TERKINI :

Friday, June 21, 2013

Dah mula cakap merapu dah.. jangan ada jumpa bom botoi plastik macam BERSIH tempohari sudah..

Rafizi nafi kenyataan KP KL

Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
 
SHAH ALAM - Sekretariat Penganjur #Black505 hari ini menafikan kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh yang mengatakan penganjur 'Blackout 505' telah mengeluarkan arahan supaya melakukan provokasi terhadap anggota polis untuk  tujuan mencetuskan rusuhan.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan jurucakap rasmi perhimpunan Black 505.

“Saya menafikan tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan Black 505.

“Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis,” katanya.

“Saya merupakan orang yang terlibat  dalam kesemua perancangan.

Nah !!! nie NAJIB lena awat hangpa tak bising...???

WEI TV3!!!SETAKAT MB SELANGOR TIDOR!!! KAU DAH KECOH KERANA MB SELANGOR MAKAN UBAT DARAH TINGGI...YANG NI PM TIDO MCM NE NI DI INDONESIA?DAH BAYAR ELAUN!!! TAMBANG!!! KOS MAKAN MINUM!!! SI NAJIB NI TIDOR MCM NE PULAK TV3!!!?KALAU MB SELANGOR TIDO RAKYAT SELANGOR JADI APA?HABIS KALAU PM TIDO RAKYAT MALAYSIA JADI APA?MEMBAZIR WANG RAKYAT BETOL LAH!!!

Rekod himpunan Black 505 di seluruh negara aman

Harakahdaily, 21 Jun 2013

KUALA LUMPUR: PAS memandang serius cubaan pemimpin Umno BN yang mengaitkan himpunan Black 505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok esok dengan tindakan mahu mencetuskan huru-hara.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, beberapa siri himpunan tersebut yang telah diadakan di seluruh negara sebelum ini tiada satu pun yang berlaku huru-hara malah ianya berlangsung dalam suasana aman.

"Jika himpunan itu mahu membuat huru-hara, saya kira himpunan yang pertama selepas pilihan raya pada 8 Mei di Kelana Jaya itu sudah boleh berlaku (huru-hara) kerana ratusan ribu yang hadir itu perasaan mereka tengah 'panas' dengan keputusan PRU13 (Pilihan Raya Umum ke-13).

"Tetapi apa yang kita lihat, rakyat berhimpun secara aman dan bukan mahu mencetuskan huru-hara," katanya ketika menerima kunjungan Harakahdaily di kediaman beliau semalam.

Jika nak siasat secara telus adik beradik BN hangpa pun mainkan lagu kata membazir..!!

S'jaya siasatan S'gor hanya membazir, kata BN

NONEKetua pembangkang Selangor Datuk Mohd Shamsuddin Lias berkata usaha kerajaan Selangor untuk menubuhkan satu suruhanjaya baru bagi menyiasat penipuan semasa pilihan raya umum lalu hanya satu tindakan membazir masa dan wang.
Shamsudin berkata sistem sedia ada sudahpun memadai untuk menyelesaikan sebarang pertikaian berhubung pilihan raya.

Maka tiada keperluan untuk menubuhkan satu suruhanjaya baru untuk meneliti perkara itu, katanya lagi.

“Ia pastinya membuang masa (dan wang),” katanya yang menambah pembangkang akan menyuarakan pendapat mereka dalam persidang Dewan yang akan bermula pada 1 Julai.

ADUN Sungai Burong itu juga berpendapat, penubuhan suruhanjaya itu hanyalah bermotifkan politik dan untuk menjejaskan BN.

Di harap PENGERUSI SPR jangan gelabah lah yaa..relax cool...!!!!

Abdul Aziz tak perlu cemas dengan tindakan S'gor

Harakahdaily, 21 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menasihatkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof agar tidak perlu merasa cemas dengan cadangan kerajaan Selangor yang mahu menubuhkan Suruhanjaya bagi menyiasat penipuan pilihan raya di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13 (PRU13) yang lepas.

Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, reaksi segera Abdul Aziz yang membayangkan kurang bersetuju dengan tindakan Selangor untuk menyelongkar segala penipuan PRU13 itu memperlihatkan seperti ada yang tidak kena.

"Tan Sri Abdul Aziz tidak perlu merasa cemas dan risau dengan pengumuman Tan Sri Khalid, sebaliknya beliau patut memberikan pujian kerana kerajaan Selangor berusaha mencari penyelesaian terbaik dengan mencari punca penipuan yang berlaku.

"Sebagai sebuah badan yang menguruskan pilihan raya secara profesional, SPR telah melaksanakan tugas semasa PRU ke 13 dan kini serahkan sahaja kesemua persoalan itu kepada rakyat untuk membuktikan dakwaan dan beliau tidak perlu mempertahankan dirinya yang menjadi tuduhan," katanya dalam satu kenyataan.

Black 505 esok aman, bukan himpunan tentera Sulu

KUALA LUMPUR: "Insya Allah himpunan Black 505 pada 22 Jun ini (esok) ialah himpunan aman, bukan himpunan tentera Sulu yang menyerang Lahad Datu tempoh hari dengan senjata yang lengkap," kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad.

Katanya, himpunan itu dihadiri oleh rakyat yang mahu pilihan raya bersih daripada penipuan, tanpa bawa senjata.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada kenyataan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Salleh Mat Rasid yang mengatakan pihak Polis Diraja Malaysia akan meminta bantuan askar jika tidak terkawal.

"Ini satu kenyataan seorang pegawai polis yang panik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam satu kenyataan.

Beliau mempersoalkan apakah Salleh pegawai baru yang berkhidmat di dalam negara ini sehingga tidak tahu apa yang pernah dilakukan oleh rakyat Malaysia dalam setiap himpunan aman.

Ketua DPPM dan AJK akan bersama di Himpunan Blackout505 esok..!!

Himpunan Aman 505

1. Saya, Timbalan Ketua DPPM Yb Ustaz Nik Mohd Abduh dan Naib Ketua DPPM Dr. Raja Ahmad Iskandar serta EXCO DPPM, insyaallah akan bersama turun menyertai Himpunan 505 yang berlangsung esok di Padang Merbok KL dari jam [ 2.00 petang dan berakhir 6.00 petang ]

2. Komitmen kami dari DPPM ialah bersama pihak penganjur dari Sekretariat Pakatan Rakyat menjayakan Himpunan Aman untuk membantah penipuan dan penyelewengan PRU serta mendesak agar Pengarah SPR meletakkan jawatannya.

3. Kami menolak malah mengecam sebarang usaha provokasi atau sabotaj dari mana - mana pihak yang cuba manipulasi keadaan lalu memesong serta menggagalkan matlamat, objektif dan hala tuju murni Himpunan Aman 505.

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam di Mekah tu?"

Ustaz Azhar Idrus

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

Apa akan jadi Jika Guan Eng kambus Sg Muda atau Mukhriz stop air ke Sg Muda...!!!!

Miskin Sangat ka KEDAH.. MB Kedah Sudah Gila Duit!

Sumber: SINAR HARIAN
Kerajaan Pulau Pinang perlu akur dengan keputusan yang dibuat Kedah untuk mengenakan caj terhadap bekalan air mentah yang disedut dari negeri ini.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa berkata, Kedah layak mengenakan bayaran itu kerana ia bukan sebuah negeri yang kaya.

“Sekiranya Pulau Pinang diminta menyediakan bayaran kepada air yang dibekalkan, mereka perlu setuju kerana Kedah tidak boleh tebang hutan untuk mencari sumber kewangan.

Yang dok merawit sampai ke tentera apa hal..takan takut dah kot...???

AMK: Ugut guna tentera tindakan melampau
Abdul Rahim Sabri

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata penganjur perhimpunan 'Black 505' esok telah memaklumkan kepada polis lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak polis menarik balik kenyataan yang meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul dalam perhimpunan Black 505.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin berkata kenyataan itu dilihat sebagai "melampau", sedangkan sebelum ini pihak penganjur telah memaklumkan kepada polis dalam tempoh lebih daripada 10 hari dan menegaskan perhimpunan itu adalah perhimpunan aman.

"Kita ingin tegaskan ia merupakan satu kenyataan yang menunjukkan bagaimana pasukan keselamatan tidak memahami makna kebebasan bersuara dan berhimpun seperti yang ditetapkan oleh perlembagaan yang diterjemah melalui Akta Perhimpunan Aman.

Minta Bantuan Tentera Bukti Polis Panik

Cadangan pihak polis untuk meminta bantuan tentera bagi menghadapi kemaraan rakyat pada himpunan kemuncak Black505 cuba dilihat sebagai satu ugutan serius. Namun SAMM berpandangan sebaliknya setelah menghalusi polemik terbaru caturan regim pemerintah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) percaya cadangan dari Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid bukan sahaja satu usaha untuk menakutkan rakyat, tetapi juga kerana kedudukan pihak polis hari ini yang tidak lagi mendapat kepercayaan dan kepedulian daripada rakyat.

Satu demi satu arahan polis dilanggar oleh rakyat kerana rakyat percaya arahan polis ini dilontarkan oleh mereka yang mendirikan sebuah kerajaan hasil dari penipuan pilihanraya. Buktinya, di Kelana Jaya ratusan ribu hadir walaupun diancam oleh pihak polis. Situasi sama juga berlaku di hampir seluruh negara apabila bermacam arahan polis untuk mengagalkan himpunan Black505 dilanggar oleh rakyat.

PM MINORITI umNO(Baru)bN, GERUN TAKUT DENGAN PERKATAAN "BEBAS". SAMPAI BILA UNTUK BEBAS?????

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAHALAWAB

11 SYAABAN 1434H (KHAMIS) 20 JUN 2013

Info pertama saya majukan dengan makluman, bahawa sudah 5 tahun saya gayat dan takut amat sangat untuk ragas pokok rambutan walau sekadar tingginya dalam 5'. Apalagi untuk meniti dimana-mana jambatan menyeberangi jalanraya jalan utama dalam bandar yang disediakan kerana faktor debaran jantong yang tidak mengizin dan menyebelahi kesanggupan meniti. 

Samalah saya takut menyeberang jalan raya yang luas melihat kenderaan bertali arus,sedangkan saya tidak berkemampuan untuk berlari kerana jantung juga. Pelek bin ajaib, sering pula kawan-kawan bila bersama saya dalam perhimpunan dulu-dulu mereka bersemangat disisi saya kerana pasti tidak akan lari mendapat perlindungan dari dikerjakan polis. Sebab sememang nya saya tidak dapat belari juga kerana jantong.

Fenomina saya alami itu tidak sama dengan takut yang dialami oleh orang lain. Lain padang lain belalang, lain orang lain temberang.Perempit dan penjenayah cukup takut bila kebetulan bertembong dengan sekatan dibuat oleh polis atau mana-mana penguatkuasa negara. Atau ketika mana mereka kebetulan bertembong dimana-mana tempat dan dimana-mana situasi. Perempit dan tadi cukup takut kena tangkap, mereka pecut macam gila babi dan kadang kala melawan arus yang mengundang maut kepada mereka dan mengundang bahaya maut kepada orang lain, ianya semata-mata takut. Penjenayah pula takut berdepan dengan polis, apalagi takut polis mengari mereka dan dibawa masok kedalam lokap dan lokap menjadikan penjenayah takut disebabkan sel lokap tempat polis belasah penjenayah dan okt menemui maut.

SAH!!!!! UMNO BN KEDAH mata duitan... harga rumah cuma RM153K zaman PR... mai BN rembat sampai RM230K...!!!


Patutlaaa Pengerusi SPR tak mau letak jawatan...!


Jangan Ingat Kita Ustaz, kita Menantu orang atas..segala perbuatan kita sudah diterima semua..!


PASCA PRU13: MENJAWAB MENANTU PRESIDEN PAS, DIN AYAM


Oleh: BICARA ABU NAWAS

Menantu presiden PAS sudah bersuara. Kalau nak tau dalang kecelaruan kerusi Kota Damansara orangnya menantu presiden PAS. Zaharuddin Muhammad nama diberi. Din Ayam gelaran dari para ahli Rusila. Buat kerja sama macam Khairi buat kerja masa Pak Lah jadi PM dulu.

Din Ayam ini cakap PAS nak laksanakan Islam. Tp di kota damansara BN yang menang. Puncanya pecah undi. Kalau PAS tak masuk calon PKR akan menang besar. Dia buat alasan PSM itu sosialis. Dia cakap Sosialis itu tidak islam. Mungkin dia nak kata BN tu islam kot

Islam cara Din ayam boleh khianat kerusi kawan. Haram PKR khianat kerusi PAS. Tp halal PAS khianat kerusi PKR. Islam cara Din Ayam adalah haram untuk orang lain. Islam orang lain semua tidak betul. Tp halal jika din ayam yang buat.

Jangan Bongkak... tak ada ahli dibawah maka takan ada pemimpin diatas..!


Tiada ahli-ahli biasa yang 'unimportant' itu, tiada pimpinan parti

Oleh Aspan Alias

Dalam sesebuah parti kekuatannya dari ahli biasa yang ramai-ramai. Ahli-ahli biasa inilah yang membentuk kepimpinan parti itu. Ahli-ahli biasa inilah yang menentukan arah tujuan dan bentuk dan rupa parti itu. Ia melibatkan pembentukan sikap dan budaya parti itu sendiri. Kekuatan pemimpin itu bergantung kepada sejauh mana atau seramai mana ahli-ahli biasa ini memberikan sokongan kepada seseorang pemimpin itu.

Maka amatlah menyedihkan jika didapati seorang pemimpin parti menganggap seorang ahli parti biasa tidak penting atau istilah yag popular terbentuk sehari dua ini sebagai ‘unimportant’. Menganggap sesorang ahli biasa dalam parti sebagai ‘unimportant’ itu adalah terlalu ‘uncalled for’. Ia memberi pengertian yang semua ahli biasa tidak penting bagi orang yang mengeluarkan kenyataan itu. Ia bemakna hanya seorang dua pemimpin sahaja yang penting dalam parti itu.

Ingatkan pandai cari duit..rupanya nak paw jiran sebelah juga..!

Pulau Pinang perlu akur keputusan Kedah

ALOR SETAR - Kerajaan Pulau Pinang perlu akur dengan keputusan yang dibuat Kedah untuk mengenakan caj terhadap bekalan air mentah yang disedut dari negeri ini.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Dr Mohamed Mustafa berkata, Kedah layak mengenakan bayaran itu kerana ia bukan sebuah negeri yang kaya.

“Sekiranya Pulau Pinang diminta menyediakan bayaran kepada air yang dibekalkan, mereka perlu setuju kerana Kedah tidak boleh tebang hutan untuk mencari sumber kewangan.

“Begitu juga dengan sawah padi, mereka tidak boleh tukar kepada perkilangan sebab ia negeri yang strategik dengan pertanian,” katanya.

Kedah dah mai musim durian dah..!

Musim durian kembali lagi


KUALA NERANG - Setiap tahun menjelang Jun dan Julai, Pekan Kuala Nerang akan meriah dengan durian menyebabkan kawasan ini menjadi tumpuan pengunjung.

Peniaga, Ramli Wok, 58, dari Kampung Rambutan berkata, setiap kali musim durian, persekitaran Pekan Kuala Nerang akan dikunjungi orang ramai tidak kira sama ada siang dan malam semata-mata mahu mencari raja buah itu untuk santapan keluarga.

Menurutnya, kawasan dusun sekitar Pekan Kuala Nerang ini akan menjadi perhatian kerana selain pembeli, dusun ini menjadi buruan peraih yang datang membeli dan menjual buah berkenaan.

Jagalah pergaulan antara mahram untuk elak sumbang mahram..!

Jaga pergaulan antara mahram

HAMPIR setiap hari kita membaca mengenai penderaan anak secara fizikal kerana ia adalah penderaan yang paling banyak berlaku dan mudah diambil tindakan kerana boleh dilihat kesannya. Penderaan emosi atau psikologi dan penderaan seksual, bukan tidak berlaku tetapi kurang dilaporkan kerana kesukaran mencari bukti untuk pendakwaan. Kesan buruk daripada penderaan itu lebih teruk kerana ia berpanjangan sehingga dewasa.

Untuk kali ini saya akan mengupas penderaan seksual terhadap kanak-kanak dan saya akan mulakan dengan penderaan yang dilakukan oleh orang yang rapat dengan anak.

Penderaan seksual selalunya berlaku terhadap anak perempuan di mana dirogol sejak kecil lagi. Perbuatan mengadakan hubungan seks dengan kaum keluarga ini disebut sebagai sumbang mahram.

Sumbang mahram atau inses (incest) ditakrifkan sebagai perhubungan seksual antara seorang lelaki dengan cucu perempuan, anak perempuan, kakak, adik perempuan atau ibunya atau antara seorang perempuan yang berumur 16 tahun atau lebih dengan datuk lelakinya, bapa, abang, adik lelaki atau anak lelakinya dengan kerelaan dan keizinan kedua-dua pihak terbabit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...