TERKINI :

Thursday, June 13, 2013

Golongan mana yang selalu mmpermainkan raja..?


Kenapa SPAD mintak 30%...mintak aja 60%.. rakyat Malaysia bukan suka yg bayaq murah..!


SPAD kaji naik tambang bas 30%


KUALA LUMPUR -Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengkaji sama ada membenarkan pengusaha syarikat bas menaikkan tambang sebanyak 30 peratus.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar berkata keputusan mengenainya akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri.

"Kita akan kaji. Banyak mana? Itu kita akan timbang," kata Syed Hamid kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Bas, Trak dan Komponen Antarabangsa Malaysia 2013 di Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Agus - Tindakan boikot atucara parlimen oleh PR tak salah...!

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Saya memerhati dengan penuh minat laporan media tentang tindakan PR yang memulau majlis taklimat parlimen pada 11 Jun dan cadangan untuk memulau majlis angkat sumpah ahli parlimen baru pada 24 Jun ini.

Laporan yang menarik minat saya ialah pandangan bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang menyatakan ahli dewan yang tidak mengangkat sumpah dalam tempoh enam bulan selepas hari pertama persidangan Dewan Rakyat tanpa alasan akan gugur kelayakan sebagai ahli parlimen. Beliau memetik peruntukan Perkara 59 (1) Perlembagaan untuk mengukuhkan kenyataannya. Petikan kepada Perkara 59(1) adalah tidak tepat kerana yang tepat dengan kenyataan beliau tersebut adalah Perkara 59(2).

Mengulas lanjut, Pandikar berkata anggota Dewan masih boleh mengangkat sumpah pada hari lain selepas majlis berkenaan, dengan alasan tertentu. Tetapi "kalau sengaja dengan alasan memboikot tidak mahu mengangkat sumpah dalam temph enam bulan, maka gugur kelayakan, menurut perlembagaan. Itu tafsiran saya," katanya.

Tidak siapa yang berkuasa tanpa sokongan menyeluruh orang Melayu

oleh Aspan Alias

Saya mendapat banyak pandangan yang agak berlainan dari apa yang kita dengar dan pandangan yang berbeza ini selalunya tidak diutarakan kepada saya melalui komen-komen dalam blog ini. Mereka memberikan pandangan dan komen itu melalui e-mail.

Biasanya komen-komen yang datang melalui e-mail itu lebih jujur kerana mereka memberikan hujah dan alasan yang mencukupi dan tiada setakat melemparkan komen marah dan berselindung di sebalik ‘anonymous’. Mereka menghujahkan isu dengan panjang lebar tidak kira samada hujah mereka itu bertentangan dengan pendapat saya atau sebaliknya.

Banyak kali juga mereka memanggil saya untuk bersama-sama mereka minum petang atau pagi dan mereka adalah dikalangan yang serius dalam memberikan pandangan. Secara kasarnya ramai yang masih berpendapat yang Pakatan Rakyat masih belum bersedia untuk menjadi pihak ‘alternative’ walaupun dikalangan yang memberikan pandangan itu adalah mereka yang cenderung untuk menyebelahi Pakatan Rakyat.

Perjalanan Sulung Optimus Prime pun sudah ada suka dan duka...!! [Siri 2]

Perjalanan Sulung Optimus Prime Jelajah Negara Berkebajikan PAS.

http://en.selangorku.com/wp-content/uploads/2013/02/2.17.jpg
21 Februari 2013 seawal jam 8:30 pagi sahabat aku Jai Castello datang dr Shah Alam ke rumah aku... kemudian kami menaiki BumbleBee Negara Berkebajikan ke Bengkel untuk urusan pengambilan Optimus Prime untuk dilancarkan oleh Presiden pada jam 1:00 tengahari di Pejabat Agong Pas Jalan Raja Laut. Tiba di bengkel... Sahabat aku Mohd Shubihi dan driver Abang Jasri kemudiannya sampai bersama Fadhil Muraabithun... Optimus Prime buat hal... dindingnya tak boleh buka... Juru teknik buat pembaikan... dalam masa yang sama Nazri Ismail dlm perjalanan dr Pulau Pinang ke KL untuk hadiri majlis perlancaran... jam dah dekat pukul 12 sedangkan kami perlu keluar bengkel untuk ke KL... Alhamdulillah akhirnya siap dibaiki & boleh buka...

Perjalanan dr Bengkel ke KL melalui NKVE hari tersebut amat lancar.. tiada kesesakan.... Panggilan telefon riuh rendah tanya dok di mana... dlm masa yang sama aku cuba minta bantuan Sdr Champ Ketua Keselamatan Pejabat Aong untuk minta kerjasama DBKL & Polis Trafik untuk tutup 2 lorong di depan Pejabat Agong... Alhamdulillah dapat... Akhirnya kami sampai di depan Pejabat Agong dan majlis pelancaran disempurnakan oleh Tuan Guru Presiden.

Eishh rupa-rupanya ada lagi rundingan dalam kelambu nak buat kerajaan perpaduan..kali nie PKR pun joint..!!

Wartawan veteran dedahkan terdapat ‘rundingan kerajaan perpaduan’ PAS, PKR dan Umno

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 13, 2013

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini mendedahkan terdapat rundingan perpaduan Melayu diantara parti PAS, PKR dan Umno di negeri Selangor dan Terengganu akan tetapi menemui kegagalan ekoran di pihak Barisan Nasional (BN), khasnya Umno, tidak mempunyai “operator” yang boleh melaksanakan gerakan belakang tabir.

Menurut bekas ketua pengarang kumpulan akhbar milik Umno New Straits Times itu, di negeri Selangor, rundingan berlaku diantara ketiga-tiga parti itu disebabkan oleh permusuhan terbuka antara Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali daripada PKR.

“Di Selangor bisik dan risik mengenai kerajaan campuran PAS-PKR-Umno cukup serius,” kata beliau dalam tulisan terbaru di blognya bertajuk “Perpaduan Melayu: Peluang Yang Terlepas”.

“Seandainya rancangan itu berjaya, PAS, Umno dan sesetengah elemen PKR akan menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS menyumbangkan calon Menteri Besar.

“Tetapi peluang itu terlepas kerana pihak-pihak yang terbabit takut didedahkan dan tidak bersedia bertolak ansur mengenai calon Menteri Besar, kecuali Azmin yang dikatakan lebih terbuka,” tambah beliau lagi.

Hubungkait antara Tun marahkan Najib dan Mukhriz kata Kedah tak ada duit..!!!

Tun Mahathir marah Najib


Tun Mahahir Mohamad boleh dikatakan bekerja keras untuk pastikan umno/BN menang pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 mei 2013.
Beliau juga sangat gembira apabila Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai menteri besar Kedah ke 14.
Bukan setakat itu sahaja malah ceria miskipun umno/BN menang tipis dan lebih buruk berbanding pada PRU 12.
Keceriaan tun Mahahtir tidak tahan lama apabila Najib lantik Khairi Jamaluddin Abu Bakar menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menteri Belia dan Sukan.
Minggu lepas perangai Tun Mahathir sudah hampir sama dengan perangai yang ditunjukkan ketika Tun Abdullah Badawi jadi perdana menteri.
Beliau sangat marah pada Tun Abdullah atas sebab melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibunuh dahulu itu.

Trailer Optimus Prime Negara Berkebajikan..di sebalik kelahiran beliau..!! [Siri 1]

nukilan Zul Hazmi

Bermula dengan Bas Jelajah Merdeka Rakyat oleh PKR kemudian trailer UBAH oleh DAP.... maka aku pon tertanya2 takkan la PAS tak boleh ada jentera yang sama mcm depa ada.. jadi aku post gambar Optimus Prime filem Transformer pada lbhkurang bulan Oktober 2012...

Tiba2 pada 7 Disember 2012 lebihkurang jam 11 pagi semasa aku bersama Mohd Shubihi & Ust Firdaus Jaafar (semasa tu masih Ahli Parlimen Jerai) dlm program AES di Mergong sebab sebelah petang & malamnya ada program Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Kedah di Suka Menanti, seorang sahabat aku..kawan baik aku.. senior aku semasa di sekolah dulu Nazri Ismail telefon bertanyakan mahu tak jika ada orang nak bagi pinjam trailer untuk PAS guna sebagai jentera kempen mcm trailer UBAH DAP... so aku jawab.. kalau PAS mau mcmana? Apa perlu buat.. kosnya mcmana? Urusannya mcmana? Berapa duit PAS kena bayar dan lain2....

Bab dakwat pun hang dah kantoi...namun dok bodoh sombong situ la SPR oi..!!

Kes dakwat cukup untuk pemimpin SPR letak jawatan

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah hanya kerana satu kes sahaja iaitu dakwat kekal yang tidak kekal, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.


(Dua pemimpin utama SPR yang didesak meletak jawatan tetapi menolaknya)

"Ketika semakin kuat keyakinan rakyat bahawa pilihan raya umum yang lepas dicemari penipuan, pemimpin-pemimpin SPR sepatutnya meletakkan jawatan jika mereka bermaruah," kata beliau ketika mempertikaikan sikap Pengerusi SPR yang berkeras bahawa pemimpin-pemimpin suruhanjaya itu tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini.

Ini dia Video klip ZAHID tengah dok "BELI UNDI"


Proton pula nafi turunkan harga seperti NAJIB & UTUSAN katakan..

proton pula menghantar memo kepada pengedar-pengedarnya



Ia menjelaskan, laporan akhbar itu tidak mendapat pengesahan daripada Proton.

“Laporan berkenaan mungkin berdasarkan potongan yang diberikan oleh Proton sebelum ini. Laporan dikeluarkan bukan daripada kenyataan Proton dan Proton tidak memberi maklumat harga seperti dinyatakan,” menurut memorandum itu.

Sebaliknya harga diskaun bagi model seperti Prevé, Exora dan BLM diturunkan sempena Kempen Jualan 1Malaysia pada bulan ini.

Malah peratusan penurunan harga yang ditawarkan Proton adalah lebih rendah daripada penuruan harga yang disiarkan akhar itu.

Berhati-hatilah dengan manusia dikeliling anda w.pun bumi Malaysia aman..


MUAR - Seorang wanita tidak menyangka kedatangan seorang lelaki yang kononnya mahu menghantar ikan dipesan bapa mertuanya mengundang peristiwa cemas selama lima jam apabila lelaki itu bertindak melarikan bayinya yang berusia setahun.

Sebelum kejadian pukul 10 pagi kelmarin itu, seorang lelaki datang dengan menaiki sebuah kereta Proton Persona ke rumah mangsa di Jalan Bakariah di sini dan memberitahu mahu menghantar kotak kononnya berisi ikan yang dipesan bapa mertuanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...