TERKINI :

Saturday, June 22, 2013

BN & SPR mula gelabah...sebab Selangor nak buat SURUHANJAYA siasat SPR

'PR ada helah besar'

SHAH ALAM - Hasrat Kerajaan Negeri Selangor menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat penipuan dan pelanggaran peraturan dalam PRU13 dilihat sebagai satu helah besar untuk menggunakan dana awam bagi mengemukakan bantahan keputusan pilihan raya secara keseluruhan.

Ketua Pembangkangnya, Datuk Shamsuddin Lias berkata, keputusan itu tidak wajar dilaksanakan di negeri ini walhal PR telah memenangi dua pertiga kerusi di Selangor pada pilihan raya lalu.

"Perkara itu sepatutnya selesai, pilihan raya sudah berjalan, keputusan pun mereka menang, apa lagi mereka nak?

"Tapi saya nampak ini agenda besar, ketidakpuasan hati di peringkat Parlimen, kerana mereka kalah, kalau dia menang, tak kata pilihan raya ini banyak masalah, tak adalah nak tubuh suruhanjaya seperti ini," katanya kepada Sinar Harian Online selepas menghadiri majlis angkat sumpah Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, di sini, semalam.

Gambar terakhir Husam sebelum dibawa ke Pengkalan Chepa...jumpa disana jam 11:00pm...!


Berapa orang mati petang tadi di Padang Merbok...?


Black 505 berlangsung aman, tanpa provokasi

Harakahdaily, 22 Jun 2013


KUALA LUMPUR: Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.

Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu.

Wan Ahmad bukti SPR jurucakap Umno


(Oleh: Masdar Wahid)

KUALA LUMPUR 21 Jun: Kenyataan Datuk Wan Ahmad Wan Omar terhadap Pakatan Rakyat adalah bukti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya menjadi jurucakap Umno, kata Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR itu semalam yang mengatakan pemimpin Pakatan Rakyat hipokrit kerana mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat, meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke 13.

Menurut Zakaria, keputusan pemimpin Pakatan sama ada mahu mengangkat sumpah atau tidak di parlimen, tiada kena mengena dengan bidang tugas SPR selaku pengendali pilihan raya.

Habaq mai sat... hebat sangatkah Islam di Malaysia bila.....!!


Mai tolong Pak Long sat...

Laki Mak Long hang: Pak Long Din


Salam semua...

Mak Long hang tanya soklan mudah, tapi nak jawab yang payah..

Lawan nyanyi realiti tivi, depa bagi RM1 juta cenderahati. Lawan melawak Maharaja Lawak, dapat RM500 ribu lepaih bergelak. Lawan nyanyi warga emaih, dapat RM50 ribu tuk tukaq gigi emaih.

Tapi pasai apa Tilawah Al-Quran dapat RM15 ribu hangpa tak heran..? Camana Islam nak berdolat kalau kita tak pernah ambik berat..?

Tolong la woi, nak jawab apa neh... hadoiihh...

Jangan jadikan Uitm cawangan Umno

Sahol jangan jadikan Uitm cawangan Umno – Dr Afif Bahardin

(Oleh: Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 21 Jun: Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Sahol Hamidi digesa tidak menyalahguna intitusi pengajian itu bagi memenuhi kepentingan politik Umno-BN.

Adun Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin mengulas kenyataan Sahol yang mengakui secara terbuka universiti itu menyokong Umno BN, seperti disiar akhbar Utusan Malaysia, semalam.

Afif BahardinMenurut Afif, Sahol sepatutnya menumpukan usaha membangunkan intelektual pelajar serta menambah baik mutu dan pencapaian universiti itu agar dapat bersaing di peringkat global.

“Kenyataan tersebut tidak bertanggungjawab, dangkal memalukan serta menjatuhkan reputasi UiTM sebagai sebuah institusi pengajian yang berpengaruh di negara ini,” kata Naib Ketua Angakatan Muda KEADILAN Pulau Pinang itu.

Syabas DPPM kerana membetulkan 'kesilapan' dari bergerak mereng prog arus perdana PR


Melayu terima Umno sebab tak nampak bahaya rasuah

oleh Zulkifli Yahaya

Antara kejayaan Umno dalam menipu orang Melayu ialah kononnya PAS anti perpaduan ummah, sedangkan Umno sentiasa menghulurkan salam perpaduan dengan PAS. PAS menolaknya, dalam waktu yang sama sanggup pula berbaik dengan DAP yang kafir. Itu antara isu di mana 'silent majority' Melayu terkesan dalam PRU 13 lalu.

Pemimpin PAS sentiasa menegaskan bahawa kerjasama antara parti itu dengan Umno, atau mana-mana pertubuhan sekalipun tidak menjadi masalah. PAS bersedia untuk duduk bersama sesiapa sahaja untuk membincangkan isu Islam atau Melayu. Cuma bermuafakatan itu tidak bermakna PAS bersama Umno dalam pentadbiran negara, sama ada atas nama Kerajaan Perpaduan atau PAS menyertai BN.

Mungkin orang melihat bahawa ada banyak perkara boleh dibuat dari perpaduan politik PAS-Umno kearah manfaat bersama satu kelompok manusia yang sebangsa dan seagama. Tetapi ada satu perkara besar yang PAS atau sesiapa sahaja tidak akan mampu buat bila masuk bergabung dengan Umno - iaitu membanteras rasuah! Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan tidak ada orang baik dalam Umno tetapi sesiapa pun yang mahu membetulkan isu rasuah Umno akan gagal. Para perasuah sudah mendominasi Umno dan kerajaan. AJK PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad berkata, penyakit rasuah Umno sudah berada di 'stage four' (tahap empat, iaitu paling kronik). Pendek kata, penyakit rasuah akan hilang dari Umno apabila parti itu mati atau kalah.

Tentera tugasnya jaga SEMPADAN bukan PADANG - AGUS


Basri sudah dibenarkan pulang


Basri sudah dibenarkan pulang
Keadaan Basri selepas selesai dibedah.
 
ALOR SETAR - Keluarga Mohd Basri Basharudin, 19, kini boleh menarik nafas lega selepas pembedahan anak mereka lancar.

Bapanya, Basharudin Bakar, 46, berkata, mereka gembira dengan keadaan Basri yang lebih baik berbanding sebelumnya, malah bersyukur kerana dia berada dalam keadaan sihat.

“Jam 6 petang kelmarin, akhirnya Basri dibenarkan keluar hospital. Kami bersyukur serta gembira kerana dia kelihatan sihat, dan kemudiannya terus membawanya pulang ke kediaman kami di Perlis.

“Walaupun Basri sudah selamat dibedah dengan bantuan dana dihulurkan orang ramai, namun kami masih memerlukan sejumlah wang untuk barangan keperluannya terutamanya susu khas dan lampin pakai buang,” katanya.

Abdul Kadir terima pencalonan Speaker Dewan Rakyat


Datuk Abdul Kadir Sulaiman
Datuk Abdul Kadir Sulaiman
 
KUALA LUMPUR - Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman hari ini menerima pencalonan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada pakatan pembangkang asalkan pencalonan itu tidak mempunyai maksud yang tersirat.

Abdul Kadir, 74, berkata beliau menerima pencalonan itu sekiranya pakatan pembangkang ikhlas memilihnya berdasarkan pendirian dirinya yang bebas dan tidak terlibat dengan politik, bukannya kerana kepentingan tertentu pakatan itu.

"Kalau hasrat (pembangkang) itu betul, itu saya terima (pencalonan). Ini satu amanah yang saya fikir perlu dipikul untuk kebaikan agama, bangsa dan negara.

"Saya menerima pencalonan ini bukan atas dasar nak bangga, takbur dan sebagainya, tidak terlintas bagi saya semua itu. Ini amanah rakyat pada saya, saya akan kena jawab semula jika saya tidak betul pegang amanah," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...