TERKINI :

Sunday, July 14, 2013

Tektik merompak an merogol guna kad nama la pulak...!


Senang la jadi menteri macam nie... ikan mahal jangan makan ikan.. ayam mahal jangan makan ayam...


Menteri: Elak makan ayam kalau harga naik


KUALA BESUT - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan Datuk Hasan Malek hari ini mengajak orang ramai 'menukar' selera daripada memakan ayam kepada menu lain seperti ikan dan daging sebagai usaha mengekang kenaikan harga ternakan itu.

Beliau berkata langkah itu dianggap perlu memandangkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan menjelang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dengan menaikkan harga ayam sewenang-wenangnya.

Katanya ia juga bertujuan mengajar pihak berkenaan yang cuba mengaut keuntungan supaya sedar tindakan tidak bertanggungjawab mereka tidak akan berhasil.

"Pengguna perlu guna kuasa untuk ajar pihak tidak bertanggungjawab, kalau tengok harga naik jangan beli ayam tapi beli daging pula," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pulau Perhentian dekat sini, hari ini.

Alhamdulillah sahabat tionghua dr dun Sg Limau yang dok usung bendera PR dengan motornya sekarang dah memeluk Islam


Cuti Thaipusam dibawa ke mesyuarat Exco Kedah

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah akan menunaikan janji yang dibuat dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu untuk menjadikan perayaan Thaipusam sebagai cuti umum di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan Mohd Rawi Abd Hamid berkata pada PRU13 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah membuat manifesto berkenaan dan janji itu akan dikotakan tidak lama lagi.

"Kita akan bawa permohonan untuk dibincangkan bersama Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dalam mesyuarat exco kerajaan negeri Rabu ini bagi menjadikan Thaipusam sebagai cuti umum sama seperti cuti Deepavali.

Apakah ada pihak tidak mengiktiraf kampus induk KUIN K.Ketil yang telah dirasmikan oleh Tuanku..??

Mengapa Datuk Dr. Latifah dipecat dari KUIN?
oleh Zulkifli Yahaya

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/250761_385164184913106_182024911_n.jpg 

Pendaftar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) Datuk Latifah Hassan dipecat dari jawatan pendaftar ekoran pertukaran kerajaan Pakatan Rakyat kepada kerajaan Umno di Kedah. Dua kakitangan atasan yang turut menerima nasib yang sama ialah Ketua Penolong Bendahari, Che Kartina Mohd Idrus dan pensyarah Kulliyyah Syariah, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Dalam bahasa yang lebih lunak, mereka bukan dipecat sebaliknya diberhentikan. Iyalah orang Melayu suka guna bahasa lunak. Contoh mereka sebut 'bukan Islam' bukannya 'kafir', walaupun maksudnya sama.

Penguasa yang zalim sama saja sikapnya di atas mukabumi ini, dari Mesir sampai ke Malaysia. Langkah pertama yang diambil sebaik sahaja berkuasa ialah menyingkirkan mana-mana individu yang mereka anggap tidak sehaluan dalam pentadbiran.

Dr. Latifah bukan orang politik sebaliknya orang akademik tulen. Beliau dilantik kerana professionalismenya. Pernah bertugas sebagai pendaftar di UUM selama 23 tahun, 10 tahun di UKM dan dua setengah tahun di Unisel. Dr. Latifah mengikat kontrak dengan KUIN selama dua tahun dan bertugas baru enam bulan.

Rumah Free K.Besut : Aduhai BN... yang lama pun tak siap mai hari nie janji baru lagi..!!

Yang Dulu Terbengkalai, Muhyiddin Dan Mad Said Janjikan Rumah Pangsa Yang Baru Pulak Di Kuala Besut..


'Janji Tidak Ditepati'…itulah kata-kata yang boleh diungkap oleh penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut yang rasa tertipu dengan janji kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Ini kerana, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said sendiri yang berjanji kepada rakyat sebanyak 300 unit pangsapuri kos rendah akan dibina di Kuala Besut sekiranya Barisan Nasional mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Bahkan, Ahmad turut membuat pengumuman rasmi meluluskan pembinaan 50 buah unit rumah pangsa kos rendah secara percuma kepada penduduk penempatan PPRT Pangkalan Atap yang terlibat dengan masalah ombak besar itu di lokasi baru yang lebih selamat.

Sebaliknya, 300 unit pangsapuri tersebut kini terbengkalai dan tidak dapat disiapkan hingga terjadi seperti projek 'gajah putih'.

Pihak Polis tak gentar dengan IPCMC nie cuma Musa & Gani Patail ja yang takutnya - Mat Zain

Polis tak gentar dengan IPCMC, kata Mat Zain
12:13PM Jul 14 2013 

http://1.bp.blogspot.com/-hcuIJpwhomw/Ud5snks2HzI/AAAAAAAAk_g/wsKCeFhywlU/s400/ipcmc.jpg
Bekas ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim berkata sebahagian besar dariapda pasukan polis tidak gentar dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Katanya, sebahagian besar anggota berkenaan juga tidak mengetahui mengenai kewujudan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atau fungsi suruhanjaya tersebut.

"Saya boleh katakan bahawa anggota polis lebih takut dengan cawangan disiplin polis lebih daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Jadi, sama ada IPCMC ditubuhkan atau tidak, tiada bezanya bagi sebahagian besarnya,” katanya.

Beliau mendakwa, individu yang sebenarnya bimbang dengan penubuhan IPCMC adalah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail atas peranan mereka dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang disiasat oleh Mat Zain.

Kuala Besut - Pengarah PRK K. Besut : Benarkah Mat Said terpelanting.. & Mahyudin bergabung dengan Idris Jusoh..??

PRK Kuala Besut: Mengapa mesti Muhyiddin Yassin?

PRK Dun Kuala Besut
PELANTIKAN Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengarah PRK Dun Kuala Besut baru-baru ini menimbulkan pertikaian umum sementelah tanggungjawab itu sewajarnya digalas oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Apakah begitu genting sekali kedudukan Dun Kuala Besut ini sehingga orang nombor dua negara terpaksa diturunkan bagi menggerakkan jentera BN di sana?

Bagi pemerhati politik, turunnya Muhyiddin ke gelanggang PRK bukan sahaja kerana mahu memastikan kemenangan BN di Dun Kuala Besut sebaliknya ia adalah misi menyelamatkan Terengganu daripada jatuh ke tangan PR.

AKTA HASUTAN - Apabila desakan MENTERI tak di terima pakai oleh KABINET...!!

Kabinet Kekal Mansuh Akta Hasutan. Mana Zahid Hamidi Nak Sorok Muka?


Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.

"Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.

Pada Julai tahun lepas, Najib mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan dan keputusan itu dibuat bagi mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warga negara dan keperluan menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini.

"KEDAH AMAN MAKMUR"- JANGAN JADI SLOGAN SYOK SENDIRI

oleh Mummy Rokiah


KEDAH TAK PERNAH CEMUIH DENGAN SLOGAN. Slogan, Tag Line dan Unique Selling Proposition atau Unique Selling Point (USP) adalah kata-kata hikmat bagi menyatakan keistimewaan dan kelebihan produk yang ingin dijual. 
 
Begitu juga pemimpin, masing-masing ada slogan atau 'tagline' visi kepimpinan mereka sendiri untuk menempatkan pasaran mereka di dalam minda dan jiwa rakyat. Seperti di Kedah, setiap MB di Kedah mencetuskan slogannya yang tersendiri. Barisan Nasional ketika Datuk Seri Syed Razak mengambil alih sebagai MB Kedah beliau telah memperkenalkan slogan "Kedah Maju 2010". 
 
Datang pula Ustaz Azizan diperkenalkan slogan "Kedah Sejahtera". Kini di bawah pentadbiran MB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir dilancarkan slogan baru “Kedah Aman Makmur”. 
 

Ahmad Shafie kembali menjadi Jurulatih Kedah untuk hadapi kempen Piala Malaysia


Canaries determined to fly high even without Tot
By LOGANATH VELLOO

GEORGE TOWN: The Kedah Football Association (KFA) insist that coach Marijo Tot’s decision not to extend his contract will not hamper the Canaries’ preparations for the Malaysia Cup.

Croatian Tot, who joined Premier League side Kedah at the start of last year’s Malaysia Cup campaign, has decided to leave the Hijau Kuning outfit when his one-year contract expires on July 31.

KFA director of development Datuk Ahmad Shafie has been named interim coach to oversee preparations for the Malaysia Cup while the team management search for a long-term replacement.

“Marijo’s departure will not affect or delay Kedah’s preparations for the Malaysia Cup. Cikgu Mat (Ahmad Shafie) and Antonio Sisic will be in charge for the short-term until a new coach is appointed,” said Kedah manager Datuk Jeffrey Low yesterday.

“We will not be rushed into making an appointment before the Malaysia Cup starts (on Aug 17) as we want to select the best available candidate. We are considering several coaches but it’s too early to reveal their names.”

Although it is just on an interim basis, this will be Ahmad Shafie’s fourth stint in charge of the Kedah senior team.

During his first tenure from 1985-89, he led Kedah to two Malaysia Cup runners-up finishes. He was also put in charge of the Canaries for the 1991 and 2000 seasons.

Undang-Undang Jabatan yang mengawal selia berkenaan JALAN RAYA & KENDERAAN kelihatan caca-merba..!!

Nombor plat, cermin gelap dan lampu putih bebas digunakan
TAHIR BAKAR

http://4.bp.blogspot.com/-Bapbvc4X-UU/TlLlTE7jJMI/AAAAAAAAgpY/X5DR5gnSlB8/s400/Jumlah+kenderaan+di+dunia+sekarang+sudah+lebih+1+billion.jpg
Gambar Hiasan
SETIAP hari apabila kita hendak keluar rumah, kita akan lihat kereta-kereta kita sama ada yang mahal atau murah yang diletak di hadapan pintu rumah.

Apabila kita keluar memandu di jalan raya dan di lebuh raya, kita akan lihat pelbagai jenis kereta, lori, van, bas dan motosikal.

Kemudian kita akan lihat pelbagai jenis dan bentuk saiz nombor daftar kenderaan dan banyak kenderaan yang bercermin gelap.

Bagi nombor daftar kenderaan ada yang besar, ada yang bentuk kecil serta pelbagai bentuk seperti abjad dan nombor yang rapat, abjad rapat ke kiri plat nombor, rapat ke kanan plat.

Begitu juga cermin-cermin kenderaan semuanya ada yang gelap hitam, ada yang gelap sedikit, ada yang warna hijau, ada yang warna perak dan macam-macam lagi.

Tidakkah ia menimbulkan pelbagai tanda tanya atau persoalan mengapa terdapat pelbagai bentuk nombor kenderaan dan mengapa banyak yang bercermin gelap?

Perjanjian TPPA Merosak Ekonomi Rakyat, Menggadai Kedaulatan Negara !


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa semua pihak bersatu menentang perjanjian TPPA yang disifatkan sebagai satu bentuk penjajahan baru. Lebih malang apabila penjajahan baru ini dihalalkan oleh pemerintah di atas kepentingan tertentu yang tidak menyebelahi rakyat.

Perjanjian multilateral terikat TPPA yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga berkisar tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka. Persoalannya, sejauh manakah industri perkhidmatan kita bersedia untuk berdepan syarikat gergasi super multinasional barat?

Dari pengamatan SAMM, kesan TPPA sangat besar dan menyeluruh khususnya terhadap rakyat yang berpendapatan sederhana. Ianya lebih dari soal globalisasi perdagangan, ia turut meliputi penggubalan undang-undang bagi memberi laluan kepada agenda tersembunyi Amerika dan konglomerat dunia untuk terus menjarah negara, tanpa sempadan. Namun walaupun punya impak yang besar, perjanjian yang bakal ditandatangani pada Oktober nanti telah dibincangkan secara senyap dan penuh kerahsiaan. Apakah yang cuba disorokkan?

Rahsia kenapa dapat RUMAH FREE di K.Besut terbongkar...

nah sekali smash bab kemiskinan dan rumah buruk...terus Kerajaan umum bagi rumah free... hebat juga penangan pilihanraya kecil nie...


Ayuh semua.. marilah kita berdoa semoga kawasan kita ada pilihanraya...banyak habuan sedang menanti...!!!

Ayuh marilah kita berdoa semoga kawasan kita ada pilihanraya kecil.... alangkah bertuahnya kawasan yang ada pilihanraya kecil...sekecil-kecil masalah sehingga sebesar-besar masalah akan dilihat oleh pihak pemerintah.....


Mangsa Pertama main mercun di Kedah dah 'tobat' dah tak mau main lagi...

Aiman serik main mercun
Jamsari (kanan) melihat kesan melecur yang dialami anaknya itu.
 
BALING - 'Saya serik main mercun, tak mahu main lagi,' kata mangsa pertama yang dimasukkan ke hospital akibat terkena letupan mercun buatan sendiri.

Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, kini telah dibenarkan pulang setelah mendapat rawatan selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Bagaimanapun dia masih perlu melakukan rawatan susulan bagi mengelak sebarang jangkitan kuman di bahagian mukanya.

Menurutnya, dia sama sekali tidak menyangka mercun buatan itu akan meletup ketika dia ingin mengeluarkan serbuk belerang di dalam meriam paip itu.

Keadaan makin baik, Azizan mahu buat kenduri

Keadaan makin baik, Azizan mahu buat kenduri
Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah
 
GEORGETOWN - Selepas hampir 67 hari mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang (HPP), keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan dilaporkan stabil dan semakin baik.

Isterinya, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah berkata, keadaannya bertambah baik dan sering dilihat tersenyum setiap kali ahli keluarga dan sahabatnya datang melawat.

"Tan Sri sekarang dalam tempoh pemulihan namun ia mengambil masa untuk beliau kembali pulih sepenuhnya.

"Beliau sudah mampu berkomunikasi namun tidak boleh bercakap dengan lancar sebaliknya akan menggunakan pen dan kertas jika mahu berinteraksi dengan ahli keluarga," katanya ketika ditemui media selepas kunjungan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir hari ini.

Bersyukur dengan keadaan kesihatan yang semakin baik, Azizan dikatakan berhasrat untuk membuat kenduri dan menyumbangkan seekor lembu kepada HPP.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...