TERKINI :

Sunday, June 23, 2013

Apabila ADMIN KEDAHLANIE tak pandai buat kerja..???

NAK KATA LAGU MANA PUN TAK TAU DAH... JIKA KAMI BERSALAH MINTAK MAAFLAH... SEBAB KAMI GAGAL BUAT YANG TERBAIK UNTUK RAKYAT KEDAH MENDAPAT MAKLUMAT...

BERKENAAN KOMEN SAHABAT DIBAWAH INI DAN JAWAPAN ADMIN FB KAMI ITU KAMI HARAP ANDA NILAIKANLAH SENDIRI AKAN APA YG DIKATAKAN OLEH BELIAU...

Nah aihhh NEGARA ISLAM MALAYSIA ada "PARTI BUIH"........lingkup anak muda lagu nie..!!!

Apabila Orang KAYA mengaut untung rakyat yang kena sedut jerebu..!!!

AMBIL PERHATIAN
sama sama waspada
sama sama berjaga jaga
inilah hukum kapitalis
keuntungan maksima
jika gagal memahami ini
maka gagal memahami jerebu
jika gagal memahmi ini maka gagal
memahami kenapa saban tahun warga diserang jerebu[tukar tiub]

Jerebu: Lapan syarikat berkaitan Malaysia disiasat

June 23, 2013

Menteri Alam Sekitar Indonesia, Dr Balthasar Kambuaya mengenal pasti sebanyak lapan syarikat yang mempunyai kaitan dengan Malaysia sedang disiasat kerana melakukan pembakaran di Riau dan Jambi, yang mengakibatkan jerebu sehingga memberi ancaman kepada negara jiran Malaysia dan Singapura.

Menurut Dr Balthasar, kesemua lapan syarikat itu dimiliki oleh para pelabur Malaysia dan kebakaran yang berlaku dikesan di bawah konsesi mereka.

Lapan syarikat yang dikenal pasti itu ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

Apabila SPR jadi "Suruhan UMNO"........

SPR peranannya suruhanjaya bukan "suruhan Umno"

Harakahdaily, 23 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan seluruh pimpinan Pakatan Rakyat terus bersuara memperjuangkan agar peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kembali kepada landasan asal.

Berucap pada majlis pembukaan Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang hari ini, Mohamad berkata, peranan SPR yang ada hari ini sudah menyimpang jauh dan dilihat seperti berkerja hanya untuk memenangkan Umno BN.

Bukti paling jelas katanya, boleh dilihat dengan pelbagai kepincangan yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu sehingga menyaksikan sejumlah 60 petisyen dikemukakan oleh Pakatan Rakyat dan juga BN.

Apabila ada pemimpin PAKATAN berbangga dengan kerusi empuk dan lupa rakyat..!!!

Anwar beri amaran 'sindrom penat' pemimpin Pakatan

pakatan convention de palma 230613
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tentang 'sindrom kepenatan' yang menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.

"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.

Mukhriz alu-alukan pembangkang di Kedah beri teguram..

Pembangkang dialu-alu tegur kepincangan negeri

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang teguran daripada barisan pembangkang atas pengalaman mentadbir negeri Kedah, sebelum ini.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata teguran tersebut perlu berasaskan fakta dan berharap anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang sepatutnya lebih memahami kesukaran mentadbir sesebuah negeri, walaupun pernah mentadbir Kedah hanya lima tahun.

Beliau turut berharap agar pihak pembangkang akan lebih bersifat empati terhadap kerajaan sedia ada.

"Tegurlah kerajaan negeri kalau ada kepincangan, sebab pihak kami tak fikir kerajaan negeri betul 100 peratus sebab mungkin ada yang terlepas pandang atau maklumat tidak sempurna.

Hangpa nak tau apa jadi dengan abang TUDM yang buat report dakwat hilang tempohari..!?


Cukup la berpolitiking tu... urus tadbir negeri tu lagi bagus - Agus

Mohammad Agus Yusoff
15,262 followers 4 hours ago near Kajang ·

Apabila MB Selangor menyatakan akan menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dalam pilihan raya yang lalu, hati saya bertanya, untuk apa? Apakah untuk mencari jawapan kepada kenapa berlakunya lampu padam, dakwat tak kekal dan wujudnya pengundi hantu dalam pilihan raya yang lalu?

Saya bertanya hal ini kerana saya tidak nampak kerelevanannya untuk Suruhanjaya ini ditubuhkan. Soal penipuan SPR dalam pilihan raya yang lalu, jika ada, pastinya akan terbongkar dalam petisyen pilihan raya yang akan dibicarakan nanti. Kita hanya perlu tunggu masanya sahaja.

Pada saya, daripada menubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat penipuan dalam pilihan raya yang lalu, adalah lebih baik dan berfaedah sekiranya sumber dan duit kerajaan Selangor yang ada itu digunakan bagi menubuhkan Suruhanjaya mengkaji kaedah untuk mengatasi masalah kemiskinan rakyat, menyediakan perumahan rakyat, menyediakan bekalan air bersih untuk rakyat dan mengkaji kaedah untuk memantapkan pengurusan kerajaan tempatan.

Tu dia sampai kena duit sendiri nak turap jalan..rakyat SENANG macamana nie..?

Kumpul duit sendiri turap jalan


ALOR SETAR - Empat keluarga di Kampung Alor Sekawan, dekat sini, bimbang keselamatan mereka terancam kerana terpaksa menggunakan jalan rosak, kecil dan tidak berturap setiap hari.

Penduduk, Zaleha Hussain, 57, berkata, penduduk terpaksa mengumpulkan wang sendiri semata-mata untuk menurap jalan berkenaan, malah sudah beberapa kali mereka perlu berbuat sedemikian untuk membeli tanah dan membayar upah orang.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...