TERKINI :

Tuesday, June 18, 2013

Ini dia manusia POWERFUL WOMAN kat MALAYSIA.. hangpa jangan terkejut..!!!

Masjid Al-Haram Future Expansion...2020..!!!


Up 30%..bising bising...mai superhero jangan 10% ok...lalu rakyat pun kerenyeh..!!!


Benarkah Tarbiah dalam PAS semakin merosot..??

Tarbiah kita semakin merosot
oleh Zulkifli Yahaya

PAS dan tarbiyah menjadi sinonim sejak tercetusnya era kepimpinan ulamak. Untuk tempoh masa yang agak panjang, PAS sangat berbangga dengan kelebihan ahli-ahlinya yang jauh lebih berkualiti berbanding lawan tradisinya Umno. Ikhlas (kerja tanpa upah), syaksiyah diri dan keluarga mengikut Islam, walak kepada kepimpinan, ukhuwah yang mantap sesama ahli, komitmen tinggi terhadap perjuangan - adalah PAS ketika tempoh gemilang itu.

Kemenangan dalam pilihanraya muncul kadang-kadang dan jarang-jarang namun semangat di dada ahli tetap membara sepanjang masa, seolah-olah tak pernah kenal derita kalah. Para pemuda tidak pernah jemu berehlah, bermukhaiyam, berqiyamullail serta dapat menghadiri program-program membina kekuatan kerohanian tanpa banyak songeh.

Hari ini PAS berjaya meletakkan diri sebagai pemain utama politik negara, memacu sebuah pakatan alternatif yang sudah dua kali PRU nyaris-nyaris menumbangkan gergasi tua BN di peringkat Persekutuan. PAS wujud dan tumbuh di mana-mana, termasuk di negeri yang dahulunya menjadi tanah gersang perjuangan PAS.

Nasib hangpa la PAS oi..dulu hangpa jugak yang kata KUIN tu IPTS bukan IPTA..!!!

Cikgu Zuki oiii, Sempoii punya aku dok baca hang dok kluaq statement pasai kuin dalam sinar hari ni. Pasai swasta lah...pasai kena jaga KUIN laah....La ni hang baca balik kenyataan Azizan pasai KUIN:


Aku rembat dari blog...(blog mana aku pun xtau)...1 Februari 2012: Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).

Yang ni plak aku ambik dari DPP Kedah. Hang Baca elok-elok...8 Mei 2012

"Walaupun Kerajaan Negeri membantu Kuin namun ia tetap institut pengajian tinggi swasta (IPTS), terserah kepada lembaga pengarah untuk melaksanakan atau tidak, bergantung kepada keupayaan, Mahdzir dulu pengerusi, takkan tidak tahu bahawa Kuin adalah IPTS."

Kepada peminat Ust Azhar & Erra hangpa jangan kalut...relax salah orang lain sebenarnya..!


Hebatnya negeri Umno perintah.. sampai Exco Agama Islam pun tak dak..!!!


Mengapa Terengganu tiada exco agama?


Hazayani Zakaria, 18 Jun 2013

KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS-Rhu Rendang) mempersoal Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak mewujudkan exco yang khusus menjaga portfolio agama.

Ustaz Abdul Hadi berkata, tidak sewajarnya hal ehwal agama diletakkan di bawah Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi Dan Tugas-Tugas Khas kerana skop agama Islam itu luas dan perlu kepada portfolio khusus.

"Di (kerajaan) pusat ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang jaga hal ehwal agama dan keseluruhan kerajaan negeri juga ada yang jaga hal ehwal agama.

"Definisi agama Islam itu lebih luas daripada pelajaran. Aspek-aspek lain duduk dalam agama jadi bagaimana agama diletak dalam satu exco yang hanya dalam aspek yang kecil. Perkara ini sudah lari dari asasnya," kata beliau sewaktu mengemukakan soalan tambahan pada sesi soal jawab lisan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu hari ini.

Beliau yang juga Presiden PAS dalam soalan asal ingin tahu siapakah di kalangan Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang diberi tanggungjawab untuk mengendalikan urusan agama di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang baru.

Hallo Shahidan.. siapa yang perkauman melampau nie.. Umno ka Dap??


Lagi cubaan Umno takutkan Melayu, hina Cina


Roketkini, 18 Jun 2013

KUALA LUMPUR: DAP menafikan tuduhan jahat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan masyarakat Cina negara ini berjaya didoktrinkan dengan ‘perkauman melampau’ oleh parti itu.

Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily semalam, Shahidan antara lain mendakwa jika masyarakat Cina negara ini boleh membuang mentaliti ‘perkauman melampau’ seperti yang ditanam DAP, beliau percaya suatu hari nanti Malaysia akan mempunyai seorang Perdana Menteri berketurunan Cina.

Menjawab tuduhan itu, Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua berkata, ini tidak lain hanya satu kempen propaganda jahat Umno untuk menakut-nakutkan rakyat serta memecah-belahkan perpaduan.

“Mereka (pemimpin Umno) terus menakut-nakutkan orang Melayu dengan dongengan akan kehilangan kuasa.

“Sangat jelas ini juga satu perbuatan menghina masyarakat Cina negara ini. Mereka seolah-olah digambarkan Umno sebagai sekumpulan masyarakat yang gila kuasa dan tamak untuk merebut jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Keji, Kritik, Gurau.................

 
oleh van kordi
 
Selepas tsunami PRU13 kini kita dilanda krisis kebebasan bersuara pula. Atas alasan kebebasan bersuara, berbagai kenyataan yang bersifat negatif dari kacamata kerajaan (dan juga pada mata manusia marhaen seperti saya) telah dikeluarkan oleh golongan generasi baru yang kelihatannya lebih pro-pembangkang. Samada apa yang mereka nukilkan atas dasar kebebasan bersuara itu satu kritikan ataupun kejian, bukanlah hak saya untuk tentukan.

Secara peribadi, saya rasa kritikan adalah sesuatu yang perlu wujud. Samada kritikan itu membina atau pun tidak, datang dari golongan yang kita didik ataupun tidak, ia kekal sebagai kritikan dan saya yakin untuk kita maju kehadapan, kita harus belajar untuk terima kritikan. yg penting, ego kita tidak perlu terlalu tinggi kerana ego boleh membutakan mata dan hati.

Jangan saja-saja buat bengong...


Tolong sikit...
Jangan la sesaja nak bengongkan diri sendiri dengan sengaja sempitkan makna haram dan halai dalam kepahaman memasing...

Halai dan haram tuh bukan makan babi ja... Tolak hukum Allah, mentakedarah rasuah, tak reti nak amanah, suka fitnah, penyebaq fitnah, berzina, mentakedarah duit rakyat, tak reti nak berlaku adil, zalim, mencuri, dan banyak lagi... jugak adalah HARAM dalam beragama...

Tolong sikit lagi...
Neh bukan iklan politik tau, ni fakta agama. Tak percaya tanya Mak Long hang...

Ngee...

Encik Menteri Dalam Negeri, pulangkan hidup kami?

Oleh Merah Hitam

Sejak suami mereka di tangkap polis dan di bawa ke Semenanjung pada November 2011,mereka tidak tahu apa yang terjadi kepada lelaki-lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan insan yang keluar bekerja, mencari rezki untuk keluarga.

Sejak tarikh itu juga, suami tidak dapat bekerja untuk mencari pendapatan buat keluarga. Jangankan mainan, sebutir beras pun tidak lagi dapat di sumbangkan oleh si suami untuk di nikmati oleh isteri dan anak-anak yang kian membesar.....
Bagaimana dengan perbelanjan harian, makan minum, sewa rumah dan sebagainya? Semua itu terbeban di bahu isteri......

KL Black505 : Kerajaan BN asyik dok beri alasan alasan alasan....

Ada alasan lagi?
Oleh SELENA TAY

KINI setelah Pakatan Rakyat menunda perhimpunan KL Black 505 Rally dari 15 Jun ke 22 Jun maka sepatutnya tiada alasan lagi daripada pihak berkuasa untuk tidak membenarkan perhimpunan tersebut.

Jika alasan demi alasan diberi bahawa lokasi terbabit iaitu Padang Merbok ada acara dan sebagainya, tidakkah ini menunjukkan bahawa kerajaan BN masih belum bersedia lagi untuk memberi lebih ruang demokrasi kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat mereka?

Adakah ini juga menunjukkan hasrat kerajaan untuk mengekang suara Pakatan Rakyat yang bersama rakyat ingin menyatakan bahawa mereka tidak puas hati dengan keputusan pilihanraya umum yang lalu?

Tidak boleh dielak, negara dan politik baru wajib berlaku

oleh Aspan Alias

Kumpulan yang kecil, jika ia bermuafakat dan bersatu serta ‘organized’ akan menjadi majoriti. Maksudnya jika sekumpulan yang kecil jika mempunyai organisasi yang baik dan lengkap ia akan mempunyai pengaruh yang besar dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ia akan mampu mengalahkan dan mendahului kumpulan yang besar yang berpuak-puak dan berpecah belah.

Dalam dunia ini kaum yahudi merupakan kaum yang terkecil tetapi kaum ini menguasai semua bidang kehidupan manusia dalam dunia ini. Di negara ini kaum Cina sudah menunjukkan bukti kenyataan ini, kerana dengan penduduk yang hanya 25 peratus sahaja ia telah menunjukkan kesepaduan mereka dan telah berjaya mempengaruhi keadaan politik negara, lebih jelas lagi semasa PRU yang baru lalu ini..

Di sebaliknya kaum Melayu yang melebihi 60 peratus penduduk negara ini berpecah belah dan hampir sahaja menjadi mangsa politik perkauman yang jelas-jelasnya telah menjatuhkan kekuatan siasah negara ini.

Negara mencapai kemerdekaannya sudah menghampiri enam dekad dan kemajuan yang dicapai oleh negara amat pesat dan kita perlu akui yang kaum Cina yang mempunyai hanya 25 peratus jumlah penduduk telah memainkan peranan membangunkan negara dan menguasai sebahagian besar ekonomi negara ini.

Gelombang 'tsunami politik' berterusan

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI

SHAH ALAM - Keputusan PRU13 lalu dikatakan mempunyai kesinambungan gelombang ‘tsunami politik’ yang mula menular sejak PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia khususnya di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Menurut Penyelidik dan Penganalisis MySuara, Faizal Riduan, PRU13 berjaya mengekalkan pola pengundian pilihan raya sebelumnya apabila memperlihatkan perubahan ketara susulan ramai pengundi khususnya golongan muda beralih arah kepada parti pembangkang.

“Keadaan ini sekaligus mengesahkan keputusan PRU12 bukan undi protes atau sikap sementara sebagaimana keputusan pilihan raya 1999 dan 1969 yang berjaya dipulihkan BN pada 2004 dan 1974.

“Persoalannya jika BN boleh menerima keputusan yang seberat ini, mengapa tidak PR akur kepada mandat yang telah diputuskan rakyat pada 5 Mei lalu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Participant of the Trash Voting on the 13th th General Election: Malaysia Perspective, International Conference on Goverment Transition and Policy Change di Universiti Yonsei, Korea Selatan.

Dakwa kekal: SPR tidak layak zahir kekecewaan


PETALING JAYA - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa, sewajarnya rakyat Malaysia yang sepatutnya menzahirkan rasa kekecewaan berhubung 'kegagalan' dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 lalu dan bukannya pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mendakwa, kegagalan membendung penipuan dalam pilihan raya lalu telah menjejaskan "mood" rakyat.

"Kalau nak membangkitkan isu kecewa, kamilah paling kecewa kerana kami merupakan pengguna ataupun pelanggan yang menerima bahana dan akibat daripada sebarang kejayaan ataupun kegagalan dakwat kekal.

"Sebelum ini, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata, dakwat tersebut akan kekal sekitar lima hingga tujuh hari namun ia tidak berlaku.

"Saya fikir ia tidak cukup dengan kekecewaan haruslah melihat kepada peletakkan jawatan utama dalam SPR," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

KJ sindir FAM lagik....!!!


PUTRAJAYA - Kemelut terbaru yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang ternyata 'patah hati' dengan badan induk bola sepak negara itu.
Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.
"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini hari ini.

Teringa ISU KERETA CAMRY PERAK & KEDAH waktu zaman poemerintahan dulu..mana cai UMNO yak nak bersuara kee..??

Honda, VW akan gantikan Proton Perdana sebagai limosin rasmi kerajaan

Oleh Jahabar Sadiq, Pengarang
June 18, 2013

Sisa-sisa projek kereta nasional akan berakhir tidak lama lagi kerana Putrajaya akan menggantikan penggunaan Proton Perdana V6 yang telah lama sebagai limosin rasmi dengan Honda Accord sementara kerajaan negeri Pahang akan menggunakan Volkswagen Passat.

Kedua-dua model sekarang ini dipasang oleh pemegang saham terbesar Proton Bhd iaitu DRB-Hicom Bhd di Pekan di mana ahli Parlimennya adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kenderaan baru itu untuk menteri Kabinet, timbalan menteri dan ahli majlis kerajaan negeri (Exco). Jumlah kos keseluruhan pembelian masih belum ditentukan.

Kerajaan negeri lain perlahan-lahan telah menggantikan Perdana yang mempunyai kapasiti enjin dua liter dan dibuat pada tahun 2010 – sekarang ini terbukti mahal untuk diselenggara.

The Malaysian Insider difahamkan kedua-dua kerajaan pusat dan kerajaan negeri Pahang telah menolak Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi mereka kerana ianya dipasang di negara jiran Thailand.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...