TERKINI :

Saturday, July 13, 2013

SPR terus cuba membangangkan rakyat Malaysia sekali lagi...


Kerajaan tidak benar laksana kerajaan sementara PRU13 lalu, kata SPR


OLEH HASBULLAH AWANG CHIK JULY 13, 2013

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menyediakan garis panduan berhubung kerajaan sementara selepas pembubaran parlimen pada April lalu adalah kerana tidak mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan, kata anggota badan penggendali pilihan raya itu Datuk Dr. P. Manogran (gambar).

Menurut Manogran lagi, kementerian berkaitan juga tidak membenarkan SPR melakukan sedemikian.

“Kementerian yang berkaitan tidak membenarkan SPR untuk menyediakan satu garis panduan kepada kerajaan sementara menyebabkan kuasa SPR untuk melaksanakan peraturan berkenaan tidak berjaya,” kata beliau semasa berucap di sebuah forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam di Kuala Lumpur hari ini.

Ramadhan gamit pejuang Islam


Ustaz Idris Ahmad, 13 Jul 2013

FIRMAN Allah SWT bermaksud: "Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa seperti orang yang sebelum daripada kamu diwajibkan, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa." (al- Baqarah:183)

Ramadhan bulan dinanti-nanti oleh orang beriman, lebih-lebih lagi mereka yang terlibat di dalam jemaah Islam. Ini kerana ia merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan daripada Allah. Bulan yang memberi peluang ada nafsu jahat dan nafsu buruk. Ini adalah fitrah yang ada di dalam diri manusia. Nafsu ini sering bertarung antara satu dengan lain. Ada kalanya nafsu buruk menang, dan ada kalanya nafsu baik menang.

Puasa merupakan mekanisme berkesan untuk membersihkan nafsu yang kotor dengan diganti dengan nafsu yang baik.

Najib meraban kaitkan Mesir dengan Malaysia


Zulkifli Yahaya, 13 Jul 2013


DATUK Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya mengambil iktibar daripada konflik di Mesir apabila perubahan yang ingin dituntut tidak menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Akhirnya, kata Najib, ia menyebabkan rakyat menuntut perubahan sekali lagi.

Siapa pun yang menjadi pemimpin kepada kerajaan tua BN tidak akan mensia-siakan peluang untuk mengeksploit kemelut di Mesir perihal bahayanya menukar kerajaan. Tun Mahathir Mohamad sewaktu berkuasa sehingga kini pun masih bercakap dalam nada yang sama; bahaya menukar kerajaan. Sekalipun, katanya, kerajaan yang ada (BN) bukanlah sempurna.

Walhal situasi di Mesir berbeza sama sekali dengan Malaysia. Pertama kali rakyat bangkit menentang rejim Hosni Mubarak dua tahun lalu setelah merasakan kerajaan pimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan dalam menjaga kebajikan rakyat, sedangkan pada ketika itu rakyat mengalami tekanan ekonomi yang sangat teruk.

Hebatnya negara kita... ada wakil dari VATICAN untuk jadi DUTA.....

King Jason


Ingat tak dulu..tiap tiap hari berdemo 5..6 irang bawak banner pertahankan khalimah Allah..

berdemo tutup muka..nampak kopiah jer..kah kah kah..Mastermind dia bawak banner panggil sitolol..

upah rumput sorang sikit panggil tv3 suku..ingat tak nih??Bila PR jelaskan..tak masuk tv..masing2 bodo sampai ke sudah..last2 undi BN..misi berjaya..mastermind dapat la projek bilion2 upah..yg cacai dapat la rumput seikat sorang..

Hari ni..terdedah lagi..rupa rupanya ada duta vatikan kat negara kita ..ohhh.. perdana menteri tersayang...muah muah..Puiii...


PRK KUALA BESUT : PAS BERADA DI DEPAN SEKARANG?

http://mutaligat.blogspot.com

Pada peringkat ada pengkaji politik meletakkan PAS berada di depan kerana populariti calon dan sentimen penolakan terhadap BN di Terengganu.

Calon PAS, Che Long diakui oleh kawan dan lawan bahawa beliau calon terbaik dan tepat. PAS kata mereka telah membaca kecenderungan dan kemahuan pengundi di Kuala Besut sebab itu mereka memilih Che Long sedangkan ramai lagi calon lain yang berkelulusan tinggi. Tetapi PAS sedar pengundi Kuala Besut mahukan susuk tubuh yang sentiasa bergeluman dengan rakyat, sene kkkiro dan mudoh bbbbaso.

Namun masa masih panjang. BN sudah tentu menggunakan apa sahaja tanpa mengira halal dan haram bagi memastikan kemenangan calon mereka.

Kekuatan BN ada dua iaitu tidak menghiraukan halal dan haram dari segi agama maupun undang-undang serta yang keduanya mereka mempunyai undi deposit dari kem tentera berjumlah lebih dari 1000 orang.

Kuala Besut - Eishh Ingatkan UMNO pecat Che Long kes pelari duit atau rasuah....

Lain la kalau Che Long dipecat dari Umno pasai rasuah...

Yang sebenarnya Idris Natang takmau pun panjangkan isu calon PAS bekas ahli Umno ni pasai dia pun yakin isu ni langsung tak menguntungkan Umno dalam bentuk undi.

TheMalaysianInsider melaporkan:
Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, bagi PAS, Endut@Azlan Yusof sebelum ini didakwa pernah dipecat daripada jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno, kata Datuk Seri Idris Jusoh.

Idris ketika sidang media hari ini berkata Azlan, atau lebih dikenali sebagai Che Long oleh penduduk tempatan dipecat daripada jawatan berkenaan ekoran menunjukkan kecenderungan kepada PAS. - TMI.
Rupa-rupanya dipecat pasai "menunjukkan kecenderungan kepada PAS" ingatkan pasai ada kes rasuah atau politik wang, kalau sebab sokong PAS kena pecat kira hebat la. Maknanya bukan la lepas kena pecat baru Che Long aktif dengan PAS pulak.

Macamana la ALONG tak boleh hidup di Malaysia...???

Terperangkap pinjam ah long
Terperangkap pinjam ah long
Ramli menunjuk beberapa laporan yang dibuatnya di Balai Polis Pokok Sena selepas diugut ah long.
 
POKOK SENA - Seorang pengusaha makanan yang terdesak memerlukan wang akhirnya terperangkap dengan taktik licik ah long yang berpura-pura simpati dengan memberinya pinjaman bagi membantu menyelesaikan masalah perniagaannya.

Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Ramli berkata, seorang rakannya yang simpati dengan masalah itu memperkenalkannya kepada seorang lagi rakan yang mampu memberikan pinjaman bagi menyelesaikan masalahnya itu.

Difahamkan, pinjaman itu dikatakan sah di sisi undang-undang dan berlesen serta diakui kerajaan bagi tujuan membantu peniaga yang menghadapi masalah kewangan.

KISAH KETAM MALAYSIA..........

Satu kumpalan pelancung dibawa melancung kesebuah pulau yang terkenal dengan hasil laut. Pelancung dibawa kepasar tempat peniaga menjual hasil tangkapan laut yang masih segar seperti ikan, siput dan ketam. digerai yang menjual ketam, seorang pelawat itu tertarik kepada 2 bakul yang berisi ketam hidup. 

Ketam dalam bakul pertama agak keperangan, bersaiz sederhana. Hairan juga dia kerana tidak ada ketam yang keluar dari bakul sedangkan tidak ditutup. “Tidak perlu ditutup Tuan”, terang pemandu pelancung . “kalau ada seekor yang cuba lepas dari tepi bakul, ketam lain yang akan menariknya kebawah“ . “Ketam Melayu”, pelancung itu berbisik kepada kawannya.

Akhirnya Akta Keharmonian Nasional yang akan menggantikan Akta Hasutan

Kabinet kekal keputusan mansuh Akta Hasutan
Datuk Dr S Subramaniam
Datuk Dr S Subramaniam
 
PUTRAJAYA - Kabinet hari ini mengekalkan keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lepas, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
  
Beliau berkata Akta Keharmonian Nasional yang menggantikan Akta Hasutan kini dalam proses penggubalan.
  
“Akta Keharmonian Nasional ini akan memastikan kestabilan politik dan keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
  
“Sebaik perlindungan ada di tempatnya, kita akan menarik balik Akta Hasutan," katanya pada satu sidang media di sini hari ini.
    

Ilmu agama benteng pertahan diri elak gejala negatif - TUNKU Puteri Intan Safinaz

TUNKU Puteri Intan Safinaz (dua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada penerima Anugerah Cemerlang Idul Ilmi 2013, Mohamad Ridzwan Zulkefly di Maktab Mahmud, Alor Setar, Kedah, semalam. 
 
ALOR SETAR 9 Julai - Golongan muda diingatkan agar menjadikan ilmu pengetahuan terutama berkaitan agama sebagai benteng mempertahankan diri daripada gejala negatif.

Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkata, ini kerana dalam era teknologi maklumat, golongan tersebut sering terdedah kepada unsur tingkah laku tidak sihat.

"Ilmu amat penting dan al-Quran juga sentiasa mengajar kita agar mencari ilmu, jadi tiada alasan untuk mengabaikan ilmu.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...