Che Siah Wan Nik
Che Siah Wan Nik
Maut ditikam pembantu rumah
Polis membawa mayat mangsa untuk dibedah siasat.
 
ALOR SETAR - Seorang warga emas ditemui maut dalam satu kejadian samun yang dipercayai membabitkan pembantu rumahnya sendiri di kawasan perumahan Taman Serindik, Jalan Langgar, dekat sini, semalam.

Mangsa, Che Siah Wan Nik, 75,  ditemui terbaring kira-kira jam 11.25 pagi dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik utama rumah berkenaan bersama kesan kesan tikaman di bahagian rusuk kirinya.

Seorang saksi, Anuar Abd Ghani, 52, berkata, dia merupakan orang terawal yang menemui mangsa di dalam bilik berkenaan, bagaimanapun semasa ditemui warga emas tersebut telah meninggal dunia.

“Kira-kira empat, lima orang jiran bertindak memecah masuk pintu kediaman berkenaan menggunakan kayu, selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada anak mangsa.

“Sebaik pintu kediaman berjaya dipecah, kami nampak seorang amah berada dalam rumah tersebut dan kemudiannya menemui remaja berusia yang terkurung dalam sebuah bilik,” katanya.