TERKINI :

Monday, June 17, 2013

Pengumuman : Ada sesiapa nak kahwin muslimat Syria..???

Buat bujang d luar sana. Anak mata biru oii
PENGUMUMAN PENTING....PENGUMUMAN.....

ikhwan mesir umum utk sesiapa yg sanggup utk ambil muzslimat syria sbg isteri hanya usd 40 shj..sekarang ramai berada d masjid2 di sekitar kaherah..masih muda2 lg lingkungan 15-20..berrminat sila beri nama ke Ust Azizul : 0199544780..Haaaa!!..Mari2 kita kawin ramai2

Mahar - Rm120
Airfare nak bawak dtg sini - Rm2000
Kenduri Kecik2 amik catering ngan 200 org x rm10 - Rm2000
Kadi + paperwork - Rm300
Total - Rm4420

Umno ketakutan kalau orang Melayu berani


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengungkapkan ulasan yang sangat masyhur berhubung keputusan PRU13. Katanya, UMNO menang besar bukan disebabkan perpaduan parti itu, sebaliknya disebabkan orang Melayu takut negara ini dipimpin oleh Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekutunya DAP.

Kenyataan Tun Mahathir itu benar sebagai salah satu faktor (bukan satu-satunya faktor) yang menyebabkan majoriti orang Melayu memilih BN dan menolak Pakatan. Faktor paling penting dan utama ialah orang Melayu makan umpan bersekali kail. Joran Umno terus menyentap orang Melayu ke dalam raga Umno untuk disiang dan dimakan.

Saya banyak menulis mengenai bagaimana DAP dijadikan hantu ciptaan Umno untuk mengusik jiwa orang Melayu sebelum PRU13. Ramai yang sedar permainan Umno yang 'memperalatkan' DAP untuk menakutkan Melayu itu tapi tidak ramai yang memikirkan jalan untuk mengatasinya.

Nak buat sangat rumah urut...lanie lelaki urut lelaki...pompuan urut pompuan....

Aidila Razak 3:16PM Jun 17 2013

Sebagai exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan, Datuk Teng Chang Khim yang baru dilantik ke jawatan itu mempunyai banyak kerja daripada aduan kutipan sampah sehinggalah kepada dakwaan bercambahnya kegiatan maksiat di negeri itu.

Dakwaan rumah urut yang tumbuh bagai cendawan sentiasa menjadi isu hangat, yang turut menguji pendahulunya sebelum ini Ronnie Liu.

Berhadapan dengan isu yang menjadi peluru BN untuk lima tahun sebelum ini, Teng kini memikirkan pendekatan lembut yang juga kontroversi -pengasingan jantina.

Walaupun idea itu masih di peringkat perbincangan, Teng memberitahu Malaysiakini bahawa mengetatkan undang-undang dengan menetapkan pengurut lelaki untuk pelanggan lelaki - dan sebaliknya - boleh membendung kejadian pelacuran.

PAS Kedah gerakkan ahli turun himpunan 22 Jun


Harakahdaily, 17 Jun 2013

KUALA LUMPUR: PAS Kedah menyatakan sokongan penuh terhadap himpunan Black505 yang dijadual berlangsung di Padang Merbok 22 Jun ini.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS negeri itu akan mengumpul seramai mungkin ahlinya untuk hadir ke ibu negara pada hari tersebut.

"Sebagai pesuruhjaya, saya menyeru semua kawasan untuk mengumpul dan menggerakkan ahli untuk hadir ke himpunan tersebut.

"Kita di pihak PAS Kedah menyokong penuh himpunan bagi membantah penipuan dalam pilihan raya lalu," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Ada Adun Kedah sanggup lompat atas meja..jika...


Saya akan lompat meja jika...



TASEK GELUGOR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Kuala Ketil, Cikgu Zuki Mohd Yusuf (gambar bawah) sanggup 'lompat atas meja' pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah sekiranya kerajaan negeri bertindak menjual Kolej Universiti Insaniah (KUIN) pada masa depan.

Menurutnya lagi, KUIN harus menjadi kebanggaan kerajaan negeri tidak kira siapa yang memerintah kerana di situlah hak pendidikan yang harus dijagai sampai bila-bila.

Sekarang ini, timbul kemungkinan kerajaan negeri Kedah yang baru tidak akan mengambil tanggungjawab untuk mempertahanakan pendidikan tambahan lagi ianya diasaskan oleh PAS.

Umno Kedah setuju jawatan presiden, timbalan tak ditandingi


Bernama 11:13AM Jun 17 2013

Badan Perhubungan Umno Kedah bersetuju jawatan Presiden serta Timbalan Presiden parti yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak ditandingi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat pertama badan itu selepas pilihan raya umum ke-13 di Bangunan Tunku semalam.

"Saya harap tiada sesiapa menawarkan diri untuk bertanding. Dalam suasana politik hari ini, kedua-dua jawatan penting itu wajar tidak menjadi perebutan.

"Jawatan naib presiden dan lain-lain boleh ditandingi, tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri yang dihadiri 21 daripada 26 anggotanya.

Turut hadir Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri.

Masa Untuk Pas, Umno Bela Rakyat

oleh mohd sayuti omar
ULASAN SORE

Jaminan dan kesanggupan Pegerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed untuk menjadi orang tengah bagi menjalinkan hubungan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Kelantan sesuatu yang dialu-alukan oleh rakyat Kelantan. Bagi rakyat yang dahagakan pembangunan fizikal sudah tentu menyambut baik jaminan Mustapa itu. Jaminan itu merupakan satu sinar baru untuk rakyat Kelantan dan diharap akan menjadi kenyataan.

Jaminan atau pun tutur demikian juga pernah kedengaran sebelum ini di kalangan pemimpin Umno terdahulu terutamanya semasa berada di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, tetapi malangnya ia tidak pernah menjadi kenyataan. Kenyataan lunak dan jaminan sedemikian seakan sengaja ditaburkan untuk mengambil hati pihak tertentu saja. Ia tidak lebih daripada retorik politik untuk menunjukkan kononnya masing-masing komited untuk rakyat Kelantan.

Tetapi kali ini kita berharap apa yang dilafazkan oleh Mustapa itu akan menjadi kenyataan. Walaupun Mustapa juga pemimpin Umno biarlah Mustapa pemimpin Umno yang tidak bermulut busuk. Perkembangan politik hari ini khasnya yang melanda orang Melayu di seluruh negara perlu dijadikan iktibar.

PRU13: Apa yang diputuskan Tuhan itu adalah terbaik bagi kita

Dalam pilihanraya atau sesuatu pertandingan, ‘post-mortem’ lazim dilakukan selepas pertandingan atau peperangan khususnya pada pihak yang kalah. ‘Post-mortem’ itu dilakukan kerana ingin mengetahui apa silap dan salahnya hingga menyebabkan kekalahan dan kenapa pihak lawan menang mengatasi kita. Ia bermatlamatkan untuk membetulkan kesilapan yang telah mereka lakukan dan mencari jalan untuk mengatasinya dan ‘post-mortem’ tersebut.

Dalam sesuatu peperangan sejak dari dulu lagi, ‘post-mortem’ dilakukan dan mencari jalan untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak mereka yang kalah. Dalam peperangan Uhud, tentera Islam telah kalah ditangansehingga rebahnya ramai tentera musyrikin seperti Saidina Hamzah dan yang lain-lain di Bukit Uhud itu.

Pihak tentera Islam sendiri telah melakukan ‘post-mortem’ dan Muhammad saw telah memperbaiki keadaan dengan melakukan pembaharuan terhadap undang-undang dan syariat Islam itu. Sehingga waktu peperangan itu berlaku umat Islam masih tegar dengan minuman arak dan didapati arak itu merupakan salah satu sebab yang mengalahkan tentera Islam kerana mereka berada didalam keadaan mabuk. Semasa itu arak hanya sebagai satu minuman yang tidak digalakkan oleh Nabi saw untuk sesiapa meminumnya.

Sebut ja 30% nanti Najib timbul jadi hero kata kerajaan benar 10%... yg pasti NAIK...

Kadar 30% hanya perangkap untuk naikkan tambang

Salmiyah Harun, 16 Jun 2013

KUALA KUMPUR: Lujnah Pengguna PAS Pusat menyifatkan kenaikan tambang bas ekspress sebanyak 30 peratus adalah strategi untuk memerangkap pengguna.

Pengerusinya Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya menaikkan tambang bas ekspress walaupun kenaikan satu, 10 atau 15 peratus sekalipun.

"Isu sebenarnya bukan 30 peratus, isunya adalah kenaikan harga tambang. Kalau bawah 30 peratus iaitu 15 peratus bermakna pengguna akan beli. Ini adalah perangkap kepada pengguna supaya bincang kenaikan harga tambang. Hakikatnya harga tambang pasti akan naik," katanya kepada Harakahdaily.

Tujuh lagi masjid dibina di Kedah


SIK - Tujuh lagi projek pembinaan masjid dijangka dilaksanakan di Kedah menjelang akhir tahun ini menerusi peruntukan yang disediakan kerajaan Persekutuan.

Pegawai Kemajuan Negeri Kedah Datuk Azmi Lateh berkata sehingga pertengahan tahun ini, dua masjid telah siap dibina iaitu di Taman Peruda, Sungai Petani dan di Taman Bersatu, Kuala Kedah.

"Setakat ini, projek masjid yang sudah disiapkan sejak tahun 2009 ialah di Kampung Padang Lalang dan Kampung Kuala Teriang di Langkawi; Jalan Jeniang, Gurun; Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani, serta pengubahsuaian bangunan Masjid Al-Rahmah, Taman Wira Mergong, Alor Setar.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...