TERKINI :

Saturday, July 6, 2013

Diantara Superkomputer vs kepala nyamuk...!!!

Pada 22 Februari 2008 yang lalu, Jerman berjaya membina komputer terpantas untuk aplikasi awam di dunia. Komputer terpantas saiz gergasi ini, pertama kali dipaparkan di bandar Jülich, Jerman. Komputer ini akan digunakan untuk menyokong penyelidikan ilmiah di Jerman dan negara-negara Eropah yang lain untuk dikembangkan dalam pelbagai bidang seperti bidang astronomi, tenaga, industri farmasi dan bidang lain.

Komputer ini akan menjadi yang terpantas di antara 500 komputer untuk tujuan awam di dunia. Sebelum komputer ini dibina terdapat sebuah lagi  komputer pantas yang digunakan untuk aplikasi tentera di pusat tenaga nuklear Amerika di bahagian California.

Komputer "Eugenh", superkomputer bukan komputer peribadi yang didalamnya dipasang 65 ribu pemprosesan yang dipasang dalam enam belas tempat dan setiap kotak mempunyai saiz yang sama seperti cip elektronik yang diperlukan untuk telefon biasa. Pelawat perlu memakai peranti anti bunyi di telinga sebelum masuk ke dalam bilik komputer. Dalam hal ini, Dr Neubert  Atej ketua jabatan aplikasi berkata enam belas kotak mengandungi pemprosesan memerlukan elektrik dengan kapasiti 30 Kw.

Semasa bekerja, komputer ini memerlukan suhu persekitaran 16 darjah. Kelajuan komputer hampir menyamai kelajuan 20 ribu PC biasa yang dihidupak bersama, iakni boleh melakukan pengiraan sebanyak 223 bilion hanya dalam satu saat dan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibayangkan sebelumnya oleh Atej. Kira-kira 200 pasukan penyelidik dari Jerman dan Eropah bergantung pada sokongan komputer ini dalam melakukan pengiraan yang relevan untuk kajian mereka. Dalam hal ini, ada jawatankuasa yang menentukan projek mana saja yang akan diberikan keutamaan untuk memanfaatkan sokongan dari super komputer.

Hal ini berlaku kerana simulasi biasanya dilakukan dengan format chart pelbagai bentuk, seperti grafik yang telah menjadi tiang utama dari ilmu setelah teori dan aplikasi. Begitu juga membangunkan ubat baru memerlukan banyak percubaan untuk mengetahui kesan dari bahan-bahan yang terkandung. Melalui penggunaan komputer, para saintis boleh melayari kesan umum dan menjimatkan masa yang dihabiskan dalam melakukan banyak percubaan di makmal serta menjimatkan wang. Dalam bidang astronomi, komputer memainkan peranan yang lebih besar sejak percubaan makmal dinilai sebagai cara yang lebih keras dan lebih kompleks.

Mungkin sebahagian dari kita menganggap jika komputer yang ditemui masa kini merupakan kemajuan di bidang ilmu dan teknologi yang amat canggih. Tapi jika kita bercakap dengan keimanan, kita akan membandingkan komputer ini dengan serangga kecil seperti nyamuk. Perlu diketahui, nyamuk pasti melampaui peranti komputer. Di otak nyamuk, ada beratus ribu sel dan di setiap sel ada sebuah komputer yang sangat kompleks.

Super komputer ini tentunya memerlukan bangunan yang sempurna dan pasukan jurutera serta penyelidik yang hebat. Begitu juga dengan daya dan kekuatan istimewa, pendingin, peranti pengurangan bunyi, dan sistem kawalan. Jika super komputer hanya mempunyai 65000 pemprosesan sedangkan otak seekor lebah dan serangga lain mempunyai hampir satu juta pemprosesan.

Ini adalah kepala nyamuk. Reka bentuk ini diciptakan Allah swt dengan sempurna dilengkapi mata majmuk yang mempunyai beribu-ribu lensa. Sehingga nyamuk dapat melihat dan mencari jalan dengan mudah ketika terbang. Tanpa reka bentuk sempurna ini nyamuk tidak dapat hidup dan menjalankan fungsinya dengan baik. Para saintis bingung dan bertanya-tanya dari mana reka bentuk yang indah ini datang. Jawapannya sangat jelas, Allah swt. tentunya sesuai dengan firman dalam al-Qur'an yang bermaksud:

"Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu." (Surah az-Zumar : ayat 62)

Otak manusia mempunyai lebih dari satu juta sel saraf yang berfungsi dengan kecekapan tinggi dan dalam koordinasi yang tidak ada bandingannya. Jika kita merenungkan makhluk di bumi ini, kita akan mendapati bahawa otak mereka berfungsi lebih cekap daripada super komputer baru yang ada ketika ini. Semua fakta ini dapat membuktikan kekuasaan Allah;

"Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh sembahan-sembahan (mu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata. "(Surah Luqman : ayat 11)


Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com

Dilema Pemilihan Umno Cetuskan Hipokrasi

Oleh A Kadir Jasin

SEJAK (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempopularkan istilah dilema melalui bukunya “Dilema Melayu” lebih 40 tahun lalu, ia telah menjadi kata kunci dalam banyak permasalahan dan keadaan.
Yang terbaru, dilema menjadi kata kunci kepada pemilihan kepemimpinan Umno. Banyak pemimpin, perwakilan dan ahli Umno dikatakan dalam dilema.
Akibat dilema itu, banyak pemimpin Umno telah menjadi hipokrit, bermuka-muka dan lidah bercabang. Minta ampun kalau kasar bunyinya.
Di khalayak dan di hadapan media massa mereka setuju cadangan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan, kononnya untuk mengelak perpecahan. Di belakang mereka mengomel, mengutuk dan mengata. Mereka bantah cadangan dua jawatan teratas tidak dipertandingkan.
Di bawah peraturan baru pemilihan, calon yang hendak bertanding perlu, secara terbuka, menyatakan jawatan mana menjadi pilihan.

Suara hati penyokong PAS

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Saya cuba mencari ruang untuk merakamkan pandangan penyokong akar umbi PAS dan Pakatan Rakyat, termasuk yang temui semasa perarakan Black505, 22 Jun lalu. Kebanyakan mereka datang dari luar ibu kota, mewakili hampir seluruh pelosok tanahair, dan mempunyai keprihatinan yang cukup tinggi dalam usaha memperkasakan parti menjelang PRU14.

"Kita memang patut teruskan bantahan terhadap SPR dan lebih bertegas mendesak Pengerusi dan Timbalan Pengerusinya meletakkan jawatan, tetapi jangan lupa pula bahawa masih banyak yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi parti, terutama di kawasan majoriti Melayu," kata seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai aktivis PAS dari Johor. Beliau datang berkumpulan, bersama lebih 20 rakan yang mahu Parti Islam terus diperkasakan, dengan disiplin ahli-ahli yang lebih ketat.

"Eloklah dalam tempoh empat atau lima tahun ini, terutama untuk dua tahun pertama," tambah rakannya yang kelihatan lebih muda, mungkin dalam usia awal 20-an, "kita perbetulkan apa yang silap, koreksi kelemahan diri, periksa mengapa sokongan pengundi Melayu masih terbatas. Ia bukan hanya menyentuh PAS tetapi juga rakan-rakan dalam Pakatan. Persepsi negatif pengundi juga disebabkan oleh kenyataan dan tindakan kita sendiri."

S'gor teruskan air percuma, RM105 juta tambahan

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu yang telah diperkenal Pakatan Rakyat sejak mengambil alih negeri itu pada 2008 lalu.

Bagi tujuan penerusan itu, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 105 juta untuk pemberian bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Menjelaskan perkara itu lebih lanjut beliau berkata, peruntukan yang diambil dari belanjawan 2013 itu dibuat kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambil alih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu.

“Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

“Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini,” katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan semalam yang dipetik Selangorku.

Mesir : Berita terbaru


1) General Asisi mohon berunding dengan Dr Muhammad Morsi untuk dibenarkan meninggalkan Mesir dengan selamat bersama dengan orang-orang yang terlibat dalam rampasan kuasa semalam.

2) Tentera Mesir terbahagi 2. Ketua Turus Tentera Darat meminta Asisi menarik balik kenyataan rampasan kuasa yang dibuatnya.

3) Akhbar Chanell 2 mengulas - Amerika akan menyesal kerana memberikan lampu hijau kepada penggulingan Mursi.

4) Dijangka 3 juta rakyat Mesir sedang bergerak menuju Kaherah menyatakan sokongan kepada Presiden Mesir yang Sah: Dr. Muhammad Mursi.

5) Kereta kebal menurunkan gambar-gambar Asisi.

5) Pertemuan Duta Amerika: Peterson, Asisi dan Al-Baredei berbincang mencari jalan keluar untuk keadaan terbaru ini.

Sumber: Jurucakap Tentera.

BILA HUSHAM DIKETEPI: JANGAN JADI PAPAN BATU PECAH, KALAM PATAH. LABA TERCICIR RUGI DIPUNGUT?????

 

(Nota: Barangkali anak cucu sekarang maupun mereka yang berusia 60 tahun tidak pernah mengetahui atau nampak 'papan batu' dan kalam'. Warnanya kehitaman saiz biasa papan batu 12"X16" dan tebalnya 2/8" atau lebih nipis dari itu. Ia berbingkai kayu dan mudah pecah kalau terjatoh. Kalam pula bulat panjang tetapi kalau yang baru entah saya tidak pernah nampak dan pasti tidak akan nampak sampai kemati. Papan batu dan kalam yang disimpan oleh nenek ditahun 1950han saya kira-kira 5" panjang kecil sikit dari straw saiz biasa. Saya mula belajar dulu penggunaan papan batu dan kalam telah diganti dengan buku dan pensil. 

Tetapi papan batu dan kalam itulah berjasa besar untuk diri saya mendapat ilmu yang ditulis dipadam setiap masa. Emak dan abah saya belajar dalam era papan batu. Menerusi belajar menulis dan mengira dipapan batu itu, ingatan mereka cukup hebat. Ketika itu tidak ada buku tulis dan buku teks kecuali sekolah dipekan dan dibandar. Dulu-dulu kalau papan batu itu pecah dan kalam patah umpama zaman sekarang seperti laptop 'Apple' berharga RM6,000 yang sarat dengan maklumat didalamnya jatuh terhempas dan rosak musnah. Khabarnya untuk membeli papan batu - kalam ketika itu amat sukar kerana tekanan hidup, jadi dulu-dulu mereka berkongsi manfaatkannya. 

TQ BN.. Warga Luar Negara boleh mai beli rumah dan kereta murah di Malaysia..!!!

Cukai: Tindakan BN diskriminasi rakyat

MM2H
MM2H
 
SHAH ALAM - Tindakan kerajaan BN membenarkan pengecualian cukai eksais dan cukai jualan kepada warga luar negara yang menyertai Malaysia My Second Home (MM2H) disifatkan sebagai 'mendiskriminasi' rakyat sendiri.

Adun Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, keputusan kerajaan itu tidak adil kerana tidak memberi layanan sama kepada rakyat sendiri untuk memiliki rumah sendiri.

Mengikut laman web MM2H, katanya, peserta program MM2H yang kesemuanya warga luar negara dibenarkan untuk membeli sebuah kenderaan pemasangan tempatan (Completely Knocked Down - CKD) tanpa perlu membayar cukai eksais dan cukai jualan.

“Persoalannya mengapa kerajaan sanggup memberi pengecualian cukai eksais dan jualan kepada warga luar negara yang mengambil bahagian dalam MM2H sedangkan rakyat sendiri tidak dibenarkan untuk menikmati pengecualian ini sedangkan mereka membayar cukai untuk pembangunan negara,” katanya ketika sidang media, semalam.

Anwar kecam penggulingan Morsi oleh tentera Mesir


KUALA LUMPUR 5 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Mesir menggulingkan Presiden yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Dalam satu kenyataan, Anwar mengulas konflik terbaharu di Mesir yang menyaksikan presidennya, Mohammed Morsi digulingkan tentera, pagi semalam.

“Setiap negara yang mengiktiraf demokrasi berperlembagaan mesti mengecam tindakan yang tidak berperlembagaan dan tidak demokratik dalam meraih kuasa.

“Tindakan pihak tentera di Mesir merupakan satu tamparan hebat terhadap Kebangkitan Arab. Apa pun matlamat mereka, ia tidak sekali-kali menghalalkan cara.

“Pemimpin yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil tidak sepatutnya diturunkan dengan cara sebegitu,” ujar Anwar dalam satu kenyataan.

Bila la Mukhriz nak tutup Pusat Urut kat Kedah nie.. nak kata tak tau sebenarnya dia dah tau pun..!!!

Alhamdulillah dok tunggu bila la MUKHRIZ nak umum yang pusat urut yang diakatakan naik mendadak sewaktu azizan dulu akan ditutup seberapa segera sempena kedatangan ramadhan nie...

takan buat2 lupa pulak kot.. nak kata tak tau dulu hang yg cakap kata ada pusat urut jadi bila hg memerintah nie maka kuasa hang pulak laa nak tutupnya..

AYUH SILAKAN DATUK BERI ARAHAN UNTUK TUTUP....

AES: Kerajaan ambil dari mana bayar RM13 juta

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti saman Ekor (Kase) meminta Kementerian Pengangkutan menjelaskan dari sumber mana RM13,550,758.00 diambil bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Penasihat Undang-Undang Kase, Zulhazmi Shariff (gambar) yang merujuk kepada jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menyatakan sehingga 15 Mei lalu, kerajaan telah membayar fi perkhidmatan (contract service fee) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES sebanyak RM13,550,758.

Bayaran itu dibuat berpandukan kepada perjanjian antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan.

"Kita minta pihak kementerian menjelaskan kepada rakyat dari mana sumber kewangan itu diperolehi bagi membayar fi perkhidmatan kepada syarikat pembekal, RM13 juta bukan satu jumlah yang kecil.

Kuala Besut : SPR pening.. penamaan calon masa hari cuti iaitu Jumaat tapi masa mengundi buat hari kerja la pulak..!!

Pas: SPR tidak sensitif berhubung penetapan tarikh

PRK Dun Kuala Besut
KUALA TERENGGANU - Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak sensitif terhadap warga Terengganu berhubung penetapan tarikh penamaan calon dan pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pas Kuala Besut, Satiful Bahri Mamat berkata, SPR seolah-olah tidak ambil kira persekitaran di negeri ini apabila hari penamaan calon dan pengundian, masing-masing jatuh pada Jumaat dan Rabu.

Beliau mempersoalkan pemilihan tarikh itu kerana kebiasaan pemimpin Pas setempat mengadakan kuliah agama pada hari Jumaat, begitu juga Rabu yang dilihat menyukarkan pengundi luar pulang mengundi.

“Hari penamaan calon tidak pernah berlaku pada Jumaat. Di Terengganu, Jumaat hari cuti dan pada hari itu kita menghadiri kuliah, belajar ilmu agama. Ini menunjukkan SPR tidak sensitif, kenapa tidak buat hari Sabtu? Ini seolah-olah mahu halang calon pergi kempen.

“Begitu juga hari pengundian pada hari Rabu yang juga hari bekerja. Keadaan ini akan menyukarkan pengundi luar untuk pulang Terengganu. Adakah kerajaan negeri mahu halang pengundi luar pulang,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman tarikh PRK Dun Kuala Besut oleh SPR yang jatuh pada 24 Julai ini iaitu pada Ramadan, manakala penamaan calon pada 12 Julai dan pengundian awal diadakan pada 20 Julai.

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas mengenai PRK di kerusi N1 itu.

Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Adun Paka berkata, pihaknya tiada masalah besar pengundian berlangsung pada bulan puasa kerana ia bukan kali pertama berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

“Kita bersiap sedia sekalipun berlangsung dalam bulan puasa kerana mungkin SPR mengambil kira tempoh 60 hari untuk mengadakan PRK itu tetapi kita terkilan dengan pemilihan tarikh tersebut,” katanya.

ADMIN : ini dikatakan SPR pening.. penamaan calon masa hari cuti iaitu Jumaat tapi masa mengundi buat hari kerja la pulak iaitu RABU... org penamaan calon hari kerja tak apa sebab berapa org ja nak terlibat dgn penamaan calon tu tapi bila mengundi baik buat hari cuti supaya semua pakat boleh keluaq mengundi...itu la bodo tak boleh diajaq... sombong tak simpan setengah..!!

Malaysia selamat atau tidak, KPN sila jawab mai sat..!!

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) dan Menteri Dalam Negeri tidak sepatutnya menyatakan Malaysia sebuah negara yang selamat dan kadar jenayahnya telah berkurangan sebanyak 26.8% sejak pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) pada tahun 2009 serta tergolong sebagai salah sebuah paling aman di Asia Tenggara menurut Peace Index.
Tetapi, kata Lim Kit Siang secara tiba-tiba mengaitkan peningkatan kejadian jenayah ganas dengan penghapusan Ordinan Darurat (EO) pada tahun 2011 yang membawa kepada pembebasan hampir 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkjata, jika pembebasan 2,000 orang yang disyaki sebagai penjenayah tegar disebabkan oleh penghapusan EO pada September 2011 telah membawa kepada peningkatan kadar jenayah, mengapa perkara ini tidak terlihat pada perangkaan jenayah polis.

Sebaliknya, kata beliau polis mendakwa secara umum kadar jenayah jalanan dan indeks jenayah telah berkurangan masing-masing sebanyak 41.3% dan 7.6% pada tahun 2012 jika dibandingkan dengan 2011.

[BUKTI] RUU PENTADBIRAN AGAMA ISLAM - Kerajaan UMNO BN telah buat keputusan tidak selari dengan Islam & majlis fatwa..!!

NAMPAKNYA KERJAAN MALAYSIA TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TIDAK SELARI DENGAN ISLAM....


BUKAN APANYA SEBAB KABINET SUDAH MENARIK BALIK RUU TERSEBUT..INI BERMAKSUD KABINET TELAH MEMBUAT KEPUTUSAN YANG TAK SELARI DENGAN ISLAM...
Peruntukan selari dengan Islam

KUALA LUMPUR 5 Julai - Peruntukan Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang membenarkan ibu atau bapa yang memeluk Islam menentukan agama anak adalah Islam sewajarnya difahami sebagai mewakili situasi terkini di negara ini.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr. Yusri Mohamad berkata, peruntukan itu didukung oleh keputusan Mahkamah Persekutuan sebagai autoriti tertinggi dalam mentafsirkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan isu tersebut.

Kalau Inginkan Durian Runtuh, Menangkanlah PAS Di Kuala Besut!!

Oleh Shahbudin Husin

Bahang pilihanraya kecil DUN Kuala Besut sudah mula dirasai oleh semua pihak. Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundinya tetapi semua pihak, baik UMNO mahupun PAS iaitu parti yang bakal bertanding di kerusi itu seperti sudah melonjak semangat masing-masing untuk memenangi kawasan itu

Bahkan jika pilihanraya itu diadakan pada bulan puasa pun, semangat mereka tetap sama.

Di pihak PR, pada peringkat awalnya seperti nampak kecelaruan dengan PAS dan PKR masing-masing mahu meletakkan calonnya manakala DAP pula menyarankan agar dipulaukan pilihanraya walaupun jelas dalam pilihanraya umum lalu kawasan itu ditandingi oleh PAS. Sama ada semua itu suatu strategi atau percubaan melemahkan semangat musuh tetapi kini nampaknya semua sudah sepakat bahawa PAS yang sepatutnya meletakkan calonnya di Kuala Besut itu.

Ibrahim Ali Suruh Naib Ketua Pemuda Umno Pergi Main Snooker

PETALING JAYA: Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hari ini menolak pelawaan Pemuda Umno untuk mengadakan perbincangan ekoran kenyataan beliau menyelar Umno kerana meminggirkan Perkasa.

Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu menambah bahawa tiada sebab bertemu Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim. “Terima kasihlah, tetapi saya rasa tidak ada perlunya untuk kami berbincang. Razali belum lahir lagi masa saya sudah berjuang dalam Pemuda Umno.

“Elok Razali bertemu Irwan Fahmi Ideris,Ketua Wira Perkasa,sama sama anak muda. Jika tiada apa-apa untuk dibincangkan tentang hal kepentingan bangsa, boleh pergi main snooker,” Ibrahim menambah.

Menjelang Ramadhan - Kerajaan Najib bagi diskaun harga AYAM 1MALAYSIA..!!!

 
ALHAMDULILLAH..
bersyukurlah dalam negara MALAYSIA yang aman damai ini
kita semua rakyat Malaysia dapat berjumpa semula RAMADHAN
yang akan datang ini..

Sempena kedatangan RAMADHAN kali ini KERAJAAN MALAYSIA akan
memberikan hadiah AYAM 1MALAYSIA...

Jadi kepada semua rakyat terimalah pemberian ini dengan muka yang
tenang dan senyum 1Malaysia....

Kenyataan PM Turki, Recep Tayyip Erdoğan mengenai apa berlaku di Mesir

Jumaat | 05 Julai 2013 | 05.51 petang

Kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdoğan:

1- Turki mempunyai pengalaman berharga dalam menjalankan sistem demokrasi yang berjaya dan perlu dikaji oleh seluruh rakyat dan negara di sekelilingnya bagi mengambil manfaat daripada apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.

2- Rampasan kuasa telah berlaku lebih awal di Turki kurang lebih 10 tahun yang lalu.

3- Orang-orang yang bersama dalam rampasan kuasa di Turki, mereka akan dinilai oleh Allah sekiranya perkara ini berlanjutan sehinggalah ke akhir hayat mereka.

4- Sehingga kini, negara-negara Barat tidak berkompromi dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

5- Negara – Negara Barat tidak menunjukkan sebarang pendirian mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ini menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mesir.

DUN Sg Tiang - Semoga EXCO Kjaan Negeri Kedah dapat selesaikan masalah rakyat kawasan dia nie..!!

Bimbang diusir pemilik rumah

Bimbang diusir pemilik rumah
Zaharah menggunakan besen untuk menadah air hujan.
 
Bimbang diusir pemilik rumah
Sebahagian penduduk yang pernah membuat permohonan rumah.
 
BUKIT JENUN – 50 penduduk daripada tujuh keluarga yang tinggal di perumahan Estet Kongsi Baru dekat Kilang Kechik di sini mendakwa dipinggirkan berikutan permohonan mendapat bantuan rumah daripada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) tidak mendapat maklum balas.

Tinjauan Sinar Harian di perumahan yang berusia lebih 100 tahun berkenaan mendapati keadaan rumah penduduk sangat usang manakala bumbung bagi beberapa rumah mengalami kebocoran.

Difahamkan perumahan estet itu adalah untuk pekerja ladang ketika zaman British lagi iaitu sebelum kemerdekaan.

Penduduk yang memilih untuk menetap di situ adalah terdiri daripada golongan yang tidak berkemampuan untuk memiliki tanah mahupun rumah sendiri.

Macam nie punya jenayah kita nak kata aman lagi...????

Ibarat babak drama gengster

Ibarat babak drama gengster
Mangsa yang parah dipapah rakannya, manakala seorang dipercayai 
ahli keluarga mangsa meraung kesedihan
 
Ibarat babak drama gengster
 
BATANG KALI - Umpama babak dalam drama gengster apabila sekumpulan tiga lelaki memegang parang sambil mengejar mangsa dan menetaknya beberapa kali sehingga rebah.

Mangsa yang pada awalnya cedera di kepala, masih mampu berlari dan cuba menyelamatkan diri, namun tiga lelaki terbabit terus mengejar dan menetak badan serta tangan mangsa hingga tidak berdaya.

Penjenayah tidak bertopeng itu hanya beredar setelah melihat mangsanya terbaring dan tidak mampu berdiri lagi.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 24, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 petang itu bermula di sebuah tempat cuci kereta dan berakhir di kawasan stesen minyak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...