TERKINI :

Thursday, July 4, 2013

Sebut kata Taib Mahmud macam-macam alasan hangpa beri..Jika kata Anwar habis diceritanya..!!!

SPRM: Demi keadilan, tak boleh dedah siasatan Taib

Demi keadilan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh mendedahkan kertas siasatan terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud, kata suruhanjaya itu.

Dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, jika permintaan itu dipenuhi, akan ada pihak lain yang meminta supaya mendedahkan kertas siasatan dan dokumen berkaitan melibatkan individu lain yang disiasat.

"Justeru, demi keadilan kepada semua, SPRM berharap semua pihak dapat bersabar sehingga siasatan selesai. SPRM akan memaklumkan perkembangan kes ini dari semasa ke semasa," kata suruhanjaya itu.

Badan antirasuah itu juga menjelaskan, mendedahkan dokumen dan fail kes siasatan kepada umum menjadi kesalahan bawah Seksyen 29(4) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Bagaimanapun, menurut SPRM, keadaan berbeza sekiranya kes itu dituduh di mahkamah yang mana fakta kes akan dibentangkan ketika prosiding.

"Oleh itu, SPRM merasakan adalah tidak wajar bagi mana-mana pihak mendesak SPRM agar mendedahkan kertas siasatan.

"SPRM sama sekali tidak boleh memenuhi permintaan seperti ini termasuk daripada ahli-ahli Parlimen yang berperanan menggubal undang-undang," katanya merujuk kepada gesaan seorang anggota Parlimen pembangkang.

Setakat hari ini, siasatan berkaitan dengan dakwaan membabitkan Taib masih berjalan dan SPRM telah mengumumkan kemajuan berkenaannya pada sidang media Sabtu lalu, menurut suruhanjaya lagi.

Apa beza 'Red Bean Army' dengan Cybertrooper Unit Media Baru & Papagomo..??

Profesor: BN pun ramai tentera siber

Dakwaan kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahman, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

NONE"Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.

"Apabila dah kata namanya troopers, ia dah jadi macam peranglah.

"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.

"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.

"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi.

Untungnya meniaga air dengan rakyat..siap bagi ganjaran RM33.4juta lagi..!!!

'Rozali layak terima ganjaran RM33.4j'

Sekumpulan pemegang saham minoriti Puncak Niaga Holdings Bhd (PNHB) hari ini mempertahankan keputusan untuk memberi pakej ganjaran sehingga RM33.4 juta kepada pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail.

Pengerusi Kumpulan Pengawas Saham Minoriti Puncak Niaga Muhammad Imran Abdullah mereka meluluskan cadangan tersebut, yang dibentangkan di mesyuarat agung tahunan PNHB.

"Anda mesti faham, ini adalah orang yang mengasaskan syarikat ini 20 tahun lalu. Atas sekali sumbangannya, para pemegang saham bersetuju dengan bayaran ini," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Katanya, beliau secara peribadi berpendapat Rozali berhak menerima imbuhan tersebut dan mendakwa golongan yang membangkitkan isu berkenaan bukan terdiri dari golongan pemegang saham kepada syarikat pemegang konsesi air itu.

Ditanya lanjut mengenai perkara itu, Muhammad Imran berkata beliau dan pemegang saham terababit lebih prihatin mengenai dividen dan pulangan mereka, dan menambah usul mengenai ganjaran tersebut telahpun diputuskan.

Isu ganjaran berkenaan dipersoalkan oleh MP Klang Charles Santiago yang menyifatkannya sebagai keputusan "tidak beretika dan tidak bertanggungjawab" memandangkan air adalah untuk kegunaan awam.

Dari dok perabih duit siasat geng 'soya bean merah' baik guna untuk siasat kes Altantuya atau SPR...


Kit Siang terkejut Shahidan percaya pembohongan “Red Bean Army”


KUALA LUMPUR, 4 JULAI: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang hairan dan terkejut apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassin sanggup mempercayai pembohongan mengenai “Tentera Kacang Merah” (Red Bean Army) dianggotai 3,000 cybertrooper yang dibiayai DAP.

Katanya, ini mendorong Shahidan menyiapkan kertas siasatan untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, Jumaat ini sebagai respon terhadap memorandum daripada 130 NGO Melayu-Muslim yang menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat cybertrooper “Tentera Kacang Merah”.

“Shahidan dikatakan akan mencadangkan kepada Kabinet penubuhan RCI untuk menyiasat kenyataan perkauman dan menghasut oleh Utusan Malaysia sejak empat tahun lalu jika 1,000 atau 2,000 rakyat Malaysia menandatangani memorandum menuntut perkara ini

“Saya sanggup jamin bahawa memorandum menuntut penubuhan RCI ke atas Utusan Malaysia akan didukung oleh fakta dan bukannya pembohongan seperti memorandum “Tentera Kacang Merah”.

Ayaaa..meniaga saman pun untung juta-juta..!!!

Syarikat pembekal AES dibayar RM13 juta


KUALA LUMPUR: Sebanyak RM13,550,758.00 telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sehingga 15 Mei lalu sebagai fi perkhidmatan (contract service fee).

Demikian jawapan bertulis Kementerian Pengangkutan kepada pertanyaan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas perkara itu, Hanipa berkata, selain itu sehingga 11 Jun lalu, sebanyak 673,339 saman telah dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejak AES dikuatkuasa pada 23 September 2012.

Tambahnya lagi, persoalan yang paling besar adalah jumlah yang besar telah dibayar oleh kerajaan kepada syarikat pembekal tanpa perlu dikongsi oleh rakyat.

"Saya melihat di sini terdapat penyalahgunaan kuasa dalam pelaksanaan AES dari segi perundangan.

"Bayaran saman yang dibayar oleh pesalah AES sepatutnya disalurkan keseluruhan kepada Perbendaharaan tetapi ini tidak sebaliknya ia turut diberikan kepada syarikat swasta," jelasnya pada sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Lingkop lagi duit UTUSAN sebab kalah saman.. Nizar pulak dapat RM250K..!!!


WWW1: Utusan diarah bayar RM250,000 kepada Nizar

Nizar bersama peguam di mahkamah.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000.

Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000.

Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 31 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif.

Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini.

INSANIAH mula dok pecat staff INSAINIAH HOLDING....


Jika tak dapat baca klik gambar tersebut

Dakwat AIR SIRAP akan digunakan di K. Besut


SPR: PRK K. Besut guna dakwat kekal


ALOR SETAR - Dakwat kekal akan digunakan pada pilihan raya kecil Kuala Besut walaupun beberapa kelemahan penggunaannya dikenal pasti pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata penggunaan dakwat kekal sudah menjadi sebahagian daripada peraturan pilihan raya di negara ini dan ia perlu diteruskan kerana jika tidak, sesuatu pilihan raya boleh terbatal atau menjadi tidak sah.

Namun penggunaannya akan diberi penambahbaikan, katanya kepada pemberita pada majlis makan malam di sini malam tadi bagi meraikan para petugas SPR di Kedah yang berkhidmat semasa PRU13.

"Kita akan cari dakwat yang lebih baik. Ini pengalaman pertama kita guna dakwat kekal, sudah tentu banyak kelemahan berlaku seperti dakwatnya boleh dibasuh, lambat kering dan mengotorkan kertas undi," katanya.

Adakah Taib Mahmud akan jadi jerung yang dibuat gulai oleh SPRM


Ikan bilis, jerung dan SPRM


HANYA ikan bilis! Itulah persepsi umum mengenai ketegasan dan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun satu dua kes rasuah berprofil tinggi telah disabitkan, rata-rata orang masih beranggapan badan bebas itu hanya berani pada ikan-ikan kecil.

Antara ikan kecil yang selalu kedengaran ditangkap: Pegawai PBT rasuah RM2,000, kerani pejabat tanah makan suap RM500, kakitangan JPJ minta duit kopi RM200 untuk lulus ujian memandu, polis trafik minta RM100 untuk elakkan saman, dan lain-lain anak ikan.

Maka orang ramai selalu sinis. Mengapa jaring, pukat tunda dan pukat harimau SPRM hanya mampu menangkap anak ikan, sedangkan bapak ikan – pari, jerung, yu, ‘jaws’, badak air, buaya tembaga, singa laut, jembalang laut – semua boleh terlepas?

Seluang dan siput sedut selalu masuk jaring. Barangkali bapak dan tok-tok ikan ada ilmu kebal dan ilmu hitam, sebab itu tidak melekat pada jaring atau pukat. Ini mungkin hanya persepsi rambang.

Tetapi seperti telah dibuktikan dalam banyak hal, di tempat kita persepsi boleh menjadi realiti.

Mb Kelantan : Mesir - Tragedi kepada Demokrasi...!


Selepas Azeez Baling dapat habuan... Kini Rais Yatim pulak....


Rais Yatim dilantik Presiden UIAM


KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim telah dilantik sebagai presiden keenam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkuatkuasa 2 Jun.

Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang tamat penggal perkhidmatan pada 1 Jun.

Menurut Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, pelantikan itu dibuat oleh ketua perlembagaan universiti itu, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Rais dijadual mengadakan sesi khas dengan media di kampus utama UIAM di Gombak pada Jumaat.

Rais, bekas anggota Parlimen Jelebu memulakan kerjayanya dalam kerajaan sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Inggeris Kota, Rembau, Negeri Sembilan pada 1961.

Beliau kemudian menceburi politik pada 1967 dengan menyertai cawangan Umno Triang di Jelebu dan sejak itu memegang pelbagai jawatan, termasuk menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno bagi penggal 2008/2011. - Bernama

Mesir - Detik hitam sedang berulang.. kembalikan kuasa rakyat...


Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang


Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Inilah yg dikatakan mati itu menjemput kita dimana-mana...

Ajal atas mangkuk tandas

ALOR SETAR - Bau kurang menyenangkan dengan kehadiran lalat berhampiran tingkap sebuah rumah menimbulkan rasa pelik jiran-jiran menjadi petunjuk kepada penemuan mayat seorang warga emas.

Lai Boh Lin, 76, ditemui mati dalam keadaan terduduk di atas mangkuk tandas dalam bilik utama rumahnya di Taman Saga, Alor Mengkudu dekat sini, dikatakan sudah meninggal dunia beberapa hari lalu.

Jiran, Ong Keng Huat, 62, berkata, dia berasa hairan selepas menghidu bau busuk sejak tiga hari lalu tetapi belum mengesyaki sesuatu yang buruk terjadi

Katanya, masuk hari kelima (semalam) bau itu semakin kuat sehingga dia dan keluarga tidak tahan lagi.

“Selepas saya jenguk ke rumah dia (si mati) dan mendapati banyak lalat yang menghurung sebuah tingkap rumah itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...