
Tuesday, June 11, 2013
Pembohongan Mahathir, Utusan Malaysia tidak dapat sambutan Melayu
11 June 2013
KOTA BHARU, 11 JUN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, serangan berterusan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Utusan Malaysia terhadap kaum Cina akan menjejaskan kedudukan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia.
Katanya, sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei lalu, Dr Mahathir dan lidah rasmi UMNO, Utusan Malaysia terbukti mereka sebagai suara paling rasis dan paling tidak bersemangat keMalaysiaan apabila bersandar pada pembohongan untuk melaga-lagakan Melayu dan Cina.
Menurutnya, dalam tulisan terbaru dalam blog beliau, Mahathir menuduh kaum Cina di Malaysia cuba menghapuskan kuasa politik Melayu dan menguasai politik Malaysia pada PRU-13.
“Kenyataan itu boleh dianggap paling tidak bertanggungjawab dan berasas sepanjang kerjaya politik beliau, sama teruk dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap saya ketika PRU-13 iaitu saya bertanding di Gelang Patah untuk menimbulkan “ketegangan kaum” dan menuduh saya mengapi-apikan kaum Cina untuk membenci Melayu.
Jangan dikritik sangat FAM tu nanti DPPM marah..!!!
Shahidan: 'Pecat saya sebagai Presiden PFA'
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) Datuk Seri Shahidan Kassim mencabar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memecatnya daripada PFA sekiranya FAM berhasrat mengambil tindakan terhadapnya kerana terus mengkritik badan induk itu.
"Tak perlu gantung-gantung, pecat ajelah saya. Tapi dengan syarat jangan bagi PFA kacau saya lagi (minta saya bayar gaji pemain Perlis).
"Saya tidak mahu ada kaitan apa-apa lagi dalam persatuan itu," kata Shahidan yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada pemberita selepas majlis taklimat kepada anggota Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen di ibu negara hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib persatuan itu untuk menilai sama ada Shahidan wajar dibicarakan lagi setelah terus menerus mengkritik badan induk kebangsaan itu biarpun digantung selama 30 bulan.
Antara bercakap pakai Undang2 dan bercakap guna kepala lutut...!!!
PKR: Speaker tak patut pulau upacara angkat sumpah
4:51PM Jun 11 2013
Naib presiden PKR N Surendran berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak sepatutnya “mengancam” untuk turut memulaukan upacara mengangkat sumpah bagi ahli dewan Pakatan Rakyat.
Katanya, walaupun Pandikar berkata demikian secara berjenaka, tindakan memulaukan upacara mengangkat sumpah itu menyalahi Perintah Tetap dan juga Perlembagaan.
Upacara mengangkat sumpah itu melibatkan MP Pakatan Rakyat yang enggan berbuat demikian pada pertama persidangan Parlimen bagi penggal ini pada 24 Jun.
Antara PAS DAP PKR siapa yang kena tipu memanjang dengan SPR...!!!
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)
Kena tipu lagi.....
Artikel ini bukanlah untuk menafikan adanya penipuan dalam pru lalu. Cuma aku rasa malu nak mengaku bahawa aku ni kena tipu lagi. Kerana kalau aku mengaku aku kena tipu, aku rasa bodoh benar aku ni asyik kena tipu saja.
Lagi pelik bila aku fikir kenapa DAP tak kena tipu. Atau mereka lebih bijak untuk mengatasi penipuan dengan kata lain mereka lebih bijak menipu sehingga penipu pun kena tipu. Kalau mereka tak kena tipu, aku kena belajar cara atasi tipu atau belajar lebih tinggi bagi mengatasi penipu-penipu tu.
Najib, cakap biar serupa bikin
Idris Hj Ahmad, 11 Jun 2013
Menatap ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu merasmi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-56 di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan memang lunak. Seruan beliau supaya mencari titik persamaan walaupun berlainan ideologi politik hendaklah dilaksanakan dengan tindakan. Semuanya terletak kepada beliau selaku pemimpin kerajaan Pusat.
Rakyat tidak mahu ia hanya manis kata tetapi di hati lain bicara. Politik pilih kasih dan tidak menghormati keputusan rakyat Kelantan sejak 1990 masih berterusan. Bermula dengan perlantikan Pegawai Persekutuan yang membazir wang berpuluh juta setahun untuk pembayaran gaji dan perbelanjaan pengurusan, seolah-olah tidak iktiraf kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Hampir RM12 bilion wang royalti minyak masih disekat.
Negeri kecil tetapi 7,000 hadiri Black 505 Perlis

KANGAR: Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.
Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan.
Tidak hadir sesi taklimat parlimen bukan boikot

Beliau sebaliknya menganggap mereka mempunyai alasan yang tersendiri untuk tidak hadir.
"Kita mengamalkan demokrasi. Orang yang datang, datang. Yang tidak datang, tidak datang.
"Saya menganggap semua yang tidak hadir mempunyai alasan mereka tersendiri dan bukan untuk memboikot," katanya pada sidang media selepas sesi taklimat tersebut.
Beliau turut menjelaskan, kehadiran ke sesi taklimat tersebut adalah tidak wajib.
"(Sesi) ini adalah untuk Ahli Parlimen yang baru. Bagi yang senior, mereka akan hadir jika mereka menghormati tempat di mana mereka bekerja. Tetapi kita faham yang ada sesetengah daripada mereka mempunyai alasan kenapa mereka tidak datang," katanya lagi.
Ini yang wajib PR perjuangkan - Berikan hak untuk kendali akhbar, TV sendiri
Oleh LanH

PRU13 sudah berlalu, namun satu daripada banyak perkara dikesalkan adalah media massa kita. Akses kepada media massa yang adil adalah antara lapan tuntutan Bersih 2.0. Namun hal ini dikesampingkan oleh pemerintah; menjelang PRU13 malah hingga ke hari ini kita dapat saksikan betapa media massa yang didakwa sebagai arus perdana itu diperkuda sepuas-puasnya oleh parti pemerintah - mereka ‘mengamuk sakan’ – 'membodek melangit’ parti pemerintah sebaliknya ‘membunuh’ parti-parti pesaing.
Perkembangan ini amat jelek ketika dunia diklasifikasikan sebagai tanpa sempadan kerana perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi yang memungkinkan situasi apa dipanggil ‘langit terbuka’. Namun sebagai negara sedang membangun, perkembangan terbaru ini tidak merata di seluruh negara kita. Pelbagai halangan seperti prasarana komunikasi, perhubungan, kemampuan ekonomi dan pendidikan menyebabkan sebahagian besar rakyat masih bergantung kepada media massa tradisional seperti akhbar cetak, televisyen dan radio.
Aziz Bari ketuai KEADILAN cabar pindaan Akta Kesalahan P’Raya
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 10 JUN: Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Aziz Bari akan mengetuai pasukan KEADILAN untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengisytihar pindaan Seksyen 9A yang menghalang kesahihan daftar undi dicabar di mahkamah.
Pengumuman tersebut dibuat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.
“Pindaan Seksyen 9A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2002) menyebabkan daftar pemilih yang digazetkan tidak boleh dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak,” katanya.
Beliau menambah, KEADILAN turut memfail saman terhadap Pengerusi SPR dan Timbalannya serta ahli-ahli SPR kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal.
Tindakan undang-undang tersebut akan dibuat dalam tempoh tiga minggu mulai sekarang sekarang.
Bolehkah harga kereta turun 20-30 peratus?

Ia berpunca dari dasar perlindungan yang diamalkan di negara ini sejak awal tahun 1980an bagi melindungi projek kereta nasional, Proton yang ditubuhkan pada tahun 1983 dan memulakan operasi berskala komersial dalam tahun 1985. Apabila projek kereta nasional kedua – Perodua - ditubuhkan dalam tahun 1993, ia juga berikan perlindungan yang sama. Dasar perlindungan itu mengambil bentuk kadar cukai yang tinggi ke atas kereta import menyebabkan harga kereta import menjadi berkali ganda lebih tinggi dari harga asalnya dan lebih mahal dari kereta jenama nasional, Proton dan Perodua.
Mentakwil titah atau menghina raja

TIADA siapa boleh membiarkan sesiapa menghina Raja, bahkan mengina sesiapa yang bukan raja pun tidak boleh diterima akal. Itu adalah adab dalam Islam dan adalah dikongsi oleh semua tamadun.
Tetapi mentakwil sesuatu pendapat manusia termasuk mentakwil titah terbuka kepada keadaan. Sesiapa dibenarkan untuk tidak bersetuju dengan apa yang tidak disetujuinya. Terpakaikah tidak persetujuannya itu bergantung kepada hujahnya.
Justeru kita tidak boleh lihat secara sempit atas kejadian beberapa orang yang mentakwil titah Yang di-Pertuan Agong. Ia mesti diadili seadil-adilnya bagi mengelakkan berlaku ketidak-adilan.
Bertindak dan menghukum mesti adil, jika tidak ia menjerumuskan kepada kezaliman.
Kita jangan mudah untuk berpersepsi beberapa kerat orang tidak setuju dengan Raja atas sesuatu seperti takwil seorang facebooker, bahawa itu mahu menukar sistem beraja kepada republik.
Agong pun naik bot bersama rakyat, Mukhriz ke Langkawi tempah bot eksklusif?
Oleh: MK
![]() |
GAMBAQ HIASAN JA NIE |
Ini berita MK terima dari seorang rakan KCS. Sekembali dari percutian di London, pada 2 Jun lalu Datuk Mukhriz ke Langkawi untuk menyaksikan majlis tandatangan MoU antara LADA dengan Pekan Artisan yang akan membangunkan sebuah pusat hiburan terbesar di Langkawi.
Menurut sumber tersebut, isteri Mukhriz sendiri yang menempah bot ke Langkawi kerana tidak mahu naik feri bersama orang awam.
MK nak minta Setiausaha Politik atau Setiausaha Akhbar Mukhriz orang Kola Lompo tu tolong nafikan berita ini, jika maklumat ini tidak tepat. Nangoi-nangoi dari team anak Wan Senu Pekan Naka tu tak payah jawab isu ni, hangpa tak tau apa. Mukhriz bukan lantik hangpa jadi pegawai khas dia dan Mukhriz tak kenai anak Wan Senu tu sapa... Ki Ki Ki (gelak jahat).
Awas..!! Tak mustahil Ku Li pula yang jadi PM bukan Muhyidin...!!!
Ahli Parlimen BN yang tidak gembira bertemu selepas kemenangan PRU13
Oleh Jahabar Sadiq

Tengku Razaleigh mahu mencabar Najib untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti lalu akan tetapi tidak mendapatkan pencalonan cukup untuk layak. - GAmbar fail
KUALA LUMPUR, 11 Jun — Beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen dari Malaysia Timur yang tidak berpuas hati bertemu ahli Parlimen veteran Tengku Razaleigh Hamzah malam tadi bagi membincangkan kedudukan mereka kerana tidak mendapat apa-apa selepas kemenangan pertempuran sengit dalam Pilihan Raya 2013.
The Malaysian Insider difahamkan, lebih kurang sedozen ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menyeberang menyertai Pakatan Rakyat (PR) tetapi turut tidak gembira dengan Putrajaya kerana tidak diberikan apa-apa kepada mereka selepas menang.
“Ahli Parlimen Malaysia Timur bertemu Ku Li di rumahnya untuk membincangkan langkah seterusnya kerana mereka tidak gembira dengan Putrajaya,” kata sumber kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada nama samaran putera raja itu.
PAS Kedah bangkit semula bina kekuatan bagi meletakkan PAS di hati rakyat

ALOR SETAR: Menyedari
beberapa punca kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) 5 Mei
lalu, PAS Kedah kini sedang berusaha bangkit semula bagi meletakkan PAS
di hati rakyat.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar
berkata, pihaknya akan mengutip pengalaman PAS Terengganu untuk membina
kekuatan di persada politik negeri.
Bukan sekadar membina kekuatan dalaman,
PAS Kedah akan membuat anjakan agar terus relevan berada di lapangan
hati rakyat sesuai dengan perubahan sosial semasa.
Beliau berkata demikian semasa program
pertemuan khas bersama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi
Awang di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, di sini 5 Jun lalu.
Kata Mahfuz lagi, PAS menerima keputusan
pilihan raya lalu, namun tidak pernah reda dengan penipuan yang
dilakukan bagi memenangkan BN dalam PRU13.
Apa yang akan berlaku bila komunis, sosial demokrat, Islamis dan pluralis duduk bersembang semeja?
Oleh: MSK
Semalam aku buat dua posting dalam Facebook.
1. Sampai bila-bila pun, pembangkang tidak boleh merintah.
2. Aku tak mau terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan.
2. Aku tak mau terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan.
Seronok tengok komen-komen. Ada yang marah,
ada yang kutuk dan ada yang setuju. Baru la meriah. Cuma tak ada orang
jual kacang rebus dan bihun sup gearbox.
Bukan setakat penyokong PR saja yang komen,
orang Umno dan Shen Yee Aun pun “like” bila aku kata pembangkang tak
boleh memerintah. Dan ada juga orang PR yang marah.
Dan bila aku kata tak mau gulingkan kerajaan, dan-dan tu jugak ramai
yang kutuk. he.he. Hangpa kena juai. Juai orang lebih senang dari juai
kambing.
Ok…aku cerita apa yang berlaku.
Bila dok tengok kelaku rakyat Malaysia nie dah seperti mengalahkan zaman jahiliah dulu lagi..!!!
Janin atas tangga masjid
Wartawan Sinar Harian
11 Jun 2013
11 Jun 2013

Anggota polis memeriksa janin yang diletakkan di dalam bungkusan
di Masjid Jamek Gemereh, semalam.
SEGAMAT - “Maaf, saya sudah melakukan kesalahan yang amat berat. Minta
tolong imam kebumikan janin ini mengikut cara Islam,” itu antara isi
kandungan nota yang ditemui di dalam plastik hitam yang diletak di atas
tangga Masjid Jamek Gemereh, di sini, awal pagi semalam.
Mayat janin terbabit ditemui oleh Isa Md Amin, 65, noja masjid yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan rumah ibadat berkenaan selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Isa berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perkara yang ganjil pada bungkusan berkenaan kerana menganggap itu hanyalah sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung masjid.
“Namun, saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada bungkusan hitam berkenaan apabila terpandang nota tulisan tangan yang ditinggalkan di dalam beg tersebut dan ketika itu saya mula terhidu bau yang kurang enak.
Mayat janin terbabit ditemui oleh Isa Md Amin, 65, noja masjid yang ditugaskan untuk membersihkan kawasan rumah ibadat berkenaan selepas menunaikan solat Subuh secara berjemaah.
Isa berkata, dia tidak mengesyaki sebarang perkara yang ganjil pada bungkusan berkenaan kerana menganggap itu hanyalah sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung masjid.
“Namun, saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada bungkusan hitam berkenaan apabila terpandang nota tulisan tangan yang ditinggalkan di dalam beg tersebut dan ketika itu saya mula terhidu bau yang kurang enak.
SPR dah mula dok pikiaq nak 'kucai' kerusi Parlimen & Dun..!!
Bilangan kerusi Parlimen, Dun dijangka berubah
JAMILAH HAMZAH
10 Jun 2013
10 Jun 2013

Abdul Aziz Mohd Yusof
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan persempadan
semula yang akan dilaksanakan bermula tahun ini bakal merubah bilangan
kawasan Parlimen dan Dun di negara ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ekoran daripada proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar khususnya, pembukaan Parlimen baru perlu dipertimbangkan.
"Ya, Parlimen Batu, Parlimen Bandar Tun Razak dan banyak lagi yang kita akan pecahkan kepada beberapa kawasan lain untuk elakkan daripada menjadi 'hang'.
"... akan lebih kawasan Parlimen daripada 222... kita juga akan jadikannya ganjil bukan genap.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ekoran daripada proses pembangunan dan migrasi yang banyak berlaku di kawasan-kawasan bandar khususnya, pembukaan Parlimen baru perlu dipertimbangkan.
"Ya, Parlimen Batu, Parlimen Bandar Tun Razak dan banyak lagi yang kita akan pecahkan kepada beberapa kawasan lain untuk elakkan daripada menjadi 'hang'.
"... akan lebih kawasan Parlimen daripada 222... kita juga akan jadikannya ganjil bukan genap.
Insya'Allah.. boleh naik aihh naik bantuan dari RM150 tuu.. kan negeri Kedah dah 'senang'...!!
Rayu naik jumlah bantuan
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2013
10 Jun 2013

Mohd Zaidi disamping abangnya, Mohd Zahid Hasim.
KUPANG - “Saya tiada pendapatan lain, hanya harap bantuan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) semata-masa selain bantuan adik beradik
lain,” kata bekas pemandu van kilang dari Kampung Ketemba yang kini
menderita penyakit buah pinggang dan kencing manis sejak beberapa tahun
lalu.
Mohd Zaidi Hasim, 43, penyakitnya itu semakin teruk pada tahun 2008 dan kini hanya mampu menghabiskan masanya dengan rawatan susulan.
Menurutnya, dia runsing memikirkan soal kewangan berikutan dia masih mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah berusia 10 sehingga 17 tahun.
“Alhamdulillah, JKM telah meluluskan bantuan sebanyak RM150, dengan wang itulah digunakan untuk keperluan dapur, perbelanjaan sekolah termasuk kos rawatan saya.
“Adik beradik ada yang bantu, tapi mereka pun ada keluarga, ada tanggungan, sampai bila saya nak harap pada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohd Zaidi Hasim, 43, penyakitnya itu semakin teruk pada tahun 2008 dan kini hanya mampu menghabiskan masanya dengan rawatan susulan.
Menurutnya, dia runsing memikirkan soal kewangan berikutan dia masih mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah berusia 10 sehingga 17 tahun.
“Alhamdulillah, JKM telah meluluskan bantuan sebanyak RM150, dengan wang itulah digunakan untuk keperluan dapur, perbelanjaan sekolah termasuk kos rawatan saya.
“Adik beradik ada yang bantu, tapi mereka pun ada keluarga, ada tanggungan, sampai bila saya nak harap pada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.
Subscribe to:
Posts (Atom)