TERKINI :

Monday, July 1, 2013

Apabila RAFIZI jadi pengurus kempen Azalina lawan Kak Jat rebut jawatan WANITA UMNO

Azalina 'tawar' jawatan pengurus kempen pada Rafizi

Gurauan Datuk Seri Azalina Othman Said menawarkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli jawatan pengurus kempennya bagi bertanding jawatan Ketua Wanita Umno membuka ruang santai di Dewan Rakyat hari ini.

Seloroh bersahaja Azalina (BN-Pengerang) tercetus ketika Rafizi (PKR-Pandan) bangun untuk meminta laluan bagi mencelah perbahasan bekas Ketua Puteri Umno itu atas titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong.

"Oh, Rafizi. Saya beri peluang sebab saya nak dia jadi 'campaign manager' saya nanti semasa bertanding Ketua Wanita Umno," katanya sebelum memberikan laluan kepada Rafizi.

Tawaran Azalina itu mengundang tawa anggota Parlimen yang hadir sebelum disambut Rafizi yang menyatakan persetujuan beliau untuk menjadi pengurus kempen Azalina bagi menentang Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Pecat syiah : PAS For All selogan PAS yang hipokrit?

Lebih sesuai ahli dan pemimpin yang terbukti syiah ni di 'turunkan taraf' jadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS tapi bukan dipecat.

SinarHarian melaporkan:
ALOR SETAR - Pas akan mengenakan hukuman tegas ke atas ahlinya termasuk memecat keahlian jika terbukti mereka terlibat dengan kegiatan Syiah.

Tindakan itu adalah untuk mencegah kegiatan yang dikatakan makin menular dalam kalangan pemimpin dan penyokong parti itu walaupun sehingga kini masih belum dapat dibuktikan. - Sinarharian.
Tidakkah tindakan ni menafikan selogan PAS For All. PAS boleh berusaha untuk diterima semua pihak sampai sanggup buka keahlian kepada orang yang bukan Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Tak kira apa agama pun, Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya semua akan diterima tapi nak pecat pulak ahli yang mengaku Islam tapi syiah, tak ka hipokrit namanya.

INSANIAH ada INSANIAH HOLDING ada... mana yang bermasalah..dan apa masalahnya..???

Salam,

Untuk perhatian Tuan,

Ramai pembaca mengatakan PADAN MUKA kepada kakitangan KUIN tentang masaalah tidak di bayar gaji. Tetapi mereka tidak mengetahui cerita sebenar apa yang berlaku dan sedang berlaku. Biar saya terangkan sedikit apa yang sebenarnya berlaku.

Semasa PR memerintah dahulu, Ust Azizan dan Dato Jamil (bekas Timbalan Rektor UIA) banyak melakukan perubahan positif dari segi penambahan kursus dan pembesaran kampus. Ini semua di lakukan dengan hasrat pendidikan di Kedah dapat maju ke hadapan. Maka anak syarikat KUIN bernama Insaniah Holding di tubuhkan dan melalui anak syarikat ini lah tertubuh pula Kulliyyah2 seperti Insan MEDIC, Kulliyyah Multimedia, Kulliyyah Insan Fasih, Insan System, semua untuk kebaikkan. Walau bagaimana pun terdapat sekelompok warga KUIN (tidak ramai tetapi di ketuai olih Ust Azki dan beberapa staff bawahan) tidak dapat menerima perubahan tersebut. Mereka mula melakukan sabotaj dan fitnah2 dari segi memburuk burukkan Dato Rektor dan Ust Azizan. 

Kerja pentadbiran di lambat2 kan olih penyokong2 mereka,sabotaj juga dalam hal2 pentadbiran lain dan kemasukkan pelajar semata mata nak salahkan Rektor dahulu. Sebenarnya mereka mendapat restu UMNO Kedah dan selalu bermesyuarat di Laguna Merbok untuk menjatuhkan kerajaan PR. Disebabkan ini mereka sentiasa dapat liputan akhbar dan media masa. Seolah-olah isu yang besar kerana hari hari di ketengahkan di media.

Zaman kini orang MELAYU & RAKYAT MALAYSIA amnya jauh lebih teruk dari Arab Jahiliah sebelum diberi Quran...!!

Sabri Yaacob

Ada orang tak puas hati bila aku kata politik semasa seperti era Jahiliah....

Actually bagi aku zaman ini jauh lebih teruk. Arab Jahiliah belum diberi Quran, sedangkan kita sudah dilengkap dengan Islam tetapi tidak diterapkan sebagai aturan hidup.

Cuba perhati:

1. Arab Jahiliah bunuh anak perempuan: Zaman ni bayi tak kira jantina kena buang

2. Arab Jahiliah berzina dengan pelacur: Kita ada bohsia, nyah, penkid dan suku sakatnya. Belum kira yang berzina dengan muhrim sendiri...

3. Arab Jahiliah menipu timbangan: Tycoon industri merompak khazanah rakyat sehingga cukup untuk mereka makan berpuluh generasi, sedang rakyat secara sistematik terhimpit dan tersepit

Hari in Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri pula melawat Tan Sri Azizan di wad ICU HB. Pulau Pinang

Ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong di wad ICU Hospital Besar Pulau Pinang mencemar duli melawat Yb. Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ust. Azizan
Ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong di wad ICU Hospital Besar Pulau Pinang mencemar duli melawat Yb. Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ust. Azizan

keberangkatan pulang SPB Raja Permaisuri Agong diiringi oleh Puan Sri Datin Sri DiRaja Hjh Faikah Sheikh Hamzah selepas melawat Tan Sri. Turut mengiringi Dato Jahizah Ketua Jabatan GICU & Anaestologi, Dr. Zul Ketua Jabatan Otopedik serta timbalan-timbalan pengarah hospital

Apabila KU LI muncul di waktu Pemilihan Umno...!!!!

Pemilihan Umno: Nama Ku Li muncul lagi...

Pemilihan Umno: Nama Ku Li muncul lagi...
KETIKA Umno dikatakan mahu menjadikan partinya lebih demokratik dalam menentukan pucuk pimpinan parti, nama yang tidak asing lagi meniti di bibir pemerhati ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Ku Li digambarkan sebagai individu yang begitu mendambakan kedudukan Datuk Seri Najib Tuan Razak dalam Umno sejak sekian lama.

Maka tidak hairanlah, mungkin dek kerana sejarah lampau itu, nama Ku Li kembali menjadi sebutan tatkala pemilihan Umno semakin hampir.

Menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, setiap kali menjelang pemilihan Umno, nama Ku Li akan menjadi sebutan untuk merebut jawatan nombor satu itu.

"Setiap kali adanya pemilihan parti nama Ku Li akan diangkat sebagai seorang calon yang akan bertanding menentang Najib," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online.

[TERKINI] bangla sudah mengamuk mereka serang microsft, dell, skype, kasperky, msn & bing yang ada di Malaysia

habisla bangla mengamuk
Antara beberapa web Malaysia yang diserang penggodam dari Bangladesh. Mereka meminta agar rakyat Malaysia menghormati rakyat Bangladesh yang mencari rezeki di Malaysia.

Antara web yang kena;

http://microsoft.com.my/
http://dell.com.my/
http://skype.com.my/
http://kaspersky.com.my/
http://msn.com.my/
http://bing.com.my/

Nampaknya sejak BN ambik alih KUIN.. semakin ramai warga Insaniah teraniaya

Ustaz Azki, Dato Barni : Bersiap sedialah menghadapi kehancuran dan bala’ dari Allah s.w.t

Abdullah bin Abbas radiallahu’anhu telah berkata:

“Bahawasanya ketika Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Muaz Bin Jabal radiallahu’anhu ke negeri Yaman (untuk menjadi Amir dan Qadhi), Baginda bersabda kepada nya: “Hindarilah doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya tidak ada antara doanya itu dengan Allah SWT hijab yang mendindingi”.

(Muttafaqun ‘alaihi; Bukhari (no: 1425), dan Muslim (no: 29); Tirmizi dalam Musnad Imam Ahmad, Abu Ya’la & Dhiya AL-Maqdisi).

Didalam isu KUIN, orang2 yang teraniaya merupakan kakitangan yang di sekat gaji2 mereka dan keluarga mereka dan jumlah mereka bolih mencapai ratusan manusia yang teraniaya. Sekira makbul seorang pun doa mereka itu, bersiap sedialah squad Bersih KUIN dan pemimpin2 mereka menghadapi azab dan bala’ yang bakal dikenakan keatas mereka dari Allah s.w.t

Senarai Pertukaran Pegawai Tadbir Negeri Kedah Darul Aman

[KLIK SINI]


Matlamat melahirkan DOKTOR menghafal AL QURAN di KUIN akan berkecai jika ikut cakap 'think tank'..!!!




Adakah Kumpulan "Think Tank" yang mencadangkan supaya Kulliyyah Perubatan supaya ditutup dan tidak dibayar gaji dari bulan Mei hingga sekarang? Kulliyyah perubatan memperjuangkan pengajaran ilmu perubatan berlandaskan Al Quran dan Hadis dimana pelajarnya dikehendaki menghafal Al Quran, tidak seperti program perubatan di universiti lain di Malaysia. 

Kami di Kulliyyah Perubatan datang ke KUIN dengan satu matlamat, iaitu untuk mengajar bakal doktor Melayu dan Islam supaya menjadi seorang profesional yang mempunyai asas ilmu pengetahuan islam dan berlandaskan kepada Al Quran dan Hadis. matlamat kami supaya bakal doktor dapat menghafal Al Quran dan dalam masa yang sama dapat mengamalkan ilmu dunia iaitu merawat pesakit. walaupun kami (yang cetek dalam pengajian islam) dinafikan sebagai sebahagian daripada staf Kolej Universiti Islam di Kedah yang kebanyakanya adalah golongan ustaz dan ustazah, tujuan kami tulus iaitu melahirkan seorang doktor yang menghafal surah-surah didalam Al Quran.

#FAM kena perli dengan #KhairiKJ


kematangan beliau berbicara. mungkin disebabkan 
ini rumahnya dipecah masuk.

apapun gua salute lu bro! lepas ni mungkin FAM mengamuk lagi 
dgn statement lu.
Apa lagi bola mahu?

-guacayasamalu-

Bekas Hakim & Peguam UMNO tak layak wakili PAS untuk lawan ISU PETISYEN tapi lagi layak ISU BATALKAN PRU13...!!

Sebenarnya beliau lagi layak untuk KES yang BESAR iaitu kes membatalkan keputusan PRU13 sebab SPR gagal menyediakan dakwat yang sepatutnya....

Bekas hakim dan peguam Umno wakili PAS dalam petisyen pilihan raya

OLEH V. ANBALAGAN
July 01, 2013

Salah seorang bekas hakim terkemuka negara dan peguam Umno bakal hadir ke mahkamah tidak lama lagi - namun kali ini sebagai peguam mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam petisyen menentang penipuan di dalam pilihan raya.

Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram bakal mewakili PAS bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang di Perak.

Apa la yang "POYO" sangat ahli Parlimen Langkawi nie..??


Apabila Prof. Agus membebel pasal system saman AES...!!!

Mohammad Agus Yusoff

Jumaat lepas, semasa dalam perjalanan ke KLIA, saya dapati polis sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju lebih kurang 2.5km dari KLIA. Tadi petang semasa pulang dari KLIA, saya lihat polis juga sedang menjalankan pemeriksaan perangkap laju. Saya tidak marah dengan tugas polis tersebut, tetapi saya memikirkan wajarkah polis melakukan perangkap laju di tempat yang menjadi jendela keluar masuk orang asing ke Malaysia ini? Bagi saya, pemeriksaan perangkap laju tidak sesuai dibuat dalam lingkungan 1-3km dari lapangan terbang.

Selepas memasuki Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, pemandu saya membawa saya ke Kuala Lumpur kerana saya ada temu janji yang perlu dipenuhi. Apabila sampai dekat dengan persimpangan tol Kajang, pemandu saya memperlahankan kenderaannya. Saya bertanya kenapa? Beliau menjawab kerana ada sistem perangkap laju AES di depan.

Saya langsung berkata kepada pemandu, tidakkah pada 18 Disember 2013 sebelum pilihan raya yang lalu, Peguam Negara mengumumkan prosiding saman kepada mereka yang terkena perangkap AES ini dibekukan sehinggalah beberapa aspek teknikal dan perundangan diselesaikan? Jadi, mengapa perlu takut dengan sistem AES ini? Pemandu saya memberitahu sistem AES ini dihidupkan semula dan telah ada kes pertama yang didakwa di mahkamah beberapa hari yang lalu setelah selesai pilihan raya. Timbul pertanyaan di hati saya: bila pula Peguam Negara mengumumkan pembekuan prosiding saman sistem AES ditarik balik? Jika ditarik balik, kenapa tidak diumumkan secara meluas untuk pengetahuan rakyat?

Menteri kena rompak....kecoh bagai....Menteri jadi perompak tak kecoh?


King Jason

Menteri kena rompak.kecoh bagai....Menteri jadi perompak tak kecoh?

Beri duit kepada krony buat uitm kos RM300 juta..bayar 1300 juta.untung buta2 jer dah 1 bilion. Yg 300 juta tu belum kira terperinci lagi.tu bukan rompak ker tu?

Beri telaga minyak.kepada krony.yg sepatutnya hak milik.petronas.yg mana rakyat negeri akan dapat hak 5% royalty dah hilang..lepas tu keuntungan bukan jadi hak negara.jadi hak persendirian.berbilion duit mengalir ke poket krony..ni.juga perompak..tak kecoh pon.

Bagi duit RM250 juta kononnya nak balance harga daging dan bekalan daging negara..tau tau menteri guna duit untuk tujuan lain.sampai hari ni..pinjaman RM250 juta tak berbayor!!!tupun perompakan juga.tak kecoh pon..

Banyak lagi contoh2 perompak negara yg pimpinan yg kita pilih adalah menyamunya.namun..hal ini didiamkan sebab tak jadi isu muka depan akhbar!!!

Final FA : BOM ASAP datang dari fan JDT bukan KELANTAN.. harap kosmo tengok betoi2..!!


[SEBARKAN] Ayuh kita KESAN mamat India yang dok menipu atas Highway KESAS....!!!


CARI MAMAT INDIA NI DAN REPORT KEPADA POLIS!!!!!!

kenapa?

kronologi cerita begini ( PERISTIWA BERLAKU DI HIGHWAY KESAS ) :

1- saya memandu pulang dari KL ke Shah Alam melalui KESAS
2- seorang pamandu motor lalu di sebelah dan tunjuk isyarat tayar saya ada problem ( memandangkan sy teringat sebelum drive, tayar tersebut nmpk kempis, saya pun memberhentikan kereta )
3- india tersebut tunjuk tayar kereta berasap ( memang berasap, berkepul2 . saya pun cemas dibuatnya )
4- dia menyapa dan memperkenalkan dirinya Shamugan dari Honda Centre dan katanya brake tayar sy problem ( tanpa fikir panjang, dia minta sy ikut, dan cari kawasan selamat untuk diperiksa )
5- dia periksa sedikit, dan kata, dia kena panggil member dr honda juga untuk periksa dan lakukan pembaikan di situ juga ( lalu dia call kwnnya )

AL FATIHAH - Awang Had Salleh meninggal dunia pagi ini


Awang Had Salleh meninggal dunia pagi ini

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tokoh akademik dan Sasterawan Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh meninggal dunia pagi ini.

Pengerusi Tabung Haji yang baru... betulkah sebagai hadiah 'bodek'..???

Yang salah ialah siapa yang lantik Azeez Rahim Pengerusi Tabung Haji 
- Shahbudin Husin

Perlantikan Azeez Rahim, Ahli Parlimen Baling dan Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia sebagai Pengerusi Tabung Haji yang baru menjadi isu dan pertikaian kebanyakan orang dalam sehari dua ini.

Banyak pihak dalam UMNO turut meluahkan rasa kurang senang dengan perlantikan itu, manakala yang mengenali Azeez pula ada yang tersenyum dan ada pula yang menggelengkan kepala sebaik mendengar berita itu. 

Azeez yang juga dikenali sebagai Azeez Putra, Azeez Gaza dan macam-macam gelaran lagi adalah seorang aktivis UMNO yang rajin dan gigih. Bermula dengan mengetuai Biro Putra Pemuda UMNO Malaysia, kemudian menang sebagai Ahli MT UMNO dan menerajui Kelab Putra 1Malaysia pula, beliau bukan saja aktif dalam mendekati mat rempit tetapi juga aktif menghulurkan bantuan bila saja ada mala petaka menimpa.

Melalui Kelab Putra yang diterajuinya, beliau menjelajah ke seluruh dunia menghulurkan bantuan seperti di Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak negara lain. Beliau juga membawa rombongan membawa makanan dan ubat-ubatan ke Gaza dan Palestin dalam misi kemanusiaannya.

Eishhhh.. ingatkan 50thn lebih merdeka dah tak ada dah rakyat miskin....???

Bantu kembar kembali bersekolah

Bantu kembar kembali bersekolah
Shamsul Bahar
 
PENDANG – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Kedah akan melihat secara serius kes pasangan kembar di Kampung Kongsi Baru Kilang Kechik dekat Bukit Jenun yang terpaksa berhenti sekolah disebabkan kemiskinan hidup yang dihadapi keluarga terbabit.

Pengerusinya, Shamsul Bahar Abd Rani berkata, GPMS akan mengambil perhatian serius berkaitan kes terbabit dengan tindakan menulis surat kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) berkenaan kes itu bagi memastikan pasangan kembar itu bersekolah kembali.

Katanya, dia dijangka akan turun melawat keluarga terbabit dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, Shamsul Bahar menggesa pihak berkenaan untuk mengambil perhatian kesempitan hidup dihadapi keluarga terbabit sehingga telah menjejaskan persekolahan anak-anak.

Anak Kena Rotan macam nie pun boleh REPORT POLIS... apa punya turrr laaa..!!!

Dirotan guru kerana ke tandas

Dirotan guru kerana ke tandas
Kesan dua rotan mengena pada bahagian bahu sehingga meninggalkan 
kesan di tiga anggota badan Azim.
 
Dirotan guru kerana ke tandas
Kesan merah akibat dirotan pada bahagian bahu hadapan badan Azim.
 
PASIR MAS – Hanya kerana ke tandas selepas tamat waktu rehat, seorang pelajar tingkatan dua, dari sekolah dekat sini dirotan sebanyak dua kali oleh guru (bukan guru disiplin), Rabu lalu.

Bapa, Wan Tajalluddin Wan Jaafar, 54, mendakwa guru berkenaan mengambil tindakan melulu meskipun ada guru lain sedang mengajar di hadapan.

Menurutnya, anaknya Wan Abdul Azim sudah dihukum oleh guru kelasnya kerana masuk lambat, namun belum sempat membuka buku, seluar anaknya ditarik dari belakang seterusnya dirotan.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila guru berkenaan sedang memintas pelajar lain, yang mana secara kebetulan ketika itu, anak saya berada di dalam tandas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...