TERKINI :

Monday, June 24, 2013

Masa UMNO BN nak buat dulu haram sekoq pun tak bantah tapi bila dah lingkop baru nak bising

Bekas NC UiTM cadang mansuh meritokrasi
3:13PM Jun 24 2013 

Cadangan bekas naib canselor UiTM Tan Sri Ibrahim Abu Shah untuk memansuhkan sistem meritokrasi yang diamalkan dalam pengambilan ke universiti menerima sokongan dari beberapa orang tokoh pendidikan Melayu.

Menurut Ibrahim, cadangan untuk menstruktur semula pendidikan itu, bermula di peringkat prasekolah hinggal ke peringkat pengajian tinggi, adalah untuk mengembalikan keadilan kepada pelajar Melayu.

Laporan Utusan Malaysia semalam memetik kenyataan Ibrahim yang mendakwa sistem meritokrasi tersebut “mewujudkan ketuanan Cina”.

“Tidak ada yang menguntungkan pelajar Melayu. Bayangkan pelajar Melayu di IPT kini hanya kira-kira 35 peratus dan selebihnya kaum Cina.

"Dalam aspek biasiswa pula, pelajar Melayu gagal menjadi dominan dalam merebut biasiswa kerana pada tahun lalu, sejumlah 80 peratus pelajar Cina menerima biasiswa kerana mendapat keputusan cemerlang berdasarkan penetapan kerajaan melalui meritokrasi," kata Ibrahim.

HUSAM Bebas...!!!

Husam bebas dengan jaminan polis

Salmah Mat Husain, 24 Jun 2013

KOTA BHARU: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang ditahan sejak awal pagi semalam di lokap Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dibebaskan kira-kira jam 5.00 petang ini.

Beliau diiringi isteri, Datin Rohana Abdul Rahman dan Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Nasaruddin Daud.

Laungan takbir bergema oleh lebih 300 penyokong yang menunggu sejak awal lagi.

Perasaan sebak juga turut dirasai oleh orang ramai apabila seorang lelaki tiba-tiba memeluk Husam sambil menangis tanda bersyukur dan terharu.

Sebelum ini, isteri beliau yang telah lama berada di ruang pekarangan IPD Kota Bharu untuk menyambut pembebasan dan kepulangan suami tercinta berharap Husam dibebaskan hari ini.

Rafizi sudah boleh lesen untuk buat sidang akhbar di parlimen...

 

Mana dia pengistiharan harta PEMUDA PAS seperti yang dijanjikan semasa muktamar dahulu..??



KETUA PEMUDA merangkap MP TEMERLOH sudah..
TAPI MP Pemuda yang lain pulak mana dia... rakyat nak tau nie..??

Khalid Samad terima memo anakmuda black505...!!


Khalid terima memo anak muda Black 505 


Khalid bercakap kepada media selepas menerima memo daripada anak muda Black 505.

KUALA LUMPUR: Kehadiran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad akhirnya meredakan suasana tegang antara pihak polis dengan anak muda Black 505 yang mengadakan protes di hadapan parlimen seawal jam 9 pagi tadi.

Khalid Samad yang mucul kira-kira jam 11.50 pagi selepas mengangkat sumpah ahli Dewan Rakyat untuk menenangkan peserta himpunan dengan menerima memorandum daripada kumpulan terbabit.

Sewaktu menerima memorandum itu, Khalid berjanji akan menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak berkenaan dan akan membangkitkan perkara itu di dalam persidangan Dewan Rakyat yang bermula esok.

"Ini merupakan tuntutan bahawa rakyat yang sepatutnya memilih, dan saya berterima kasih kepada aktivis yang hadir menyatakan bantahan agar pimpinan SPR letak jawatan," katanya kepada lebih 150 anak muda yang berkumpul di hadapan bangunan Parlimen.

Lantik Speaker tidak ikut peraturan – Hanipa

KUALA LUMPUR: Amat malang pelantikanYang Dipertua (Speaker) Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini dicemari apabila Setiausaha Dewan telah secara jelas melanggar Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat (standing orders).

“Saya dan beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah bangun membuat bantahan kepada Setiausaha Dewan Rakyat kerana proses pengundian pelantikan Speaker telah secara jelas tidak dijalankan melalui undi yang dijamin kerahsiaannya,” ujar Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) kepada Harakahdaily.

Menurutnya, memandangkan terdapat dua calon yang dicalonkan bagi pelantikan speaker Dewan Rakyat maka proses pengundian perlu dilakukan melalui undi bersurat seperti mana yang diperuntukkan di bawah Peraturan 4 (3) dan (4) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat.

Katanya, peraturan 4 (4) memperuntukkan kaedah pengundian yang perlu dilakukan oleh Setiausaha Dewan.

“Apa yang perlu dibuat adalah ahli-ahli parlimen hendaklah diberi sekeping kertas undi dan ahli Parlimen itu bolehlah menulis pada kertas undi itu nama calon yang beliau ingin pilih dan kemudiannya  kertas undi itu hendaklah dilipat supaya nama calon itu tidak dilihat oleh orang lain dan hendaklah ditandatangani oleh ahli-ahli Parlimen itu.

Regim Syria sama macam BN, buat pekak badak terhadap kutukan dunia... yang penting pertahankan kuasa..!!

oleh Zulkifli Yahaya

Mata masyarakat dunia kini tertumpu pada Syria. Perkara besar yang berlaku di Syria ialah keganasan regim Basyar Al-Assad membunuh ribuan rakyatnya sendiri. Ada sumber melaporkan jumlah kini melepasi 200 ribu.

Basyar berjaya memecahkan rekod keganasan bapanya Hafiz Al-Assad. Dalam konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari regim Hafiz mengorbankan hampir 46 ribu penduduk.

Pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat sendiri itulah sebenarnya peristiwa besar. Peristiwa yang melatari dan menghiliri kemelut itu seperti Hezbullah, Iran, Syiah, Amerika, Israel hakikatnya bukan perkara untuk difokuskan di kala nyawa rakyat sendiri tidak dapat dipertahankan oleh kerajaan yang sepatutnya melindungi rakyat.

Mengapa sanggup membunuh rakyat sendiri untuk mempertahankan kuasa?Tanpa rakyat tiada ertinya kuasa. Itu persoalan yang ditimbulkan oleh golongan rasional dan berakal. Namun orang yang tamakkan kuasa seringkali hilang akal. Regim Pol Pot di Kemboja membunuh lebih sejuta rakyatnya, sebahagian besarnya terdiri dari bijak pandai lantaran Pol Pot tidak mahu golongan yang lebih pandai darinya akan menguasai kerajaan.

Apa perlu dilakukan bila anda hadapi JEREBU...??

Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.

GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah

Hormati pandangan berbeza - pensyarah

KOTA BHARU: Semua pihak perlu menghormati pandangan berbeza dan memberikan ruang lebih luas untuk berbicara.

Dekan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Prof Dr Abu Hassan Hasbullah (gambar) berkata, setiap ahli masyarakat mempunyai hak-hak untuk memberi pandangan dan mengemukakan sikap mereka.

Justeru di dalam membentuk peradaban baru bagi negara ini, beliau  tidak mahu negara suatu masa nanti menerima nasib seperti  berlaku di kebanyakan negara Islam seperti Syria.

Tanpa menyebut tokoh dan insiden berlaku, Abu Hassan mendakwa bagi mengelak kejadian seperti itu, maka ‘ruang demokrasi’ itu perlu dihargai.

“Kita harus mengambil satu prinsip bahawa dalam apa pun,  masyarakat sudah ‘terbuka’, masyarakat sudah berfikiran sangat dinamik, mereka tidak mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku dalam bentuk mereka tidak boleh terima secara dinamik," kata Abu Hassan.

Beliau dipercayai mengulas tangkap demi tangkapan yang dibuat oleh kerajaan terhadap tokoh-tokoh parti pembangkang.

Malaysia harus HUKUM SYKT "PENGKHIANAT" yang menyebabkab JEREBU ini..!!!

Lim: M'sia juga harus hukum syarikat 'pengkhianat'
11:46AM Jun 24 2013

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, bukan hanya Indonesia, malah Malaysia juga harus menghukum syarikat perladangan negara ini yang dibuktikan terlibat dalam aktiviti mencerahkan hutan di Sumatera yang mengakibatkan jerebu.

Mengulas dakwaan Indonesia bahawa terdapat lapan syarikat milik rakyat Malaysia terlibat dengan aktiviti pencerahan hutan secara salah, Lim menganggapnya sebagai "pengkhianatan" jika benar.

"Kerajaan Malaysia mesti menghantar pasukan penyiasatnya sendiri untuk memeriksa dakwaan terbabit, dan menghukum mana-mana syarikat Malaysia jika benar mereka terlibat," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga menggesa kerajaan menyiasat dakwaan bahawa Sime Darby Plantations Bhd terlibat dalam aktiviti itu walaupun penafian mereka sudah dikeluarkan.

Bila bab JEREBU nie salah orang KITA sendiri..??

Bila jari dituding kembali ke Malaysia
Piarapakaran S

Setelah lebih 20 tahun, Malaysia masih merana kerana jerebu yang berasal dari Indonesia akibat pembukaan tanah.

Kita telah menggunakan segala saluran diplomatik untuk menyelesaikan hal ini melalui pendekatan ASEAN. Adakah kita telah berjaya?

Jika di seberang sempadan kita, sebuah syarikat melepaskan gas toksik dan beberapa ratus rakyat Malaysia yang mati, adakah akan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan kerajaan Malaysia berdiam diri?

Begitu juga, kejadian jerebu ini disebabkan pencemaran oleh industri pertanian. Menteri alam sekitar Indonesia telah menamakan beberapa suspek dan sedang menyiasat beberapa yang lain.

Tidak kira mereka adalah syarikat berasal dari Malaysia atau tidak, Akta Kualiti Alam Sekeliling (EQA) mesti dikuatkuasakan sepenuhnya.

Apa pandangan hangpa jika MUFTI KELUAQ FATWA TAK WAJIB SOLAT JUMAAT sebab JEREBU..??

Jerebu: Timbang fatwa tak wajib solat Jumaat

Mufti-mufti di negeri yang mengalami masalah jerebu serius digesa mempertimbangkan fatwa tidak mewajibkan solat Jumaat seperti dilaksanakan di Singapura.

Bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pensyarah terkenal Dr Maszlee Malik berkata, ini kerana fatwa Singapura itu menepati sunah seorang sahabat Ibn Abbas.

Kata mereka lagi, Ibn Abas pernah menyuruh penduduk Madinah bersolat di rumah pada hari Jumaat kerana hujan lebat.

Di dalam kes jerebu yang melibatkan kesihatan, maka lebih utama untuk kaum Muslimin tidak memberatkan diri untuk menghadiri solat Jumaat," kata mereka dalam kenyataan bersama kepada Malaysiakini semalam.

Dalam PERLEMBAGAAN PAS...yang hendak dilantik jadi PRESIDEN nie wajib ada gelaran ULAMAK saja kaa..??

Hak ahli PAS, setakat mana diraikan?

husamSaya merujuk kenyataan Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS yang menolak pandangan saya bahawa Husam Musa adalah pemimpin yang sesuai menerajui parti PAS sebagai Presiden  pada masa depan. Beliau mengambil pendekatan bahawa PAS perlu dipimpin oleh seorang ulama kerana hanya kepimpinan ulama sahajalah yang boleh menjaga kepentingan parti yang berteraskan perjuangan Islam.

Saya bersetuju bahawa seseorang pemimpin PAS itu mestilah seorang ulama. Saya juga berpendapat semua ahli PAS itu adalah `ulama’ dalam konteks erti ulama yang lebih luas. Mereka ini semua mahukan politik negara ditadbir dengan berteraskan prinsip agama suci kita, Islam. Semua ahli PAS memperjuangkan Islam. Sebab itu mereka masuk PAS. Bila seseorang itu layak menjadi ahli dalam parti tersebut maka dia sudah diterima sebagai seorang `ulama’. Sekali gus semua ahli PAS layak menawarkan diri sebagai pemimpin parti tersebut. Hak ahli untuk memilih dan dipilih, mengundi dan diundi, ada dalam Perlembagaan PAS itu sendiri. Bukankah kesamarataan hak ahli merupakan syarat utama yang perlu kita akur sebelum sesebuah parti politik itu diluluskan pendaftarannya  oleh Pendaftar Pertubuhan?

Antara JEREBU PUSAT dan JEREBU HIDUNG bagi kaum wanita...!!!

 
Nie Makan Dia.... Menginsafkan Atau Tak, Itu Terpulang..
Tapi Nasihat Yang Baik Perlu Diterima Walaupun Dia Seorang Mat Rempit..

"Jangan Hanya Tengok Pada Yang Bercakap, tapi Dengar Apa Yang Di Beritahu Olehnya" - UAI...

So, Kalau Nasihat Yang Baik, Ikut Laa... ::.kikiki.:::

Alor Setar - Masalah tangki air selesai selepas perbincangan dan dialog dengan tuan Kilang

Masalah kedudukan deretan tangki berketinggian kira-kira lima meter yang menimbulkan kebimbangan penduduk akhirnya diselesaikan menerusi sesi dialog pada Program Turun Padang Mesra Rakyat MBAS di Taman Bersatu, Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Shahni Farhana Mat Sahir 
 
ALOR SETAR 20 Jun - Kebimbangan penduduk Taman Bersatu, Simpang Empat di sini terhadap kedudukan tujuh tangki air yang dilihat boleh membahayakan orang ramai sejak empat bulan lalu akhirnya berakhir apabila masalah berkenaan menemui jalan penyelesaian.

Masalah tersebut antara salah satu perkara yang dibangkitkan penduduk melalui sesi dialog yang diadakan dalam Program Turun Padang Mesra Rakyat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di taman berkenaan di sini hari ini.

Masalah itu mendapat perhatian Setiausaha MBAS, Mohd. Asri Redha Abdul Rahman dan hasil dialog berkenaan, pemilik sebuah kilang yang menggunakan tangki setinggi kira-kira lima meter tersebut untuk menadah air hujan berjanji akan mengalihkannya.

Kerajaan NAJIB sedang dok nak tandatangan perjanjian menjahanamkan rakyat...tungguuuu....!!!

Mohammad Agus Yusoff

SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Adun Kedah selesai angkat sumpah..Rozai jadi Speaker.. Amiruddin jadi Ketua pembangkang..

Adun Kedah angkat sumpah

ALOR SETAR - Seramai 35 daripada 36 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah hari ini mengangkat sumpah jawatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak, yang juga Adun Sungai Limau, tidak hadir pada majlis angkat sumpah hari ini berikutan masih menerima rawatan susulan pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya akibat komplikasi penyakit kencing manis baru-baru ini.

Kesemua 21 Adun Barisan Nasional (BN) dan 14 daripada pembangkang iaitu Pas (lapan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (empat) dan DAP (dua) mengangkat sumpah taat setia dalam memelihara dan mempertahankan perlembagaan negeri Kedah.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speakar Dun yang baharu dilantik Datuk Md Rozai Safian dengan didahului Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, diikuti oleh 34 lagi Adun.

Jerebu - 9 negeri tahap bahaya

IPU 9 negeri tahap bahaya
Oleh ROZIANAH RISMAN


KUALA LUMPUR 23 Jun - Keadaan jerebu yang bertambah tebal di kawasan kebakaran di Wilayah Riau Sumatera Tengah, Indonesia menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan di sembilan negeri berada pada tahap bahaya dan tidak sihat.

Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawangnya, tiga kawasan merekodkan IPU pada tahap berbahaya dengan daerah Muar berada pada tahap bacaan tertinggi 507 diikuti Bukit Rambai (443) dan Bandar Melaka (373) setakat pukul 5 petang.

Selain itu, 16 kawasan merekodkan IPU tidak sihat di seluruh negara dengan tiga daripadanya di Negeri Sembilan iaitu Nilai (137), Port Dickson (276) dan Seremban (103).

Di ibu negara dan Selangor turut mencatatkan IPU tidak sihat melibatkan kawasan di Banting (133), Kuala Selangor (112), Pelabuhan Klang (214), Petaling Jaya (151), Shah Alam (130), Batu Muda (140) dan Cheras (134).

AL FATIHAH untuk keluarga pelajar yang meninggal di Jordon

Pelajar nahas di Jordan sempat SMS bapa

Bapanya Romli Hasan, 53, berkata Sumaiyah, 21, menghantar SMS itu kira-kira pukul 10 pagi (waktu Malaysia) dan memaklumkan sudah bersarapan di rumah seorang pelajar Malaysia di Jordan, sebelum bertolak mengikuti lawatan tersebut.

Katanya Sumaiyah, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, berada di Jordan sejak seminggu lepas dan dijangka pulang ke London Khamis ini, sebelum pulang ke tanah air Jumaat ini bagi menghabiskan cuti semester.

Romli yang bertugas di Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), berkata anak perempuan tunggalnya itu juga merancang menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama keluarga di tanah air kerana cuti semesternya sehingga September ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...