TERKINI :

Sunday, June 9, 2013

Disebalik pertemuah 4 mata NURUL IZZAH & MARINA [GAMBAR]


 

Bila lagi DUIT PETRONAS handak di AUDIT oleh JAB. AUDIT NEGARA..???

PAS cadang Jabatan Audit Negara audit Petronas
Oleh Md Izwan
June 09, 2013

KUALA LUMPUR, 9 Jun — Jabatan Audit Negara dicadang menjalankan siasatan audit ke atas Petronas, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr. Dzulkefly Ahmad (gambar) hari ini, di samping mengkritik Petronas dan Datuk Paul Low kerana tidak faham punca utama kejatuhan Malaysia dalam kajian ketelusan pengurusan pendapatan.

Dzulkefly berkata hanya agensi tersebut mampu menentukan ketelusan syarikat petroleum negara tersebut, serta laporan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan.

“Kami cadangkan audit dijalankan oleh Jabatan Audit Negara, disokong oleh pasukan teknikal yang bebas dan berkelayakan.

“Laporan penuh perlu diketengahkan di Parlimen untuk ia dibahaskan,” kata Dzulkefly dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Bekas ahli Parlimen Kuala Selangor itu kemudiaan mengkritik Low kerana tidak memahami punca utama Malaysia jatuh dalam senarai Resource Governance Index (RGI) tersebut dengan menyalahkan perjanjian Petronas di luar negara yang tidak didedahkan.

[Kisah benar] DAP punya pukulan... Cina Penang buat kerja hilang akal kepada Masjid di Penang..!!

(Kisah Benar)

(Kisah Benar)

Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.

"Ni untuk bulan Ogos, dia kata kalau berniaga untung lagi, bulan September nanti dia bagi lagi," sahabat saya menambah.

Allah Allah. Semoga Allah memberi hidayah kepadanya.

Kepada para sahabat, ayuh. Kita sama sama ambil iktibar. Jadikan apa yang saya lalui untuk memberi keazaman kepada kita untuk terus menyumbang untuk agama kita.

Moga Allah merahmati kita semua. Amin...

Wassalam
Pg tadi, sahabat saya menunjukkan satu resit kepada saya.

"Saudari, nak tengok x? Jangan terkejut plak.." kata sahabat saya sambil menghulurkan resit Masjid Al Islah Permatang Tok Mahat kepada saya.

Nama Penderma: Cheng Sin Enterprise. Jumlah RM500. Tujuan : Wakaf Bil Eletrik Dan Air Masjid. Subhanallah..... Orang bukan Islam pun hari ini sudah pandai menderma kepada Masjid...

"Ni baru satu, ada 3 resit kat saya semuanya. RM500 lagi untuk Masjid Hijau Kg Kedah, RM500 lagi untuk Surau Simpang 4, Kg Kedah," kata sahabat saya kepada saya.

"Masya Allah. Banyaknya. Sampai RM1500 dia sumbang," saya mencelah.

Nah sapa suruh hangpa TAK SOKONG BN...!!!!!!!!!!???????????


Mat Sembab ni, semakin rasis. Sesekali keluar berita, sama naik merapunya dengan si Maharasis. Langsung tak sebut orang Cina mendokong BN.

Najib yang memperkenalkan istilah 'tsunami Cina' pun mengalah, bila memilih 11 orang Cina (daripada 47) menerima gelaran 'Tan Sri' sebagai penghargaan atas sokongan mereka kepada umno/BN sebelum PRU-13 yang lalu. 

Pembetulan ye Mat Sembab.. bukan sebahagian besar Melayu mendokong BN sebaliknya sebahagian yang semakin besar orang Melayu yang cerdik, telah menolak BN. Di Johor tu, bukan sikit orang Melayu yang sudah bijak, telah menolak umno/BN. Jangan dok perasan sangatlah.

Melayu sembab saja yang masih menyokong BN.. Itupun dah ada yang mula berani menyumpah seranah pemimpin umno dan BN apabila sudah rasa tertipu dengan tindak-tanduk umno/BN selepas tamat PRU-13 yang lalu.

Agaknya si Mat Sembab ni lupa, hanya 47% saja rakyat yang memberikan undi kepada umno/BN. Yang majoritinya sudah menolak umno/BN. Apa pulak penyakit hendak membeza-beza dan mengkastakan Rakyat Malaysia? Awak tu dah angkat sumpah menjadi Timbalan Perdana Menteri berkhidmat untuk umno/BN saja ke?

Benarkah Menara Jam Besaq di MEKAH itu salah satu tanda-tanda Qiamat..???

Tahu ini? Senyum

Tahu ini? Senyum

  • Muhammad Hidzir Yahaya New Menara Abraj Al-Bait atau dikenali sebagai “Menara Jam Diraja Mekah”....Menara tersebut merupakan ke 8 tertinggi didunia buat masa ni...juga salah 1 tanda kiamat

    Daripada Umar bin al-Khattab r.a.... Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang
    Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.|

    Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing (berbangga-bangga) menegakkan dan meninggi-ninggikan binaan.wallahualam..
  • Arif Islam Al-Jalil tanda kiamat sebelah masjidil haram...

J/Kuasa PAS Pusat bersetuju PAS menyertai Perhimpunan di Padang Merbok 15hb nanti

Mat Sabu: PAS sertai himpunan 15 Jun
Zulaikha Zulkifli


Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada 15 Jun ini.

Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.

"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Apa macam geng-geng kat KUIN.. tak nak demo lagi kaa..?

Oleh: senik

"Assalamualaikum,,

Berita yang sayup sayup kedengaran, Kerajaan baru Kedah di bawah pimpinan MB Mukhris Mahathir mahu swastakan KUIN dan diberitakan sebahagian staff KUIN masih belum menerima gaji bulan May mereka setakat 7hb Jun. Hanya selepas kerajaan bertukar tangan pada bulan May, staff KUIN sudah bermasalah menerima gaji mereka sedangkan lima tahun PAS pegang Kedah tak pernah sebulanpun staff KUIN tidak menerima gaji.

Kalau dulu pelajar dan staff KUIN adakan demostrasi terhadap bekas MB kerana beberapa masalah, bagaimana pula kali ini. Dengan dua isu yang lebih besar dari isu dahulu, tidak patutlah pelajar dan kakitangan KUIN berdiam diri.

Ada suara meminta PJ PAS yang baru turun padang membela KUIN walaupun PJ yang lama dulu dibantah dalam demostrasi. Setakat ini belum kedengaran suara PAS yang tampil membela tindakan licik kerajaan BN negeri menyelesaikan masalah KUIN dengan mengambil jalan mudah, menswastakannya.

Bumi Johor sudah tergadai kepada 130,000 warga asing... Tahniah UMNO...!

Aduhai..memang betoi la dok nyanyi lagu ANAK KECIL MAIN API.... BUMI DI PIJAK MILIK ORANG.... 

Baru tau rupa-rupanya 130,000 org warga asing miliki hartanah di Johor... itu baru di Johor.. macamana dengan negeri lain.... pakat tanya dalam DUN laa nanti noooo...


BN berjaya dengan mempotretkan PR di mata rakyat mengikut acuan mereka..!!


Rasisme bakal hiasi rancangan 5 tahun BN

Selepas BN menghadapi prestasi buruk pada PRU12 mereka telah melakukan pelbagai perkara untuk memulihkan sokongan bagi mengekalkan kemenangan pada PRU13.

Slogan 1Malaysia dan transformasi yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Tun Razak berlaku dalam tempoh lima tahun. Pelbagai perkara yang tidak pernah muncul di zaman sebelum PRU12, khususnya program-program untuk 'membeli undi' atas nama 1Malaysia, dihadirkan di zaman Najib menjadi Perdana Menteri.

Apa yang menarik dalam masa lima tahun juga ialah bagaimana Pakatan Rakyat dipotretkan oleh BN di kalangan rakyat, ia juga satu 'kejayaan' bagi BN yang menguasai sepenuhnya media utama negara. Antaranya:

Parti KeADILan menghadapi kehancuran yang sangat teruk. Berbondong-bondong para pemimpin utama parti, termasuk ahli-ahli Parlimen dan ADUN keluar parti beramai-ramai. Banyak nama-nama besar dalam keADILan meninggalkan parti hanya dalam tempoh lima tahun tersebut, berbanding dua penggal PRU sebelum itu. Perkelahian dalaman sepanjang pemilihan parti tersebut juga diserlahkan dengan bukti-bukti yang jelas.

SPR KANTOI - ubah dua kali keputusan penuh PRU13

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dua kali mengubah keputusan penuh pilihan raya ke 13 apabila undi yang hilang sudah menjadi 53, 045 undi selepas diubahsuai (Corrigendum) pada 22 Mei 2013.

Sebelum diwartakan iaitu keputusan pada 5 Mei 2013 undi hilang adalah 65,286 undi manakala selepas warta pada 22 Mei 2013 adalag 53,045 undi.

Undi hilang adalah jumlah kertas undi yang tidak dimasukkan ke dalam tong undi selepas ia dikeluarkan kepada pengundi.

"Yang menghairankan saya bagaimana boleh keputusan pru13 berbeza dengan pengumuman pegawai pengurus pada hari pengundiaan 5 mei 2013," kata seorang pengundi yang membuat kajian terperinci mengenai perkara ini, Mohd Azlan Mohd Sharif.

Menurutnya, alasan tidak rasmi oleh SPR (yang diberitahu wartawan kanan kepada beliau) iaitu kerani tersalah masuk data atau salah kira akibat salah tekan kalkulator.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...