TERKINI :

Thursday, June 27, 2013

Agus - Bahana apabila kita ada yb & menteri 'dungu' dalam negara..!!

Mohammad Agus Yusoff


KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis biarpun saya janggal mendengarnya.

HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.

Saya kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.

Bicara seorang anak muda peserta Blackout 505 ....!!!!

Ada juga orang mahukan Anwar Ibrahim dan rakan-rakannya supaya 
ikut baring bersama anak-anak muda di luar parlimen ....adush! 
 
Di himpunan Padang Merbuk 22 Jun yang lalu, saya telah di hampiri oleh seorang anak muda yang memperkenalkan dirinya sebagai peminat blog al-Husseyn. Saya ketika itu duduk berehat sorang-sorang memerhatikan gelagat manusia disekeliling kawasan itu. Beliau memperkenalkan dirinya dan kami berbual berbagai topik. Banyak maklumat yang beliau sampaikan menyebabkan saya lebih banyak mendengar.
Petang ini, bila aku buka email, ada email dari anak muda ini. Saya rasa ingin kongsikan curahan hati dan pengalaman anak muda ini bersama pembaca blog alHusseyn. Sedikit sebanyak, saya mempunyai pandangan yang sama dengan beliau mengenai sekumpulan anak muda yang agak lebih agressif dalam tindakan mereka.
Memandangkan gelagat anak-anak muda tersebut, saya merasakan ledakan anti establishment ini semakin membara dan corak politik kita dimasa mendatang ini akan turut berubah dan akan menuntut tindak-tanduk yang lebih berani dan praktikal.

Hallo SPR.. Sila lukis dengan betul!

http://www.wartautara.com
Oleh Selena Tay

Jika keadaan negara ini terutamanya dengan media arus perdananya terus dikawal oleh kerajaan, maka demokrasi negara ini boleh dianggap sebagai demokrasi yang tempang.

Tetapi apa yang sedang berlaku ialah kerajaan sedang mencuba sedaya-upaya untuk memberikan satu gambaran bahawa di Malaysia wujudnya demokrasi yang sihat dengan sistem pilihanraya yang telus, adil dan bersih. Oleh itu, kerajaan juga harus memberi perhatian yang serius dan menyeluruh kepada sistem pilihanraya yang masih tidak memuaskan ini.

Satu daripada faktor yang amat tidak memuaskan dan tidak betul ialah berkenaan dengan persempadanan kawasan Parlimen serta kerusi yang berkaitan. Umum perlu mengetahui bahawa jumlah kerusi tidak pernah ditambah di kawasan pembangkang misalnya di negeri Kelantan sejak PAS mentadbir negeri tersebut manakala banyak kerusi-kerusi diwujudkan di kawasan kubu kuat BN.

SPR: APABILA PEMIKUL AMANAH SURUHANJAYA PENIPU..............

SPR: APABILA PEMIKUL AMANAH SURUHANJAYA PENIPU, PASTI KEPUTUSANNYA
TURUT PALSU DAN KELIRU. SEPERTI TAHI DAN KENCING, KEDUA-DUANYA NAJIS.
RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
18 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 27 JUN 2013

Ganggu dan terpaku

Jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB DS Dr Shahidan Kassim
(anak Tambun Tulang & saya anak Sungai Berembang) berkaitan sanad
cerita dakwat digunakan dicalit dihujong jari PRU13 pada 5 Mei 2013
lalu. Ianya telah mematah dan memotong minda saya menulis tajuk
susulan dari rencana saya yang lepas "Tok Guru Berhenti, Husham
Diketepi!!!", Ketika sedang realisasi menulis lanjutan tajuk tersebut
"KOLABORASI EXCO KERAJAAN NEGERI KELANTAN KINI, SETELAH HUSHAM
DIKETEPI: JANGAN UMPAMA PAPAN BATU PECAH, KALAM PATAH. ANTARA LABA DAN RUGI DIHADAPI. SIMPATI MENGHIMPIT RUMIT MENGAMIT") jadi terhalang dari
meneruskan tajuk tersebut angkara pertanyaan dan jawapan diparlimen semalam.

Terpaksa dengan marah yang mendidih yang amat sangat kepada
anggota-anggota suruhanjaya SPR tersebut. Terutamanya pemain utamanya
yang licit umpama belut kubang kerbau balar. Pengerusi SPR TS Abdul
Aziz Yusoff, Timbalan Pengerusinya Datuk Wan Ahmad Wan Omar
termasoklah anggota surohanjaya yang lain. Mereka mengalas dan memikul
pelaksanaan tugas sebagai anggota SPR yang diperkenankan oleh DYMM SPB
YDP seperti gunting dalam lipatan yang mereka laksanakan dalam PRU13
pada 5 Mei 2013 yang lepas yang terus menerus mereka menafikan
sebelum, ketika dan selepas PRU13. Yakni mereka mesra dengan puak-puak
umNO(Baru)bN dan menjadikan PR - PAS, DAP dan PKR sebagai musoh dan
bukan pelangan mereka atas nama menjaja melelong perkasanya mereka
kerana berselindong dibawah warkah perlantikkan dari DYMM SPB
YDAdengan sombong ibn bongkak.

Sedarlah antara golongan yang berguling di luar parlimen dan makan di dalam parlimen mereka saling memerlukan..!!

Antara aksi jalanan dan sidang dewan
Ahmad Lutfi Othman

Semasa saya duduk melepaskan lelah di atas pembahagi jalan, di depan Ibu Pejabat Bank Rakyat, sambil tunduk memejam mata, selepas menapak perlahan dari Medan Tuanku, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Padang Merbok, petang Sabtu, 22 Jun lalu, terasa seseorang memegang erat tangan saya.

Saya mendongak. Rupanya Adam Adli Abd Halim, aktivis mahasiswa yang selalu "bikin gempar". Wajahnya merah bercahaya disimbah peluh. Nampak agak penat. Jerebu tebal turut membuatkan pernafasan saya terganggu.

Adam yang berarak dari Universiti Malaya memeluk saya. Ya, agak lama kami tidak berjumpa. Beberapa kali dia bertamu ke rumah saya, termasuk bersama ayah dan ibunya semasa cuti Aidilfitri tahun lalu.

Perbualan pendek kami kerap terputus. Ramai anak-anak muda, yang hampir sebaya dengan Adam, yang melintasi kami, berhenti untuk merakamkan gambar kenangan bersamanya.

Saya akui, dia memang popular, tidak putus-putus berjabat salam. Ada seorang kenalan Cina turut menawarkan air mineral kepada kami. (Hari itu saya perhatikan tidak ramai masyarakat Tionghua, malah amat ketara penurunan jumlahnya berbanding himpunan pertama di Kelana Jaya, mungkin disebabkan gertakan pihak polis yang mahu melibatkan tentera, dan ramalan berlaku huru-hara, selain masalah jerebu).

Awas!!! page FB & WEBSITE ini didapati berprovokasi melagakan DAP dengan orang ISLAM....!


Jika hangpa nak kepastian boleh pie lawat 
laman sosial dan fb tersebut....

Syed Hamid Albar nie nak perli Ghani atau Najib sebenarnya nie...?


Syed Hamid Nak Tembak Ghani Atau Najib?

Oleh Shabudin Husin

Dengan tidak semena-mena, malah dari celahan kabus jerebu, tiba-tiba Syed Hamid Albar bersuara mengenai tindakan bekas MB Johor, Ghani Othman yang bertanding dan kalah di Gelang Patah melawan tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang yang disifatkannya telah memalukan UMNO Johor.

Menurut bekas menteri itu, sepatutnya biar orang lain saja yang bertanding di Gelang Patah itu kerana kekalahan Ghani itu telah menyebabkan UMNO Johor ditimpa malunya.

Tindakan Syed Hamid menyerang Ghani secara tiba-tiba ini menimbulkan banyak persoalan sebenarnya. Kenapa setelah Ghani kalah baru beliau bersuara sedangkan sebelum pilihanraya dulu, suaranya hilang entah ke mana? Sebagai salah seorang pemimpin UMNO Johor, sepatutnya beliau bersuara mengenai perkara ini sebelum pemilihan calon dulu lagi dan bukannya sekarang?

Ingat!!! bukan STAFF INSANIAH yang tak terima gaji tapi geng STAF INSANIAH HOLDING


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian bertarikh 26 Jun 2013, Bertajuk ’Staf INSANIAH tuntut gaji’ adalah di sanggah sama sekali. Berikut disertakan kenyataan yang sebenar bagi menjernihkan keadaan dan nama baik INSANIAH di mata masyarakat.

Wartawan Sinar Harian (SH) perlu menggunakan tajuk seperti ”Staf INSANIAH Holdings tuntut gaji”. Ini kerana kakitangan di bawah Kolej Universiti INSANIAH telah mendapat gaji bagi bulan Jun 2013 pada semalam (25 Jun 2013). Untuk pengetahuan semua pihak, pembayaran gaji kepada kakitangan di bawah INSANIAH tidak menghadapi apa-apa masalah malah lebih baik dari sebelum ini. Kami kakitangan KUIN menyanggah sama sekali kenyataan yang dibuat oleh akhbar ini.

Sila gunakan tajuk yang lebih tepat agar tidak menimbulkan kekeliruan pembaca. Akhbar Sinar Harian juga telah menimbulkan persepsi yang negatif apabila pada 7 Jun 2013 telah menyiarkan ”INSANIAH bakal diswastakan” dan bakal dijual kepada pihak luar. Kami kakitangan INSANIAH tidak tahu menahu langsung berkenaan perkara ini.

Adakah akan wujud KERAJAAN PERPADUAN bila BN kalah di Kuala Besut


Apa jadi sekiranya jumlah Adun Terengganu seri?


SHAH ALAM - Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail.

Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi. Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR.

Tiada lagi pemimpin yang bercakap dan bertindak dengan keluhuran hati

Oleh Aspan Alias

Tidak ada siapa yang mempunyai pemikiran yang realistik akan berupaya mengakui yang dinegara ini sudah ada politik berbilang kaum dalam sesuatu parti. Begitu hebat sekali isu ini menjadi bahan atau barang jualan politik sekarang ini khususnya sebelum pilihanraya ke 13 yang lalu. Tiada pihak dapat melakukan apa yang mereka jaja dan laungkan dimana-mana.

Masing-masing dengan ‘intrigue’ politik masing-masing dan tidak ada pihak yang serius untuk membina politik berbilang kaum ini. Masih ada lagi unsur satu pihak cuba untuk menguasai satu kaum yang lain dengan melakukan helah yang berbagai semasa pilihanraya yang lalu. Tidak ada satu pihak yang mahu mengakui yang keadaan ini tidak akan berubah sampai bila-bila selagi pimpinan parti yang berteraskan kepada perkauman ini payah untuk menerima hakikat ini.

Apa yang dilaungkan tidak selari dengan apa yang dilakukan. Tentulah keadaan ini berlaku kerana tidak ada kejujuran untuk melakukannya dan ini hanya melambangkan masih wujud dalam jiwa masing-masing sifat tidak mempercayai diantara satu dengan lain. Perhubungan baik yang dipaparkan hanyalah untuk tempelan sahaja bagi mengaut sokongan ramai dalam pilihanraya itu.

‘Sayonara’ kepada politik lama... bersedialah menerima hakikat kehadiran politik baru di Malaysia

Oleh Abd Shukur Harun

Sebuah buku ‘Kemenangan Yang Tertangguh – Analisis keputusan PRU ke-13 dan unjuran kemenangan masa depan’ mengajak kita merenung, antara lain, mengenai kemenangan PAS di Selangor dan Terengganu serta kemerosotan PAS di peringkat Parlimen.

Di samping itu, buku yang ditulis oleh saudara Mohd Hasbee Muda, seorang ahli akademik dan penganalisis muda ini, juga membandingkan kejayaan dan kekalahan parti-parti yang bertanding serta nasib masa depan BN dan Pakatan Rakyat.

Tulisan saya kali ini tidak semata-mata memfokaskan kepada kandungan buku ini, tetapi cuba menghubungkannya dengan beberapa faktor lain yang menyerlah dalam PRU yang lalu, termasuk ketokohan pemimpin muda yang bertanding dan menang.

PRU13 - siapa tipu siapa?

Oleh Harun Din

SEGALA-GALANYA bergantung dengan ketakwaan kepada Allah SWT. Kalau insan Muslim hilang takwanya macammacam boleh dia lakukan.Orang yang tidak bertakwa dan tidak takut kepada Allah SWT, maka tidak ada istilah bagi mereka dosa dan pahala. Tipu-menipu terhadap manusia adalah perkara kecil saja bagi mereka.

Kepada Allah pun mereka boleh tipu tanpa sedar, orang yang bernama Islam ini, telah menipu Allah SWT, dalam surah al-Baqarah ayat 8 dan9 Allah berfirman yang bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat," padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (8) Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. (9)

Inilah puncanya apa yang anda sebut, sebagai satu penipuan dalam PRU13 kalau betul ia berlaku. Sekarang dalam proses pembuktian, benar atau tidak penipuan berlaku, menjadi kewajipan kepada individu yang terlibat membuktikannya. Kalau gagal untuk membuktikannya, jangan disalahkan orang lain pula.

Maaf tak ada Undang-Undang SPR yang bagi calon menang FREE bila ada YB meninggal

Mohammad Agus Yusoff

Saya menerima banyak pertanyaan berikut dari kawan-kawan: "Mengikut undang2 SPR fasa 2 bhgn 5, tiada PRK jika kematian ADUN dlm 60 hari selepas PRU. ADUN baru dipilih dari parti Bekas ADUN yg meninggal." Betulkah?

Saya tidak pasti Undang-Undang SPR mana satu yang dirujuk oleh sahabat yang bertanya kerana Undang-Undang SPR dan peraturannya banyak. Setakat pengetahuan saya tidak begitu.

Yang pasti ialah peruntukan Perkara 54(1) Perlembagaan yang menyatakan apabila berlaku kekosongan luar jangka, maka pilihan raya kecil hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh 60 hari kekosongan itu disahkan oleh SPR setelah dimaklumkan oleh Speaker Dewan. Ini pasti!

Begitupun, jika berlaku kekosongan luar jangka dalam tempoh dua tahun dari tarikh Parlimen terbubar, maka pilihan raya kecil tidak perlu diadakan melainkan jika Speaker Dewan memberitahu SPR secara bertulis bahawa kekuatan dari segi bilangan parti yang membentuk majoriti terjejas oleh kekosongan itu, dan dalam keadaan demikian kekosongan hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh pemberitahuan diterima.

Pegawai agama pertama dilantik ahli Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan


LANGKAWI - Pegawai Agama Daerah Langkawi Syeikh Mohd Noor Ismardi Ismail menjadi pegawai agama pertama dilantik sebagai anggota Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) bagi penggal 2013/2014.

Yang Dipertua MPLBP Zabudin Hat berkata pelantikan Syeikh Mohd Noor Ismardi bagi membolehkan pandangan didapatkan dari sudut agama mengenai pelbagai isu, perancangan dan aktiviti di pulau peranginan ini.

Sementara itu MPLBP akan meningkatkan kempen kebersihan termasuk mengadakan gotong royong bagi meningkatkan tahap kebersihan selaras dengan kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Usaha ini penting menjelang sambutan kehadiran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, kata Zabudin selepas majlis angkat sumpah 14 anggota majlis MPLBP penggal 2013/2014 di sini hari ini. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...