TERKINI :

Monday, July 8, 2013

Ada cadangan supaya MBAS tutup semua jalan masuk Alor Setar supaya ramai boleh meniaga bulan puasa..!


Nak jadi guru sekarang nie minimun SPM kena dapat 7A di semenanjung & 5A di sabah/serawak...

Syarat minimum SPM 7A untuk mohon jadi guru

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baharu minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun ini.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata kelonggaran minima 5A diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion itu, katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini.

Ketika ini, syarat asas mendapat cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran dan kepujian dalam tiga mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris selain kelayakan khusus bagi bidang pengajian yang dipohon.

JAWAPAN DARI JACK MMK BAB BERITAKUIN SIANG TADI..!!

Assalamualaikum,

Jawapan saya yang berwarna merah...terlebih dahulu maaf kepada Admin..nak komen di Blog depa dah tak boleh depa buang ruangan komen jadi saya terpaksa post kat hangpa jugak sebagai jawapan..

BLOG KEDAH LANIE KETANDUSAN ARTIKEL ATAU DAH TAK ADA ISU NAK TEMBAK KUIN TERPAKSA BERBOHONG 

Hari ini dalam blog Kedahlanie satu artikel telah dikeluarkan mengatakan bahwa pihak KUIN telah mengeluarkan program Nursing, Multimedia, Engeenering, Medic dan Hospitality dan memaparkan print screen pictures untuk membuktikannya

Admin menjawab :

Rasulullah saw berkata :
Jika datang berita dari orang fasik maka hendaklah jangan terima (berjaga-jaga)"

Fitnah yang dibuat dalam blog kedahlanie adalah kerana sudah tak tak isu nak jatuhkan KUIN terpaksa berbohong.
(BERBOHONG SEKIRA IA BERITA TIDAK BENAR, BOLIH CEK KAT WWW.INSANIAH.EDU.MY, ADAKAH BERBOHONG ATAU TIDAK SEBAB DIBAWAH TAJUK2  PROGRAM PRASISWAZAH,  PROGRAM IJAZAH DAN ANTARABANGSA , KEPALA MUKA TERSEBUT MENYATAKAN “ PROGRAM YANG DI TAWARKAN 2013”. BUAT APA TUNJUK MUKA SURAT BAHAGIAN YURAN ?)

Waspada usaha musuh mahu pecahkan Pakatan Rakyat

Oleh KHALID SAMAD

BN menyedari bahawa parti politik ‘pembangkang’ yang bersendirian tidak akan mampu mencabar kedudukan mereka sebagai pemerintah negara Malaysia.

Ini adalah di antara sebab mengapa mereka telah berjaya memerintah Malaysia sekian lama dan menikmati majoriti dua pertiga di Parlimen sepanjang masa memerintah. Sepanjang masa, hinggalah pada Mac 2008!

PAS juga menyedari bahawa secara bersendirian, PAS tidak mampu menjejas kedudukan BN di peringkat Pusat. Maka itulah sebabnya mengapa sejak dari dahulu lagi, PAS telah berusaha mengadakan kerjasama di antara parti pembangkang.

Kerjasama ini pada asalnya bertujuan mengelak berlakunya tiga penjuru sahaja tetapi mutakhir ini mempunyai matlamat yang lebih menyeluruh.

Ia bertujuan untuk membuktikan bahawa satu gabungan parti politik boleh diwujudkan yang mampu membentuk kerajaan bersama dan dengan itu menjadi pilihan bagi rakyat untuk memerintah Malaysia.

RUU di tarik balik - Tok Mufti dah diajak berbincang dah kaa ???


Siapa yang beri tekanan jika tiada kenapa harus ditarik balik...dan ajak mufti berbincang dengan mendalam dah ka RUU nie..selepas tu nak pakai kata Mufti atau Menteri...

Akta Hasutan: Zahid lebih sudu dari kuah

Hazayani Zakaria, 08 Jul 2013

KUALA LUMPUR: Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat mendahului Perdana Menteri berhubung Akta Hasutan 1948 apabila enggan memansuhkannya.

Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin berkata, lebih baik Zahid meletakkan jawatan sahaja jika tidak bersetuju dengan Datuk Najib Razak.

"Kalau Zahid tidak setuju apa yang dicadangkan Najib dia kena letak jawatanlah. Dia mesti setuju dengan apa yang dikatakan perdana menteri, tidak boleh mendahului perdana menteri," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Mengulas mengenai janji Najib untuk memansuhkan akta tersebut dan digantikan dengan akta baharu yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional, Hanipa berkata janji tersebut harus ditunaikan.

"Apa yang dijanjikan mesti ditunaikanlah. Bukan sahaja hapuskan akta tapi sementara akta itu dihapuskan, segala pendakwaan di bawah akta ini harus ditarik balik untuk menunjukkan kerajaan serius," katanya.

JAWAPAN BERKENAAN ISU KUIN - PENAFIAN BAB GAJI & KURSUS YANG DIKURANGKAN

BLOG KEDAH LANIE KETANDUSAN ARTIKEL ATAU DAH TAK ADA ISU NAK TEMBAK KUIN TERPAKSA BERBOHONG

Hari ini dalam blod Kedahlanie satu artikel telah dikeluarkan mengatakan bahwa pihak KUIN telah mengeluarkan program Nursing, Multimedia, Engeenering, Medic dan Hospitality dan memaparkan print screen pictures untuk membuktikannya

petikan gambar yang dipaparkan oleh blog kedahlanie

Admin menjawab :

Rasulullah saw berkata :
Jika datang berita dari orang fasik maka hendaklah jangan terima (berjaga-jaga)"

Fitnah yang dibuat dalam blog kedahlanie adalah kerana sudah tak tak isu nak jatuhkan KUIN terpaksa berbohong.

Brahim Ali mengamuk sebab tak ada jawatan GLC dari Najib tak seperti Rais Yatim..!!

Kalau Rais Yatim boleh diberi dua jawatan, tidak hairanlah Ibrahim Ali mengamuk! - Shahbudin Husin

July 07, 2013

Selepas senyap lebih dua bulan sejak kalah dalam pilihanraya lalu, Presiden Perkasa, Ibrahim Ali membuatkan kemunculannya di persada media baru-baru ini menjadi perhatian umum semula. Selain meluahkan rasa kecewanya atas layanan UMNO terhadap Perkasa selama ini sambil membandingkannya dengan layanan yang diberi terhadap Dong Ziong, Hindraf dan paderi-paderi Kristian, Ibrahim Ali juga mengecam beberapa pendekatakan Najib yang dianggapnya retorik.

Dalam masa yang sama, Ibrahim Ali juga meluahkan kesusahan hidupnya untuk menyara keluarga sehingga membayangkan akan menjadi pemandu teksi selepas ini.

Dengan membawa Perkasa memperjuangkan banyak kepentingan politik Najib dan UMNO, kekecewaaan Ibrahim Ali tidak sukar difahami. Sementara Perkasa tidak mendapat apa-apa, bahkan sebagai calon pilihanraya pun diabaikan dan mujur Mahathir muncul menghulurkan pertolongan di saat akhir, beliau sebaliknya mendapati NGO yang memperjuangkan hak kaum India iaitu Hindraf lebih diberikan kasih sayang oleh Najib dengan pemimpinnya diberikan jawatan timbalan menteri pula.

Kekeliruan Isu perkauman, hudud dan Islam hasilkan keputusan PRU13

Oleh Hasbullah Awang Chik
July 07, 2013

Kekeliruan berkaitan isu perkauman, pelaksanaan hudud antara faktor penentu keputusan pengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Profesor Dr Abdul Rashid Morten.

Selain itu, pensyarah Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) juga meletakkan manipulasi agama Islam sebagai faktor utama.

“Kempen negatif mengundang kekeliruan seperti undi DAP sama seperti undi PAS, PAS mahu laksanakan hukum hudud, orang Melayu dalam bahaya dan Islam kian terancam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang hasil kajiannya berkaitan PRU13 di UIAM, hari ini.

Abdul Rasid berkata, kemenangan kerusi di kalangan parti gabungan Pakatan Rakyat lebih seimbang berbanding Barisan Nasional yang didominasi Umno.

"DAP menguasai 38 kerusi, PKR dan PAS masing-masing 30 dan 21 kerusi. Pembahagian negeri juga dilihat adil dengan Pulau Pinang dikuasai DAP, Selangor dikuasai PKR dan Kelantan ditadbir PAS.

"Hal itu tidak berlaku dalam BN kerana Umno menguasai 88 kerusi, MCA dan MIC masing-masing dengan tujuh dan 14 kerusi,” katanya.

Pelantikan Pengerusi Tabung Haji oleh Najib undang kemarahan

Oleh Amin Iskandar, Pengarang Berita
July 08, 2013

Beliau seharusnya merayakan pelantikan sebagai pengerusi sebuah institusi yang dihormati, akan tetapi Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (gambar) diserang dari pelbagai penjuru baik dari partinya sendiri mahupun daripada pembangkang.

Paling melukakan Ahli Parlimen Baling itu adalah serangan dari partinya sendiri.

Dari kaca mata ahli-ahli politik Umno, pilihan Datuk Seri Najib Razak untuk jawatan pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) bukan sesuatu yang tepat dari segi pengalaman, kelayakan dan kemampuan untuk memimpin organisasi – mempunyai dana RM35 bilion.

Kritikan paling keras terhadap ahli politik berumur 47 tahun itu adalah beliau hanya mempunyai pendidikan sekolah menengah dan mendapat jawatan itu hanya kerana hubungan baik dengan keluarga Najib.

Nama beliau juga dikatakan satu-satunya yang dihantar oleh perdana menteri ke Datuk Seri Jamil Khir Baharom, menteri hal ehwal Islam untuk menggantikan Tan Sri Abi Musa Asa'ari Mohamed Nor.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini nama bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar disebut-sebut untuk jawatan itu.

Saman AES lebih 600 ribu, pengendali dapat RM13 juta

KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Sebanyak 673,339 saman kesalahan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sehingga 11 Jun 2013, kata Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Manakala sehingga 15 Mei 2013, kerajaan telah membayar RM 13,550,758 sebagai bayaran yuran perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia AES.

“Bayaran dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan,” kata Hanipa merujuk jawapan bertulis yang diterimanya dari Kementerian Pengangkutan.

Tambah Hanipa tindakan itu bercanggah dengan amalan agensi penguatkuasaan, iaitu bayaran saman disalurkan kepada Perbendaharaan, bukan kepada syarikat pengendali AES.

“Ini kesalahan dan penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES. Wang saman itu seharusnya disalurkan kepada kerajaan.

“Yang untung syarikat swasta, rakyat yang tanggung kerugian. Kenapa wang pergi kepada dua syarikat ini?,” katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

KUIN oh KUIN - Kursus dikurangkan.. Ada kakitangan Gaji sudah 2-3 bulan tak dapat..!!!

KUIN 1


Dalam website Insaniah sekarang hanya kursus2 ini sahaja yang di tawarkan, jadi betul lah nak hapus yang lain2 seperti Medic, Multimedia, engineering, Hospitality, Nursing.

Balik ke matlamat asal seperti sebelum 2008, Tahniah Kedah, negeri lain maju ke hadapan, kita maju ke belakang.
  1. Kulliyyah Syariah Dan Undang-Undang
  2. Kulliyyah Usuluddin
  3. Kulliyyah Bahasa Arab
  4. Kulliyyah Al-Quran Dan Sunnah
  5. Kulliyyah Muamalat
  6. Pusat Pengajian Dan Perkhidmatan Kaunseling Dan Psikologi
KUIN 2

Setakat hari ini 7/7/2013, 300+ pekerja Insaniah Holding dan anak syarikat2 Insaniah masih belum mendapat gaji lagi (dah 2-3 bulan, ada juga yang dah 4 bulan). Semua ikhtiar sudah di buat, memorandum sudah di kemukakan kepada:

Nak kaji ka nak tutup ka...selagi tak ada kata putus bayaq la dulu gaji kakitangan Insaniah Holding tuu....

Kedah kaji semula keberkesanan Insaniah Holding

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedang menilai semula kewajaran Insaniah Holdings Sdn Bhd dan anak-anak syarikatnya dalam usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah Kolej Universiti Insaniah (Kuin).

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata menerusi penilaian semula itu kerajaan negeri antara lain mempertimbang langkah untuk memperkemaskan pengurusan anak syarikat Kuin berkenaan.

"Hasil siasatan awal yang dijalankan, kita dapati memang wujud kepincangan dalam pengurusan Kuin dan bagi menyelesaikan masalah ini tindakan daripada kerajaan negeri diperlukan.

"Kita juga dapati terdapat beberapa entiti yang terpaksa menanggung kerugian dan terpaksa bergantung kepada sumber dana Kuin yang disalurkan oleh kerajaan negeri dan suntikan bantuan ini telahpun mencecah jutaan ringgit yang seharusnya boleh digunakan untuk kegunaan rakyat," kata Mukhriz.

Beliau yang ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Kolej Poly-Tech Mara Alor Setar di sini hari ini, berkata sebelum pilihan raya umum ke-13, Barisan Nasional (BN) banyak menerima aduan mengenai masalah di Kuin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...