TERKINI :

Friday, July 5, 2013

[TERKINI] Mesir sepintas lalu...!!!!

-Khamis 4/7/2013-


1) Mahkamah Dokki telah menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas Perdana Menteri Mesir, Dr.Hisham Qandil dan memecat beliau dari jawatan.

2) Dilaporkan Pihak berkuasa Mesir melakukan operasi tangkapan besar-besaran kepada pimpinan kumpulan Islam-Ikhwan Muslimin, Salafi dan lain-lain.

Penangkapan juga berlaku keatas pekerja-pekerja stesen televisyen Misr 25, An-Nas, Ar-Rahmah dan Al-Hafiz.

Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.Muhammad Sa’ad Katatni ditangkap di kediamannya & juga Naib Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Dr.Rasyad Bayumi.

3) Selain itu juga, larangan diberikan kepada pimpinan gerakan Hamas di Ghazzah dari memasuki bumi Mesir.

4) PM Turki Erdorgan: “Kami mengecam rampasan kuasa ke atas Presiden Mesir. Turki hanya akan berurusan dengan Presiden yang dipilih oleh rakyat, Dr.Muhammad Mursi.”

OBAMA & ERDOGAN sudah beri jawapan pasal MESIR cuma dok tunggu NAJIB pulak nak kata apa..??

KLIK SINI

Eishh Ingatkan susuah nak jadi menteri..rupa-rupanya mudah saja..!!!

Mudahnya jadi menteri

Sangka saya pada awalnya sukar untuk menjadi seorang menteri. Berdepan pelbagai soalan yang berbagai dari ahli-ahli Yang Berhormat, sama ada pembangkang mahupun kerajaan. Nyata sangkaan saya meleset. Betapa mudah menteri dan timbalannya menjawab soalan-soalan dari ahli Yang Berhormat. Mereka membaca jawapan yang disediakan oleh pegawai dan memilih untuk jawab tulis bagi soalan tambahan yang tidak boleh dijawab lisan terutama yang melibatkan fakta dan figure.

Saya sempat mengemukakan soalan tambahan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan apabila timbul persoalan mengenai penubuhan balai bomba di Belaga dalam Bahagian Kapit. Soalan saya adalah berkait dengan isu kebakaran di Sibu dan lain-lain kawasan penempatan pendalaman serta padat penduduk. Kenapa bomba sering lambat tiba untuk menyelamat sehingga mengorbankan jiwa. Apakah faktor lambat dan sebenarnya berapakah jarak kedudukan wajar balai bomba dengan sesebuah penempatan?

Timbalan Menteri memilih tidak menjawab soalan saya semasa sidang sebalik mahu menjawabnya secara bertulis. Alhamdulillah selepas 3 jam saya menerima jawapan bertulis dari pihak kementerian.

Berbeza rakan sejawat saya YB Khairy Jamaludin Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kini menggalas jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau petah menjawab soalan tambahan dan saya lihat beliau kian matang dan tenang menjawab soalan berbanding sebelum ini.

Rang Undang-Undang tukar agama anak : Akhirnya Kabinet UMNO BN tunduk pada tekanan parti kompenan..!!

Kabinet gugurkan Rang Undang-Undang tukar agama anak

July 05, 2013

Mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju menarik semula Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 berhubung isu status agama anak dalam kes ibu atau bapa memeluk agama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri itu, berkata rang undang-undang yang dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada 26 Jun lalu sudah dibincang secara mendalam.

"Pandangan dari pelbagai sudut diperhalusi dengan mengambil kira kebimbangan pelbagai pihak termasuk parti komponen BN.

"Berdasarkan itu, Kabinet bersetuju penarikan balik rang undang-undang itu perlu demi memastikan isu penentuan agama anak dalam kes seumpama diselesaikan dengan cara yang adil kepada semua," katanya pada kenyataan petang ini.

Muhyiddin berkata, semua pindaan berbangkit dari penggubalan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2013 juga ditarik balik.

KUIN : menyanggah puak UMNO kata INSANIAH HOLDING RUGI sebab itu ditutup dan tak dibayar gaji..!!

Bagaimana dikatakan Insan Maya anak syarikat Insan Holdings rugi?

Insan Maya Sdn Bhd iaitu syarikat pengendali Kulliyyah Multimedia dan Kreativiti, merupakan anak syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd, yang diura-urakan akan di tutup atau di turunkan taraf dari Kulliyyah kepada sebuah Jabatan bawah Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat.

Pelajar kulliyyah yang sedia ada lebih kurang 300 pelajar Diploma dan Ijazah, tempatan dan antarabangsa. Untuk kursus Diploma yuran seorang pelajar adalah RM24,000 dan Ijazah RM36,000 untuk kursus 3 tahun dan ijazah 4 tahun.

Bermakna jumlah pendapatan secara kasar :-

1. Diploma adalah 270 pelajar x RM24000 = RM6.48 Juta dalam 3 tahun ( RM2.16 juta setahun)

2. Ijazah adalah 30 pelajar x RM36000 = RM1.08 juta dalam 4 tahun (RM270k setahun)

3. Lain pendapatan dari incubator (printing, event, banners, buku-buku pelancaran, animation presentation, special effects presentation etc etc) = RM 200k setahun

Bermakna setiap tahun pendapatan Kulliyyah ini adalah : RM 2.5juta

(dan semua yuran2 tersebut masuk ke Insaniah Universiti bukan ke Insan Maya sebab program2 semua kepunyaan Insaniah dan didaftar diMQA dan KPT semua atas nama Insaniah Universiti. Jadi macam pulak Insan Maya bukan dari milikan Insaniah Universiti. PELIK KAN ?

Pelajar baru KUIN mai daftar cuma +500 ja.. Ust Azizan pun yang dikatakan teruk ada juga dalam +900

Salam,

Tidak pernah dalam sejarah Insaniah jumlah begitu sedikit.

Zaman Ust azizan pun teruk-teruk  900+. Makna nya rakyat dah mula memahami kemelut Insaniah ini tidak akan di selesaikan. Kesian lah sebab dengan 500+ pelajar ramai lah pensyarah2 akan lapang masa dan menepati slogan BN menang Kedah senang.

Puak-puak Bersih lebih selalu lah main bowling, senang kan? Ustaz Aski pun bolih ceramah di lebih banyak tempat, senang kan. Gaji pun ambil, duit sumbangan pun dapat dari ahli kariah.

Senang sungguh aih... kampus Kuala Ketil dah macam padang jarak padang tekukur. Kakak restoran pun mengeloh tak der pelanggan atau sangat kurang berbanding dulu.

Mungkin kerana cuti mungkin juga pensyarah tak der duit nak beli makanan.

Sekian.

Jack MMK

Kuala Besut - 12/7 penamaan calon, 24/7 pilihanraya kecil...


Pilihan raya Kuala Besut 24 Julai


12:17PM Jul 5 2013

Pilihan raya kecil Kuala Besut ditetapkan pada pada 24 Julai manakala penamaan calon pada 12 Julai - kedua-duanya pada bulan Ramadan.

Penamaan calon itu jatuh pada Jumaat dan dan pengundian pada Rabu. Masa berkempen ditetapkan selama 12 hari.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan perkara itu dalam mesyuarat khas hari ini di ibu pejabatnya di Putrajaya.

SPR menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan kerusi DUN N1 Kuala Besut daripada Yang Dipertua DUN Terengganu pada 27 Jun lepas.

Kerusi DUN Kuala Besut kosong apabila penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar, 55, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Terengganu 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru.

Pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, A Rahman mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 2008 apabila mengalahkan calon muslimah PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Apabila Ibrahim Ali nak jadi driver teksi...!


Ibrahim Ali nak pandu teksi? Jangan melawak!

Oleh Aspan Alias

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali telah memecahkan kesunyian beliau dengan memberi khabar yang beliau mahu menjadi pemandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Saya terbaca berita ini melalui Free Malaysia Today (FMT) hari ini. Beliau berkata beliau akan memohon permit teksi dan memandu teksi bagi menyara kehidupan beliau. Beliau ingin hidup secara sederhana sahaja kata beliau.

Berita ini sangat menarik perhatian saya kerana Ibrahim ini sudah saya kenali dengan rapat sejak 42 tahun yang lalu, dan saya rasa tidak percaya kenyataan ini keluar dari mulut beliau. Tetapi mungkin juga beliau serius kerana manusia ini berubah mengikut umur dan kematangan masing-masing.

Kalau beliau serius untuk menjadi pemandu teksi saya juga serius untuk memberikan nasihat yang jujur terhadap sahabat saya selama 42 tahun ini. Setahu saya Ibrahim tidak begitu cekap memandu, takut-takut ramai pula penumpang teksi yang beliau pandu itu masuk hospital. Bagi saya jika di nilai dari cara pemanduan beliau, Ibrahim sepatutnya tidak dibenarkan menjadi pemandu teksi bagi menjamin keselamatan penumpang-penumpang teksi beliau.

Disebalik yang berlaku pada Morsi.. diharap ahli politik kita jangan pikiaq parti sahaja...

Moh ammad Agus Yusoff · 17,209 followers 5 hours ago ·

PADA 11 Februari 2011, Hosni Mubarak meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari rakyat menunjuk perasaan menentang 30 tahun pemerintahannya. Semasa kejatuhan beliau, rakyat dan tentera berpimpinan tangan melaungkan slogan ‘rakyat dan tentera seiring bersama’.

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir untuk menjaga kehidupan 84 juta rakyatnya. Rakyat dan tentera juga bergembira kerana mengharapkan satu perubahan baru berlaku di negara itu. Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi. Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni Mobarak. Maka, rakyat Mesir gembira dengan pemimpin barunya ini, namun kegembiraan itu tidak lama.

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara. Saya sedih dengan kejatuhan kerajaan Morsi dan Ihwanul Muslimim ini. Kesedihan ini bertambah lagi apabila mengenangkan nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Banjir.. dari zaman Det Lid.. ke Azizan.. mai Mukhriz pula... bila la nak selesai nie..?

Penduduk bosan masalah banjir kilat sejak 30 tahun

ALOR SETAR 4 Julai - Kira-kira 400 penduduk di Taman Perumahan Awam Kuala Kedah di sini hidup dalam kebimbangan apabila masalah banjir kilat sejak 30 tahun lalu masih berlaku di kawasan itu.

Difahamkan setiap kali hujan lebat dalam tempoh satu jam, kawasan perumahan itu akan mula dinaiki air termasuk dalam kejadian terbaharu awal pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Perumahan Awam Kuala Kedah, Abu Hasan Nor berkata, rumah penduduk di kawasan itu mula dimasuki air kira-kira pukul 3 pagi setelah hujan lebat melanda kawasan tersebut.

"Dahulu apabila hujan, air akan mengalir ke kawasan sawah berhampiran, namun kawasan itu sekarang dijadikan kawasan perumahan, itu yang menyebabkan berlakunya banjir kilat.

Operasi premis makanan di pertingkatkan...

8 premis makanan diarah tutup

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda menunjukkan kawasan dapur sebuah premis makanan yang kotor dan diarahkan tutup dalam pemeriksaan di sekitar bandar Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

SUNGAI PETANI 4 Julai - Sebanyak lapan premis menjual makanan di sekitar bandar ini diarahkan tutup kerana gagal menepati kriteria kebersihan yang ditetapkan dalam satu pemeriksaan semalam.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda, Asif Yahya berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mencapai tahap kualiti kebersihan ditetapkan.

Operasi premis makanan di pertingkatkan...

8 premis makanan diarah tutup

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


Seorang kakitangan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda menunjukkan kawasan dapur sebuah premis makanan yang kotor dan diarahkan tutup dalam pemeriksaan di sekitar bandar Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

SUNGAI PETANI 4 Julai - Sebanyak lapan premis menjual makanan di sekitar bandar ini diarahkan tutup kerana gagal menepati kriteria kebersihan yang ditetapkan dalam satu pemeriksaan semalam.

Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda, Asif Yahya berkata, arahan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak mencapai tahap kualiti kebersihan ditetapkan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...