TERKINI :

Wednesday, July 3, 2013

Nik Abduh: Jangan tunduk pada kebebasan agama


Wakil PAS hari ini menggesa kerajaan agar tidak sesekali tunduk kepada tekanan badan-badan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama di kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) berkata beliau difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan menerima tekanan daripada pelobi-pelobi luar negara yang menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam.

"Tuntutan-tuntutan tersebut adalah seperti hak bertukar, berpindah agama atau murtad, dan amalan-amalan yang tegas dilarang agama seperti LGBT.

"Saya nak ingatkan supaya umat Islam dan masyarakat negara ini menuntut kerajaan jangan tunduk kepada tuntutan ini demi melihat Islam sebagai agama Persekutuan tidak tercemar," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur.

Selepas di semak dalam wikileak..yang ada cuma Kes Najib & Altantuya yang di laporkan..!!

Anwar: Yang dilapor Wikileaks melibatkan MP Pekan, bukan saya

KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli parlimen BN Simpang Renggam, Liang Teck Meng bahawa laman Wikileaks pernah menerbitkan laporan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

“Yang Berhormat Simpang Renggam harus ingat. Yang melibatkan YB Pekan itu melibatkan Wikileaks.

“Wikileaks mengandaikan Pekan (Najib) terlibat dalam pembunuhan Altantuya.

dsai“Yang melibatkan akaun di Israel yang mengaitkan saya, tidak disebut Wikileaks,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat pagi tadi.

Liang di Dewan Rakyat semalam mendakwa Anwar mempunyai 20 akaun di bank-bank di Israel, Amerika Syarikat, Singapura dan China dengan jumlah mencecah RM209 juta (USD66 juta).

Anwar kemudianya meminta Liang bangun untuk memberi penjelasan, namun tiada jawapan.

“Tidak ada sama sekali rujukan dalam Wikileaks. Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan) dalam Wikileaks,” katanya.

Apabila NOH OMAR kena POYO dalam parlimen..!!

Undi popular: Noh Omar malu besar dibidas Azmin

KUALA LUMPUR 2 JULAI: Datuk Seri Noh Omar malu besar ketika cuba mengganggu ucapan Mohamed Azmin Ali berhubung isu undi popular apabila mengatakan Parlimen Tanjung Karang yang diwakilinya lebih besar berbanding Parlimen Gombak yang diwakili Azmin.

Azmin dalam perbahasannya membidas Noh dan menegaskan undi popular diukur dari sokongan rakyat terhadap parti dan bukan keluasan sesebuah kawasan Parlimen.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden KEADILAN itu mendesak agar persempadanan semula kawasan pilihan raya dikaji semula dan lebih adil berbanding ketika ini bertujuan untuk memenangkan Umno BN.

“Hakikatnya Tanjung Karang, Pakatan Rakyat mendapat 51 peratus sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu berbanding kerajaan minoriti BN yang menjunam kepada 47 peratus sahaja,” kata Azmin membuatkan pemimpin Umno Selangor itu mencebikkan bibir tanda tidak berpuas hati.

Pengarah Jab Kesihatan Pahang kena sound dengan Ketua Pengarah di Putrajaya sebab bodek suruh LIKE fb..!!!

KP nafi arah penjawat awam 'sukainya' di Facebook

Ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini menafikan bahawa beliau mengeluarkan pekeliling yang mengarahkan penjawat awam “menyukai” lamannya di Facebook.

Beliau yang terkejut dengan perkara itu turut menuntut agar pengarah jabatan kesihatan Pahang Dr Norhizan Ismail memohon maaf.

NONESatu surat didakwa sebagai pekeliling dari jabatan kesihatan negeri Pahang itu, yang mengarahkan laman Facebook ketua pengarah kesihatan itu muncul di laman sosial berkenaan dan menerima kritikan dari pengguna Internet.

Pekeliling bertarikh 20 Jun itu antara lainnya memetik kenyataan ketua setiausaha negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa yang menggesa penjawat awam menggunakan media sosial untuk menyebar maklumat.

Noor Hisham dalam kenyataan di Facebook pada malam tadi berkata beliau tidak pernah mengarahkan sesiapapun untuk mengeluarkan pekeliling seperti itu.

Katanya, perkara itu timbul kerana pengarah kesihatan negeri itu tidak membuat tafsiran yang betul ke atas nasihat Ali Hamsa dan juga arahannya untuk berinteraksi dalam Facebook.

Restoran Ayam Penyet TIDAK HALAL di SELANGOR.. negeri lain kami tak tau laa..!!!

Biar betik....

Nasi Ayam Penyek disahkan Jakim tidak halal?

Terima Kasih MUKHRIZ & AZKI..seronoklah hangpa tengok staff dan anak bini tak ada pendapatan dan KUIN lingkop..!!!

Insaniah terkini 3hb Julai 2013
Salam,

Hari ini di akhbar Sinar edisi Utara, Dato' Latifah telah menyaman Insaniah kerana pemecatan beliau dari Insaniah. Didalam berita tersebut juga di sebutkan Penolong Bendahari Cik Katrina dan Ustaz Ghani Shamsuddin di tamatkan kontrak.

Selain itu juga jumlah yang besar pengawal di berhentikan atau akan diberhentikan samada di Kuala Ketil atau di Mergong sendiri. Pensyarah2 ada yang menangis ketiadaan wang dan ada juga makcik2 maintenance menangis tiada gaji 2 bulan, anak di rumah tak dapat susu, terpaksa disuapkan dengan rambutan. Cik Kartina dikatakan menangis kerana selama ini memang khidmatnya cemerlang dan Ustaz Ghani tidak dapat di hubungi, mungkin di Myanmar atas urusan orang Islam Rohingya.

Semalam pihak universiti mengadakan interview kepada pensyarah2 dari Multimedia untuk memilih diantara mereka siapa yang masih sanggup berkhidmat dengan kontrak hingga bulan 12 ini di bawa Kulliyyah Kejuruteraan dan Teknologi Maklumat. Terdapat ura-ura akhirnya semua mahu di pindahkan ke Mergong dan kampus ini akan menjadi "white elephant" Ust Azizan.

Tanya sama NAJIB dia nak terima tak cadangan haramkan minum arak ditempat awam..!!

Cadangan Dr Xavier wajar dipanjang kepada Pusat 

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong gesaan dan cadangan Dr Xavier Jayakumar agar kerajaan Selangor melarang meminum minuman keras di tempat awam.

“Ia menyebabkan keharmonian masyarakat terganggu di samping botol-botol arak yang bertaburan dan pecah di kawasan orang ramai,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas cadangan Adun Sri Andalas itu agar Kerajaan Selangor memperkenalkan undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola.

Dr Xavier Jayakumar turut mencadangkan agar kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan udah di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

“Saya merasa teruja bagaimana seorang yang bukan beragama Islam boleh mencadangkan sedemikian,” kata Riduan.

Menteri & Dasar PPSMI... pun tak ketahuan punca...lingkop habih matapelaran mate & sains anak-anak....

Tim menteri: PPSMI bukan untuk tingkat penguasaan BI


Usaha Timbalan Menteri Pelajaran I Datuk Mary Yap Kain Ching untuk menjelaskan objektif dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hari ini disambut dengan ejekan dan ahli dewan yang tidak berpuas hati dengan jawapannya.

Insiden itu bermula apabila bekas penerima anugerah Tokoh Guru Kebangsaan 2012 itu mengakui bahawa PPSMI, yang diperkenal sejak 2003, tidak dijalankan untuk meningkatkan penguasaan dalam bahasa Inggeris.

"Objektif PPSMI bukan untuk meningkatkan penguasaaan bahasa Inggeris, tetapi objektifnya untuk mendapat maklumat dalam bidang Sains dan Matematik.

"PPSMI bukan salah satu cara untuk mempertingkatkan penguasaaan bahasa Inggeris. Tetapi untuk belajar Bahasa Inggeri dengan berkesan, ada banyak cara yang lain.

"Sebab itu kita ada inisiatif, (dasar) MBI (memperkukuhkan Bahasa Inggeris) di mana kita mempunyai banyak inisiatif seperti satu sistem mentoring...," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

[VIDEO] Anwar & Akaun Yahudi - BN sembang sorang bukan main berani bila suruh bangun dalam parlimen semua menikus

Punca Ahli Parlimen BN Fitnah Anwar Ada 20 Akaun Tersebar

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui tidak ada laporan mengenai dirinya dalam laman Wikileaks seperti yang didakwa ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng.

“Tidak ada rujukan itu sama sekali dalam Wikileaks. Saya merujuk kepada Wikileaks tetapi tidak ada, apakah kita nak berikan pengesahan kalau tidak ada. “Simpang Renggam harus ingat tiada disebut (pendedahan ini) dalam Wikileaks,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Anwar meminta Teck Meng bangun untuk memberi respons tetapi tiada jawapan balas. Katanya, keadaan itu memaksa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan supaya Dewan Rakyat memberi peluang kepada Teck Meng untuk menjelaskan mengenai pendedahannya.

“Simpang Renggam tak ada (dalam Dewan Rakyat), kalau beliau masih dengan pendiriannya, Yang Berhormat ada hak untuk buat usul (rujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen).

Ingatkan Anwar ja yg ada duit juta2...tapi Tun Mahathir pun depa kata ada jugak...!

Oleh Musang King

Inilah padahnya bila kita mempunyai seorang MP yang bangang dan Akhbar UTUSAN yang bebal... Isu Anwar ada akaun juta-juta nie dah lama dah berkumandang...

Jika nak tau bukan saja Anwar yang dikatakan ada duit juta juta...anak dia nurul izzah pun ada dan si Tun Mahathir pun dikatakan ada.

Apabila nilaian ULAMAK KEDAH melihat keterbatasan PANGLIMA untuk ke MEDAN PERANG dinafikan..???

oleh Pemerhati Jalanan

Saja nak flash back balik dan nak related dengan apa yang berlaku sekarang....

Apa yang dilihat ULAMAK KEDAH sudah nampak keterbatasan panglima perang kedah untuk turun berperang itu sebab saranan ini dikeluarkan... namun panglima tetap diarah mara kedepan.... dan lihatlah kini apa telah berlaku...

Sesungguhnya apa yang dikatakan oleh ULAMAK KEDAH tersebut adalah benar dan kita sendiri tidak boleh nafikan dengan apa kita ketahui sedang berlaku sekarang...

Oleh disebabkan keterbatasan panglima untuk mengawal dan memacu tentera untuk berperang sudah semestinya ada team lain yang memainkan peranan....oleh itu skrg jangan kita salahkan panglima sahaja...

Jadi sekarang dilihat team yang mengambil peranan itu juga yang harus kita pertanggungjawabkan diatas kegagalan menyusun atur strategi dan tektikal untuk berperang...

Tentera dibawah sekadar mendengar arahan dan apa yg perlu dilakukan sahaja....

Laa ingatkan ADUN UMNO yang akan usul bab macam nie.. nak harap PAS depa dah jadi kuda DAP..!!

ADUN cadang larangan minum arak di tempat awam

ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar hari ini mencadangkan agar satu kerajaan memperkenalkan satu undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam.

Menurutnya, enakmen itu bertujuan bagi memberi kuasa undang-undang kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan polis untuk menguatkuasakan larangan tersebut di tempat berkenaan.

Kawasan awam yang dimaksudkannya itu termasuk tempat-tempat seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola, kata bekas exco itu.

"Pejabat saya telah menerima banyak aduan dari orang ramai tentang kumpulan yang minum minuman keras di lokasi berkenaan sehingga larut malam dan kemudian meninggalkan botol kosong dan juga pecah yang berselerak di tempat tersebut.

“Keadaan ini menyebabkan kacau dan ganggu kepada keharmonian dan ketenteraman penduduk setempat di kawasan berhampiran," katanya.

Lihatlah kelaku HUDOH UMNO BN.. yang depa buat Penyelaras DUN di KELANTAN, SELANGOR tu apa motifnya pulak..??

Penyelaras Dun Kerajaan Negeri PP bermotif politik

GEORGETOWN - Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang melantik penyelaras DDun di kawasan dimenangi BN hanya bermotifkan politik dan bukannya untuk membantu rakyat, kata kata Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang Datuk Jahara Abdul Hamid.

Beliau berkata tindakan kerajaan negeri itu telah membazir wang rakyat kerana wakil-wakil rakyat BN sebenarnya mampu menolong rakyat.

Katanya BN melalui pusat khidmat yang diwujudkan telah banyak membantu rakyat dan kerajaan negeri sepatutnya bekerjasama dengan BN untuk tujuan itu.

"Anggota Dun BN boleh tolong rakyat, tak payah (kerajaan negeri) lantik penyelaras-penyelaras di kawasan yang BN menang," katanya pada sidang akhbar selepas perasmian Penggal Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-13, di sini ini.

Syor gelaran pengganas, pemberontak Syria ditukar kepada pejuang Islam

KAMARUDIN ISHAK
Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur.

SAYA ingin meminta pertimbangan pihak Utusan Malaysia untuk menapis berita luar negara, terutama dari agensi berita yang menggelar mujahidin di Syria yang menentang kerajaan Bashar al-Assad sebagai pengganas atau pemberontak.

Saya minta agar Utusan Malaysia menggantikan perkataan itu sebagai 'pejuang' (pejuang Islam Syria).

Contoh ayat: 'Kira-kira 100 pejuang Islam Syria yang menentang kerajaan Bashar al-Assad telah ditahan', bukan 'Kira-kira 100 pemberontak/pengganas Islam Syria yang menentang kerajaan Bashar al-Assad telah ditahan.'

Sebenarnya, Bashar al-Asaad dan sekutunya terang-terangan membunuh Islam Ahli Sunnah yang kita jadikan pegangan di negara kita ini dan Islam lain seluruhnya.

Eishhh pulun nak promosi SLOGAN jaa.. Bukannya rakyat KEDAH boleh makan pun..!!!

Pertingkat promosi slogan baharu Kedah
Oleh ABD RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 1 Julai - Jabatan Penerangan Kedah akan membanyakkan program mempromosi penggunaan slogan baharu 'Kedah Aman Makmur' bagi membolehkan seluruh penduduk negeri ini mengetahui intipati dasar yang dibawa kerajaan.

Pengarahnya, Dr. Haniff Hassan berkata, tanpa berbuat demikian, pihak-pihak tertentu akan terus membuat pelbagai andaian tidak berasas tentang maksud slogan terbabit.

"Sebelum maklumat itu dijelaskan kepada masyarakat, kakitangan Jabatan Penerangan sendiri perlu prihatin terlebih dahulu tentang perkara itu. Sehubungan itu, kita akan melatih kakitangan untuk memahami perkara ini dan seterusnya mengadakan pelbagai program untuk mempromosi slogan baharu kerajaan negeri Kedah," katanya.

Semoga Suraya & Man Bedul tengok sat masalah rakyat kat Pendang nie..!!

Minta penutup longkang

Minta penutup longkang
Penduduk menunjukkan keadaan longkang yang tiada penutup 
di mana ia membahayakan terutamanya kepada kanak-kanak.
 
BUKIT JENUN – Beberapa penduduk Taman Nangka Madu dekat Bukit Jenun di sini meminta agar pihak berkaitan dapat menyediakan penutup longkang berikutan dikhuatiri membahayakan keselamatan penduduk terutamanya kanak-kanak.

Suri rumah, Mariani Md Akhir, 28, berkata, ketiadaan penutup longkang sekitar kawasan rumah mengundang bahaya kepada kanak-kanak yang sering bermain di kawasan sekitar memandangkan longkang itu terlalu dalam.

“Bila hujan, air banyak dan saya bimbang kanak-kanak akan jatuh tanpa pemantauan daripada ibu bapa masing-masing.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...