TERKINI :

Wednesday, June 19, 2013

Bila berbalah tentang dasar parti, jangan serang peribadi individu

Oleh Aspan Alias

Keputusan pilihanraya ke 13 sememangnya merupakan tanda aras dan memberikan banyak jawapan kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh semua pihak sebelum pilihanraya itu diadakan. Malaysia sebagai sebuah negara yang memberikan semua rakyat hak untuk memilih akan memberikan semua jawapan yang di isukan dalam proses masing-masing mendapatkan sokongan dan kemenangan.

Negara kita baru sahaja melepasi pilihanraya umum yang sangat panas semasa mengharung waktu berkempen beberapa bulan sebelum itu. Seperti biasa setiap pihak memberikan janji dan memaparkan manifesto masing-masing untuk menambat hati rakyat.

Individu atau kumpulan yang menang bersukaria dan yang kalah berdukacita dan ada yang mengambil keputusan tidak menerima keputusan pilihanraya itu sambil memberikan tuduhan yang pilihanraya tidak diurus dengan baik dan ‘transparent’. Keputusan ini juga memperlihatkan ada unsur-unsur kesombongan pada diri individu dan kepimpinan parti-parti kerana merasakan partinya atau dirinya sendiri sudah besar dan tidak akan tercabar lagi.

KHALID SAMAD menjawab juga tulisan menantu TG Hj Hadi...

Budaya Serangan Peribadi

Oleh kerana saya bersuara terhadap isu Kota Damansara dari sudut strategi, akhlak, qias dan dongengan; maka bermacam tuduhan yang telah dilemparkan terhadap diri saya. Tuduhan yang kadangkala membuatkan saya tergelak seorang diri. Kita mahu bahaskan isu KD, mereka tidak bahas dan sebaliknya tuduh saya macam-macam sehingga yang terbaru ini, dibabitkan seorang pimpinan, seorang Almarhum, yang tidak lagi bersama kita.

Saya lihat tindakan mereka sebagai tindakan kebudak-budakan, kurang matang kerana tidak biasa menangani perbezaan pendapat. Apabila ada pihak yang berbeza pendapat, maka dikemukakan segala bentuk andaian, buruk sangka dan sebagainya, tanpa membahas isu yang merupakan perbezaan pendapat itu sendiri.

Ianya juga membuktikan bahawa hujjah mereka tidak boleh dipertahankan, maka dimulakan serangan peribadi.

Saya sebenarnya tidak mahu memberikan pengiktirafan kepada tulisan kebudak-budakan itu dengan memberi respon kepadanya tetapi, sekali lagi, demi menyelamatkan golongan muda dari terjebak dengan amalan fitnah dan dosa, maka saya terpaksa respon.

2 menteri & 2 timb. menteri tidak sah perlantikan mereka...!


MP DAP fail petisyen batalkan pelantikan 2 menteri, 3 timbalan menteri


JUNE 19, 2013

Ahli Parlimen (MP) DAP M. Kulasegaran memfailkan petisyen hari ini untuk membatalkan pelantikan dua menteri dan tiga orang timbalan menteri Kabinet, mengatakan ianya tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Kulasegaran menamakan dua menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Datuk Paul Low, timbalan menteri P. Waythamoorthy, Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Basha Md Hanipa sebagai responden.

"Perlu pematuhan ketat kepada Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, mereka mesti menjadi ahli salah satu daripada Dewan, bermaksud mereka mesti telah dipilih sebagai ahli Parlimen atau mengangkat sumpah sebagai senator sebelum mereka dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.

[PANAS] Video Kejadian Pencawang di pej Umno Penang


Facebook Shabery kena terjah



Nampaknya, Menteri Komunikasi Dan Maultimedia yang baru ini, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek agak pupular juga di alam maya laman sosial Facebook, apabila diakaunya atas nama Shabery Cheek sering dikunjungi rakyat Malaysia terutamanya golongan anak-anak muda untuk meluahkan rasa hati serta komen-komen yang bernas tapi pedas.

Salah satunya mengenai satu status Shabery Cheek yang berbunyi :- " MARI LAPORKAN LINK, AKAUN DAN PAGE YANG MENGHINA AGAMA ATAU MENYEBARKAN ISU PERKAUMAN DISINI?"

Facebook Shabery kena terjah

Disebabkan takut KU LI lawan NAJIB..lalu BAPAK SERU MALAYSIA berkata ..TAK PAYAH LAWAN..!!!

Mahathir Masih Fikir Ahli UMNO Bodoh-Bodoh Belaka
Oleh Shahbudin Husin

Tindakan Mahathir menyokong agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti hujung tahun ini, tidaklah begitu memeranjatkan. Mahathir nampak selesa dengan Najib kerana Perdana Menteri dilihat tidak menyekat kebebasannya, malah kadang-kadang akur dengan kehendaknya.

Malah, selain anak-anaknya yang lain mempunyai kebebasan penuh untuk meneruskan perniagaan terutama dengan Petronas, seorang lagi anaknya juga sudah dijadikan Menteri Besar Kedah oleh Najib.

Dengan semua keselesaan itu, semua orang boleh memahami kenapa Mahathir menyokong agar tiada pertandingan. Tikus yang sudah berada dalam tong beras, mustahil merasakan kehidupan lain lebih baik. Sebagai bekas Perdana Menteri yang berasa dirinya masih berpengaruh, Mahathir hanya mahu dihargai dan diberi kebebasan untuk bercakap apa saja. Sesiapa yang menyekat kebebasannya itu akan dilawannya, bahkan akan cuba dijatuhkannya.

Usah biarkan Black 505 berkubur!

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Perlukah saya tukar topik lain, daripada terus membincangkan isu ketempangan sistem dan perjalanan pilihan raya di negara ini yang telah berulangkali dibangkitkan? Mungkin ada pihak menganggapnya sudah sejuk, malah basi, dan banyak lagi perbahasan penting yang perlu ditekankan, termasuk menggariskan persiapan berdepan PRU14.

Ingin saya betulkan kemungkinan salah tanggapan. Saya mahu terus melontarkan isu asas mengenai amalan demokrasi di negara ini bukan didorong oleh kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRU13. Semasa kes ini, khususnya berkaitan Black 505, masih hangat diperkatakan (walaupun ada yang melihatnya sudah suam-suam kuku), ibarat seterika yang masih panas, usah dipesongkan perhatian masyarakat, terhadap isu-isu sampingan lain.

Tekanan agar Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan - tidak terkecuali lima lagi anggotanya - harus terus ditingkatkan ke tahap maksimum. Kempen "menghitamkan seluruh negara' sudah terasa bahangnya. Ketujuh-tujuh mereka sudah tidak lagi mendapat kepercayaan awam.

Alhamdulillah...Kerajaan BN mentedarah duit rakyat melalui BIL TNB..

DBKL cadang 3 tempat alternative untuk BLACK505

Perhimpunan 505 di Taman Rekreasi Air Panas?

Ahmad Phesal Datuk Bandar KL baru
Datuk Ahmad Phesal Talib
 
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) masih menunggu maklum balas dan keputusan daripada pihak penganjur Perhimpunan 505, berhubung lokasi alternatif yang dicadangkan menerusi pertemuan bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, 14 Jun lalu.

Tiga lokasi dicadangkan Ahmad Phesal, dalam pertemuan melibatkan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan dua lagi ahli parlimen PR, Datuk Johari Abdul dan Fong Kui Lun, iaitu Stadium Titiwangsa, Stadium Merdeka dan Taman Rekreasi Air Panas - jika mereka masih mengkehendaki kawasan terbuka.

Ahmad Phesal berkata, bagaimanapun, mengambil kira tempahan majlis perkahwinan yang telah dibuat di stadium dan sekitar Taman Tasik Titiwangsa, pihaknya tidak dapat memberi kebenaran untuk perhimpunan itu diadakan di Stadium Titiwangsa.

Menurutnya, Taman Rekreasi Air Panas dicadangkan atas faktor kawasan tersebut yang lapang yang juga mempunyai kemudahan tempat letak kereta, di samping, berhampiran dengan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), membolehkan akses terus ke lokasi berkenaan.

KOMPOM GST akan dilaksanakan... kerana BAPAK AKAI MALAYSIA sudah berseru..!!!

Dr M: GST perlu dilaksana berperingkat

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
 
KUALA LUMPUR - Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), jika dilaksanakan, haruslah dilakukan secara berperingkat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.

"Semuanya harus dilakukan secara berperingkat, perlahan-perlahan, bukan jumlah sepenuhnya sekali gus, bagi faedah rakyat," kata beliau kepada pemberita pada Forum CEO Yayasan Kepimpinan Perdana 2013.

Pakar-pakar ekonomi berpendapat, sekarang adalah masa yang sesuai untuk melaksanakan GST sebagai sebahagian daripada usaha menambah pendapatan kerajaan.

Ketua Pakar Ekonomi Malaysian Rating Corp Bhd, Nor Zahidi Alias, sebelum ini berkata, ketika kerajaan dilihat akan mempercepatkan pelaksanaan GST, langkah-langkah sampingan harus diambil untuk melindungi golongan berpendapatan rendah daripada kesannya.

Muda-muda lagi dah buat kelaku...macamana tak kantoi..!!

Kantoi cuba lari dari sekatan jalan
Shaiful Azhar Ahmad Ali

KULIM - Seorang lelaki berusia 20-an yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau ditahan anggota Polis Trafik Kulim di Lebuhraya Butterworth Kulim Express (BKE) kira-kira jam 4 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, anggota terlibat dalam perjalanan balik ke sini setelah mengiringi Menteri Besar Kedah ke Tol Sungai Dua sebelum berpatah balik.

Menurutnya, apabila tiba di Tol Kubang Semang, polis ternampak suspek menunggang motosikal melepasi sekatan tol dan memecut masuk ke laluan kereta di sebelah kanan serta tidak memakai topi keledar.

Menyedari diekori polis, suspek memecut motosikal ditunggang dan cuba melarikan diri bagaimanapun, berjaya ditahan sebelum masuk ke Tol Lunas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...