TERKINI :

Friday, July 12, 2013

Kuala Besut - Seawal minit pertaman calon BN dah mula sogok duit beli pengundi

Belum pun hari penamaan calon Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dah mula beli 1091 undi?

Tapi macam biasa la kut, aksi macam ni SPR takkan kata sebagai penyogokkan dan kalau buat petisyen pun aku yakin akhirnya orang yang buat petisyen tu terpaksa bayar kos RM30,000 pasa petisyen tu ditolak.

Bharian melaporkan:
Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman hari ini menyerahkan sijil bagi "Dana Bakti Remaja" kepada penduduk di Kampung Baharu di sini.

Kira-kira 1,091 penduduk berumur di antara 21 dan 40 tahun dari pusat daerah mengundi Bukit Puteri dan Kampung Nangka yang terletak dalam Kampung Baharu layak mendapat bantuan sebanyak RM200 menerusi inisiatif kerajaan negeri. Tengku Zaihan diiringi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Datuk Wan Zakaria Abd Rahman dan Abdullah Che Muda yang memperkenalkan calon berkenaan kepada orang ramai. - Bharian.   
Taktau la pulak kalau aksi ni tak boleh ditafsirkan sebagai beli undi tak kira la inisiatif kerajaan negeri ka sapa ka tapi bila yang bagi tu calon, diringi pulak oleh bekas Adun apa lagi persepsinya, tak timbul dah inisiatif kerajaan negeri tapi yang disembangkan tentunya calon BN yang bagi.

Red Bean Army - Rupa-rupanya ada RM350juta di sebalik penglipurlara nie..!!!

Red Bean Army, Dongeng UMNO Untuk Halalkan Peruntukan RM350 juta


Isu Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) sekali lagi dibangkitkan di Parlimen apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu akan mengambil tindakan jenayah dan sivil ke atas Tentera Kacang Merah dan yang sejenis dengannya kerana menyebarkan pembohongan menerusi internet.

Bagaimanapun, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau hairan mengapa sampai sekarang kerajaan belum mengambil sebarang tindakan ke atas Tentera Kacang Merah itu, sedangkan ia tentu tidak sukar bagi polis siber membongkar kegiatan pasukan itu jika ia benar-benar wujud, apatah lagi ada pihak yang memberi ‘maklumat’ bahawa Hotel Concorde, iaitu sebuah hotel yang kerap dikunjungi pemimpin atasan UMNO/BN, digunakan sebagai pusat operasi utama bagi tentera siber serba mistik itu.

Katanya, ini jelas membuktikan kegilaan melampau UMNO/BN untuk meneruskan dongeng berhubung agenda sulit sebahagian pemimpin atasan UMNO/BN untuk menghalalkan peruntukan RM350 juta bagi memerangi Tentera Kacang Merah yang mereka khayalkan untuk sepanjang lima tahun akan datang.

Mana PKR & PR untuk membantu bebaskan Rumah Norhayati...!!??

PKR Perlu Bebaskan Rumah Norhayati

RESPONS                                                                                         

Nasib yang dialami oleh Ketua PKR Negeri Pulau Pinang, Norhayati Jaafar di mana rumahnya disita oleh mahkamah ekoran kegagalan membayar ganti rugi sebanyak RM30,000 kepada seseorang yang telah menyamannya seperti mana dilaporkan seharusnya diberi perhatian.

Rumah Norhayati terletak di Taman Sri Kijang, Alma di Bukit Mertajam Pulau Pinang disita semalam atas perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Sekiranya beliau gagal melunaskan ganti rugi berkenaan dalam masa 14 hari semua barangan di dalam rumah itu akan dilelong.

Kita sangat berharga semoga nasib atau masalah dihadapi Norhayati akan diselesai dalam tempoh terdekat. Semua pihak kena sedar kronologi yang dilalui oleh Ketua Wanita PKR itu ialah dalam tindakan untuk membela partinya.

WargaKilang : jalan-Jalan Masuk Kampung sempena Ramadhan

WARGAKILANG: Jln-Jln Masuk Kg (Ramadhan)

Pejam celik pejam celik, Ramadhan datang lagi. Kali ini, insyaallah NGO Wargakilang akan meneruskan lagi tradisi Masuk Kampung di Bulan Ramadhan menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.

Beberapa minggu sebelum Ramadhan, bersama-sama dengan skuad riki Wargakilang, saya bawa sahabat-sahabat saya ini  ke kawasan Baling, daerah kelahiran saya.

Sengaja saya pilih Baling sebab 10 tahun dulu, di sekitar tahun 2003, di sinilah aktiviti Jln-Jln Masuk Kampung NGO Wargakilang bermula. Walaupun secara amnya, Baling sudah pun jauh lebih maju berbanding dulu, namun di celah-celah rumah batu itu, masih terdapat lagi rumah berdinding buluh dan ber-attap rumbia, perlambangan bahawa kemiskinan di Baling masih belum pudar sepenuhnya.
(Rumah tanpa air tanpa elektrik – menumpang bekalan dari rumah sebelah)

Palanivel Pengerusi MIC Kedah mulai esok

Datuk Seri G. Palanivel
Datuk Seri G. Palanivel
 
KUALA LUMPUR - Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel akan mengambil alih jawatan Pengerusi MIC Kedah, mulai esok bagi memperkukuhkan lagi parti, di negeri itu.
  
Dalam kenyataan di sini hari ini, Palanivel berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan MIC bahagian secara tetap sekurang-kurangnya dua kali sebulan, untuk memahami dan menyelesaikan isu di sana.
  
Esok, beliau dijangka memulakan lawatan ke Kedah untuk bertemu Pengerusi Cawangan dan Bahagian dari Merbok, Jerai dan Sungai Petani dan mengadakan mesyuarat tetap dengan mereka.
  
"MIC Kedah perlu bergerak ke hadapan. Saya membuat keputusan (untuk mengambil alih sebagai Pengerusi Kedah) bertujuan mengukuhkan asas parti di negeri itu," kata Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
  
Difahamkan pengambilalihan kepimpinan didorong oleh aduan daripada beberapa pengerusi MIC di negeri itu, berikutan pelbagai masalah yang dihadapi kepimpinan.

Apasal nak BOIKOT AYAM pula.... Rakyat Malaysia mana suka yang murah-murah....!

EISHHHH DOK BOIKOT APANYA, 
RAKYAT MALAYSIA SEMUANYA KAYA RAYA...
 MEREKA BUKAN KISAH HARGA TINGGI TINGGI NIE.....
YANG TAK SUKA HARGA MAHAL NIE CUMA PUAK PR JAA...

BERSIH 3.0 : Apabila POLIS & DBKL lebih sudu dari kuah...?


Polis, DBKL punca huru-hara Bersih 3.0


OLEH TRINNA LEONG JULY 12, 2013

Panel ditubuhkan kerajaan mengesahkan polis Malaysia menggunakan kuasa berlebihan terhadap penyokong berbaju kuning dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 tahun lalu sehingga menyebabkan kekacauan di ibu negara Kuala Lumpur.

Sumber dari dalam panel diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar itu juga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan rapuh mereka dalam tidak membenarkan penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk acara itu dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana menghentikan bas dan keretapi milik kerajaan daripada masuk ke bandar.

Kerajaan menubuhkan panel itu bertujuan menyiasat dakwaan keganansan polis terhadap peserta perhimpunan dan wartawan pada 28 April, 2012. Mereka menyerahkan laporan 500 muka surat terhadap penemuan mereka kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu.

Apabila menteri di saman sebab kes tumbuk..!


Ahli perniagaan saman Ahmad Zahid selepas polis didakwa abai aduan


Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya.

Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006

Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.

Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.

Pentingnya Masa Di bulan Ramadhan....

Oleh Azrina Binti Sobian

"Masa itu emas". Satu ungkapan yang seringkali disebut tetapi gagal difahami secara mendalam maknanya bagi kebanyakan orang. Ungkapan ini secara ringkasnya menunjukkan betapa masa itu penting dan perlu dihargai. Ini kerana satu-satu masa yang telah terlepas, tidak mungkin akan kembali semula.

Kita sering mendengar ungkapan 'janji Melayu'. Ungkapan ini sebenarnya memberi makna yang tidak baik kepada orang Melayu yang pastinya adalah seorang Muslim. Ungkapan ini bukan sahaja menunjukkan sikap tidak menepati janji tetapi dalam masa yang sama ia juga merujuk kepada sikap mengabaikan masa di kalangan Muslim. Ungkapan ini seolah-olah menunjukkan betapa seseorang Muslim itu suka tiba lewat pada satu-satu masa yang telah dijanjikan. Cuba lihat pula di sekeliling kita. Di pejabat, di majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi atau kehadiran di mesyuarat, kerap kali ada sahaja yang tiba lewat. Mereka seolah-olah merasakan bahawa tiba lewat itu satu kelebihan dan tidak langsung rasa bersalah mengabaikan masa yang telah ditetapkan bagi sesuatu majlis itu. Inilah sikap sebahagian besar daripada kita terhadap masa dan sikap ini perlu diubah.

Sekitar penamaan calon PRK Kuala Besut



Ramadhan: bulan membentuk generasi furqan

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Perutusan Ramadhan 1434H

Allah SWT berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

"..Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan juga menjadi furqan (menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah).." (Surah al-Baqarah : ayat 185).

Alhamdulillah, kita dipanjangkan nyawa oleh Allah SWT untuk terus bertemu dengan Ramadhan tahun 1434 Hijrah ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan dan nyawa yang berpanjangan ini merupakan nikmat yang sangat besar yang diberikan oleh Allah SWT sebagai ujian kepada manusia. Hanya manusia yang beruntung sahaja yang akan menggunakan kesempatan yang diberikan ini untuk melakukan amal soleh agar ia menjadi bekal yang terbaik untuk di bawa ke hadapan Allah SWT.

21 Setpol angkat sumpah simpan rahsia

11 Julai 2013

KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 Setiausaha Politik mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Majlis itu turut disaksikan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa. Majlis angkat sumpah itu diketuai Datuk Jailani Ngah diikuti Wong Nai Chee dan Datuk Muhammad Khairun Aseh sebagai Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Datuk Mohd Nardin Awan dan Datuk Tahir Mohd Taat pula mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setiausaha Politik lain yang mengangkat sumpah ialah:
* Datuk Dr Marzuki Mohamad (Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin)
* Datuk Mohamed Ismail Mohamed Othman (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)
* Datuk Markiman Kobiran (Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein)
* Razak Sakaran Dandai (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal)
* Datuk Daniel Kinsik (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili)
* Dr Richard Rapu @ Aman anak Begri (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas)

Itu la orang kata..jangan dok tunjuk hebat sangat..ada masa anda akan jatuh juga..!!

Padah tepuk cermin kereta
Wartawan Sinar Harian

GEORGETOWN - Gara-gara tidak puas hati dengan tindakan seorang pemandu kereta tidak memberi laluan untuk memotong, akhirnya membawa padah kepada pemandu lori dikenakan denda RM1,200 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan menepuk cermin kereta.

Teh Chyuan, 34, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Diannee Ningrad Nor Azhar.

Diannee Ningrad yang menerima pengakuan bersalah, Teh turut memerintah hukuman penjara sebulan, jika lelaki itu gagal menjelaskan denda.

Mengikut pertuduhan, Teh didakwa dengan niat khianat menepuk cermin kereta jenis Odyssay, miliki seorang warga emas berusia 56 tahun, di Jejambat Jalan Masjid Negeri, kira-kira jam 5.30 petang, 25 Jun lalu.

Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda.

Pendang - Jejantas jadi lokasi peragut


Jejantas jadi lokasi peragut
Jejantas Kampung Bukit Jambul kelihatan sunyi mengundang risiko berlakunya kejadian ragut.
 
PENDANG - Penduduk masih bimbang untuk menggunakan jejantas Kampung Bukit Jambul selepas beberapa kejadian ragut dikatakan berlaku di situ.

Sabariah Zakaria, 44, berkata, dia merayu supaya tindakan dapat diambil pihak berkenaan dalam memastikan keselamatan penduduk selamat setiap kali menggunakan jejantas itu.

Katanya, jejantas dekat landasan keretapi itu dibina Julai tahun lalu untuk kegunaan pejalan kaki dan penunggang motosikal kerana ia menghubungkan penduduk kampung selepas lintasan haram di situ ditutup.

“Saya selaku penduduk meminta polis dapat melakukan rondaan dengan kerap di kawasan terbabit demi keselamatan pengguna jejantas itu terutamanya pada jam 2 hingga 4 petang dan 6 hingga 8 malam,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...