TERKINI :

Wednesday, July 17, 2013

Sehari RM25 ribu duit rakyat habis digunakan untuk NAJIB melawat keluar negara..!!


Kerajaan belanja RM44 juta lawatan PM ke luar negara, kata Shahidan
July 17, 2013

Sebanyak RM44.071 juta dibelanjakan oleh rombongan Pejabat Perdana Menteri untuk lawatan ke luar negara dari Mac 2008 hingga Mei tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di Dewan Rakyat, hari ini.

Nga ingin tahu jumlah perbelanjaan yang dibayar untuk lawatan luar negara Perdana Menteri dari Mac 2008 hingga Mei 2013.

Untuk rekod, Perdana Menteri ketika Mac 2008 ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi manakala Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan itu sejak 3 April, 2009 hingga sekarang. - Bernama, 17 Julai, 2013.

Adakah TNB jadi PENYAMUN dalam diam..???


bab unit tak sama dia charge setiap bulan ada110 & ada 100...satu lagi potongan KWTBB tu apa kejadahnya..sapa audit duit potongan tu dia guna utk apa..??

mahai tu satu bab..nie bab unit tak sama dia charge setiap bulan ada110 & ada 100...satu lagi potongan KWTBB tu apa kejadahnya..sapa audit duit potongan tu dia guna utk apa..??

Fitnah UMNO kian mengarut pada bulan Ramadan


KUALA LUMPUR, 17 JULAI: Pendokong parti DAP diminta tabah mendepani cabaran masa depan dan bersedia menghadapi fitnah besar dan kecil bikinan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan DAP sasaran politik jahat mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa di Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, di Kuala Lumpur, semalam.

Beliau berkata, DAP akan terus menjadi sasaran dan dihantui sentimen perkauman sehingga berlangsungnya pemilihan UMNO kerana setiap pemimpin UMNO akan berlumba-lumba untuk berlagak ‘hero’ dan menjuarai apa sahaja isu yang boleh dibangkitkan.

“Mereka akan pukul buta DAP untuk jadi hero, namun saya berharap kita semua akan menghadapinya dengan tabah.

“Rakyat akan dapat membezakan yang mana benar dan yang mana palsu. Kita lihat akhbar pun kini berhati-hati dalam menyiarkan fitnah, kerana takut orang tidak akan percaya lagi jika fitnah itu berterusan,” ” ujar beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Akhirnya..1,079 kamera AES akan dipasang di seluruh negara

Oleh Md Izwan
July 17, 2013

Kementerian Pengangkutan hari ini mendedahkan, sebanyak 1,079 kamera perangkap kelajuan kontroversi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan dipasang seluruh negara.

Dalam jawapan bertulis daripada soalan Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng di Dewan Rakyat, lokasinya belum dikenal pasti tetapi bakal ditentukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS).

"Sebanyak 1,079 kamera AES masih belum dipasang di seluruh negara.

"MIROS sedang mengenal pasti lokasi kawasan kerap kemalangan berdasarkan kriteria lebih terperinci menguna pakai data kemalangan kebangsaan yang terkini," kata jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan.

Jawapan bertulis kementerian itu juga menyatakan kerajaan mengutip RM20 juta daripada 673,339 saman yang dikeluarkan sehingga 11 Jun 2013.

Perihal bonus dan harga ayam

Oleh FARUSH KHAN

BULAN puasa atau tidak, duit, bagi ramai orang, tetap menjadi matlamat utama dalam hidup. Kata orang ‘money speaks’. Ada duit, ada kuasa, ada suara.

Menyentuh soal duit, terdapat laporan mengenai isu bonus hari raya untuk kakitangan kerajaan.

Tentu ia menarik minat ramai, apatah lagi Ramadan sudah masuk hari kelapan hari ini (cepatnya waktu berjalan!) dan hanya tinggal tiga minggu lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri.

Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman, semalam mengulangi hasrat kesatuan supaya kerajaan memberi bonus setengah bulan kepada semua 1.4 juta penjawat awam sebelum Aidilfitri. Bayaran itu adalah sebahagian daripada jumlah bonus dua bulan setengah yang mereka minta untuk tahun ini.

Bagaimanapun, kerajaan, melalui Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa memberitahu kelmarin, belum ada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini.

Cara PAS memperjuangkan Islam dalam politik

Ustaz Nasrudin bin Hasan, 16 Jul 2013

Masih ada yang gagal memahami, bagaimana PAS berjuang sehingga masih kedengaran suara yang mengatakan perjuangan PAS salah, bida'ah, sesat, tidak mengikut sunnah, bercanggah dengan syariat, hanya mementingkan politik, meragukan dan 1001 tohmahan dilemparkan kepada PAS.

Terlebih dahulu saya akui bahawa PAS tidak sunyi daripada kelemahan dan kesilapan sebagai sebuah organisasi yang dipimpin oleh manusia. Namun kesilapan dan kelemahan itu tidaklah membawa PAS terbabas ke ‘gaung dalam’ yang membunuh aqidah dan mencederakan syakhsiyyah sebagai sebuah organisasi yang memperjuangkan Islam.

Sebaliknya kelemahan dan kesilapan yang berlaku, bukan sahaja masih boleh diperbaiki dan disempurnakan tetapi nyata PAS mempunyai cara dan kaedah yang cukup baik untuk terus memantau perjalanan organisasinya agar menepati objektif dan ghayahnya (matlamat). Organisasi PAS juga mempunyai pelbagai medium untuk memastikan segala misi dan visi perjuangannya berjalan berasaskan syarak.

Perghh, best gila habaq hang - Balik Kampung Dari UK Ke Kedah naik Caravan

Balik Kampung Dari UK Ke Kedah Dalam Masa 75 Hari Di Bulan Puasa!!

Perghh, best gila habaq hang!

Sebuah keluarga seramai enam orang dari Malaysia, bakal menghasilkan rekod baru dengan balik kampung dari United Kingdom ke Kedah, Malaysia hanya dengan memandu sebuah Caravan iaitu sejenis van yang mempunyai kelengkapan seperti di dalam rumah. Menariknya disini, mereka melakukan trip balik ke kampung ini pada bulan ramadhan. Kalau di negara barat, menggunakan Caravan untuk berpindah satu tempat ke satu tempat memang dah perkara biasa, cuma perbezaannya adalah jarak. Perjalanan keluarga ini akan merentasi 38 buah negara, selama 75 hari, dan sejauh 28, 646 km merentasi dua benua.
 

Keluarga ini juga menggunakan Caravan jenis Mercedes Sprinter 1998, dari Seaham, Sunderland ke Kubang Pasu, Kedah. Jamal Ismail, 44, bersama-sama isterinya, Sofinee, 38, dan 4 orang anaknya, iaitu Sabeera, 17, Sumrah, 13, Syameem, 15, dan Seif, 10, sudah lama merancang trip balik kampung yang awesome ni. Peh, aku drive dari KL ke Kelantan pun dah rasa penat gile, inikan plak dari UK ke Kedah, peh! Layankan gambar mereka dibawah yang awesome ni.

Akhirnya Pelajar-Pelajar KUIN K.Ketil jadi seperti wau putus tali..!!

Salam,

Cuba bayangkan pelajar lama yang pulang dari cuti semester dan pelajar baru sepatutnya sudah mula kelas 14hb Julai 2013 di kampus Kuala Ketil. Tapi apa yang berlaku, pensyarah tiada, kakitangan admin dan lain pun tidak ada, mereka hanya berkeliaran sahaja di bangunan kulliyyah, seperti anak2 ayam kehilangan ibu. Dekan Kejuruteraan pun tak bolih buat apa-apa, hanya tengok-tengok dari tingkap aje lah. 

Kesudahan nya beberapa pelajar Multimedia serta Muamalat juga sudah mohon berhenti tapi pejabat-pejabat HEA dan HEP di Mergong Alor Setar, kenalah talipon ibu bapa mereka , ada yang nak pindah ke Mergong, ibu bapa marah dan suruh berhenti sahaja. 

Inilah padahnya apabila melantik PIMPINAN dalam NEGARA bertarafkan "CAP AYAM"

Kalau hendak menempah songkok, jangan tempah dari tukang kasut
oleh Aspan Alias

Sahabat rapat saya pernah memberitahu rakan-rakan, kalau hendak menempah songkok, tempahlah dari orang yang mahir membuat songkok. Jangan menempah songkok dari pembuat kasut, nanti songkok akan rupa kasut. Di sebaliknya jangan menempah kasut dari pembuat songkok kerana kasut kita akan diperbuat dari bahan-bahan untuk membuat songkok dan kasut itu tidak akan tahan lama.

Maksud kata-katanya itu ialah jika diberikan satu tanggungjawab kepada orang yang tidak ahli, maka tanggungjawab itu tidak akan terlaksana dengan baik seperti yang sepatutnya. Itulah sebabnya jika diberikan amanah kepada orang yang rasuah maka amanah itu akan di lalaikan kerana orang rasuah hanya pandai dan berfikir bagaimana hendak mendapatkan wang dan harta secara rasuah.

UMNO mempunyai kecenderungan besar untuk melakukan kesilapan ini kerana UMNO tidak serius dalam apa yang di laungkannya. UMNO memberikan tanggungjawab untuk menjayakan satu-satu matlamat kepada mereka yang tidak faham tentang matlamat yang diberikan kepada mereka. Jika diberikan tempat yang tinggi untuk menjaga harga barang makanan seperti harga ayam misalnya, harga ayam akan menjadi lebih tinggi lagi.

Apabila tidak berjaya menjaga dan mengawal harga ayam itu, dia akan menuding jari kepada pengguna dan meminta pengguna supaya tidak makan ayam. “Tukar menu” katanya dengan tidak bertanggungjawab.

Tahu juga bab DOSA PAHALA...tapi yang pasti Pengerusi SPR sudah panas satu badan....

Aziz, Wan Ahmad Kepanasan Kerana Jolokan Rafizi

Pendedahan dibuat Ahli Parlimen Pandan yang bersemangat negarawan, Mohd Rafizi Ramli (foto) mengenai individu yang mendapat kontrek membekalkan dakwat kekal untuk kegunaan SPR dalam pilihan raya umum ke-13 lalu kononnya kenalan rapat dengan pemimpin tertinggi SPR, telah dinafi oleh Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf.

Aziz menolak dakwaan itu dengan nada kesal sambil berkata; "kenapa hendak buat fitnah dalam bulan puasa ini, tak takut dosa ke?"

Dalam pendedahan di sidang parlimen hari ini Rafizi tidak langsung menyebut nama Aziz dan Wan Ahmad tetapi kenapa Aziz terasa panas punggung? Ada apa-apa ke?

Aziz seperti mana laporan dipetik berkata urusan pembekalan dakwat kekal itu dilakukan oleh Setiausaha SPR Kamarudin Baria, manakala beliau dan Wan Ahmad tidak tahu menahu. Ewah...beruk Bidah sungguh..

Penjelasan Aziz itu mungkin diterima dengan mudah oleh 'lembu-lembu' laki Sharizat Jalil atau 'anak-anak ayam kampung' yang diberikan Tajuddin Rahman kepada beberapa orang pengundi di Kuala Besut, dua tiga hari lepas tetapi bukan mereka yang otaknya berjalan dan tahu prosuder di dalam sesebuah organisasi.

Ini yang masalahnya AES tu... System dah baguih tapi dok songlap tu yang anak haram jadahnya..!!!

PEMBAYARAN SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES]
MATEMATIK APA KERAJAAN GUNA?

Pada 16 JULAI 2013 dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Kota Melaka YB Sim Tong Him, Kementerian Pengangkutan Malaysia memaklumkan bahawa sehingga 11/06/2013 sebanyak 673,339 saman AES telah dikeluarkan dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM20,020,500.00 kompaun telah dikutip. Kerajaan juga menyatakan bahawa setakat 11/05/2013 sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd manakala sebanyak RM3,429,910.00 telah diambil oleh Kerajaan.

Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] ingin membawa seluruh rakyat Malaysia melihat kepada formula matematik Kerajaan Malaysia seperti berikut :-

Jumlah Saman AES bagi tempoh (23/09/13 – 11/06/13)   -- 673,339

Jumlah Kompaun dikutip (RM300) -- RM20,020,500.00

Jumlah Saman Dijelaskan  -- 66,739 (66,735 x RM300 = RM20,020,500.00)

Formula Tiga Langkah (RM16 x jumlah saman dijelaskan)  -- RM16 x 66,735 = RM1,067,760.00

Jumlah Bayaran kepada Syarikat -- RM13,550,758.00

Jumlah Bayaran Kepada Kerajaan -- RM3,429,910.00

[GEMPAR] Rupa-rupanya rancangan pencerobohan Sulu di Lahad Datu sudah di kesan pada bulan Februari lagi..tapi...!!!

Berita Tergempar Dari Lahad Datu

Pendedahan seorang pegawai daerah mengenai polis sebenarnya sudah tahu mengenai rancangan pencerobohan Sulu di Sabah, dua minggu sebelum kejadian pada Februari lalu amat menggemparkan negara.
Ia menimbulkan banyak persoalan, terutama apabila memikirkan mengenai anggota keselamatan Malaysia terkorban dalam kejadian yang sepatutnya mungkin dapat dielakkan.
Berapa lama pula agaknya keselamatan negara kita berada dalam keadaan bahaya berikutan kegagalan perisikan dan komunikasi antara Kuala Lumpur dengan Sabah.
Perkara ini terdedah apabila Pegawai Daerah Lahad Datu, Zulkifli Nasir yang memberitahu Suruhanjaya Diraja dan Inkuiri (RCI) berhubung pendatang tanpa izin di Sabah, semalam, bahawa beliau ada bertemu dengan Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mat pada Februari lalu dan memberitahunya mengenai rancangan pencerobohan darat oleh penceroboh bersenjata.
"Saya diberitahu bahawa Lahad Datu adalah sasaran utama penceroboh bersenjata itu dan isu itu adalah rahsia besar. Saya diberi amaran supaya tidak membocorkan berita mengenai isu itu," katanya di hadapan lima panel RCI yang diketuai bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong.

Kedah : Isu pusat hiburan di bulan Ramadhan - Kerajaan lanie pun 2x5, 5x2 jugak!

oleh Zulkifli Yahaya


Kalau Melayu tak mudah lupa, dua tahun lalu, media-media propaganda BN mengeksploit isu kononnya kerajaan PAS Kedah tunduk kepada desakan DAP kerana menarik balik pengharaman pusat hiburan dari beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

Enakmen hiburan yang dilulus dan diwartakan oleh kerajaan BN pada 12 Februari 1998 (zaman Tan Sri Sanusi Junid) melarang semua pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadhan. Isi enakmen itu sungguh sedap didengar tetapi apabila tiba peringkat perlaksanaan ia gagal dilaksanakan apabila mendapat bantahan dari para pengusaha pusat hiburan bukan Muslim. Akibatnya enakmen tersebut sekalipun diluluskan oleh Sidang DUN tetapi tidak pernah terlaksana pada mana-mana bulan Ramadhan selama 10 tahun di bawah tiga orang Menteri Besar Umno.

Dalam dok bising tak boleh Tazkirah..di K.Besut MUHYIDDIN buat tazkirah bernilai RM343,000

Muhyiddin 'tazkirah' Kuala Besut RM343,000

TiMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun bertazkirah sempena Pilihan Raya Kecil Kuala Besut serta mengumumkan peruntukan RM343,000 bagi menaik taraf Masjid Haji Ishak dekat Kampung Dengir.

Dalam tazkiah di depan kira-kira 200 jemaah solat taraweh, Timbalan Presiden Umno itu meminta rakyat mengundi 'calon Putrajaya' Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman.

"Peristiwa (pergolakan seperti di Syria dan Mesir) itu satu iktibar bagi rakyat Malaysia untuk merasa begitu bersyukur kerana berada dalam keadaan aman dan selesa di Malaysia.

"Sebab itu yang penting bagi kita ialah bagaimana untuk memupuk semangat persefahaman di kalangan umat Islam, walau tidak seteruk di negara luar, tetapi, kita bimbang disebabkan perbezaan politik telah menggugat semangat ukhuwah yang terjalin sekian lama," dalihnya di sini, semalam.

Hina Agama - Wahai Kerajaan jangan la lembek sangat..tegaslah sikit...!!

Hina agama: Orang muda mahu kerajaan bertegas

Nik Abduh Nik Abdul Aziz
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz
 
SHAH ALAM – Pemimpin muda dalam Umno dan Pas sependapat mahu kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang menghina agama kerana gejala melampau itu semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, kerajaan mesti bertindak segera membendung perkara itu kerana membahayakan kestabilan dan perpaduan negara.

"Perlu ada tindakan melalui hukuman sekatan. Ini adalah kesan negatif langit terbuka yang wajib dikawal," katanya.

Selain itu, kata Nik Abduh, mereka yang terbabit juga perlu diberi pendidikan moral yang sempurna untuk insaf.

Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berkata, agenda perpaduan nasional yang diusahakan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak perlu melihat semua aspek secara mendalam yang berkaitan dengan pemahaman dan menghormati adat, budaya dan agama.

K.Besut - BN cuba spin isu laga PKR & PAS selepas gagal jawab isu calon mereka bukan anak tempatan..!!

PKR tak melatah 'diusik' boikot calon Pas

PRK Dun Kuala Besut
SHAH ALAM – Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menyatakan pihaknya akan bekerja keras untuk mencapai misi 16:16 dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut, 24 Julai depan sekali gus menolak spekulasi beliau memboikot calon Pas.

Menurutnya, PKR Terengganu akan membantu calon Pas menyampaikan mesej yang bermanfaat kepada penduduk bagi menghormati bulan Ramadan di samping mengelakkan kempen berbentuk fitnah.

Beliau juga berkata, misi 16:16 penting untuk melonjakkan kedudukan pembangkang di negeri “penyu bertelur” itu.

“Saya akan bekerja bersungguh-sungguh untuk pastikan supaya kedudukan sama (16:16).

“Saya juga nak ada kedudukan yang baik di dalam negeri Terengganu ini.

“Saya akan pastikan kami menang, bukan setakat sokong tetapi bekerja keras,” katanya kepada Sinar harian Online.

Kekuatan PAS di Kuala Besut bersandar pada Islam

oleh Roslan SMS

Monday, July 15, 2013


Kenyataan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bahawa PAS di Kuala Besut akan berjuang berdasarkan kekuatannya dan bukan hal peribadi musuh adalah sesuatu yang wajar dibangakan (sila rujuk : http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/07/15/PAS-veep-We-focus-on-own-strength.aspx )
Sasaran 16:16 iaitu persamaan bilangan kerusi antara BN dan PR akan menjadi fokus PAS. Dengan kedudukan tersebut Dewan Negeri Terengganu akan berada dalam keadaan tergantung oleh kerana tiada satu parti dapat memperolehi majoriti di Dewan. 
 
Keadaan ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, da nada yang berpandangan dengan keadaan itu berkemungkinan Dewan akan dibubarkan bagi pilihanraya yang baru.

Dalam erti kata rakyat peluang untuk Islam kembali bertapak dan memerintah di Terengganu bermula dengan undi rakyat di Kuala Besut.

Harga Daging pula yang naiknya.. jadi pakat tak payah makang daging seperti kata menteri..!!

Harga daging turut naik

Harga daging turut naik
Keadaan lengang di gerai yang menjual daging di Pasar Pendang.
 
PENDANG – Daging tempatan yang dijual di Pasar Pendang didapati mengalami kenaikan harga sebanyak RM2 iaitu peningkatan dari RM22 sekilogram (kg) kepada RM24/kg.

Peniaga, Che Ani Baharom, 58, berkata, harga daging naik sejak seminggu sebelum Ramadan dan menjadi perkara biasa ketika menjelang musim perayaan.

Menurutnya, dia terpaksa menjual daging dengan harga tinggi kerana bekalan yang diambil daripada pembekal adalah tinggi.

“Jualan daging merosot dari seekor sehari kepada setengah ekor sahaja kerana pembeli mengehadkan kuantiti pembelian mengikut kemampuan mereka.

“Modal peniaga juga tinggi menyebabkan mereka tidak berani untuk menanggung risiko kerosakan jika mengambil bekalan banyak,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...