TERKINI :

Saturday, June 8, 2013

UMNO kembali dengan ragam lamanya

oleh Aspan Alias

Presiden Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO, Tan Sri Aziz Shamsuddin, berkata Najib dan Muhyiddin tidak perlu ditandingi sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Pandangan beliau selari dengan pandangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaludin baru-baru ini. Naib Presiden, Ahmad Zahid Hamidi juga berpendapat begitu.

Tan Sri Aziz berkata kedua-dua Presiden dan Timbalan Presiden itu sudah elok dan yang perlu hanya untuk diperbaiki UMNO itu sahaja. Bagi jawatan-jawatan selain dari Presiden dan Timbalan Presiden itu, bolehlah dipertandingkan. Saya pula berpendapat elok semua kerusi jangan dipertandingkan jika itu menjadi masalah kepada semua yang sedang menyandang jawatan dalam parti. Senang, tidak payah bergaduh-gaduh lagi.

Elok kita bertanya kepada TS Aziz, apa yang perlu diperbaiki dalam UMNO itu? Persoalannya lagi siapa yang hendak memperbaiki UMNO itu? Apakah Tan Sri Aziz tahu apakah yang hendak diperbaiki itu? Saya tidak yakin ada diantara pimpinan hari ini tahu apakah yang perlu diperbaiki kerana merekalah yang menyebabkan UMNO itu menjadi kucar-kacir pada hari ini. Bagaimana mereka yang melakukan kucar-kacir itu boleh memperbaiki keadaan parti itu?

Ada orang PAS Berdoa semoga Kedah kalah lagi pru14!!!!!


Belum berlawan dah mengaku kalah, baik tak yah bertanding!

Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Perumpamaan sebuah pasukan bola sudah mengaku kalah sebelum tiupan wisel pertama lagi, natijahnya kalahlah jawabnya, begitu juga kalau perlantikan Mahfuz sebagai PJ dianggap tidak akan membawa Kedah kembali kepada PAS/PR maka tak payah bertandinglah PAS Kedah kerana najitahnya akan kalah jua, begitu juga kalau MB Kelantan yang baru dianggap akan gagal mempertahankan Kelantan maka tunggulah masanya, PAS kembali menjadi pembangkang seperti dulu dulu.

Inilah barangkali natijah yang diingini oleh setengah penyokong PAS tapi sedar kah mereka bahawa dalam satu hadis Qursi, ALLAH berfirman yang antara lain maksudnya, ALLAH bertindak mengikut apa yang difikirkan oleh manusia.Atau kata orang orang lama (kalau disebut ulamak mungkin ada yang marah sebab ulamak lembab dalam politik) , kata kata seseorang itu adalah doa jadi berhati hati dalam berkata kata.

Kepada ULAMAK & PROFESIONAL dalam PAS...takyah berbalah... nama pun himpunan aman..!


Sabaq Hairie... awai lagi...depa tak luoa aihhhh...!


Kerajaan Kedah nafi nak swastakan Insaniah


Insaniah kekal milik Kedah


WARTAWAN SINAR HARIAN 8 Jun 2013 ALOR SETAR - Kerajaan negeri menafikan kolej universiti miliknya, Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) bakal diswastakan, seperti didakwa.

Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana mesyuarat sebelum ini, sebaliknya menegaskan Insaniah akan kekal menjadi milik kerajaan negeri selama-lamanya.

“Tidak ada cadangan untuk swastakan Insaniah setakat ini, walaupun umum mengetahui ia berdepan pelbagai masalah yang berlarutan sejak bawah pentadbiran PR,” katanya.

Menurutnya, pihaknya turut menafikan kerajaan negeri sudah membuat tawaran kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU) yang berminat untuk mengambil alih Insaniah.

Politik Melayu semakin hilang arah, punca


SITI FATIHAH AWANG 8 Jun 2013 KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus melahirkan kesedihannya terhadap senario politik Melayu kini dikatakan semakin berpecah belah dan tidak mengutamakan agenda yang seharusnya diperjuangkan.

Beliau yang berucap ketika kuliah mingguan di Medan Ilmu itu turut menyatakan masyarakat sepatutnya bersyukur dengan pemberian nikmat dari Allah SWT yang tidak pernah hilang dari bumi yang dimiliki-NYA.

“Al-Quran merupakan sesuatu pemberian yang berharga dari ALLAH SWT, orang Melayu yang tolak al-Quran tidak akan rasa nikmat itu, sebagai pemimpin, kita tidak boleh benarkan rakyat kita mati dalam keadaan yakin yang Islam itu ialah pecah belah, Islam huru-hara, hidup ini bersambung dengan mati, lepas mati kita hidup balik.

“Orang Melayu tolak Islam adalah biadab, duduk atas bumi Allah tetapi sombong dan angkuh dengan peraturan yang ditetapkan, bila kita jahil, kita tak kenal halal atau haram, kita duduk atas bumi ALLAH, semuanya milik ALLAH, hanya Nabi yang boleh beritahu kita semua ini,” katanya ketika ceramah di Medan Ilmu semalam.

Baguih latu Mat Bashah....baik beringat awai sebelum orang 'pecat'


Ahmad Bashah sedia lepas jawatan


WARTAWAN SINAR HARIAN 7 Jun 2013 ALOR SETAR - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah bersedia melepaskan jawatan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah jika diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), berkata, kedudukannya itu diserahkan kepada presiden parti atau majlis tertinggi untuk membuat keputusan.

“Saya tengok selepas pemilihan parti, jawatan itu akan diputuskan oleh presiden dan kemungkinan ada perubahan. Saya memahami di mana-mana pun keadaan itu berlaku.

“Saya memang dari dulu lagi bersedia, kita mesti memahami kedudukan bila semuanya sudah selesai selepas pemilihan di peringkat bahagian dan menteri besar pun kita ada.. jadi saya bersedia,” katanya kepada media selepas sambutan ulang tahun pertama kelahiran cucunya, Ameer Farish Fairuz di kediamannya, di sini semalam.

Di syaki emoat orang maut di kejadian jambatan runtuh di Penang

Empat dikhuatiri maut


SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS & ISKANDAR OTHMAN 7 Jun 2013 GEORGETOWN - Empat orang mangsa dipercayai tertimbus dalam runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang setakat laporan ini ditulis, tengah malam tadi.

Jurucakap polis berkata, runtuhan itu juga mengakibatkan laluan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu itu ditutup untuk semua kenderaan.

Awas!!! Ada orang dok menyamaq jadi polis dok merompak di area Sg Petani

Wanita dakwa disamun 'polis'

WARTAWAN SINAR HARIAN 7 Jun 2013 SUNGAI PETANI – Seorang wanita berusia 38 tahun mendakwa disamun sekumpulan tiga lelaki yang menyamar sebagai anggota keselamatan dalam kejadian di sebuah pasaraya dekat pusat bandar Sungai Petani 30 Mei lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Miss Loh berkata, ketika kejadian dia bersama anak lelaki berusia 12 tahun, bagaimanapun, anaknya berjaya melarikan diri sebelum memaklumkan kepada suaminya yang turut berada di pasaraya berkenaan.

Menceritakan kejadian, dakwanya, dia ditegur suspek yang menggunakan alasan bahawa mangsa disyaki terlibat dalam kes penagihan dadah dan perlu dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...