TERKINI :

Thursday, July 18, 2013

Lebih RM20j kompaun AES dikutip, kroni kaya rakyat terbeban

(Oleh Aisha Geoffrey)

KUALA LUMPUR 18 JULAI: Kerajaan berkongsi keuntungan hasil pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bersama kroni dengan cara membebankan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas jawapan bertulis Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Dewan Rakyat semalam bahawa kerajaan berjaya mengutip sebanyak RM20,020,500 juta kompaun hasil AES bermula 11 Jun 2013 hingga 23 September 2012 dengan kutipan lebih kurang 10 peratus.

AESDinyatakan juga dalam tempoh yang sama, sebanyak 673,339 saman kesalahan AES dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Kerajaan masih belum merubah sikap suka memberi keuntungan kepada kroni dengan mengambil wang rakyat,” kata Azan mengulas perkara itu.

Menurutnya, kerajaan sebelum ini menyatakan dalam Parlimen segala kos penyelenggaraan dan pemasangan AES akan ditanggung syarikat swasta dan kerajaan akan menerima sebahagian dari bayaran kompaun.

Al-kisah lobak merah, telur dan biji kopi

Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, 18 Jul 2013

Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul.

Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur.

Jamil pun mengikut tanya bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak.

Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga.

Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?”

Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 minit. Setelah 20 minit, Ustaz Ibrahim mengeluarkan lobak merah, telur dan biji kopi ke dalam sebuah mangkuk.

Kenapa KJ kait Kuala Besut dengan kedudukan Najib?

Dalam usaha kempen untuk memastikan kemenangan calon BN di Kuala Besut, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin (KJ) telah mengaitkan kemungkinan kedudukan Perdana Menteri, Najib Razak akan tergugat jika BN tewas dalam pilihanraya kecil ini.

Menurut beliau, jika BN tewas di Kuala Besut dan kedudukan jumlah kerusi DUN Terengganu menjadi seri serta kemungkinan akan diadakan pilihanraya peringkat negeri, suatu gelombang, gerakan dan goncangan yang akan menggugat kedudukan Najib akan berlaku.

Sehubungan itu, beliau beberapa kali merayu anak-anak muda Kuala Besut agar memastikan kemenangan BN dalam pilihanraya kecil ini bagi mengelakkan kedudukan Najib ssbagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN daripada tergugat.

Sekali imbas ternampak macam KJ mahu mempertahankan kedudukan Najib apabila beliau menyebut mengenai perkara itu tetapi siapa yang dimaksudkan oleh KJ boleh menggugat kedudukan Perdana Menteri itu?

Selama ini orangramai hanya selalu mengaitkan keputusan pilihanraya Kuala Besut dengan kedudukan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said saja kerana jika PAS menang, kedudukan jumlah kerusi BN dengan PR menjadi seri dan akan membuat Ahmad Said menjadi goyah.

Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikat jamin

 
Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu enerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.

Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bertambah Malangnya Malaysia Apabila Di Anugerah Menteri-Menteri Yang "BANGANG"..!!!


Awat laa sehari dua nie ramai sangat menteri-menteri yang bodoh dan bangang muncul dalam negara... macam-macam perangai sekoq-sekoq muncul mai... ada MENTERI CAP AYAM, ADA MENTERI GAGAL KIRA MATEMATIK AES, ADA MENTERI GAGAL PERTAHAN RANG UNDANG-UNDANG TUKAQ AGAMA dan bla bla bla...
Ok laa hangpa baca yang nie dulu....


Selepas tu hangpa tengok gambaq-gambaq bawah nie... dah apa kata hati anda bila menteri cakap lagu nie..??

RCI Sabah - Kerakyatan Negara kena lelong free macam tu aja kepada warga Filipina

Warga Filipina dapat kerakyatan guna nama Islam
Ram Anand

Seorang warga Filipina yang dilahirkan sebagai seorang penganut Kristian, telah menjadi warganegara Malaysia selepas dia diberi nama Islam oleh rakan bapanya untuk melicinkan proses dokumentasi, demikian suruhanjaya siasatan diraja (RCI) tentang pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Shafee Mohd Yusof, yang nama asalnya Johnny Amules, memberitahu suruhanjaya tersebut bahawa seorang lelaki yang bernama Mohd Yusof menjadikannya dan dua lagi adik-beradiknya sebagai "anak angkat" ketika dia berusia sembilan tahun.

Ini membolehkannya mendapatkan sijil kelahiran lewat walaupun dia tidak dilahirkan di Sabah, dan kemudiannya diberikan MyKad.

Shafee tiba secara haram, tanpa sebarang dokumen, dengan bapa tirinya, ibu, kakak dan seorang adik beradik lelakinya dari Filipina ketika dia berusia enam tahun.

Bapa tiri Edwin, yang bekerja sebagai mekanik dengan seorang ahli perniagaan di Semporna, berjumpa dengan rakannya, Mohd Yusof bagi membantu kanak-kanak tersebut mendapatkan dokumentasi supaya mereka boleh bersekolah dengan lebih mudah.

Calvin, Vivian, Zulkifli Noordin dan lain-lain mesti diambil tindakan......!!!

oleh Aspan Alias
Di waktu negara sedang menghadapi ketandusan kepimpinan ini, banyak isu dan perkara yang tidak berpatutan timbul hasil dari kekurangan kepimpinan itu. Segala cita-cita perjuangan negara bukan sahaja terbantut malahan keadaan bertambah buruk dan menakutkan.

Semua bercakap isu yang mereka tidak memahami dengan betul atau bercakap tanpa kejujuran. Isu penyatuan kaum adalah isu besar yang di sebut oleh semua pihak baik dari pihak kerajaan mahu pun dari pihak pembangkang, tetapi tidak ada satu pihak pun yang jujur tentang perjuangan yang mereka laungkan.

Sekarang timbul isu besar lagi. Isu hasil dari kelakuan nakal sepasang anak muda, Calvin Tan dan Vivian menjadi isu dan semua pihak bercakap, tuduh menuduh diantara satu dengan lain sehingga menjadi panas dan membosankan. Keadaan semakin merumitkan sampaikan tidak siapa lagi yang boleh memberikan punca kenapa keadaan politik ini menjadi sebegini rupa.

Saya percaya jika ada satu pihak yang lebih betul dari pihak yang lain tentu perkara seperti ini tidak akan berlaku. Jika ada pihak yang betul tentulah ramai yang akan memihak kepada yang betul kerana di situlah ‘sanctuary’ kepada rakyat yang sedang dalam pencarian. Isu seperti ini bersabit dengan kepimpinan, samada pimpinan yang lemah atau pun pimpinan yang tidak jujur atau oleh kerana kedua-duanya sekali.

Nampaknya Ramadhan kali ini PAS JERAI suram sesuram YDP nya di hospital sana..!!

oleh Bang Cop Jerai

http://1.bp.blogspot.com/_8QYQbe9zs7U/S0QI042HHnI/AAAAAAAACdI/pyXpCoQpt8k/s400/KEDAH-RUMAH+MB+KEDAH.bmp

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua... nampaknya kami rakyat PAS kwsn Jerai tahun ini rasanya seperti lain dari yang lain menyambut Ramadhan tahun ini. Nak kata ia sama seperti zaman pemerintahan 5 tahun tak lah jugak dan nak kata sama seperti zaman belum memerintah dahulu pun tak jugak...

Apa yang dapat kami lihat di sekitar Jerai pada kali ini amatlah suram dan sadisnya... sama seperti kesuraman kami bersedih atas apa berlaku kepada YDP kami yang berada di Hospital Besar Penang sana.

Vivian didakwa tiga pertuduhan

Vivian didakwa tiga pertuduhan

Selepas moga menjadi tauladan kpd sesiapa yg cuba nak permainkan agama Islam.....



Isu Dakwat - Rafizi buat sidang media luar dewan, siap dedah 2 lagi syarikat pembekalan SPR

Rafizi dedah Mohamed Salleh terbabit dua lagi syarikat pembekalan SPR
Oleh Hasbullah Awang Chik
July 18, 2013

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) hari ini mendedahkan dua lagi syarikat yang dikawal oleh Mohamed Salleh Mohd Ali iaitu Nash Ventures Sdn Bhd dan Allisons Sdn Bhd yang dikatakan mempunyai kaitan mendapat kontrak pembekalan secara rundingan terus daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kasim di Dewan Rakyat mengesahkan Nash Ventures Sdn Bhd mendapat kontrak perbekalan topi dari SPR semasa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.

Rafizi berkata, berdasarkan carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Mohamed Salleh adalah pengarah kepada Allisons Sdn Bhd bersama Shamsia Mansoor dan wanita itu juga adalah pengarah di Nash Ventures Sdn Bhd.

Menurut Pengarah Strategi PKR itu, berkemungkinan Mohamed Salleh dan Shamsia adalah pasangan suami isteri kerana tinggal di alamat yang sama dan nombor MyKad kedua-duanya menunjukkan berasal dari Singapura.

Isu Dakwat - Ini baru anak jantan.. Rafizi akan ulangi dakwaan di luar Dewan

Dakwat kekal: Rafizi akan ulangi dakwaan di luar Dewan

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli (gambar) akan membuat kenyataan di luar parlimen berkaitan kontrak dakwat kekal setelah membuat dakwaan itu di dalam Dewan Rakyat sebelum ini.

Rafizi memberikan jaminan ini selepas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul untuk menyeret beliau di bawah Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan.

Selepas menolak usul itu, Pandikar mencadangkan agar Rafizi membuatnya di luar Parlimen di mana dia tidak dilindungi oleh sebarang imuniti.

Rafizi bangun dan berkata dia akan melakukannya di samping akan memfailkan satu usul untuk membincangkannya sebagaimana dicadangkan Speaker.

Nampaknya Menteri Mat Maslan nie pon boleh joint dengan Menteri Cap Ayam..!!

Menteri Cakap Malaysia Negara Kelapan Paling Murah Tapi Fakta Sebaliknya.. Saksikanlah!!

Semalam, Mat Maslan, Timbalan Menteri Kewangan berkata Malaysia adalah negara kelapan di dunia paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.

Katanya harga murah kerana pemberian subsidi yang besar oleh kerajaan ke atas petrol dan diesel termasuk gas memasak.

“Daripada 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya,” katanya.

Apa kata kalau kita lihat fakta di bawah, Petrol prices around the world, July 2013


AES : Mengapa Syarikat dapat RM13juta manakala Kerajaan cuma RM3juta..??

AES: Mengapa Syarikat Dapat Lebih Berbanding Kerajaan?

Menurut jawapan Menteri Pengangkutan, sebanyak RM20,020,500 kompaun hasil Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya dikutip. Agihan kutipan saman sehingga 15 Mei 2013 menyaksikan sebanyak RM13,550,758 diberikan kepada syarikat manakala RM3,429,910 kepada kerajaan. Ia adalah berdasarkan Formula Tiga Langkah dalam Perjanjian Konsesi.

Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), jumlah agihan ini amat mengejutkan sama sekali. Bagaimana syarikat konsesi memperolehi 'ganjaran' jauh lebih besar daripada pihak kerajaan?

Dari jumlah kutipan ini juga mendapati kerajaan hanya memperolehi RM 3.4 juta iaitu hanya 15 peratus daripada jumlah yang berjaya dikutip dari rakyat manakala syarikat konsesi pula mendapat hampir 70 peratus. Ini menunjukkan sistem AES ini bukan sahaja menjerat orang ramai untuk membayar saman, malah menjadi medium syarikat kroni mengaut keuntungan luar biasa.

Pernahkah umat Islam ganggu hal agama lain?

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia.

ALHAMDULILLAH syukur kita ke hadrat Allah SWT, kini, minggu kedua kita berpuasa. Semoga ibadah kita bertambah baik dan diterima oleh-Nya. Dalam minggu pertama bulan Ramadan, umat Islam di Malaysia diuji dengan pelbagai perkara. Paling nyata, agama Islam dihina di laman-laman sosial. Apakah tujuan mereka ini menghina agama Islam, hanya mereka sahaja mengetahui helah sebenarnya.

Sejak akhir-akhir ini, ada sahaja perkara yang membabitkan sensitiviti agama Islam dibangkitkan dengan berani di laman-laman sosial. Adakah mereka ini tidak mengetahui apa yang disentuh itu amat sensitif bagi umat Islam Malaysia?

Atau mereka ini cuba menguji kesabaran umat Islam sama ada terdapat tindak balas terhadap mereka. Islam di Malaysia dianuti bukan sahaja oleh orang Melayu tetapi juga bangsa-bangsa lain. Tetapi sememangnya majoriti umat Islam di Malaysia adalah orang Melayu itu sendiri. Orang Melayu cukup menjaga agama mereka.

Luahan hati Mahasiswi KUIN to YB Nurul Izzah...

Assalamualaikum.....

Kak Izzah saya nak ambil sikit masa kak izzah ek , sy rasa sedih sgt skg ni . Sy merupakan student KOlej Universiti Insaniah, Kedah Jurusan Mualamat . Kak, kami Student Muamalat KUIN, ditindas dan dizalimi begitu dahsyat oleh kerajaan bawah pimpinan Mukhriz . Kak, seperti yg kak tau masa zaman Ustaz Azizan, beliau ada buat Kampus tetap KUIN ni K.ketil . Alhamdulillah kami sempat dok kat sana 1sem . Tapi setelah Kerajaan UBN naik, kami telah dihalau untuk balik ke kampus asal di Mergong, Alor Setar . Katanya Bajet terlalu tinggi dan Kampus tetap kami di K.Ketil nak dijual kpd IPTA . Ya Allah ka, saya rasa sedih sgt .

Kak cuba byangkan kedaan di Mergong yg padat . Kami dipaksa berpindah di sana selepas hari raya . kak cuba bayangkan betapa kelam kelibutnya kami, dgn nak mencari rumah sewa di sana , nak mengangkot brg2 . Kami ni hanyalah student kak, duit bukannya ada untk nak tampung segala kos dgn sekelip mata . Kerajaan kedah mengaburi mata kakitangan dgn mmberi bonus, tapi kami sbg student disepak ke sana kesini mcm bola . Mungkin sy xdak masalah sbb sy rumah sy dekat just di Penang . Cuba akak bayangkan nasib kwn2 yg duduk jauh spt sabah, sarawak, kelantan .

Awas..!! Malaysia sudah di landa trend "PEMBUNUH UPAHAN"

Kekang trend pembunuh upahan
Oleh NURUL ANUAR KARI

Unit Forensik menjalankan siasatan ke atas salah sebuah kereta yang turut terkena tembakan dalam kejadian seorang lelaki ditembak mati oleh dua lelaki bermotosikal di Ujong Batu, Bagan Dalam, Butterworth Pulau Pinang, 14 Julai lalui. - UTUSAN/Norazlina Ismail

MENYEBUT tentang pembunuh upahan, mungkin tidak ramai menyangka trend kerjaya lumayan itu sudah mula menapak di Malaysia yang selama ini aman damai berbanding jiran-jirannya.

Mereka yang pernah menonton filem ikonik, Kill Bill tentang hidup seorang pembunuh upahan mungkin berasa kagum dengan 'prinsip dan maruah' yang diamalkan golongan pembunuh profesional di peringkat antarabangsa.

Namun, pembunuh upahan di Malaysia dikhuatiri terdiri daripada golongan amatur tanpa prinsip dalam memilih 'tugasan' mahupun maruah dalam melaksanakan 'hukuman' mangsa mereka.

Ini khususnya bagi golongan muda yang baharu berjinak dengan dunia jenayah dan hanya memikirkan upah, kecil atau besar, tanpa ambil peduli alasan seseorang mengupah mereka membunuh asalkan ada bayaran.

Kenapa Kerajaan Lembek Tengkok dengan Penghina-Penghina Islam ini..!!

Apakah lagi penghinaan bakal menanti umat Islam?

AHMAD MOHAMAD RADZI
Kubang Pasu, Kedah..


YA Allah Ya Tuhanku! Apa lagi ancaman dan penghinaan yang akan diterima oleh umatMu di tanah air ini? Bukan niat untuk menghasut tetapi rasa terbuku yang membuak-buak. Kalaulah negara ini negara yang tiada undang-undang, mahu rasanya mengambil tindakan di tangan sendiri terhadap Alvin Tan dan Vivian Lee itu.

Saya membaca dan menghayati coretan Penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr. Ahmad Zaki Ismail di Utusan Malaysia kelmarin. Saya rasa semua orang Melayu dan Islam menyokong penuh pandangan beliau itu. Sudah tiba masanya kita bertindak untuk mempertahankan agama Islam yang suci ini. Tidak rela lagi melihat agama ini terus dihina dan dipijak-pijak.

Kita mengharapkan pihak-pihak yang diberi tanggungjawab untuk membela agama kita bertindak. Laporan demi laporan hanya sia-sia belaka malah sudah menjadi bahan lawak jenaka. Retorik 'siasat' dan 'kita akan bertindak' sudah menjadi ungkapan. Tetapi selepas itu 'dibebaskan'. Kerajaan dilihat tidak berani berbuat apa-apa.

Adakah BANK juga PENYAMUN dalam diam..???

Terbeban caj bank

PELANGGAN KECEWA
Johor.

SEMEMANGNYA seorang peniaga seperti saya memerlukan khidmat bank bagi memudahkan urusan keluar masuk kewangan dan penggunaan buku cek. Namun demikian, adalah tidak wajar sekiranya caj yang tidak munasabah dikenakan kepada saya bagi melakukan urusan-urusan yang berkaitan.

Sebagai contoh, sekiranya bukan penama yang disenaraikan di dalam pengeluaran cek membuat pengeluaran secara tunai, caj RM2.00 dikenakan pada setiap transaksi. Hal ini telah dibangkitkan di dalam Dewan Rakyat dan telah dipersetujui agar caj tersebut dimansuhkan dengan arahan Bank Negara Malaysia (BNM).

Tetapi malangnya, tanpa pemantauan yang berterusan, caj tersebut kembali dilaksanakan oleh pihak bank. Untuk sekeping cek dikenakan caj RM2.00. Sekiranya transaksi seluruh negara untuk cek anggarannya sebanyak 50,000 keping sehari, akan memberikan keuntungan mudah RM100,000.00 sehari untuk bank. Jumlah ini cukup untuk membayar gaji hampir separuh pekerja bank tersebut.

Pegawai JKM perlu jadi mata dan telinga kerajaan negeri

SURAYA Yaacob (tengah) menyampaikan sumbangan kepada Hasan Man 
sempena Ziarah Ramadan di Kampung Gajah Mati, Pendang, Kedah, semalam.

PENDANG 17 Julai - Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah disaran menjadi mata dan telinga kerajaan negeri dalam menyalurkan maklumat mengenai rakyat yang memerlukan bantuan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan Negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, pegawai JKM mempunyai kelebihan kerana mereka mengetahui mengenai rakyat yang hidup dalam kesusahan kerana sering mendampingi mereka.

"Hal kebajikan rakyat adalah satu perkara yang amat dititikberatkan oleh kerajaan negeri jadi pegawai JKM perlu terus mendekati masyarakat dan menjadi mata dan telinga kepada kerajaan negeri.

"Kalau ada rakyat yang susah dan perlu dibantu, maklumat tersebut harus disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan kita akan cuba membantu meringankan beban mereka," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan sempena program ziarah Ramadan JKM di Kampung Gajah Mati di sini hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...