TERKINI :

Tuesday, July 16, 2013

Jom pakat kesan INSPEKTOR POLIS ponteng tugas

Jika dok biaq kat BN - TPPA jadikan Malaysia hamba AS

Pensyarah: TPPA jadikan Malaysia hamba AS
3:06PM Jul 16 2013

 
Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) dalam bentuknya sedia ada didakwa akan menjadikan Malaysia sebagai hamba Amerika Syarikat, melainkan Malaysia mampu bersaing dengan kekuatan kuasa besar itu.

NONE"Apakah kedudukan kita sekarang sudah mampu untuk kita bersaing dengan kuasa besar ini?

"Apakah kita ingat ekonomi negara kita sekukuh ekonomi Jepun, Singapura, Taiwan atau Korea untuk bersaing secara terbuka dengan kuasa besar ini?" soal pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusoff (kanan).

Menulis di laman Facebook beliau, Agus memetik pandangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan TPPA sebagai "perkongsian yang tidak sama rata" kerana "kaki dan tangan kita akan terikat".

Pengerusi SPR mula bersilat menafikan beliau kenal dengan pembekal dakwat kekal..!!

Pengerusi SPR nafi kenal rapat dengan pembekal dakwat kekal

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 16, 2013

Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menafi dakwaan pembekal dakwat kekal, Mohd Salleh Md Ali adalah kenalan rapatnya sebagaimana tuduhan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, berkata pembelian dakwat kekal dikendalikan oleh Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria, bukan beliau mahupun timbalannya.

“Saya tak kenal. Kenapa buat fitnah macam itu? Kenapa tuduh di bulan puasa macam ini? Dia tak takut dosa ke? Kenapa babitkan saya dan Datuk Wan Ahmad (Wan Omar.

“Setakat yang saya tahu urusan pembelian itu berjalan dengan baik dan mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Lebih baik hal ini dilanjutkan kepada Kamarudin kerana kami tidak mencampuri urusan urusetia," katanya kepada The Malaysian Insider, petang ini.

Duta Vatican mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Oleh Rita Jong
July 16, 2013

Bioskop Joseph Marino hari ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berikutan kenyataannya berkaitan isu Allah hingga menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia.

Permohonan maaf itu dinyatakannya kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Duta Vatican City ke Malaysia itu menyatakan beliau tidak pernah berniat untuk campur tangan dalam urusan dalaman di Malaysia.

Bioskop itu berkata demikian selepas dipanggil ke Wisma Putra petang ini. – 16 Julai, 2013.

Rafizi dedahkan TOKEY DAKWAT SPR....!!!



Photo: Perbahasan sebentar tadi saya telah maklumkan kepada Parlimen bahawa individu yang didakwa mendapat kontrak membekalkan dakwat kekal adalah Mohamed Salleh Mohamed Ali 671112-66-5021.

Terkejut dakwat tidak kekal? Dia adalah kenalan rapat kepada pimpinan tertinggi SPR.

Share & like page Rafizi Ramli untuk kita sama-sama desak pengesahan daripada menteri UMNO 

Perbahasan sebentar tadi saya telah maklumkan kepada Parlimen bahawa individu yang didakwa mendapat kontrak membekalkan dakwat kekal adalah Mohamed Salleh Mohamed Ali 671112-66-5021.

Terkejut dakwat tidak kekal? Dia adalah kenalan rapat kepada pimpinan tertinggi SPR.

Share & like page Rafizi Ramli untuk kita sama-sama desak pengesahan daripada menteri UMNO

Bab hina ISLAM nie rasanya PEMIMPIN parti POLITIK pun 2X5 ja dengan Cina Gilasex tuu..!!!

King Jason


Pimpinan umno ramai yg terbukti hina agama..tiba2 pasangan gilasex ni hina agama..masing2 tunjuk hero..

Nak dakwa..dakwa semua pimpinan yg hina agama mula dari pimpinan umno amacam?

Ni kes vivian ni agak2 mereka insaf ker tak ?

Apa pun kes ni tak boleh amik mudah..kerajaan harus bertindak dengan sewajarnya...ngerti?

Apabila Bung Mokhtar MP BN fitnah DAP bab cina Gila Sex hina Ramadhah last balik batang hidung BN sendiri..!!

Alvin dan Vivian mungkin dibiayai oleh DAP?.. Tapi dulukan mereka kempen untuk BN..


Dah sama tarafnya Ahli Parlimen Kebinatangan ni dengan macai-macai UMNO/BN nampaknya kini..

Macai-macai UMNO/BN sering melemparkan tuduhan terhadap sesiapa saja rakyat Malaysia dari keturunan Cina yang menentang atau tidak sealiran dengan kemahuan kerajaan adalah penyokong DAP ataupun Ahli DAP.

Begitu juga dengan Ahli Parlimen Kebinatangan ini, beliau telah mencetuskan kekecohan dalam Dewan Rakyat dengan bertindak seperti macai UMNO.. iaitu menuduh Alvin dan Vivian mungkin dibiayai oleh DAP..

Nak BONOS tunggu sat.. kami nak penaik CUKAI dulu..!!!

Cukai jualan rumah naik

Cukai jualan rumah naik  
Abdul Rahman bersalaman dengan orang ramai ketika hadir pada majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Taun Gusi, di Kota Belud, malam kelmarin. - Foto Zunnur Al Shafiq 
 
Kekang spekulasi harga hartanah bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah miliki kediaman

Kota Belud: Kerajaan mungkin menaikkan cukai jualan hartanah sehingga 30 peratus sebagai langkah terakhir menangani isu kenaikan dan spekulasi harga rumah.

Ketika ini cukai jualan hartanah ialah sebanyak 15 peratus dan jika perlu Bank Negara akan diminta menaikkannya sehingga 30 peratus supaya pemilik tidak menjual hartanah pada harga yang terlalu tinggi. [KLIK SINI]

Baguih punya menteri berkata RTM 'tidak berat sebelah atau memihak kepada mana-mana pihak'

RTM: Shabery wajar dirujuk JK Hak Parlimen

Hazayani Zakaria, 16 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mesti dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, tegas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran.

Surendran berkata, kenyataan Ahmad Shabery bahawa RTM 'tidak berat sebelah atau memihak kepada mana-mana pihak' adalah tidak benar dan mengelirukan dewan.

Kenyataan tersebut dibuat Ahmad Shabery dalam jawapan bertulis kepada soalan Surendran pada 9 Julai lalu.

Justeru, Surendran mengemukakan usul pada 12 Julai lalu di bawah peraturan mesyuarat 36 (12) bagi membahaskan perkara tersebut.

"Jawapan bertulis menteri pada 9 Julai menyatakan maklumat yang disiarkan RTM adalah berdasarkan nilai berita yang sememangya tidak berat sebelah atau memihak kepada mana-mana pihak. Mana-mana media yang ada di sini tahu ini langsung tidak benar.

IPCMC tak ada yg bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan pun..!

IPCMC selaras Perlembagaan Persekutuan, kata Tun Mohamed Dzaidin

JULY 16, 2013

Cadangan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan,kata Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Menyatakan pandangannya mengenai kesahihan IPCMC di bawah Perlembagaan Persekutuan, bekas Pengerusi Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membuat rujukan kepada Perkara 140.

"Perkara 140 itu memperuntukkan bahawa Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan bagi Suruhanjaya Pasukan Polis menjalankan kawalan tatatertib ke atas semua atau mana-mana anggota pasukan polis dengan cara dan kuasa sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang itu.

Satu lagi petisyen di buang ke "LAUT"... Kerusi Machang kekal milik BN

Kerusi Machang kekal milik BN

KOTA BHARU - Kemenangan BN bagi kerusi Parlimen Machang pada PRU13 lalu kekal selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak petisyen yang difailkan PKR.

PKR bulan lalu memfailkan petisyen di mahkamah untuk mengisytiharkan keputusan PRU13 bagi kerusi Parlimen Machang sebagai tidak sah dan batal.

Petisyen bagi kerusi Parlimen Machang difailkan oleh calon parti itu Wan Zawawi Wan Ismail yang kalah kepada calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi.

Anwar baca SMS Jusuf Kalla dalam dewan

NONEKetua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan menyaman akhbar Berita Harian kerana memfitnahnya berhubung dakwaan Pakatan Rakyat menerima wang dana asing untuk perhimpunan Black 505.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) bertanya soalan tambahan kepada Menteri Dalam Negeri di Dewan Rakyat tentang laporan memetik bekas naib presiden Indonesia Jussuf Kalla, yang menyebut Anwar menerima dana asing bagi perhimpunan itu.

"Saya memutuskan untuk menyaman Berita Harian kerana fitnah jahat ini. Penjelasan telah diberi oleh Jusuf di dalam media, tetapi kenapa Kementerian Dalam Negeri mengambil masa berbulan untuk selesaikan perkara ini?" kata Anwar

Anwar berkata demikian ketika bangun selepas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjawab soalan daripada Reezal.

Selain itu, Anwar turut membacakan SMS yang diterimanya daripada Jusuf kepada Dewan Rakyat bagi menafikan laporan akhbar harian tersebut.

Senarai belit membelit SPR terhadap kita semua janganlah kita lupakan..

Pembelitan SPR : Membelit-sembelitkan Dakwat Kekal

- 19 Disember, 2011: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan dakwat kekal akan digunakan dalam PRU13 untuk menghalang pengundian berulang. Beliau memberi jaminan dakwat akan mengandungi 4 hingga tujuh peratus nitrat perak yang boleh tahan sehingga tujuh hari. SPR mengumumkan penggunaan dakwat kekal selepas didesak oleh Bersih dan parti pembangkang.

- 14 Mac, 2012: SPR mengatakan akan terdapat dua dakwat kekal dengan warna berlainan untuk membezakan pengundi awal dan pengundi biasa.

- 24 Mei, 2012: Bersih mahu tahu mengapa peraturan yang dibuat SPR berhubung penggunaan dakwat kekal tidak dilanjutkan kepada penggundi awal. Bersih juga mempersoalkan keberkesanan meletakkan satu garis dakwat kekal di jari berbanding mencelupkan jari ke dalam dakwat kekal.

- 11 April, 2013: Abdul Aziz memberi jaminan kepada orang awam dakwat kekal yang akan digunakan dalam PRU13 akan berbeza dengan dakwat-dakwat di luar sana bagi menggelakkan ianya disalahgunakan. –15 Julai, 2013.

[PANAS] Ada rakyat Malaysia dok sembahyang Jumaat dengan 'komunis'..!!!

Sembahyang Jumaat Dengan "Komunis"

Mohd Sayuti Omar, 

JEJAK SEJARAH (3)                                                                               

Sebelum sampai ke kampung perdamaian, Ban atau kampung Chulabhorn Pattana 12, apa yang bersarang di dalam rongga kepala selain daripada membayangkan macam mana suasana perkampungan berkenaan, ialah mengenai sesiapa yang tinggal disitu. Apakah tokoh-tokoh besar atau kepala Rejimen Ke-10 yang tersohor masih ada.
Imam Kg Chulabhorn Pattana 12 sedang berkhutbah.
Mereka, seperti Rashid Maidin, Abu Samah Mohd Kasim, Chin Peng, Abdullah CD dan lain-lain. Yang wanita pula seperti Shamsiah Fakeh, Zainab Ahmad, Zainab Mahmod, Suriani Abdullah (Eng Ming Ching), Siti Nurkiah Mahmod serta yang lain-lain.

Bagi mereka yang tidak mengikut perkembangan pergerakan dan sejarah mereka khasnya generasi muda mungkin tidak menyedari apa yang berlaku. Begitu juga yang terlalu prejudis dengan perjuangan Rejimen tersebut. Bahkan saya sendiri juga banyak yang terlepas beberapa peristiwa yang berlaku dalam kelompok para pejuang itu yang memakan masa lebih 40 tahun itu.

Setengah dari mereka sudah pun tiada lagi di dunia ini. Beberapa pemimpin atau kepala besar sudah pun dijemput Penciptanya.  Yang sudah tiada, antaranya Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ibrahim Chik, Kamaruzaman Teh, paling baru ialah Suriani Abdullah isteri Cik Dat Anjang Abdullah. Ketiadaan Suriani Abdullah genap seratus hari semasa saya di kampung berkenaan.

Inilah antara cara hendak mengurangkan harga ayam...untuk makluman MENTERI AYAM

Contract Farming adalah kaedah penternakan yang dilakukan oleh syarikat2 besar seperti KFC bagi memastikan bekalan ayam segar mereka mencukupi dengan harga yang terkawal.

Petani hanya menyediakan reban yang berkapasiti 10 ribu ekor pengeluaran sehari dengan 30 reban. KFC pula membekalkan anak2 ayam, makanan ayam, vaksin, ubat-ubatan, manakala di pihak penternak pula selain dari reban tertutup hendaklah menyediakan pekerja, utiliti, keselamatan dan lain-lain berkaitan kebersihan dan keselamatan.

Penternakan moden cara KFC membolehkan penuaian ayam dewasa hanya dalam tempoh 30 hari. Reban moden bertutup, berlampu dan bersaliran udara dengan sistem pembersihan automatik membolehkan reban direhatkan hanya beberapa jam selepas penuaian dan anak-anak ayam baru boleh diternak semula.

KFC memberikan bayaran tunai RM1 (seringgit) bagi setiap ekor ayam yang dituai dengan risiko kematian ayam yang minimal dan terkawal bagi mengelakkan ayam dijual ke luar.

Hutang Rumah & Kereta yang dibayar separuh daripadanya dikaut oleh kerajaan & pemimpin yang tamak haloba...

Betapa pemurahnya rakyat malaysia sampai sanggup papa kedana dan di istihar muflis bila buat loan rumah dan kereta....

Bukan apa loan rumah tu buat mahai2 yg untungnya tokey rumah yg berproksikan pihak atasan yg menekan dgn harga berlipat ganda... apabila pemaju dan pemimpin bersekongkol maka akan wujudlah manipulasi harga... jika pemimpin itu berjiwa rakyat dia yg akan beri arahan kepada pemaju suruh jual harga sekian-sekian....tapi ini tak berlaku....

Manakala loan keta pulak...cukai kerajaan dah 100% dari harga keta...harga kilang 30k bila dicukai oleh kerajaan 100% jadi 60k.... Loan yg rakyat buat kira 50% utk bayaq kepada kerajaan sahaja...nampak tak anda yang anda terpaksa membayar sekali ganda kepada kerajaan apabila anda membeli kereta....

sudah la cukai jalan kena pow, lesen pun kena pow belom kira AES lagi... mai dok bayaq bulan-bulan pun kerjaan pow separuh dari nilai sebenarnya....

Ini yg dikatakan rakyat malaysia pemurah..undilah lagi kerajaan BN.... 

BN SENANG RAKYAT BERLENANG....

K.Besut : Calon BN di katakan bukan anak tempatan & tidak dapat restu pimpinan tempatan


Tengku Zaihan: "Saya Anak Tempatan... Lahir & Dibesarkan Di Sini..."
Menurut Tengku Zaihan, beliau memiliki sebuah rumah di Taman Seri Seratus di sini sebelum dipindahkan ke Putrajaya tiga bulan lalu.
"Saya memang anak tempatan, lahir di sini dan dibesarkan di sini.
"Keluarga saya memiliki rumah di Kampung Nail...saya selalu juga balik ke sana, katanya ketika ditemui sewaktu bertemu pengundi di Pasar Tani Kuala Besut di sini, Isnin.

UMNO parti yang kelaku huduh... depan cakap lain belakang cakap lain..!!!

Nik Aziz: Umno jangan nak 'bermuka-muka'

SHAH ALAM - Pas hari ini membidas kenyataan Umno yang mendakwa parti itu perkakas kepada DAP dan PKR apabila sanggup tunduk kepada dua parti tersebut dalam banyak perkara.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dipetik dalam laman sosial Facebooknya berkata perkara yang dilakukan Umno tersebut tidak bersifat baik sekali gus meminta bukti daripada pihak yang mengeluarkan kenyataan itu.

Beliau juga berkata pemimpin politik perlu bercakap menggunakan fakta dan tidak "bermuka-muka".

"Saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Pasir Salak di dalam akhbar Sinar Harian halaman tiga hari ini.

"Katanya, Pas merupakan alat kepada DAP dan PKR. Saya ingin bertanya, UMNO pula alat kepada siapa?

"Di hadapan bangsa Melayu, inilah yang diungkapkan, di hadapan bukan Melayu, dikatakan pula DAP alat kepada Pas. Bermuka-muka begini bukan sifat manusia yang baik," katanya.

Apabila menteri ayam gagal mengawal peniaga & pembekal, maka harga depa yang manipulasinya...!


Harga ayam di tangan penjual?



ALOR SETAR - Sikap saling menuding jari antara pihak yang terbabit dengan industri pembekalan ayam dalam memperkatakan isu kenaikan harga ayam yang ketara di pasaran negara perlu dipandang serius oleh semua pihak.

Kenaikan harga ayam secara mendadak sehingga mencecah RM9 sekilogram sejak sebelum Ramadan dikatakan sangat melampau dan menganiayai pengguna.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar sekitar Alor Setar mendapati harga ayam bersih tidak setara antara seorang penjual dengan penjual yang lain dan masing-masing meletakkan harga jualan sendiri.

Situasi itu bagaimanapun dilihat mempunyai alasan tersendiri antara penjual, pemborong atau pembekal dan penternak ayam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...