TERKINI :

Sunday, July 7, 2013

PLKN Projek UMNO/BN Yang Berjaya Bagi PRU 13


PLKN ditubuhkan pada 2004 , ini adalah projek pilihanraya UMNO/BN dan mereka mendoktrin anak-anak orang melayu khususnya untuk mengundi UMNO/BN pada PRU 13... 2004 + 5 tahun = 2009 ( 17 tahun + 5 tahun = 2012) = first time voters.. huh patutle saluran anak muda pun PAS boleh kalah.. ini satu tinjauan.. [klik sini]

Kata Malaysia negara ISLAM - tapi kenapa KABINET dengaq cakap puak bukan Islam bukan Tok Mufti..???

RUU Islam : Jika langgar syara', perlu dibincang

Datuk Abdul Rahman Othman
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman


MUFTI berpendapat sebarang bentuk undang-undang yang digubal dan dilaksanakan perlu mengikut syara’ termasuklah isu Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam.

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata jika perkara tersebut berlanggar dengan syara’ kerajaan perlu mengkaji dan berbincang semula dengan golongan cerdik agama termasuk mufti dan pihak berkuasa.

Menurutnya, selalu berlaku di mana keadaan undang-undang Perlembagaan tidak menyamai undang-undang syariah, perkara tersebut perlu dibetulkan.

“Kalau yang kita faham, agama rasmi Persekutuan adalah Islam, jadi apa yang ingin di lakukan kena berbalik kepada Islam.

“Jadi apa yang kita lakukan dan bercanggah dengan syara’ perlu berbincang semula.

Doakan semoga PAK LAH sembuh semula...!!

Radang kaki: Pak Lah dirawat di IJN

Abdullah
Tun Abdullah Ahmad Badawi
 
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi,74, dilaporkan telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mendapatkan rawatan kerana radang di bahagian kaki yang dialaminya.

Memetik laporan MStar Online, pegawai khas beliau, Teoh Ai Hua, Abdullah berada dalam keadaan stabil dan dimasukkan ke IJN sejak Isnin bagi merawat cellulitis, keradangan yang berkaitan dengan tisu penghubung.

"Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor, beliau telah dinasihatkan untuk menjalani rawatan dan kini beliau sedang berehat," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ai Hua turut mengesahkan bahawa Abdullah dirawat di IJN bukan disebabkan oleh penyakit lain.

Menurut Ai Hua lagi, dalam istilah kesihatan, beliau kini sedang pulih dengan baik.

MP BN Salah Tafsir & Menyeleweng Terjemahan Al-Quran Dalam Dewan



Cadangan MP BN Tasek Gelugor kepada kerajaan untuk usaha memantapkan lagi supaya rakyat cintakan kepada negara itu amat bertepatan, akan tetapi janganlah pula disandarkan dgn mempergunakan agama lalu membuat tafsiran salah dan juga dilihat menyeleweng menterjemahkan Al-Quran yg boleh mendatangkan kekeliruan pada rakyat terutama kepada umat Islam...Menyeleweng agama adalah satu jenayah dan kesalahan yg besar...

Take Note !!! : Al Quran itu kalam ALLAH dan Al-Quran itu disifatkan sebagai petunjuk kerana ia menunjukkan jalan yg lurus kepada umat manusia....Sbg pemimpin jgn jadi jahil dgn sewenang- wenangnya mempergunakan ayat Al Quran tanpa memahami akan maksubnya.... 

" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk utk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman "... [surah Yunus 10:57]

[ Realisasikan Amar Makruf Nahi Mungkar ] ... ALLAHU AKBAR !!!


Peringatan untuk "GENG DAUN KETUM"...ianya mungkin dikategori Akta Dadah Berbahaya selepas ini..!!

Daun ketum mungkin dikategori Akta Dadah Berbahaya


PUTRAJAYA - Daun ketum atau yang sama jenis dengannya boleh diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya jika terbukti mempunyai unsur dadah yang menyebabkan penagihan berulang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang meneliti laporan daripada Kementerian Kesihatan dan berbincang mengenai perkara itu.

"Jika ianya berada pada tahap yang mengikut pakar perubatan dari segi penagihan boleh menyebabkan berlakunya penagihan berulang maka tentu Akta Dadah Berbahaya boleh dipinda untuk memasukkan daun ketum atau sama kategori dengannya untuk diletakkan dalam kategori itu.

"Jika akta yang ada sekarang ini mencukupi untuk meletakkan daun ketum sebagai satu unsur dadah berbahaya, tentu ianya boleh dilakukan dari segi pentadbiran untuk menguatkuasakannya," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari AntiDadah Antarabangsa di sini hari ini.

Siaran Langsung Parlimen dari RTM dilanjutkan masa dari 30 minit kepada 90 minit

'Jika MP baling selipar atau kasut, kita tengoklah'


Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata usahanya untuk melanjutkan siaran persidangan Parlimen di RTM adalah untuk memenuhi tuntutan masyarakat yang mahu melihat stesen berkenaan bersikap lebih adil.

“Jika sebelum ini timbul isu orang kata RTM hanya digunakan untuk menyiarkan wajah pemimpin kerajaan sahaja, sekarang tidak lagi.

“Ini kerana kalau dalam waktu siaran langsung itu ahli parlimen pembangkang yang banyak bertanya soalan maka mereka akan dapat publisiti.

“Kadang-kadang mungkin dia dapat lebih banyak daripada pemimpin kerajaan kerana kita tidak lagi tentukan berapa minit untuk kerajaan dan berapa minit untuk pembangkang,” katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Shabery berkata lanjutan masa dari 30 minit kepada 90 minit untuk tempoh perbahasan itu juga untuk meningkatkan ketelusan kepada apa yang berlaku di dalam Dewan.

“Kalau masa itu mereka baling selipar, kita tengoklah,” katanya.

Erdogan dihormati Barat, Timur

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN

KRISIS politik di Turki yang mencetuskan tunjuk perasaan berterusan di Medan Taksim – dan aksi lain golongan politik sekular negara itu, tidak menjejaskan sama sekali kewibawaan Perdana Menteri, Recep Tayyip Erdogan sebagai seorang reformis Islam yang menyerlah pada abad ini.

Beliau tetap unggul dan masih dianggap pemimpin baru dunia Islam yang diharapkan, yang berjuang melaksanakan Islam melalui demokrasi. Erdogan pemimpin politik yang digelar ‘Muazin Istanbul Penumbang Sekularisme Turki’. Beliau mampu mengembalikan masa keemasan Turki pada masa lampu di zaman Khilafah Uthmaniyah, walaupun cara dan pendekatan keduaduanya berbeza.

Erdogan, seorang Islamis demokrat telah membebaskan Turki daripada belenggu sekularisme dan autoritarianisme yang mengkesampingkan Islam dan menjerumuskan negara indah itu ke dalam kegelapan berdekaddekad lamanya.

Dengan kehebatan kepiawaiannya berpolitik, Erdogan mampu meyakinkan rakyatnya bahawa dengan identiti demokrasi Islamnya, Turki boleh mengembalikan kegemilangan Khilafah Uthmaniyah, daulah yang tidak hanya teguh dari segi pertahanan, tetapi juga dalam perekonomian serta menebarkan Islam ke seluruh dunia.

Guan Eng suruh Mukhriz mintak duit kat pusat untuk jaga Sg Muda


Pulau Pinang sokong Kedah dapatkan dana persekutuan untuk pelihara sungai

Pulau Pinang menyokong usaha kerajaan negeri Kedah untuk mendapatkan dana dari kerajaan persekutuan untuk membantu memulihara lembangan Sungai Muda dan kawasan tadahan air untuk faedah ketiga-tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, kata Lim Guan Eng.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kerajaan persekutuan sudah pasti mempunyai sumber kewangan untuk membayar Kedah, terutamanya berikutan pengambilalihan aset air oleh kerajaan Persekutuan melalui Perbadanan Aset Air Bhd (PAAB).

“PAAB telah sepakat untuk memastikan bekalan air mentah yang mencukupi apabila Pulau Pinang menandatangani perjanjian pemindahan air dengan PAAB pada 2 Jun 2011, yang disaksikan oleh Perdana Menteri sendiri,” kata Lim dalam satu kenyataan pagi ini. “Kita perlu jelas bahawa Sungai Muda bukan sahaja memberi manfaat kepada Pulau Pinang. Kedah juga menggunakan air dari sungai yang sama untuk bekalan air mereka dan keperluan pengairan. Sungai Muda juga merupakan sumber air penting bagi kawasan selatan Perlis,” tambah beliau lagi.

Bab Puasa : Perlukah kita berhenti makan jika azan Subuh berkumandang..??

Myba Sidamimisri
Ustaz...jawab sat... betoi ka kalau kita makan sahur..azan berkumandang pun kita oleh terus makan ? Anta baca sampai habis...jgn ikut WAHHABI

"Hadits tersebut adalah hadits dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا سَمِعَ أَحَدُكُمُ النِّدَاءَ وَالإِنَاءُ عَلَى يَدِهِ فَلاَ يَضَعْهُ حَتَّى يَقْضِىَ حَاجَتَهُ مِنْهُ
"Jika salah seorang di antara kalian mendengar azan sedangkan sendok terakhir masih ada di tangannya, maka janganlah dia meletakkan sendok tersebut hingga dia menunaikan hajatnya hingga selesai."[1]
Hadits ini seakan-akan bertentangan dengan ayat,

وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ
“Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam.” (QS. Al Baqarah: 187). Dalam ayat ini dijelaskan bahwa Allah Ta’ala membolehkan makan sampai terbitnya fajar shubuh saja, tidak boleh lagi setelah itu. Lantas bagaimanakah jalan memahami hadits yang telah disebutkan di atas?

Alhamdulillah, Allah memudahkan untuk mengkaji hal ini dengan melihat kalam ulama yang ada.

Mai bab nak jual nama Malaysia di mata dunia nie la Pak Long boleh sokong NAJIB...!!!

Tumpang bangga dengan Najib...

Pak Long bangga sungguh. Punya syok tak dak dah neh tengok Piem negara Pak Long sorang yang dermawan dan pandai ambik ati kawan...

Bijak uruih duit negara sampai terlebih cukup dari belanja. Terlampau banyak tak tau nak buat apa, bagi biasiswa kat budak-budak Afrika...

Ni salah satu dari cenderamata kecik kita ja kat rakan sebantai dan sekelambu kita kat Afrika sana. Kita sebagai negara maju perlu membantu negara mundur macam depa. Bukan senang woi nak bina keupayaan teknologi tinggi setinggi kita. Perlu banyakkan lagi pembangunan modai insan depa... Sebab tu Piem kita tawaqkan duit rakyat Malaysia sebanyak 10 biasiswa penuh kat setiap negara Afrika yang mai dialog perkongsian Bestari global tuh...

Tak pa... ni semua demi negara. Biaq dunia luaq kagum ngan kita... depa bukannya tau pun bahawa budak-budak kita naik ngeri gila, tak dan keja dah hutang berjela-jela... termasuk la cucu Pak Long... haha...

Aduhai PENYAMUN..awat la bodo sangat menyamun nie..alang samun biaq berjuta-juta..nie tak kondom yang disapunya..!!

Penyamun turut kebas kondom

Penyamun turut kebas kondom
Abdul Aziz meneliti barangan samun termasuk makanan, kondom dan senjata digunakan suspek.
 
KUALA KETIL - Empat lelaki bersenjatakan parang bukan sahaja melarikan wang ringgit bahkan turut melarikan beberapa bungkusan kondom dalam kejadian samun di kedai serbaneka 24 jam, di sini, kira-kira jam 5.45 pagi kelmarin.

Keempat lelaki berusia lingkungan 19 dan 26 tahun itu turut melarikan barang makanan, tunai RM109.90 termasuk telefon bimbit pekerja kedai serbaneka itu.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Mat Daud Mat Hasan berkata, seorang suspek turut bertindak mengacu parang kepada penjaga kaunter terbabit bagi mendapatkan wang.

Berikutan ketakutan, pekerja terbabit menyerahkan wang berkenaan malah, telefon bimbitnya bernilai RM600 turut dilarikan.

Bolasepak KEDAH : Penganti MARIO TOT sudah jumpa..!!!

Photo: Perlawanan terakhir liga petang ini! Mai stadium!

#thankyoumariot #biarjasajadikenangan #iamhijaukuning #pulunkedahpulun #klkedah

#22 LIGA PREMIER
Kuala Lumpur vs Kedah
5.7.2013 | Jumaat | 4.45 petang
Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Penuhkan stadium!


UPDATE PERLAWANAN DI:

TWiTTER KFA: https://twitter.com/MEDIAKFA @ http://j.mp/kfa_news
KFATV LIVE: http://j.mp/kfatv @ http://www.youtube.com/watch?v=hFAgW8_e8W0 
Secara rasminya Antonio Sisic telah mengambil alih tugas Jurulatih setelah Mario Tot mengambil keputusan untuk tidak menyambung khidmat beliau bersama Kedah. Perlawanan akhir Liga Premier antara KL dan kedah berakhir dengan kemenangan 1-0 hasil jaringan Alen Guc. Dikhabarkan beliau akan terus memangku jawatan tersebut sehingga persiapan Piala Malaysia ini.

Isu Mesir : Apabila pimpinan negara bercakap guna otak di kepala dan jiga di lutut...!!

Isu Mesir - KJ Jauh Lebih Matang Berbanding Najib
Dalam pergolakan yang berlaku di Mesir yang menyaksikan berlakunya rampasan kuasa serta Presiden Dr Morsi digulingkan, hampir seluruh dunia dan umat Islam mengecam kejadian itu. Ia bukan saja menggambarkan sebuah kerajaan Islam yang dipilih secara sah dan demokratik diakhiri dengan cara yang tidak demokratik tetapi juga kerana menampakkan adanya permainan tangan-tangan ghaib di belakang kejadian itu.

Sementara pelbagai pihak di Malaysia menyuarakan bantahan serta kecaman atas kejadian itu sejak semalam lagi, pendirian kerajaan dan Najib tetap ditunggu-tunggu mengenainya. Ramai yang ingin tahu apakah pendirian Najib dalam kejadian itu. Oleh kerana Najib kebetulan sedang mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, Najib hanya bercakap kepada wartawan mengenai insiden di Mesir pada hari ini.

Sementara Anwar, PKR dan PAS secara terbuka dan tegas mengecam rampasan kuasa melalui tentera untuk mengguling Dr Morsi itu sambil mengajak seluruh dunia yang mengamalkan demokrasi turut mengutuk tindakan sebegitu rupa, kenyataan Najib mengenai insiden Mesir agak mengecewakan.

Hallo ZAHID bapak MENTERI.. yang nak hapuskan AKTA HASUTAN nie NAJIB yang umum bukan PR..faham kaa..???

Zahid, Yang Berjanji Untuk Hapuskan Akta Hasutan Ialah Najib Bukan Pakatan!

Ahmad Zahid selar desakan mansuhkan akta hasutan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan perlepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Jika AKTA HASUTAN BAIK kenapa PEMBANGKANG suruh hapuskan... inilah sebabnya..!!!

Mohammad Agus Yusoff

"Saya dapati peruntukan Seksyen 4(1) Akta ini adalah terlalu umum sehingga ia dengan mudah boleh terdedah kepada salah tafsiran oleh pihak kerajaan untuk menangkap bukan sahaja mereka yang menghasut sehingga boleh mengancam ketenteraman negara, tetapi juga menangkap ahli politik dan NGO yang boleh menganggu kuasa kerajaan. Akta ini juga menyekat kebebasan rakyat. Dan masalah utama dengan Akta ini ialah kerana adanya pendakwaan terpilih"...Agus...

PADA 11 Julai 2012, PM mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Bagi Akta Keharmonian Nasional yang akan digubal itu, PM menyatakan rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik bagi membolehkan kerajaan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. PM juga menyatakan peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Katanya lagi: "Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang [baharu ini], kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.”

Janji PM ini baik sekali, namun, setelah setahun berlalu, janji PM tersebut belum terlaksana lagi sehingga sekarang. Apa yang ada ialah kenyataan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan Akta tersebut tidak perlu dimansuhkan kerana ia lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat kepada negara. Kenyataan Menteri ini menimbulkan pelbagai reaksi bergantung kepada parti mana yang disokong oleh mereka yang memberi komen.

Atlit Sukma dakwa dirogol... salah siapa?


Rogol, Arak, Gejala Sosial....dah jadi macam 'lauk' bagi remaja negara.... Nie geng2 sukma nie kira baru nak membesar dan mengenal dunia remaja tapi hidup dah jadi tunggin terbalik dah....

Nak salah siapa boleh berlaku macam nie... Tak cukup pendidikan kah? Mak bapak tak jaga kah? Sekolah tak ajaq kah? Undang2 tak ketat kah? Pendidikan agama kurang kah?

Entahlah nak salah sesiapa pun dah tak tahu dah... Pandai2lah pakat jaga diri masing2... Bila dah berlaku pakat tanggung sendirilah...

Mesir : Sidang Dewan Senat bersidang sama seperti mana DUN Perak zaman rampasan kuasa dulu


Kerajaan Kedah audit GLC

Datuk Mukhriz Tun Mahathir
Datuk Mukhriz Tun Mahathir

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah sedang menjalankan audit dalaman terhadap beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri bagi menentukan sama ada syarikat berkenaan berdaya saing atau tidak, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata selain itu, kerajaan negeri juga akan melihat model perniagaan setiap GLC.

"Kalau dapati GLC itu tidak berdaya maju, ada cadangan supaya ia membatalkan pendaftaran atau hentikan terus perniagaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hari Penderma Darah Sedunia dan Kempen Derma Darah Pra-Ramadan peringkat negeri Kedah hari ini.

Program itu anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (Ansara) dan Yayasan Pembangunan Masyarakat Kubang Pasu.

Mukhriz berkata kerajaan negeri kini dalam proses menyusun semula pentadbiran GLC negeri secara berperingkat. "Beberapa anggota lembaga pengarah sudah hampir tempoh (perkhidmatan) dan dicadangkan nama-nama baharu," katanya. - Bernama

Mesir : Laporan oleh bekas s/u Presiden PAS yg ada di mesir sekarang..!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...