebih dahulu proaktif. Perlu ada kesanggupan politik yang kuat untuk menangani isu yang berpanjangan ini," katanya.
   

Allah Huakbar.. di BUMI MALAYSIA yang aman ini dalam bulan yang sama seorang lagi guru mati di tembak..!!

Guru dalam perjalanan ke sekolah maut ditembak

KULIM - Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Alhamdulillah...Tarif elektrik mungkin dinaikkan


 Leo Moggie
Leo Moggie
 
KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan  tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.
  
Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan telah memberikan subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.
  
"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB, tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.
  
"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.
  
"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu hari ini.
   




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...