TERKINI :

Monday, June 10, 2013

Petronas tukaq logo pulak... berapa laa duit nak perabih pulak..?

Petronas perkenal logo versi baru



KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah memperkenal versi baru logo korporatnya, iaitu suatu langkah yang merupakan sebahagian daripada rancangan seluruh kumpulan untuk memperkukuhkan lagi potensi tampak ikon korporatnya.

Logo korporat baru itu, yang diperkenalkan pada Persidangan Minyak dan Gas Asia ke 17 2013 di sini hari ini, menyaksikan "wajah dan suasana" baharu dirangkumkan ke dalam logo 'titisan minyak' asal Petronas untuk mencerminkan ekspresi tampak kedudukan dan konsep baharu Petronas Group.

Adik PM puji CEO Asia X




Setelah hangus disalai dan diserang bertubi-tubi kerana bercakap mengikut fikirannya mengenai Utusan Malaysia, Azran Osman Rani hari ini mendapat pujian yang tinggi daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, yang memuji cara berterus terang Ketua Pegawai Esekutif AirAsia X sebagai "tanda mercu seorang pemimpin".

Kapten syarikat penerbangan bajet jarak jauh, yang akan membuat penampilan pasaran bulan depan, telah menjadi sasaran keras dan ganas dari para simpati Umno kerana isu beliau mengkritik akhbar Utusan Malaysia bulan lepas, selepas keputusan PRU 13 mengenai satu tajuk " APA LAGI CINA MAU".

Nazir, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, bank utama bagi penyenaraian AirAsia X papan utama bursa Malaysia, memuji Azran sebagai bertindak pada kepercayaannya untuk bercakap nserta melakukan perkara yang betul.

"Itu adalah tanda seorang pemimpin," kata Nazir pada majlis pelancaran prospektus AirAsia X di sini pagi ini.

Tunku, Hussein juga bekas Presiden UMNO, tidak pula sibuk macam...

OLEH aSPAN aLIAS

Kian hari kian ternampak dengan jelas yang ‘ringgit dan sen’ merupakan elemen penting yang menentukan samada satu-satu negara itu mampu untuk mewujudkan politik yang bersih untuk masa depan negara yang aman. Kadangkala kita menjadi hairan kenapa ada sesetengah orang yang pernah menjadi pemimpin penting kembali sibuk berpolitik setelah bersara begitu lama.

Rupa-rupanya yang membuatkan mereka ini sibuk kembali untuk mempengaruhi politik negara ini untuk memberikan keuntungan atau perlindungan kepada kerja-kerja mereka lakukan secara tidak betul semasa berkuasa dahulu. Semuanya mempunyai kepentingan peribadi dan mempunyai ‘stake’ yang begitu besar jika politik negara tidak menyebelahi kemahuan mereka. Dulu saya bertanya kepada diri saya sendiri dan juga kepada rakan-rakan kenalan yang faham tentang politik negara ini.

Kenapa Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn tidak sibuk bercakap politik apabila bersara walaupun mereka mempunyai ‘preferences’ mereka sendiri dalam politik ini. Adakah latar belakang dan cara mereka dibesarkan oleh keluarga mereka itu yang membezakan di antara dua orang pemimpin yang berbeza nilainya?

Senarai Kawasan Parlimen Yang Akan Di Failkan Petisyen Oleh PR

Pakatan Rakyat (PR) akan memfailkan 24 petisyen membabitkan 24 kerusi Parlimen Pilihan Raya 2013 di seluruh negara minggu ini. Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata PR juga akan turut memfailkan 10 lagi petisyen pilihan raya membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Daripada keseluruhan jumlah petisyen kerusi Parlimen itu, 19 daripadanya adalah daripada PKR, dan baki masing-masing empat bagi PAS dan dua bagi DAP.

“Satu petisyen membabitkan jumlah RM10,000 untuk petisyen dan RM5,000 bagi urusan pemfailan kes, justeru kami memerlukan sekitar RM1.5 juta bagi kesemua petisyen,” kata Rafizi kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.

Janji di Tepati - Rakyat sudah senang sebab itu ramai beli kereta GOLF & PEUGEOT...??

Motokar terpilih saja turun harga
Oleh Subky Latif




Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU13 pada 5 Mei lalu, tentu kita sudah tahu bila semua motokar akan turun harga dan berapa angaran harga kereta pilihan masing-masing.

Kita tahu tidaklah hari ini menang, esok harga motokar itu akan turun seperti yang Pakatan Rakyat janjikan tentang harga minyak. Tetapi ia sudah boleh beritahu bila cukai eksais itu akan dibatalkan dan bila mula motokar murah itu boleh dibeli.

Tentulah tidak berbangkit lagi cukai itu akan dimansuhkan apabila Putrajaya tidak dapat diambil. Kita boleh lupakan ia sekurang-kurangnya hingga PRU14 nanti.

Harga itu tetap berbangkit apabila BN yang tidak mahu menggunakan panggilan manifesto ke atas janji pilihan rayanya, bahkan memanggilnya akujanji, meniru semangat manifesto Pakatan untuk memurahkan secara umum motokar yang baru dibeli.

Tidak dijanjikannya cukai eksais akan dihapuskan, tetapi harga baru itu akan dikurangkan antara 20 hingga 30 peratus.

Antara isu KUIN...dan Ulama Tak Buat Kerja...!!!!

Blog anaksengat.blogspot.com

Berita tentang KUIN yang dilaporkan akan di swastakan sangat menyedihkan. Alasan yang dikatakan tiada keuntungan malahan terpaksa menanggung kos  melebihi 300 juta jelas menggambarkan bagaimana bentuk berfikir Menteri Besar baru Kedah. Frame berfikirnya adalah wang.... angka... tanpa mempedulikan hasil modal Insan yang dihasratkan oleh Tan Sri Azizan Razak bekas menteri Besar Kedah sebelumnya...

Sebagaimana yang pernah saya tulis sebelum ini, betapa frame atau kerangka berfikir sangat mempengaruhi tindakan dan persepsi manusia. Oleh kerana kerangka berfikir Mukhriz adalah keuntungan angka, maka itulah hasil tindakan dan persepsinya terhadap pembangunan KUIN yang diusahakan oleh Kerajaan PAS-PR di Kedah. Mungkinkah kerangka berfikir Lim Guan Eng lebih baik dari Mukhriz kerana LGE berpendapat para Hufaz akan menghasilkan keuntungan kepada Pulau Pinang kerana para Hufaz adalah orang baik yang tak akan merugikan kerajaan...

Akhir akhir ini serangan kepada Ulama dalam PAS dengan tuduhan tidak buat kerja di dendangkan semula. Bila ada Ulama yang menjawab, mereka kata tak boleh ditegur... Habis tu...biar dibelasah dan sabar...?? Ya.. itulah kemahuan mereka dan pewaris pemikiran penjajah dan anti Ulama... SABAR...

Muhyiddin perlu buang sifat ‘lidah bercabang’

dari Harakahdaily, 10 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu membuang sifat ‘lidah bercabang’ memandangkan ugutan terbukanya yang mewakili kerajaan minoriti 47% untuk menghukum majoriti 51% pengundi sebenarnya menggugat institusi-institusi utama negara ini.

“Kita hairan melihat bagaimana Muhyiddin boleh menunjukkan sifat ‘lidah bercabang’ beliau dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali bertentangan dalam majlis yang sama, iaitu majlis penghargaan pengundi BN di Kundang Ulu, Johor,” kata Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang.

Katanya, walaupun Muhyiddin mendakwa para pengundi Malaysia telah menyampaikan mesej yang jelas dalam PRU13 bahawa mereka mahu kerajaan bersikap lebih tegas dan jelas dalam mempertahankan institusi-institusi yang penting di negara ini, “menguatkuasakan undang-undang, menegakkan perlembagaan, memerangi jenayah secara berkesan dan membasmi rasuah,” Muhyiddin kemudiannya membatalkan sama sekali semua sentimen itu.

Janji 100 Hari Pemerintahan BN di Kedah - 5 buah pusat hiburan & karaoke akan ditutup..!!

 
Semoga sahabat kami ALOQ STAQ blog berjaya menyuruh MUKHRIZ menutup pusat hiburan yang telah anda senaraikan ini... Al maklumlah kami dulu GAGAL nak menutupnya jadi sekarang kami serahkan kebujaksanaan ANDA untuk menutupnya....

Tak yah tutup semua yg dok ada dalam KEDAH nie untuk 100 hari pertama tutup yang 5 buah anda senaraikan ini sudah cukup sebagai bukti kejayaan anda.... Jika tidak 2X5 jaa PAS dengan UMNO...

Dr Dzulkefly & Teresa dinamakan Peg. Perhubungan Politik Kerajaan Negeri Selangor

Dzulkefly wakili Pas di Pejabat MB
Wartawan Sinar Harian
10 Jun 2013
Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Pas Selangor mencadangkan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, pelantikan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan parti dalam mesyuarat Pas Pusat dijalankan semalam.

Abdul Rani berkata, pelantikan Dzulkefly berdasarkan pengalaman beliau sebagai ‘orang lama’ dalam kancah politik di Selangor.

Menurutnya, Dzulkefly merupakan calon paling layak untuk memegang jawatan itu kerana sebelum ini beliau tahu mengenai apa berlaku di negeri ini.

Adakah Undang-Undang negara bersifat "Apartheid"...satu untuk UMNO dan satu lagi pembangkang?

Anak Muda ingin bertanya....tolong jawab!

Timbul di pemikiran kita tentang penghinaan terhadap Raja-Raja Melayu.

Antaranya : Adakah jika UMNO yang melakukan perkara tersebut, maka ianya sesuatu yang HALAL TOYYIBAH?

Adakah jika UMNO yang melakukan perkara tersebut, maka ianya sesuatu yang DIPERBOLEHKAN?

Dan jika rakyat marhein lakukan dengan automatik kita labelkan mereka penderhaka, kita buru mereka, kita dakwa mereka atas Akta Hasutan ?

Apa kesudahan cerita tentang kes "Natang" dan isu penolakkan Istana terhadap calon-calon UMNO bagi kerusi MB Terengganu dan Perlis pada tahun 2008 ?

Itu belum lagi kisah "kehebatan" Mahathir "menelanjangi" Raja-Raja Melayu ?

Dan adakah perundangan kita bersifat seperti " Apartheid" iaitu satu untuk UMNO dan satu lagi untuk rakyat marhein dan pembangkang?[Blog Sahabat]

Kes bunuh letop macam nie pon hangpa boleh dok main aci..haru sungguh..!!!

Mahkamah benarkan permohonan perbicaraan silap bekas polis kerana membunuh Altantuya
Oleh Ida Lim
June 10, 2013

PUTRAJAYA, 10 Jun – Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan oleh bekas polis Sirul Azhar Umar untuk membuat rayuan terhadap hukuman kerana membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu (gambar) pada tahun 2006 atas alasan baru terdapat perbicaraan silap.

Peguam Sirul, Kamarul Hisham mengatakan mereka kini memohon pengisytiharan keputusan 2009 sebagai perbicaraan silap berdasarkan dua alasan yang baru dan berkaitan, iaitu publisiti meluas dan bahaya keadilan hakim Mahkamah Tinggi telah terjejas disebabkan oleh publisiti tersebut.

“Kami telah mengemukakan permohonan pagi ini. Permohonan adalah untuk memasukkan dua alasan baru dalam petisyen rayuan.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah.

Kamarul berkata, beliau akan memfailkan permohonan itu bermula esok.

Adakah iman pimpinan negara sama nilai iman antara Kopiah, Seposen & Sejuta..???

IMAM MUDA Asyraf

Dalam minggu ini sudah 5 kali saya ulang alik ke KLIA. Terasa macam pramugara. Tp harus sedar diri. Tak cukup inci.

Satu peristiwa yg membuatkan saya begitu kagum dgn seorang brader yg sy temui di surau KLIA.

Dlm salah satu harinya, sy solat di surau trsebut. Kemudian sy berselisih dgn seorang brader yg keluar dr surau dgn memakai kopiah. Kemudian terus masuk ke surau tanpa pedulikan beliau. Namun, ketika sy pergi ke rak buku di surau tersebut, sy terlihat tergantungnya beberapa kopiah yg seakan2 menyamai kopiah yg dipakai brader sebentar td. Dlm hati sy terfikir, "Entah2 brader tu curi kopiah surau"...
Namun, sy cuba perbetulkan sangkaan sy. Mungkin itu kopiah beliau sendiri.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah lama tiada, kenapa disebut-sebut lagi?

oleh Aspan Alias
 
Akhir-akhir ini ramai yang bercakap tentang Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang memberikan keistimewaan untuk Bumiputra bagi membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa dinegara ini. Matlamatnya hanya satu iaitu untuk mencapai perpaduan kaum kerana isu pembahagian kekayaan negara merupakan satu isu yang dilihat sebagai penyebab berlakunya tragedi 13 Mei empat puluh tiga tahun dahulu.

Menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum serta menghapuskan cara mengenali sesuatu kaum itu melalui fungsi ekonominya merupakan teras DEB melalui tindakan ‘social and economic engineering’ yang teratur dan tersusun telah dilakukan dengan baik pada awalnya. Hasilnya tercapailah satu lagi matlamat untuk mengurangkan jurang perbezaan pendapatan diantara yang berada dan tidak berada.

Selalu blog ini mengingatkan kejayaan awal itu. Dari 2.7 peratus pegangan kekayaan negara oleh Bumiputra pada tahun 1970 dahulu, orang Melayu telah mencapai ketahap 18.4 peratus kekayaan itu pada tahun 1984 dahulu. Barang diingat pegangan kekayaan oleh Bumiputra itu adalah termasuk harta yang dimiliki oleh agensi-agensi kerajaan yang berkepentingan Bumiputra.

Prof Agus juga mendesak Pengerusi & Timb. Pengerusi meletak jawatan

Mohammad Agus Yusoff

Saya tidak sependapat dengan kenyataan Timbalan Pengerusi SPR yang menyatakan SPR telah menjalankan kerja dengan baik dalam mengurus pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Pada saya SPR gagal.

Jika SPR berjaya, maka untuk apa PM mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa khas terdiri dari Ahli Parlimen daripada semua parti politik bagi mengawal selia kredibiliti dan integriti SPR pada 1 Jun 2013. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, PM tidak akan membuat pengumuman sedemikian. Saya yakin jika SPR berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tidak akan berlaku bantahan dan perhimpunan 505 seperti yang berlaku sekarang ini.

Bagi saya, jika sekadar menyediakan dakwat kekal pun gagal dilaksanakan dengan baik, jika sekadar menyediakan daftar pemilih yang bersih gagal dilaksanakan dengan baik, maka saya kira sudah sampai masanya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan.

Cumanya, yang saya tidak faham dengan pengumuman PM ini ialah kenapa perlu ditubuhkan jawatankuasa untuk memantau SPR? Saya kira tidak perlu jawatankuasa untuk memantau SPR kerana SPR adalah sebuah badan bebas. Yang kita perlu sekarang ialah anggota SPR yang boleh bertindak cekap untuk mengurus pilihan raya yang adil dan bebas. Itu yang kita belum ada!

Bila MAHATHIR bicara songsang..!!!

BILA MAHATHIR KUTTY BICARA SONGSANG, JADILAH LIDAH KUIH LAPIS KUIH KACANG. KINI umNO(Baru) TIDAK BERMAYA
Posted by al 'awab at 9:17 PM

RENCANA OLEH: IBN ABDULLAH ALAWAB
26 REJAB 1434H (RABU) 5 JUN 2013

Rakyat negara juga pengundi pada PRU13 pada 5 Mei 2013 hari Ahad bulan lepas,
baik penyokong minoriti bN 47% yang dihetong bersekali pengundi import bN spesis dari
CIDB. Kepentingan pengundi CIDB samalah seperti pentingnya pemain import bola sepak dari
negara luar untuk menguat dan perkasa bolasepak pro negeri negeri mengikut keperluan
dan kemampuan.

Sekalipun umNO(Baru)bN tempang tampil tuboh kerajaan pusat di Putrajaya, tetapi bN dan
DS Najib Rosmah dalam keadaan terpinga-pinga tercungap ngap. Keheranan kerana mampu
menang dalam PRU13. Makanya DS Najib Rosmah terlerailah buat seketika penangan
perasaan panit dan takut keranamu undi awal dan ramuan herba lain yang disaji oleh SPR
menjadi value add nilai tambah undi kepada calun-calun umNO(Baru) dan bN tempang
diselamatkan dari menjadi pembangkang baru negara.

Postmoterm sampai kelubang cacing tengok pasaipa PAS Kedah kalah TKO nie..!!!

Postmortem PAS akan umpama Siasatan Di Raja

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menyifatkan Jawatankuasa Postmortem Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) umpama Siasatan Di Raja (RCI).

Beliau yang ditemui sidang akhbar di Ibu Pejabat Agung PAS pagi ini menjelaskan jawatankuasa tersebut akan menyiasat secara menyeluruh tentang perjalanan PRU13 dalam isu penipuan dan juga pertindihan kerusi.

"Kita akan membuat siasatan menyeluruh apa yang berlaku pada PRU13 iaitu dari segi kekalahan, penipuan termasuk juga pertindihan kerusi.

"Jawatankuasa ini umpama RCI yang akan menyiasat secara terperinci, siasatan secara mendalam dan kita akan bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang belaku agar ia menjadi pengajaran pada masa akan datang," jelasnya yang juga Timbalan Pengerusi JK Postmortem yang ditubuhkan PAS.

Bolehkah puak UMNO REDHA sekiranya anak perempuan mereka kena 'ROGOL'...??

Bolehkah mangsa curi redha – TG Nik Aziz

KUALA LUMPUR: “Jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya?” tanya Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu menulis demikian di Facebooknya sebagai respons kepada seorang pemimpin Umno Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya baru-baru ini.

“Saya membaca Sinar Harian hari ini yang memuatkan kenyataan seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mengajak Pakatan Rakyat menerima sahaja keputusan pilihan raya, usahlah dipersoalkan lagi ketelusannya.

“Saya terfikir, jika seorang pencuri mengajak mangsa redha dengan kecurian dan tidak perlulah lagi berusaha mendapatkan lagi haknya, bolehkah mangsa tersebut redha?” tulis beliau.

Apa dia MCA oi.. alang-alang nak tolak baik tolak terus.. nie bunyi macam nak terima jaa..!!!

MCA Kedah tidak sertai kerajaan sehingga selesai pemilihan
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
9 Jun 2013
MCA Kedah tidak sertai kerajaan sehingga selesai pemilihan Itt Chew (kiri) berbual dengan Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (kanan) sambil disaksikan oleh Naib Presiden MCA, Datuk Seri Chor Chee Heung (tengah), semalam.
 
ALOR SETAR - MCA Kedah belum boleh menerima jawatan Exco Kerajaan Negeri sehingga selesai pemilihan jawatankuasa yang baru.

Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, pihaknya terpaksa menunggu sehingga selesai pemilihan pada bulan Disember sebelum membuat keputusan.

“Setakat ini, kita tidak menyertai kabinet dan kerajaan.

"...tetapi selaku parti komponen, saya ucapkan tahniah kepada Umno sebab menang dengan prestasi yang baik untuk kembalikan kuasa di Kedah pada PRU13,” katanya pada sidang media di majlis kesyukuran kemenangan BN peringkat Parlimen Alor Setar, di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, hari ini.

Siapakah ketua pembangkang dalam DUN KEDAH..???

Mahfuz enggan campur pemilihan Ketua Pembangkang Dun Kedah
ROSLINDA HASHIM
8 Jun 2013
Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
ALOR SETAR - Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mencampuri urusan pemilihan calon PR sebagai Ketua Pembangkang Dun Kedah.

Beliau berkata, perkara itu diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan semua Adun PR untuk memilih calon layak dan sesuai menerajui PR selaku pembangkang setelah tewas dalam PRU13 lalu.

“Saya serahkan kepada Adun PR tentukan siapa paling layak,” katanya.

Mahfuz berkata, walaupun menerajui Pas Kedah, namun sebagai ahli parlimen, beliau tidak terlibat dalam persidangan Dun dan mengambil sikap berkecuali.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...