TERKINI :

Thursday, June 20, 2013

Aduhai PR..ini yang dikatan tidur sebantal mimpi lain-lain....


PR timbang permohonan PSM


KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu yang ditolak Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail adalah keputusan individu.

Menurutnya, Saifuddin berbuat demikian setelah memikirkan mengenai PSM yang dilihat tidak dapat menerima dasar bersama PR.

Bagaimanapun, keputusan permohonan PSM untuk menyertai PR akan diputuskan pada mesyuarat bersama Majlis Tertinggi Pimpinan PR akan datang.

"Dalam mesyuarat tadi kita putuskan akan bagi ruang, kerana keputusan belum dibuat, Saifuddin pun ada dalam mesyuarat tadi dia pun setuju.

"Kita akan mesyuarat semula dengan Majlis Tertinggi Pimpinan PR akan datang mengenai PSM.

Apa yang ' mamat' nie dok menyalak lagi...masa orang tak mau hang kata macam2 nie bila orang mau pulak hang menyalak lagik...!

SPR: Pembangkang hipokrit, tak selari dengan prinsip

Bernama 6:05PM Jun 20 2013

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.

"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Senyum...masa di Lahad Datu macam2 alasan bila suruh guna tentera, tapi di Blackout505 boleh la pulak..?


Lihatlah permainan kerajaan yang penakut... Tak kesah jika Dataran Merdeka ada lagik..!


Setiap rakyat adalah wartawan!

Oleh ALI BUKHARI AMIR

Andaian bahawa kebebasan akhbar boleh menggelincirkan manusia terjebak ke lembah perang, tidak sepenuhnya benar. Hal ini kerana, sebelum akhbar wujud di kebanyakan negara, perang sudah meletus dengan sendirinya.

Sejak era Rom-Parsi, darah-darah yang ditumpahkan pada zaman pergolakan perang, tidak direncanakan oleh majlis sidang pengarang akhbar. Akhbar tak pernah wujud pada kala itu.

Ertinya perang tidaklah bermula dengan akhbar. Insan itu sendiri setepatnya penguasa yang memutuskan sama ada perang itu akan terjadi atau pun tidak.

Dr. Mahathir Mohamad, dalam ucapan pada ulang tahun ke-48 (tahun 1993) perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyatakan:-

“Malaysia believes in press freedom. But the freedom as other freedom and rights must be with responsibility. We hope for a responsible Malaysia media but we do not ignore the need of supervision of this responsibility.

Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib Menerusi Tengku Razaleigh

RENCANA KHAS                                                                               

Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.

Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.

Membezakan Antara Rasuah Dan Hadiah

Soalan: Kepada Dr Asri, saya berniaga tender kerajaan dan ingin memohon penjelasan Dr. Apakah perbezaan diantara rasuah dan hadiah? Kadang kala syarikat saya menghadiahkan sesuatu kepada pegawai yg terbabit sebagai tanda terima kasih walaupun hadiah itu tidak diminta oleh pegawai berkenaan. Adakah ini rasuah atau hadiah? Bagaimana pula jika memberi hamper sempena hari raya? Saya rasa macam kadang kala kita menyembunyikan rasuah dengan perkataan pemberian ikhlas. Harap Dr tolong huraikan.

Farid Ahmad, KL

Jawapan Dr MAZA: Sikap saudara yang berhati-hati tentang urusan rezeki atau sumber pendapatan dalam kehidupan ini amatlah dipuji. Ini satu tanda adanya nilai kesolehan dalam jiwa. Malang sekali di zaman kini, ramai yang kurang peduli soal halal dan haram hasil pendapatan yang diperolehinya. Soalan saudara asasnya mengenai perbezaan antara hadiah dan rasuah. Persoalan ini dibincang oleh para ulama sejak dahulu kerana bab ini sering disalahgunakan. Ramai yang mengambil kesempatan dengan permainan istilah yang seperti ini. Ada yang cuma menghalalkan rasuah dengan diberi nama hadiah. Saya jawab berdasarkan noktah-noktah berikut:

1. Adanya perbezaan antara rasuah dan hadiah. Rasuah adalah pemberian samada dalam bentuk harta atau manfaat tertentu yang bertujuan untuk memperolehi sesuatu yang bukan haknya, atau menzalimi hak pihak lain. Dalam Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwitiyyah ditakrifkan
“apa yang diberikan dengan tujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”. (lihat:, 22/220)

Kisah Melayu Tonggek Dalam Kompeni Cina..!!

LAGI CERITA MELAYU TONGGEK DALAM SYARIKAT CINA - APA IMPLIKASINYA?

Sinar Harian hari ini melapurkan seorang pengarah urusan syarikat Teknologi Maklumat (IT) dan kewangan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan cuba membunuh pengarah eksekutif yang juga Ketua Pegawai Eksekutif syarikat TV transit digital, Asia Media Group Bhd, Datuk Ricky Wong Shee Kai pada Mei lepas (lihat Sinar Harian).
 
Umum, khasnya komuniti perniagaan mengetahui bahawa Asia Media Group adalah sebuah syarikat Cina yang melantik seorang Ketua Bahagian UMNO sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif nya. Umum juga mengetahui perlantikan itu hanya lah sebagai boneka untuk mendapatkan lesen dan projek Kerajaan. 
 
Apabila berlaku kes seperti di atas ianya bukan setakat tempias kepada pengerusi Melayu nya sahaja tetapi juga kepada keseluruhan imej bangsa Melayu itu sendiri. 
 

Selangor Akan Tubuh Suruhanjaya Siasat Penipuan Pilihan Raya

oleh Abdul Khalid Ibrahim

Kerajaan Selangor akan menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dan pelanggaran peraturan pilihan raya di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) bulan lalu.

Penubuhan suruhanjaya ini selaras dengan kuasa yang diberikan kepada kerajaan di bawah Seksyen 2(3)(d) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950.

Kerajan negeri berpendapat bahawa penyelewengan pilihan raya adalah melibatkan kepentingan awam dan perkara ini termaktub di bawah akta berkenaan.

Satu sektretariat diketuai oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad-yang akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor esok- akan bertindak sebagai penyelaras bagi memastikan suruhanjaya ini bergerak lancar.

Kerajaan negeri akan mengumumkan ahli panel yang dilantik serta syarat dan peraturan suruhanjaya ini tidak lama lagi.

“Cina Tatak Helan Sama Melayu”

PERANAN PENGARAH MELAYU DALAM SYARIKAT CINA. "CINA TATAK HELAN SAMA MELAYU"

Hari ini kita baca dalam akhbar Utusan Malaysia syarikat milik Cina sisih graduan Melayu. 
 
Kita juga pernah dilapurkan impak sampingan dari hasil Dasar Ekonomi Baru ialah kewujudan perniagaan Ali–Baba di antara Melayu dan Cina. Ali berkongsi perniagaan dengan Baba tetapi peranan Ali hanyalah broker atas nama Melayu untuk memudahkan Baba mendapat permit, tanah simpanan Melayu dan projek-projek kerajaan. 
 
Ali hanya menjadi ‘teman tidur’ Baba (sleeping partner) dengan hanya mendapat elaun sebagai ahli lembaga pengarah yang tidak berapa sen manakala perjalanan pengurusan perniagaan masih di bawah kuasa Baba. 
 
Ali tidak ada suara dalam syarikat Baba dan bila-bila masa jika Baba telah mendapat apa kehendak nya Ali akan ditendang keluar. Habis manis sepah dibuang. 
 

SELEPAS PRU13 : NAJIB layan bermasalah, tak layan rebah...!!!

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
TARIKH: 10 SYAABAN 1434H (RABU) 19 JUN 2013

Hari ini 19 Jun 2013 bererti telah 45 hari PRU13 berlalu dan 5 hari parlimen akan memulakan persidangan. Keputusan PRU13 kali ini, ianya cukup aneh dan canggong dipandang oleh dunia luar yang mengamal sistem demokerasi berparlimen dimana PR mendapat sokongan majoriti dari rakyat pengundi negara. Tetapi bN yang menerima undi minoriti dari rakyat menuboh kerajaan pusat di Putrajaya di dului dengan DS Najib mengangkat sumpah jawatan sebagai PM dan beberapa hari berikurnya upacara mengangkatsumpah menteri-menteri dari kalangan ahli parlimen yang baru dipilih dan senator sedia ada. Termasoklah perlanggaran angkat sumpah menteri dizamani DS Najib Rosmah ini, bukan ahli parlimen samada ahli dewan rakyat maupun ahli dewan senet. Inilah dikatakan visi 1Malaysia, 1Malaysia serba boleh.

Ingatlah orang PERTAMA akan dihukum Allah ialah Orang Yang Mengerti Al Quran..!!

Rasulullah SAW. bersabda:

“Pada hari kiamat Allah akan menghukum semua makhluk dan semua makhluk tertekuk lutut. Pada hari itu orang yang pertama sekali akan dipanggil ialah orang yang mengerti Al-Quran, kedua orang yang mati fisabilillah dan ketiga ialah orang kaya.

Allah akan bertanya kepada orang yang mengerti Al-Quran: “Bukankah Aku telah mengajar kepadamu apa yang Aku turunkan kepada utusan-Ku..?…

Orang itu menjawab: “Benar Ya Tuhanku. Aku telah mempelajarinya di waktu malam dan mengerjakannya di waktu siang.”

Allah berfirman, yang artinya: “Dusta! Kamu hanya mahu digelar sebagai Qari dan Qariah, malaikat juga berkata demikian.”

Datang orang kedua, lalu Allah bertanya: “Kenapa kamu terbunuh..?” Jawab orang itu: “Aku telah berperang untuk menegakkan agama-Mu.”

Hakikat kaum wanita di SYRIA & di MALAYSIA....lahanatlah wanita Malaysia yang berkelakuan sebegitu..!!!

Syria vs Malaysia. Wahai wanita, jagalah maruahmu.

Kisah Tersirat : UMNO, Kongkong dan Kampung

Oleh Khalid Samad

Pagi ini saya ingin menceritakan satu peristiwa yang terjadi di Shah Alam semasa PRU 13 yang lalu. Di salah sebuah kawasan di Shah Alam, pada malam pengiraan undi, puak UMNO telah mendapat berita bahawa, untuk daerah mengundi berkenaan, calon BN telah menang di saluran 1 dan 2. Mereka begitu bersemangat dan berkumpul dan terus berkonvoi ke rumah Ketua Kampung! 

Setiba di sana, mereka berteriak meminta Ketua Kampung keluar untuk bertemu dengan mereka. Apabila ketua kampung keluar, mereka menuntut supaya kunci masjid diberikan kepada mereka! Melihat pada rombongan yang agak ramai, ketua kampong pun naik hairan lalu bertanya. 
 
“Apa hal ni?” tanya beliau kepada mereka. Mereka menjawab, “Kami sudah menang! Dan kami mahu ambil alih Masjid supaya tidak lagi diadakan kuliah yang pro-pembangkang”. Ketua kampung lantas menjawab, sabarlah dulu, tunggulah keputusan keseluruhannya! 
 

Taraf SPR nie kira sama la kelaku dia dengan FAM...ibarat sepusat sepusin..!!!

Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM
Oleh Mohd Sayuti Omar

Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.

Alasan kenapa mereka perlu meletak jawatan ialah kerana mereka (SPR) sendiri mengakui akan kesilapan yang dilakukan. Untuk lebih 'lendik' lagi seluruh kakitangan SPR letak jawatan. Ada juga yang mencadangkan supaya suruhanjaya itu dimansuhkan dan diganti dengan sebuah badan bebas yang baru.

Kerajaan juga secara tidak langsung memperakui kelemahan SPR. Pengumuman untuk meletakkan dibawah jawatankuasa khas parlimen yang dianggotai oleh parti pembangkang menjelaskan hakikat itu. Perubahan atau menjelaskan bahawa apa yang dituduh pembangkang ke atas SPR adalah benar. Kalau SPR memang perfect seperti mana didakwa penerajunya kenapa badan itu perlu dialihkan untuk diletakkan di bawah jawatankuasa khas?

Fahaman Syiah: Kerajaan perlu tegas


Abdullah Zaik
Abdullah Zaik
 
SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggesa pihak berwajib mengekang fahaman Syiah yang semakin menular di negara ini.

Presiden Isma, Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, video yang didedahkan menunjukkan markas Syiah Melayu di Selangor perlu diberi perhatian serius.

"... kerajaan khususnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk mengambil tindakan tegas dengan menguatkuasakan apa sahaja peruntukan bagi menghalang dan menyekat penyebaran ajaran Syiah di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Video bertajuk  ‘Pembukaan Madrasah Ansar Imam Mahdi di Malaysia’ telah tersebar luas di internet.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...