TERKINI :

Tuesday, July 2, 2013

Anwar Musa jaring gol sendiri di parlimen...

Anuar Musa Akhirnya Menjaringkan Gol Sendiri...

Jaguh Bola Masuk Parlimen.....

KUALA LUMPUR: Keghairahan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mencelah ketika perbahasan Titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akhirnya terkena diri sendiri.Beliau pada mulanya bangkit mempersoal ketidaksepakatan Pakatan Rakyat ekoran gagal mengemukakan satu logo mewakili ketiga-tiga parti dalam PRU13 lalu.Bagaimanapun dakwaan beliau itu terus dibantah oleh beberapa ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuklah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Mereka mengutuk Annuar Musa kerana tidak mendapatkan maklumat yang betul sebelum membuat tuduhan.Sehubungan itu, Anwar menyindir Annuar yang hanya mendapat maklumat daripada Utusan Malaysia."Yang Berhormat Ketereh ambil maklumat daripada Utusan!

Apabila masalah UMNO semakin rumit menjelang Perhimpunan Agung...


'Laahaulawala quwataillah........'

Oleh Aspan Alias

Isu yang berbangkit hasil dari pilihanraya lalu belum reda. Sekarang timbul isu dalaman UMNO yang akan memulakan ulang tahun berperang sesama sendiri semasa pemilihan parti November ini. Setiap parti mempunyai masalah masing-masing dan tidak ada mana-mana parti boleh mengata dan mengkritik parti-parti lain. Masing-masing parti ada hal yang membosankan.

UMNO sudah menampakkan masalah yang terlalu rumit jika dipandang dari mana-mana sudut sekali pun. Ada yang memarahi saya kerana membuat komen tentang UMNO kerana saya bukan lagi ahli UMNO. Tetapi bukankah UMNO itu mengaku yang parti itu untuk semua kaum dan mempunyai slogan 1Malaysia bersamanya?

Maka setiap rakyat ada hak untuk memberikan penilaian terhadap parti itu mengikut tanggapan masing-masing. Perhimpunan Agong yang mendatang sudah menampakkan keretakan dalam UMNO yang menunggu masa untuk berpecah. Jika dahulu ahli-ahlinya mempunyai segan silu untuk mengkritik pimpinan tetapi sekarang sudah ada unsur-unsur yang menunjukkan budaya segan silu itu sudah mula hilang selepas pilihanraya yang lalu.

RCI - IC diberi sampai dalam hutan.. hebatnya KERAjaan BN itu..


Cerita UP TOWN BANDAR PERDA - Jangan dok dengaq versi BN.. ini versi yang sebenarnya..!!

Bandar Perda - UpTown . Kalau tak tahu tanya.. jangan dok buat cerita..


Dengan digantungnya empat kain rentang oleh pihak MPSP yang melarang sebarang aktiviti perniagaan di tapak yang tidak digazetkan pada 20 June lalu disekitar kawasan UpTown Bandar Perda, ianya dijadikan cerita oleh Blogger-blogger UMNO khususnya di Pulau Pinang ini.

Tanpa usul periksa mereka mula menimbulkan kebencian peniaga-peniaga Melayu terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang..

Kononnya kawasan perniagaan yang didominasi oleh peniaga-peniaga Melayu ini telah diarahkan tutup buat selama-lamanya dan sekaligus Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang diterajui oleh DAP dituduh menafikan hak peniaga-peniaga Melayu..

KUIN : strategi menjadikan Kuala Ketil “Madinatul Ilmi’’ nampaknya akan terhalang

 

Sebagai termaklum, dalam akhbar Sinar edisi Utara hari ini ada laporan sidang media 1hb Julai 2013, wakil Insaniah Holding serta anak-anak syarikat Insan Medic, Insan Maya, Insan Fasih, Insan System dan juga beberapa keluhan2 kakitangan yang tidak mendapat gaji sejak 2, 3 bulan.

Malam tadi juga telah berlansung solat hajat dan bacaan yassin di Masjid Madinatul Ilmi Kuala Ketil, dan juga akan di adakan pada malam Jumaat dan Sabtu ini. Masjid lain juga dilaporkan akan menjalankan doa dan solat hajat di Merbau Pulas, Parit Panjang dan beberapa masjid berdekatan. Mereka berharapan tinggi dengan kehadiran kampus Insaniah di Kuala Ketil dan strategi menjadikan Kuala Ketil “Madinatul Ilmi’’. 

Apa kriteria untuk pilih Pengerusi Tabung Haji

KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang ditemui di lobi parlimen berkata, perkara itu amat penting kerana Tabung Haji merupakan tabung amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyimpan (orang Islam) untuk diuruskan dengan lebih baik.

"Kita tidak mahu isu yang dibangkitkan sebelum ini berkenaan Tabung Haji ini berulang kembali, amanah rakyat perlu ditunaikan bukannya mengkhianati," ujarnya.

Naib Presiden PAS itu turut mepertikai tindakan kerajaan seolah-olah menggunakan konsep 'tangkap muat' dalam mengisi jawatan-jawatan penting di dalam syarikat milik kerajaan (GLC).

Menurutnya lagi, tindakan itu umpama ‘balasan’ kepada ahli parlimen yang tidak dilantik sebagai timbalan menteri atau menteri bagi ‘membantu’ mereka menambah pendapatan.

Awat INSANIAH & KERAJAAN NEGERI tak bayaq gaji staff INSANIAH HOLDING..???

Ingat cekap sangat tadbir negeri... rupanya gaji staf Insaniah Holdings dah masuk dua bulan tak boleh bayaq!


Masa PAS perintah dulu gaji staf tak pernah lewat 7 haribulan. Ini dah masuk dua bulan tak dapat gaji apa cerita.. Ingat anak bini staf tu semua makan pasiaq ka? Mokalu hangpa nak buat zalim kat orang pun, janganlah lebih dari Firaun... [KedahLa]

Muhasabah untuk PKR & PAS..!!!

Sambil bercakap soal penipuan, perkuatkan akar umbi parti
Jangan nafikan - apabila semua ahli Parlimen pakatan Rakyat yang terpilih pada 5 Mei lalu dalam PRU13 mengangkat sumpah di Dewan Rakyat pada 23 Jun lalu maka ia 'meredakan' gelombang penentangan terhadap penipuan pilihanraya atau kepincangan demokrasi di Malaysia. Tindakan mereka memilih untuk mengangkap sumpah sebagai anggota Parlimen adalah betul dari segi aulawiyat (keutamaan) politik.

Mengelak dari mengangkat sumpah akan mendatangkan mudharat yang lebih besar. Para pemimpin Pakatan telah memerhati dari segenap dimensi, akan kesan baik dan buruk jika tidak mengangkat sumpah lalu membuat keputusan terbaik mengenainya. Namun percayalah, jika ada NGO merancang untuk mengadakan himpunan bantahan penipuan PRU selepas ini maka sokongan terhadapnya tidaklah sepadu himpunan sebelum dan sebelum-sebelumnya. (Sekalipun kita tidak menyukai situasi kehambaran itu)

Bersyukurlah nikmati keamanan dalam negara Malaysia wahai rakyat jelata..jangan jadi menteri seorang tuu...!!

Sondol belakang curi kereta
1 Jul 2013 - Kuala Lumpur: Kejadian langgar dan samun semakin menjadi-jadi apabila seorang lagi mangsa kerugian kira-kira RM80,000 selepas kereta Peugeot 208 dan wang tunai RM1,000 dilarikan dua lelaki dalam kejadian di Bukit Jalil di sini, kelmarin.

Mangsa culik disamun RM500, diperkosa
1 Jul 2013 - Kuala Lumpur: Seorang wanita berusia 24 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia diculik dua lelaki sebelum disamun sebanyak RM500, kelmarin. Lebih malang, mangsa kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Batu Caves, di sini, sebelum dirogol seorang daripada suspek dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu. Menurut sumber, mangsa diculik dua lelaki berusia lewat 20-an itu ketika sedang menunggu bas di Taman Wahyu, di sini, untuk pulang ke rumahnya selepas bekerja.

RM15,000 upah ‘cabut nyawa’

1 Jul 2013 - Kuala Lumpur: Antara RM5,000 hingga RM15,000. Itu harga atau upah dikenakan pembunuh upahan yang turut digelar ‘malaikat maut’ bagi membunuh atau menghapuskan sasarannya. Menurut sumber, RM5,000 hingga RM15,000 adalah harga dikenakan pembunuh upahan bagi sasaran biasa. Namun, harga itu boleh mencecah ratusan ribu ringgit sekiranya sasarannya golongan kenamaan, berpangkat tinggi atau pun personaliti.

Mesir : Apabila sekular tergugat.. Maka demokrasi akan di nafikan oleh mereka..!!!

Mesir: Apabila sekular tergugat
Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Mesir dicemburui oleh musuh-musuhnya bukan kerana Ahram atau Sungai Nil, tidak juga kerana kehebatan binaan Piramid atau keindahan puncak Tursina. Mesir dicemburui kerana al-Azhar. Di sinilah terasasnya tamadun ilmu yang terkenal ke seluruh dunia. Lahirnya di situ bukan seorang dua ulama bahkan ribuan kalaupun bukan jutaan murabbi ummah yang bertebaran ke seluruh dunia. Bangunnya al-Azhar kerana sumber wakaf tanpa bantuan dari dana kerajaan cukup menggelisahkan musuh-musuh Islam. Justeru, kehebatan ini wajib dihancurkan.

Hari ini, Mesir berdepan dengan satu lagi krisis ciptaan golongan sekular yang enggan mengaku kalah di gelanggang demokrasi. Demokrasi ialah ciptaan Barat, ia bukan ciptaan Islam, tetapi nilai-nilai demokrasi diterima dan diiktiraf sebahagiannya oleh Islam. Sayangnya, apabila tiba saat rakyat membuat pilihan menolak pemimpin yang pro-Barat, pada masa itulah demokrasi dinafikan dan sekular akan mengeluarkan pedangnya yang sebenar untuk memancung demokrasi.

Kedah apa cerita.. mau ikut Pahang juga ka nak halang Tazkirah waktu solat Terawikh..??

Berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.

SYED IBRAHIM SYED AHMAD / PENGERUSI JAWATANKUASA DAKWAH DAN ISLAMIAH PAHANG

"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih".

Syed Ibrahim ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, siang tadi.

Tegasnya, Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang mengesan ada pengurusan masjid mengadakan tazkirah di pertengahan waktu solat Terawih pada bulan Ramadan tahun lalu.

Tindakan itu, katanya, telah menganggu fokus umat Islam untuk menunaikan ibadah berkenaan.

cc: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/TAJUK_UTAMA_5_1372673207.html
Berkuatkuasa 1 Ramadan, semua 560 masjid di Pahang, dilarang mengadakan ceramah atau tazkirah sewaktu solat Terawih.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Islamiah Negeri, Syed Ibrahim Syed Ahmad, jawatankuasa masjid yang didapati sengaja melanggar arahan itu boleh dikenakan tindakan.

SYED IBRAHIM SYED AHMAD / PENGERUSI JAWATANKUASA DAKWAH DAN ISLAMIAH PAHANG

"Solat Terawih tak payah diganggu dengan tazkirah atau ucapan sebabnya kita tengok zaman Saidina Omar, Saidina Ali, jangan ganggu solat terawih".

Syed Ibrahim ditemui selepas majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang, siang tadi.

BENARKAH Kerjasama PKR dan PAS dalam PR seperti kek icing, nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam

Mohammad Agus Yusoff

Selepas Pilihan Raya Umum 2013, saya lihat kerjasama PKR dan PAS dalam Pakatan Rakyat seperti kek icing, nampak comel di luar tetapi rapuh di dalam. Dalam masa yang sama, saya melihat kekuatan BN juga begitu.

Yang rapuhnya kerjasama dalam PR itu apa? Kerapuhan kerjasama PAS-PKR ini dapat dilihat apabila terdapat pemimpin PAS yang tidak menyokong Perhimpunan 505. Inilah sebabnya perhimpunan yang dijanjikan 1 juta orang, hanya 50 ribu sahaja yang hadir. Rapuhnya ialah apabila terdapat pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk meletakkan calonnya dalam PRK Kuala Besut. Kuat dan berpengaruh sangatkan PKR untuk meletakkan calonnya di Kuala Besut?

Nampaknya beberapa pemimpin PKR yang membuat kenyataan bersedia untuk bertanding itu belum memahami realiti pengaruhnya di Terengganu. Nampaknya beberapa pemimpin PKR ini masih jauh dari dunia politik nyata. Aduh!

Di parlimen pula, saya lihat kemeriahan Dewan tidak seperti dulu lagi. Tiadanya Saifuddin Nasution dan Dr Zulkefley, serta sikap YB Azmin Ali, orang kuat DS Anwar yang semakin tajam mengkritik kepemimpinan PKR juga menjadikan DS Anwar seperti hilang sengatnya semasa berdebat di Dewan. YB Nik Abduh dan YB Nasaruddin Tantawi pula tidak begitu bersemangat membawa bendera PR di Dewan berbanding dengan bendera PAS.

Banyak lagi kerja Pengarah Pendidikan boleh buat tapi yang dok pantau facebook guru yg berpolitik..!!

ANEH: Kenapa akhbar Cina saja yang siarkan berita NGERI neh...

 
Awas, Facebook anda dipantau, cikgu
Jabatan Pelajaran Negeri Johor membentuk pasukan khas untuk memantau aktiviti guru dan guru besar di media sosial.

Pasukan itu akan memantau kandungan yang dimuat naik di laman Facebook atau sosial mereka, lapor Sin Chew Daily hari ini.

Harian berbahasa Cina itu memetik Pengarah Pelajaran Johor Mohd Nor Ghani sebagai mengingatkan guru besar dan guru supaya tidak mengeluarkan kenyataan antikerajaan di Facebook bagi mengelakkan ia mempengaruhi pelajar.

PERATURAN UNDANG-UNDANG BAGI PENIAGA ONLINE BERKUATKUASA 1 JULY 2013

Undang-undang
Bermula 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa, iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini.

Melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 ini, ia akan memerlukan mereka yang terlibat dalam urusan jualan produk atau perkhidmatan secara online untuk mematuhi beberapa perkara, sebelum menjual di arena internet. Untuk perhatian, ia bukan sahaja hanya melibatkan penjual yang mempunyai laman tersendiri atau blogshop, tetapi turut sama meliputi mereka yang menjualnya melalui laman seperti eBay, Lelong, dan juga Mudah. Penjual yang menggunakan medium Facebook juga tertakluk kepada peraturan baru ini.
Lebih 1,879 kes penipuan dilaporkan pada 2011.
Penjual – Apa Yang Perlu Dilakukan?
Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...