TERKINI :

Tuesday, July 9, 2013

Benarkah INSANIAH HOLDING telah diumumkan bukan bawah INSANIAH...habis apa cerita KUIN di Kuala Ketil..???

Di laporkan pada 8hb Julai 2013 di Insaniah Mergong, MB Kedah telah istihar kenaikkan gaji dan kola staff Insaniah dan juga antara lain Dato Barni umumkan Insaniah Holding bukan di bawah Insaniah , termasuk anak-anak syarikat nya, mereka juga akan membina kampus baru Insaniah di Mentalun.

Untuk sementara waktu Kulliyyah di Kuala Ketil hanya Hospitaliti dan Kejuruteraan bermakna Multimedia akan di serapkan ke dalam Kejuruteraan. Semua dah carca marba......Walahualam ?

Kalau betul memang mereka dah war war sebelum ini. Betul lah semua ini kerana nak hapuskan legasi Ustaz Azizan dan Dato Jamil. Para waktu kempen PRU dulu pun memang dah di sebut-sebut nak jadi kan kampus Kuala Ketil kandang kuda, entah betul entah tidak kita tunggu.

Selain itu difahamkan Ustaz ghani Shamsuddin telah buat laporan kerana kontrak di tamatkan sebelum cukup tempoh (Sama seperti Dato Latifah - Bekas Pendaftar ). Kini memang sah pensyarah2 di multimedia dah tidak hadir melainkan seorang dua dan juga pensyarah dan Doktor2 dari Mesir masih tidak kelihatan setelah pulang, mungkin juga sedang berjuang melawan geng UMNO Mesir yang gulingkan Dr Mursi.

JACK MMK

Ramadhan antara 2 negeri - negeri DAP bagi tazkirah tapi negeri UMNO tak boleh la pulak..!!!



KERAJAAN Negeri menggalakkan semua pentadbiran masjid kariah mengadakan program tazkirah sepanjang bulan Ramadan demi menyemarak lagi penghayatan Islam yang sebenar dalam kalangan umat.

Justeru, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim (gambar) berkata, larang tazkirah sempena bulan puasa yang lazim di negeri-negeri tertentu tidak akan dikuatkuasa di Pulau Pinang.

"Tazkirah yang dilakukan merupakan satu alternatif yang baik bagi mengajar dan mendidik manusia.

”Tiada halangan (untuk bertazkirah) dan menggalakkan mana-mana masjid yang ingin mengadakan tazkirah (sempena menyambut) Ramadan,” ujar beliau dalam satu sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, George Town baru-baru ini.

Berita Mesir - Dah masuk 1 Ramadhan dah Utusan oi...bawa2 insaf laa...


 
Merujuk kepada kenyataan dalam akhbar Utusan Malaysia yang bertarikh 9 Julai 2013(gambar) yang menyatakan "Ikhwanul Muslimin gesa pemberontakan diadakan", berdasarkan kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan di Kaherah oleh pihak Ikhwanul Muslimin sejak bermulanya kebangkitan rakyat Mesir selepas pihak kepimpinan Tentera merampas kuasa pada 30 Jun 2013 dengan memecat Presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat Mesir, Muhammad Mursi, kami ingin menyatakan bahawa :

1. Kenyataan akhbar Utusan Malaysia ini adalah tidak tepat sama sekali dan tidak datang dari sumber Ikhwanul Muslimin sendiri. Ianya mungkin dirujuk daripada sumber- sumber lain khasnya media propaganda pihak pembangkang Presiden Muhammad Mursi atau media- media lain.

2. Menurut kenyataan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin, Dr Muhammad Badi', Ikhwan menentang penggulingan kuasa oleh Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Abdul Fattah As Sisi ini kerana ianya adalah satu pencabulan hak rakyat yang telah membuat pemilihan terhadap presiden mereka melalui sistem demokrasi dan proses pilihanraya yang bersih (buat pertama kalinya dalam sejarah Mesir) yang diiktiraf oleh rakyat dan juga negara- negara luar.

KUIN akan dijadikan sebuah badan berkanun - MB Kedah

550 kakitangan KUIN terima durian runtuh

 

ALOR SETAR: Seramai 550 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menerima durian runtuh apabila status kolej universiti milik kerajaan negeri itu diumum bakal dilonjak sebagai sebuah badan berkanun.

Pengumuman itu dibuat Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, ketika berucap selepas melakukan lawatan mengejut sempena perjumpaan bulanan kakitangan KUIN di kampus induk universiti itu di Kuala Ketil, dekat sini, semalam sekali gus menutup spekulasi kononnya KUIN bakal diswastakan.

Berdasarkan maklumat, Mukhriz ketika berucap mengumumkan kerajaan negeri dan Ahli Lembaga Pengarah KUIN bersetuju melaksanakan sekurang-kurangnya menerima pakai pekeliling perkhidmatan kerajaan untuk melaksanakan sekurang-kurangnya empat perkara demi memastikan kebajikan dan hak kakitangan KUIN dipelihara.

Cara solat terawih sendirian !!


Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, 09 Jul 2013



Soalan;
1. Bagaimanakah cara melakukan solat tarawih bersendirian?
2. Adakah selawat selepas setiap dua rakaat solat tarawih itu perlu dan bolehkah jika tidak berselawat.

Jawapan;

1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, sama seperti dalam solat yang lain. Oleh sebab solat terawih dilakukan dua rakaat-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, 20 atau sebagainya).

Malu ala Nabi...!!!

http://iqbalsyarie.blogspot.com


Diriwayatkan, Rasulullah adalah lebih pemalu daripada anak gadis.

Malu, kata ulama, ialah satu perasaan yang mendorong manusia untuk meninggalkan maksiat dan menghalang manusia daripada tidak menunaikan hak orang lain.

Disebutkan dalam hadis yang lain pula, Rasulullah menyampaikan antara isi pesanan para anbiya' sebelumnya, "Jika kamu tidak malu maka berbuatlah sesuka hatimu".

Malu dalam hidup ini dapat dilihat dalam beberapa keadaan dan situasi. Kalau dicontohkan daripada Rasulullah, kita lihat beberapa contoh.

Antaranya, Rasulullah tak pernah meminta-minta kepada makhluk sekalipun Baginda sangat memerlukan. Baginda lapar, tapi tak pernah meminta-minta jauh sekali mengemis. Baginda kehausan, tapi tak ada pun meminta-minta daripada orang. Baginda kalau nak meminta, Baginda minta daripada Allah.

Jom Solat Tarawikh malam nie..!!!

Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirehat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirehat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.
Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.

Kjaan Negeri Kedah umum 6 langkah untuk bela nasib kakitangan KUIN


Ini dia calon BN di PRK K.BESUT


Adun Muda, Baru Menyerlah Dalam Sidang Dewan Negeri Selangor

pc mb  hannah yeoh 8 jul 01

SHAH ALAM, 8 JULAI: Adun baru Selangor berjaya memainkan peranan besar dalam persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) kali ini apabila golongan itu dilihat kerap mengambil bahagian ketika persidangan sedang berlangsung.

Menurut Speaker DNS, Hannah Yeoh, perkembangan tersebut merupakan satu perkembangan sihat bagi kemajuan demokrasi di Selangor dan memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Beliau juga berharap agar perkembagan ini dapat diteruskan samada di pihak Kerajaan Negeri mahupun pembangkang di Selangor.

“Persidang dewan kali ini telah berjalan dengan lancar selama enam hari bersidang. Kita telah bermesyuarat penuh. sebanyak 14 usul diluluskan, Jawatankuasa khas kita ada sembilan jawatankuasa yang kita tubuhkan.

Mursi dikhianati bekas penyokong sendiri



Mursi GOMBAK - Kejatuhan Dr Mohamed Mursi dari kerusi Presiden Mesir bukan sahaja kerana asakan pembangkang tetapi juga daripada usaha oleh mereka yang pernah bersekutu dengannya pada pilihan raya lalu.

Penganalisis politik Asia Barat dan Afrika, Dr Maszlee Malek berkata, sejak menang pilihan raya pada pertengahan 2011, Mursi bukan sahaja tidak mampu menarik sokongan pembangkang sebaliknya gerakan untuk menggulingkan beliau semakin rancak.

"Keadaan semakin parah apabila parti politik Salafi yang bersama dengan parti Mursi, FJP yang didokong oleh pemimpin-pemimpin Ikhwanul Muslimin yang pada asalnya bergabung semasa revolusi Januari 2011, turut bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkannya," katanya.

Maszlee berkata, mereka termasuk pendokong revolusi 25 Januari 2011 yang berjaya menggulingkan Hosni Mubarak.

“Mereka pernah jatuhkan Mubarak, jadi tak susah juga mahu jatuhkan Mursi. Golongan Salafi, asalnya mereka yang bersama Ikhwan untuk bentuk Perlembagaan, malah presiden mereka dipilih untuk jadi anggota Majlis.

Insaniah Holdings jadi mangsa balas dendam politik?

oleh Zulkifli Yahaya

Kisah Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang kononnya dirundung pelbagai masalah sewaktu pentadbiran Pakatan dahulu disensasikan habis-habisan oleh media Umno dalam usaha memburukkan imej kerajaan negeri.

Kalangan rakyat yang terpengaruh dengan propaganda negatif itu merasa 'lega' kerana akhirnya Pakatan tumbang di Kedah, tentulah apabila Umno kembali berkuasa semuanya akan pulih semula. Rupanya harapan menggunung yang diberikan sebahagian rakyat sia-sia sahaja kerana Umno dapat Insaniah ibarat kera dapat bunga. Keadaan jadi lebih celaru.


Tiba-tiba kakitangan Insaniah Holdings serta anak-anak syarikatnya yang menjadi cabang perniagaan KUIN mengamuk kerana tidak dibayar sesen pun gaji selepas Umno mengambilalih Kedah. Staf Insaniah Holdings adalah terdiri dari manusia biasa, tiada seorang pun malaikat atau robot yang tidak bekehendak kepada makan minum atau lain-lain keperluan kemanusiaan. Mereka ada keluarga untuk disara dan anak-anak untuk disekolahkan. Semuanya perlukan wang namun hak mereka itu disekat oleh kerajaan negeri.

Kenapa kos perkhidmatan bas PLKN naik 500%?

Harakahdaily, 09 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari (gambar) ingin menarik perhatian kerajaan berhubung dengan kos pengurusan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang tidak cekap dan gagal mengoptimumkan kemudahan yang diperuntukkan.

Ini, katanya lanjutan daripada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kepada Menteri Pertahanan berhubung dengan kualiti perkhidmatan kem latihan khidmat negara,

Katanya, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, sehingga 31 Disember 2011, Kementerian Kewangan telah meluluskan sebanyak 87 kem yang beroperasi di bawah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN).

Menurutnya, sehingga tempoh pengauditan, sebanyak 81 kem sedang beroperasi, tiga dalam pembinaan, dua ditutup sementara dan satu kem masih menunggu Surat Setuju Terima.

Beliau berkata, seramai 596,604 pelatih telah menyertai program ini bagi tempoh tahun 2004 hingga 2011 sementara bagi tempoh tahun 2009 hingga 2011, sebanyak RM2.031 bilion telah diperuntukkan di mana RM1.980 bilion atau 97.5% telah dibelanjakan.

PERHIMPUNAN AMAN BANTAH RAMPASAN KUASA TENTERA DAN PEMBUNUHAN DI MESIR JAM 12.00 PM NANTI..!!!

Apabila bekas Bos NSTP akui secara terbuka yang Media Arus Perdana akan BEBAS jika UMNO/BN tumpas..!!

BEKAS BOS NSTP AKUI SECARA TERBUKA, MEDIA ARUS PERDANA AKAN HANYA BEBAS JIKA UMNO/BN TUMPAS PILIHANRAYA!!!!!

Datuk A. Kadir Jasin percaya media arus perdana hanya akan bebas seperti media baru apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times itu tersebut mengakui media arus perdana dikawal oleh pemerintah BN dimana polisi dan hala tuju mereka turut ditentukan oleh kerajaan.

"Pemerintah menguasai media arus perdana dan mereka yang berada dalam organisasi terpaksa mengikut polisi yang disediakan," kata A. Kadir dalam dalam satu seminar "GE:13 An Analysis and Aftermath" hari ini di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Dalam pada itu, A. Kadir berpendapat selagi pemerintah tidak bertukar maka sukar untuk melihat sebarang perubahan serta menegaskan perubahan media yang lebih bebas berlaku negara jiran seperti Thailand dan Indonesia berlaku kerana pertukaran pemerintah.

SPR Sembunyikan Sesuatu.....disebalik nama rahsia rasmi negara..!!


KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Tiada apa yang perlu ditakutkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) jika tidak menyembunyikan sesuatu yang meragukan berhubung identiti syarikat pembekal dakwat kekal.
“Kita rasa ada sesuatu yang mencurigakan sedang cuba ditutup,” kata ketua sekretariat pilihan raya KEADILAN, Zakaria Abd Hamid (gambar).“Apakah pihak yang mendapat tender adalah orang yang punya kaitan dengan mereka? Apakah yang diberi tender tersebut kroni mereka?, katanya kepadaKeadilandaily.
Justeru, alasan tidak mendedahkan identiti demi menjaga keselamatan pembekal tidak boleh diterima.“Rakyat tertunggu-tunggu jawapan SPR. Jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan.
“Jadi rakyat punya hak untuk tahu, siapakah pembekal dakwat berkenaan,” tegasnya.SPR diberi tempoh seminggu oleh KEADILAN bagi mendedahkan pembekal yang mendapat tender membekal dakwat kekal yang digunakan pada pilihan raya umum lalu. ~keadilandaily

Tazkirah Ramadhan : Mempersekutukan Apa Yang Diturunkan ALLAH..???


Ust Shahril Long-02082012-Tazkirah Ramadhan POWER surau Nurul Iman AU3

Lesen BLIM pulak dikatakan gula-gula PRU!!!

BL1M hanya gula-gula PRU?

BL1M hanya gula-gula PRU?
Laporan akhbar 6 Julai.
 
BERA - Kelewatan maklum balas mengenai permohonan Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) mendapat kritikan pelbagai pihak, malah ada yang mendakwa program itu sekadar gula-gula menjelang pilihan raya, Mei lalu.

Mohamad Osman, 53, berkata, BL1M hanya bertujuan menarik golongan muda atau pengundi baru menyokong BN sedangkan program itu masih belum dilaksanakan hingga kini.

Sehubungan itu katanya, penjaga mahu pihak berkenaan memulangkan duit permohonan berjumlah RM199 dalam tempoh seminggu atau mereka nekad membuat laporan polis berhubung penipuan tersebut.

“Saya yakin projek ini sebenarnya tidak mampu dilaksanakan kerajaan kerana sudah lebih empat bulan pemohon tidak menerima apa-apa maklum balas.

Mesir : Ada pihak mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

KUALA LUMPUR: Dalam satu temuramah dengan PressTV, Michel Chossudovsky (gambar), daripada Pusat Penyelidikan Mengenai Globalisasi yang berpusat di Montreal mendakwa Pentagon Amerika adalah dalang di belakang huru-hara yang kini melanda Mesir.

“Laporan media melaporkan seolah-olah gerakan protes adalah ditujukan pada Amerika Syarikat, dan tentera (Mesir) dalam lojik tertentu adalah menyokong gerakan protes tersebut. Saya merasakan ini semuanya cumalah adalah asap kerana Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel dan juga Ketua Staf AS General Martin Dempsey sentiasa berhubung dengan arkitek rampasan kuasa dua minggu sebelum pengambilan kuasa oleh pihak tentera,” kata Chossudovsky.

Chossudovsky berkata ia tidak boleh dinafikan tentera Mesir mengikut arahan terus daripada Washington walaupun dalamnya mempunyai perbezaan pendapat.

Tentera Mesir, katanya, adalah penerima dana kedua terbesar AS selepas Israel.

Masalah ayaq lagi.. di LANGKAWI laa pulak...aduhai kerap sangat aih bab ayaq nie

Gangguan air di Langkawi

Gangguan air di Langkawi
Loji air Padang Saga yang ditenggelami banjir kilat baru-baru ini.
 
KUAH - Gangguan bekalan air berlaku di beberapa lokasi sekitar Langkawi sejak Jumaat lalu, membabitkan 19,000 akaun pengguna domestik dan industri perhotelan.

Pegawai Perhubungan Awam, Syarikat Air Darul Aman (Sada), Rofedi Sulaiman berkata, gangguan itu disebabkan oleh kegagalan ‘pump hi lift’ yang terletak di loji Padang Saga, Bukit Kemboja Langkawi.

"Pam tersebut mengalami kerosakan kerana ditenggelami air akibat hujan lebat dan banjir kilat di sini, Khamis lalu,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebanyak lima pam ditenggelami air dan kerja pembaikan giat dijalankan bagi memastikan keadaan pulih seperti sediakala.

Apa cerita nie SADA..selepas PRU13 kerap sangat ayaq tak dak nie..???

Terpaksa mandi parit, perigi

Terpaksa mandi parit, perigi
Peniaga, Siti Rohayu Oh Abdullah, 42, menunjukkan gelas dan pinggan tidak dapat dibasuh disebabkan gangguan bekalan air.
 
PENDANG - Ratusan penduduk di Kilang Kechik dekat sini, naik angin apabila kerap berhadapan gangguan bekalan air selepas PRU13 lalu tanpa menerima sebarang notis pemberitahuan.

Difahamkan, gangguan bekalan air kerap berlaku di kawasan Kilang Kechik dan beberapa kampung berhampiran antaranya Sungai Durian, Kampung Panjang, Banggol Tambak dan Kongsu Baru.

Penduduk, Lee Chong Hak, 61, berkata, dia terkilan kerana pihak berkenaan tidak mengeluarkan notis memaklumkan gangguan bekalan air kepada penduduk agar mereka dapat menyimpan bekalan untuk kegunaan harian.

“Penduduk marah kerana gangguan air mengambil masa sehari dan terbaru tiada air selama tiga, sekali gus menyusahkan penduduk kerana bekalan tidak dihantar ke rumah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...