Kepada siapa yang biasa ke muzium padi gunung keriang melalui pantai johor,selepas pekan sungai baru, anda tentu perasan sebuat restoran yang diberi label restoran 7 kawah. Ianya lebih kepada gerai makan yang lain dari yang lain. Ada suasana kampung dan menyiakan makanan kampung ala kedah. Kelainan restoran ini ialah berbagai label yang menarik perhatian. Ada tanda arah dan jarak kebandar – bandar besar didunia seperti Mekah, London dan sebagainya.
Ada menu yang menunjukkan hidangan gulai rusa, pelanduk, landak dan kijang. Jika anda mengidam gulai landak misalnya, awal-awal lagi saya maklumkan anda akan kecewa kerana benda-benda itu sebenarnya hanya gimmik sahaja. Beberapa kali saya singgah, tidak pernah sekali pun saya dapat merasa gulai rusa. Jawapannya habis.
Walau pun begitu saya tabik horamat kepada tuan punya restoran kerana daya kreatifnya dapat menarik. Sambil makan, saya suka membaca beberapa nama yang dipaparkan. Cuma saya tidak berapa suka kepada kepala kerbau yang digantung ditiang retoran itu. Seperkara lagi saya dapati lantainya tidak berapa bersih. Mungkin kerana simen kasar yang sukar dicuci.
Balik kepada KUIN, ada sedikit persamaan dengan restoran 7 kawah yang saya sebutkan diatas. Dalam web site yang memaparkan kursus yang ada di KUIN, disenaraikaan banyak sekali kursus bersama dengan kadar yuran yang dikenakan.