
"Pasrah kepada kezaliman dan penyelewengan bukan akhlak Islam. Kita
wajib bangkit menuntut kembali hak kita yang dinafikan.“Islam melarang
kita melihat kemungkaran tanpa berusaha untuk mencegahnya,” katanya
kepada Keadilandaily.
Justeru, beliau menyokong kuat usaha penganjur himpunan Suara Rakyat
Black 505 dan menyeru rakyat Malaysia untuk hadir beramai-ramai ke
himpunan akan diadakan di Padang Merbok 22 Jun ini.
Tegasnya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya berasa lemah semangat dan
pasrah dengan keputusan pilihan raya umum lalu kerana diketahui dicemari
dengan pelbagai bentuk penipuan.