Penduduk runsing kena halau
Walaupun menerima notis arahan keluar penduduk tetap menjalankan aktiviti seperti biasa.
 
SUNGAI PETANI - Kira-kira 30 penduduk di Jalan Pegam, Pekan Lama di sini, khuatir hilang tempat bergantung apabila diarahkan supaya mengosongkan rumah mereka setelah menyewa di situ lebih kurang 50 tahun lalu.

Rata-rata penduduk yang sudah lama tinggal di perkampungan itu terkejut apabila menerima notis yang meminta supaya tanah berkenaan yang didakwa dibeli sebuah syarikat pemaju bakal didirikan bangunan rumah kedai dan dijadikan pusat perniagaan.

Melalui notis itu, mereka diminta supaya mengosongkan rumah sebelum 30 Jun ini dan disebabkan masa yang suntuk, ramai antara mereka masih buntu memikirkan jalan penyelesaian terhadap masalah berkenaan.

Sementara itu, Fan Gi Yong, 68, berkata, dia menetap di sana bersama tiga generasi dan sudah sebati dengan penempatan di situ.

“Lebih merunsingkan apabila saya tidak menerima notis perpindahan dan tidak pasti sama ada perlu keluar atau tidak.