TERKINI :

Wednesday, July 10, 2013

Kerajaan kalah lagi kes mahkamah.. kes tangkap demontrasi..!!

5 peguam, aktivis menang saman terhadap kerajaan

KUALA LUMPUR - Lima peguam hak asasi manusia dan seorang aktivis hari ini menang saman mereka terhadap polis dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan dengan niat jahat ke atas mereka semasa perarakan sempena Hari Hak Asasi Manusia Dunia pada 9 Dis, 2007.

Mahkamah memberikan ganti rugi RM10,000 setiap seorang kepada R. Sivarasa, N. Surendran, Latheefa Beebi Koya, Eric Paulsen, Amer Hamzah Arshad dan aktivis Johny Andu @ Abu Bakar Adnan dan memerintahkan para defendan membayar sejumlah RM60,000 sebagai kos kepada plaintif.

Pada 8 Dis, 2010, mereka memfailkan saman sivil terhadap Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ketika itu Supt Che Hamzah Che Ismail, Ketua POlis Negara, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan berhubung penangkapan, penahanan dan pendakwaan ke atas mereka.

Semasa membenarkan tuntutan mereka, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk John Louis O'hara memutuskan penangkapan dan penahanan oleh pihak defendan adalah salah di sisi undang-undang.

O'hara berkata beliau telah berpeluang menonton video dan melihat gambar-gambar yang dirakamkan mengenai apa yang berlaku semasa insiden itu.

Man Bedon & Nur Jazlan pula di beri habuan oleh Najib..!!!

Lagi ahli parlimen Umno dapat habuan dari Najib

Proses pemberian habuan jawatan dan kedudukan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang tercicir dalam perlantikan kabinet kini diteruskan dengan dua lagi Ahli Parlimen diberikan jawatan dalam syarikat GLC. Mereka yang terbaru menerima habuan ialah Ahli Parlimen Pulai, Nurjazlan Mohamed dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia dan Othman Abdul, Ahli Parlimen Pendang dilantik sebagai Pengerusi Menara Kuala Lumpur.

Nurjazlan sudah tiga penggal menjadi Ahli Parlimen Pulai dan merupakan anak sulung Allahyarham Mohamed Rahmat, bekas Setiausaha Agung UMNO dan Menteri Penerangan yang begitu dikenali dalam UMNO manakala Othman Abdul pula adalah ahli politik veteran di Kedah tetapi dibawa semula bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini dengan misi untuk menewaskan Mat Sabu di Pendang.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut bahawa Najib akan mengagih-agihkan pemberian jawatan dalam GLC dan agensi kerajaan kepada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN yang tidak dilantik ke jawatan kabinet sebagai sebahagian daripada proses membalas budi dan juga untuk memastikan kesetiaan mereka tidak berbelah bagi terhadapnya.

Apabila keputusan kabinet dan menteri dibantah oleh kesatuan sekerja..!!

MTUC bantah keputusan menteri

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) membantah pengecualian pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun yang diberi kepada ratusan majikan kerana akan memberi implikasi buruk kepada pekerja.

Setiausaha Agung MTUC Abdul Halim Mansor berkata antara implikasinya ialah pekerja akan digaji sebagai pekerja kontrak dan hilang kelayakan menerima perlindungan ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), manakala caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hanya 60 peratus selain faedah kerja lebih rendah.

"MTUC membantah keputusan Menteri Sumber Manusia (Datuk Richard Riot) terhadap pengecualian umur persaraan minimum kepada 258 syarikat yang dimohon di bawah Seksyen 18 (Akta Umur Persaraan Minimum 2012).

HEBAT !!! Rakyat KEDAH pecah rekod mangsa pertama mercun buatan sendiri

2 pelajar mangsa pertama mercun buatan sendiri

2 pelajar mangsa pertama mercun buatan sendiri
Mangsa mercun pertama Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, melecur pada bahagian muka akibat terkena mercun buatan sendiri mendapat rawatan di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini.- Foto Bernama 
 
ALOR SETAR - Dua pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Baling menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri di Kedah dalam satu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam semalam.

Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13, cedera di muka dan tiga jari tangan kanan manakala rakannya Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, pula cedera di muka.

Kedua-dua pelajar itu dipercayai membuat mercun dengan memasukkan belerang ke dalam botol yang tiba-tiba meletup semasa mereka bermain bersama beberapa rakan lagi di Taman Bersatu, Baling.

Kira-kira 80 peratus muka serta tangan Mohd Aiman Amzar melecur dan keadaannya stabil setelah dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar manakala Mohd Hanif dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.

Senyumlah, jangan tunjuk muka garang kerana lapar

Hazayani Zakaria, 10 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Umat Islam seharusnya merebut pahala berganda sepanjang Ramadhan dengan meningkatkan amalan bersedekah.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, amalan bersedekah sangat dituntut dalam Islam bagi membantu golongan yang memerlukan.

"Kita harus bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kita peluang untuk berada di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Harapan kita Ramadhan kali ini Ramadhan yang terbaik.

"Saya menyeru muslimin dan muslimat supaya kita merebut peluang keemasan yang belum pasti kita akan jumpa untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan umur yang Allah berikan kepada kita, kita gunakan sungguh-sungguh. Bulan Ramadhan bulan yang pahalanya berganda terutamanya bagi mereka yang bersedekah ke jalan Allah.

"Kita cuba bersedekah setakat mana kemampuan kita terutamanya kepada umat Islam yang dalam kesudahan sekarang seperti umat Islam di Mesir, Syria dan Palestin," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

KUIN - Antara Propaganda & Fakta..!!



Mulanya saya simpati dengan tuntutan BERSIH. perjuangan mereka nampak wajar dan strategi mereka nampak warak. tetapi bila kerajaan BN memerintah Kedah, saya dapati mereka sudah menjadi alat propoganda yang hemoi kepada MB baru. 

Saya katakan propoganda kerana beberapa fakta yang mereka ulang saya dapati tidak benar. walau pun sudah dijelaskan nampaknya mereka tidak berminat untuk membetulkan fakta. sehingga mereka jadi terdesak dan terpaksa menimbus pembohongan awal dengan pembohongan lain. 

Apa kewajaran lantik bekas menteri jadi penasihat kepada menteri.. buat habis duit rakyat ja?

PR persoal kerajaan lantik bekas menteri

KUALA LUMPUR - PR mempersoalkan tindakan kerajaan melantik beberapa bekas menteri sebagai penasihat kepada kementerian dan juga diserapkan semula sebagai anggota Kabinet.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan di bawah Jabatan Perdana Menteri itu didakwa tidak memperlihatkan kewajaran memandangkan setiap kementerian sudah mempunyai menterinya sendiri.

Menurutnya, ia juga seolah-olah kerajaan tidak mempercayai menteri yang dilantik hingga memerlukan penasihat.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu tampil menjawab mengapa perlu diadakan penasihat-penasihat ini.

“Berapa puluh sebenarnya bekas menteri yang dilantik? Apakah beban Jabatan Perdana Menteri terlalu tinggi hingga memerlukan penasihat?,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PR di pejabatnya, di Parlimen, semalam.

Apabila Korek hidung, telinga.. tak membatalkan puasa..


Tips nak khatam Quran 1X, 2X, 3X dalam bulan Ramadhan


Apabila Ramadhan didagangkan..


Mapim kesal Ramadan didagang


ALOR SETAR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) kesal tindakan pihak tertentu cuba memperdagangkan Ramadan dengan mewujudkan pesta makanan di tempat-tempat mewah.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perkara ini disedari berlaku di hotel-hotel yang menawarkan pakej bufet Ramadan dengan harga tertentu.

“Ramadan adalah bulan untuk kita kawal diri, makan dan minum. Ia juga harus dijadikan sebagai didikan yang insentif.

“Ramadan perlu dijaga untuk mengawal adab sebagai seorang Muslim. Bagaimanapun, tanggungjawab yang penting itu dilihat dicemari pihak tertentu dengan menjadikan acara yang sepatutnya pesta ibadah sebagai pesta makanan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, majlis berbuka puasa itu juga seharusnya dilaksanakan dengan sederhana supaya tidak berlaku pembaziran.

Berita Yang Tak Ada di Media Utama Negara - MPPP (Penang) telah menerima anugerah best cities dari Europe Business Assembly.



UTUSAN DAN BERITA HARIAN TIDAK AKAN SIARKAN KISAH INI!!!...MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG (MPPP) DIBAWAH PEMERINTAHAN DAP/PR PIMPINAN YAB LIM GUAN ENG, MENERIMA ANUGERAH BEST CITIES!!!

Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dibawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YAB Sdr Lim Guan Eng, hari ini telah menerima anugerah best cities dari Europe Business Assembly.

Anugerah tersebut bersama sijil diterima oleh Yang DiPertua MPPP sendiri, YBhg Ar. Hajah Patahiyah binti Ismail.

Penganugerahan ini sebagai tanda pernghormatan yang cukup tinggi pentadbiran MPPP untuk menjadikan Bandaraya Georgetown sebagai salah satu bandaraya yang terbaik didunia.

Ustaz Don - Kesalahan Yang Sering Berlaku Dalam Bacaan Al Fatihah


Ustaz Don - Rezeki Bawah Meja


Calon PAS Kuala Besut. Hj Azlan @ Endut bin yusof

Calon PAS Kuala Besut. Hj Azlan @ Endut bin yusof atau lebih dikenali penduduk kuala besut sbg che long. ..
Calon PAS Kuala Besut. Hj Azlan @ Endut bin yusof atau lebih dikenali penduduk kuala besut sbg che long. ..
Azlan yang juga bendahari PAS kawasan - lebih dikenali sebagai Che Long - merupakan dilihat paling popular bakal dicalonkan di kalangan penduduk tempatan.


Dua lagi calon yang disenarai pendek ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Yang Dipertua PAS Besut, Wan Azhar Wan Ahmad

PAS mengumumkan calonnya itu di Kampung Nail, Kuala Besut malam ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...