TERKINI :

Wednesday, June 12, 2013

Simpatilah Melayu yang dibonsaikan mindanya

Satu Malaysia menanggung kerugian, apabila pemerintah mengambil langkah memusnahkan institusi pengajian, mengawal media dan memperbodohkan rakyat - lantas memberi laluan kepada penyalahgunaan kuasa dan rasuah untuk berlaku sepanjang puluhan tahun ini.

Pandangan berbeza dicantas, demonstrasi jalan raya dipatahkan setelah dewan dalam universiti untuk pertembungan pandangan ditutup, dan peranan universiti sebagai institusi pendidikan dimusnahkan.  Lantaran daripada itu, universiti awam tempatan menghasilkan badut, kaki bodek, malah ahli akademik yang memplagiat kajian orang lain pada hari ini...

Hishamuddin Rais (gambar kanan, kedua dari kiri), yang juga "produk" Universiti Malaya pada tahun 1970-an, gagal menahan kemarahan melihat situasi institut pengajian tinggi tempatan yang diperlakukan sebegini oleh pemerintah, sehingga mengeluarkan kata-kata kasar, "Masa sudah tiba.  Masa sudah tiba untuk semua kita kata, F*** you, United Malays National Organisation!"

PAS - PR KEDAH: RATAPI PRU13 DENGAN PUTIH TULANG, MATA PUTIH. PUAS HATIKAH KITA????

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
28 REJAB 1434H (JUMAAT) 7 JULAI 2013

Saya mula berbicara tentang tajuk ini, ianya berputar dan mengelegak
di kepala saya, amat sakit dan pedih sunggoh untuk merencana, antara
mahu dan engan menulis berbicara. Meredah tajuk ini macam sebilah
pedang diletakkan ketengkok. Semacam saya rasai hadapi serangan sakit
jantong, yang berdebar mencabar minda, iman dan kesabaran, cuma
ketahanan saikologi dan mental mampu mendepaninya. Telah tiga kali
jantong direpair cukop menitiskan air mata anak-anak dan isteri, dah
kata saya mati. Sampai saya katakan kepada team doktor pakar
kardiologi, "Doktor adalah doktor pakar hebat tentang kardiologi
sekadar setulus usaha membantu; tetapi doktor bukan mengalami sakit
jantong secara praktikal saya menghadapi melawannya".

Kini pada bila-bila masa sahaja akan masok lagi bengkel kardiologi
untuk proses pembaik pulih selanjutnya. Saya tidak pernah mengemis doa
dari pembaca, tetapi ini kali saya tadah tangan mengemis dari anda
diluar sana, sudi-sudilah panjatkan doa untuk saya menghadapi bengkel
kardiologi pasti dihadapi. Saya masih dapat menulis dan menghadapi
laptop usang, tetapi sekadar kurang tempoh sejam terpaksa berhenti dan
tak tau ketika masa mana pula dapat menyambong menulis kembali
rencana. Itu-itulah sebabnya keuzuran yang membatas menjadi penghalang
untuk pantas, saya siapkan satu-satu rencana.

Turun Harga Kereta Kepala Hotak Dia..!!!

dari Blog Sahabat



Peugeot 308Vti ni aku beli dalam bulan Ogos 2012 harganya OTR RM102,888.00. Kononnya Januari 2013 harga keta ni RM115,663.00.... skrg kerajaan umum keta ni turun harga 11%, oleh itu 1 Mei 2013 harga balik semula seperti dulu (bulan Ogos) RM102,888.00. Turun harga ke camtu?

Betoi ka Mukhriz dok sibuk renovate pejabat?

oleh KedahLa


"Jahanam pulak dah duit rakyat!"
"Awat aaa?"
"Tu orang tua tu dok renovate pejabat pulak dah"
"Takpa laah, MB baru pejabat pun kena barulah"
"Cuihh, Ustaz Azizan dulu lima tahun tak pernah peduli pun pasai nak renovate pejabat, dia pakai apa yang ada, tu pun kerja merelit elok.."
"Ustaz Azizan anak orang bendang, yang ni bekas anak PM.."
Ha Ha Ha... pakat gelak riuh rendah.
Itu dailog yang aku dengaq kat kafe Wisma. Kepada siapa dialog itu dimaksudkan aku tak berapa jelas. Mungkin depa sapa nak buat fitnah kat MB Kedah yang dok ada la ni.

BN Tidak Perlu Dua Pertiga Untuk Menang Besar PRU14


Masih teringat kelazatan minuman B10 di kafe strawberry minggu lalu dan masih juga terngiang-ngiang gelak bahak Abg Mat ketika itu menjamah beberapa cucuk satay dan cendawan goreng. Beliau tidak dapat sembunyikan perasaan lucu apabila mendedahkan bahawa beliau sedang menyiapkan satu post mortem mengengai pilihanraya
Saya bertanya, apakah sudah terlalu lewat untuk kaji selidik dan bedah siasat bagi PRU-13? Lalu Abang Mat menjawab, post mortem yang akan dibentangkan itu bukanlah untuk PRU-13 tetapi untuk PRU-14, bedah siasat yang menunjukkan bagaimana gerakan hebat reformasi 1998 yang digemakan semula pada tsunami 2008 akan berkubur pada 2018 di medan PRU-14. Seraya itu Abg Mat menyambung gelak bahaknya hah hah hah!

Surat Untuk Pemangku Rektor KUIN

Assalamulaikum dan salam sejahtera YBhg. Dato'
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah ke atas YBhg. Dato' diatas perlantikan sebagai Pemangku Rektor KUIN. Sesungguhnya kami warga KUIN menyambut rasa syukur di atas perlantikan ini bagi menggantikan Jamil yang banyak mendatangkan masalah di KUIN. Tahniah juga diatas perlantikan suami Dato’ sebagai SS Negeri.
YBhg. Dato'

Saya sebagai warga KUIN amat mengetahui bahawa tugas yang diberikan kepada Dato' terlalu berat untuk dipikul. Masalah demi masalah yang dihadapi oleh KUIN sepanjang 4 tahun pemerintahan Jamil cukup sukar untuk diselesaikan. Namun, saya yakin dengan pengalaman, ketegasan dan kebolehan yang dimiliki oleh Dato' sebagai KCS mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh KUIN selama ini. Untuk itu , saya ingin mencadangkan 2 perkara yang perlu diambil perhatian oleh Dato’:

PRU 13 dah jadi sejarah.. Hangpa nak buat petisyen ka, black out ka, nak demo ka…buat la... Aku nak relax..!!

Oleh: MSK

388595_564880086867533_792916382_n

Sebelum PRU 13, aku mengharapkan gabungan Pakatan Rakyat akan dapat menumbangkan BN melalui pilihanraya. Dan aku percaya ianya boleh dilakukan, tapi malangnya, disaat akhir sebelum PRU, PR bertanding sesama sendiri. Imej PR teruk..kalau sesama sendiri pun nak bertekak, macam mana nak lawan Umno?

Itu dalam PR, dalam parti masing-masing pun lagi teruk. Ada yang tutup pejabat, tutup bilik gerakan dan ada yang jadi calon bebas.

So, PRU 13 dah jadi sejarah. Ada yang kata, “PRU 14 nanti, kita humban Umno.” Pirrahh.. sejak dari dulu lagi itulah alasan penyedap hati yang dikeluarkan selepas kalah.

Hangpa nak buat petisyen ka, nak buat black out ka, nak buat konvensyen…nak demo, nak merusuh…buat la. Aku nak relax.

Selepas KUIN, kini Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pula menjadi mangsa.....

Selepas KUIN, kini Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi pula menjadi mangsa.

Pengajian telah berjalan memasuki tahun ketiga. Tapak tetap maahad yang sudah pun dilakukan pecah tanah dan bajet untuknya telahpun diluluskan tahun lalu, kini ditangguhkan Kerajaan BN Kedah.

Sedangkan, projek berkaitan hiburan sangat cepat diluluskan, malah MB Mukhriz sanggup segera turun untuk mempersetujuinya.

 

Bab nie nak kata apa iaitu meminda perlembagaan TANPA DIPERKENANKAN TUANKU ia tetap SAH..??

Jika papan tanda billboard USTAZ AZHAR dan BN di KELANTAN mana yang 'HARAM JADAH'

Slogan KEDAH yang baru selepas menang : BN MENANG MAT BASHAH YANG SENANG..!!!

Apabila Prog Agus bertanya...Persempadanan semula ,adilkah SPR ?

Oleh Mohammad Agus Yusoff

Tahun ini SPR akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya yang tertangguh sejak tahun 2012. Tujuan persempadanan semula ini adalah untuk menambahkan bilangan kerusi parlimen dari 222 kepada satu angka baru. Namun, pertambahan kerusi ini sukar dilakukan kerana ia melibatkan pindaan kepada Perkara 46 Perlembagaan yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan.


Tetapi jika sekadar hendak mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi, maka cukup sekadar sokongan majoriti mudah sahaja (Seksyen 9 Jadual 13). Persoalannya, apakah SPR hanya akan mempersempadankan semula kawasan pilihan raya tanpa pertambahan kerusi baru atau akan membuat penambahan kerusi dari 222 kepada satu angka baru?

Jika SPR mahu mempersempadankan semula kawasan pilihan raya seperti tuntutan Perkara 113(2) Perlembagaan, sama ada dengan atau tanpa pertambahan kerusi, maka SPR perlu memberi perhatian kepada aspek berikut.

Kalau hendak berubah, ia mesti perubahan secara 'total'

oleh Aspan Alias

Saya tidak dapat mengelak dari memerhati dan memberikan fokus kepada perkara yang saya mudah tertarik. Saya tertarik dengan isu transformasi yang pimpinan UMNO sebut siang dan malam tanpa henti seolah-olah ia kedengaran begitu biasa seperti saya mendengar azan dari masjid yang berdekatan dengan rumah saya.

Setiap malam dan pagi istilah transformasi dan perubahan kita dengar dan ini jugalah isu yang sama kita dengari sejak dua tiga puluh tahun dahulu. Tetapi penekanan tentang transformasi ini lebih hebat sekali semasa UMNO sedang duduk diatas hujung tanduk sekarang ini. Janji-janji transformasi itu tidak juga membawa apa-apa perbezaannya. Kenapa begitu? Tentu ramai yang boleh memberikan jawapannya mengikut penilaian dan perincian masing-masing.

Bila orang UMNO BN akui kemenangan PR sebab TEKNOLOGI MAKLUMAT...namun...!!!



Hangpa baca artikal nie secara terbalik sebab ini artikal puji UMNO BN...bila hangpa baca terbalik maka hangpa akan tahu punca kemenangan PR di bandar telah diakui sendiri oleh penyokong UMNO.. 

Jadi kepada pimpinan PR yang masih bodoh sombong terutama di KEDAH yang masih bebal tak nak guna medium TEKNOLOGI MAKLUMAT nie hangpa boleh pergi mampos la dengan angan-angan hangpa nak memerintah KEDAH semula....
Teknologi maklumat punca BN kalah di bandar?
HISHAM MOHD. RIDUAN
Gombak, Selangor

WALAUPUN bukan ahli UMNO, saya merupakan antara pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Tetapi pembangkang menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen saya kerana sokongan besar orang Cina.

Namun, melihat semula keputusan itu, saya berbangga mendapati sokongan Melayu di kawasan ini telah kembali kepada BN. Penyusutan majoriti undi berbanding 2008 menunjukkan pengundi Cina yang memenangkan calon-calon pembangkang.

Hallo Penganjur.. Nak ceramah pun tengok waktu dan tempat laa.. tuu budak-budak tengah dok nak periksa tuu..!!

KLIK GAMBAR UTK PAPARAN YANG LEBIH BESAR

- satu ceramah akan dianjurkan oleh Pas Kawasan Batu pada 12 jun ini bertempat di dataran KUIZM @ Markaz Pas, Taman Melewar, Batu Caves.

- ceramah akan menampilkan aziz bari dan tamrin ghafar. tapi itu bukan isu.

- isunya skang ni ialah pelajar2 KUIZM sedang menjalani peperiksaan akhir semester yg bermula semalam.

- penganjuran ceramah ini pastinya akan mengganggu tumpuan para pelajar ini utk menelaah pelajaran. depa ni kena hafal hadis dgn sanad n matan, kena hafal dalil, syarah hukum, term2 syarak dan banyak lagi perkara yg berat2 belaka.

[GEMPAR & PANAS] PM & Isteri bercerai....!!!

 Ha Ha Ha..dah tak ada apa nak buat hujan-hujan nie... kita kasi panas dengan cerita nie laa...tapi hangpa jangan dok ingat PM MALAYSIA pulak nie cerita PM Republik Chech nuuu... PM kita & Isterinya dok aman damai jaaa...

PM Republik Czech, isteri bercerai

PRAGUE 12 Jun - Perdana Menteri Republik Czech, Petr Necas semalam memfailkan penceraian dengan isterinya selepas pasangan itu dilapor tinggal berasingan sejak Januari lalu.

Kenapa kereta 1.5cc mahal?

Oleh Fairus Kassim

KUALA LUMPUR 11 Jun - Harga kereta popular yang dikeluarkan di negara-negara ASEAN dengan kapasiti enjin di bawah 1.5cc di pasaran tempatan sepatutnya lebih murah kerana duti eksais yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia hampir setara dengan duti yang dikenakan di negara jiran, Thailand dan Indonesia.

Secara purata, duti eksais yang dikenakan ke atas model-model popular berkenaan adalah kira-kira 40 hingga 50 peratus di negara ini, manakala di Thailand dan Indonesia cukai yang sama antara 30 hingga 50 peratus.

Menurut sumber industri, misalnya, sepatutnya harga kereta-kereta berkenaan di Malaysia secara kasarnya hanya lebih RM5,000 daripada harga model yang sama di Thailand.

Bagaimanapun, semakan Utusan Malaysia di laman web rasmi jenama kereta-kereta berkuasa 1.5cc di negara ini menunjukkan lebihan harga antara RM17,000 hingga RM19,000 jika dibandingkan dengan harga kereta di Thailand.

Apabila TOKEY KERETA kata harga kereta yang diturunkan itu sebenaarnya 'menipu'..!!


Samun Rompak Mencuri... amannya bumi kita Malaysia..!!!

Dua beranak disamun
Shaiful Azhar Ahmad Ali
11 Jun 2013
Dua beranak disamun
Kereta Perodua Kembara yang ditemui semula.
 
KULIM - Dua beranak nyaris maut apabila tiga lelaki tidak dikenali bersenjatakan parang masuk ke rumah mereka di sebuah taman perumahan di sini kira-kira jam 8.45 malam kelmarin.

Ketua Polis daerah, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, ketika kejadian hanya mangsa yang merupakan pelajar lelaki berusia 17 tahun dan ibunya berada di rumah.

Menurutnya, mangsa dan ibunya terkejut apabila suspek masuk ke rumah dan mengugut mereka supaya jangan membuat bising sekiranya mahu selamat.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...