TERKINI :

Friday, June 7, 2013

Khalid Samad bidas puak2 yang suka hujah dengan menghukum...!


Respon Akhir: Isu Kota Damansara


InsyaAllah ini merupakan penulisan saya yang terakhir berkenaan isu KD. Hasil dari teguran dan pandangan saya berhubung isu KD, maka bermacam maklum balas dan cerita dongeng juga kedengaran berhubung diri saya. Maka saya akan cuba jelaskannya di sini. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. KS Diminta Keluar PAS dan Jadi Ahli PKR Kerana Tidak Wala’ dan Thiqah

Saya kira Zahid Hamidi dan Noh Omar pun akan turut berbangga dengan kenyataan sebegini.

Pendirian saya terhadap isu KD berdasarkan hujjah yang saya kemukakan. Kalau tidak setuju sekali pun, kemukakanlah hujjah balas bukan kenyataan kurang bijak sepertimana yang biasa dibuat pemimpin UMNO. Jika ingin ikut lojik hujjah sebegini, Qadi Syuraih sepatutnya diisytihar oleh Saidina Ali sebagai orang pro-Yahudi dan tidak wala’ dan thiqah kepada Khalifah! Atau Saidina Umar diisytiharkan oleh Amr Al-Aas sebagai pro-Qibti dan dituntut letak jawatan.

Awat meroyan pelik Mahadet sehari dua nie....gagal nak pejatuh Najib kot...?

Mahfuz anggap mental Dr M terganggu

Abdul Aziz Mustapha, 07 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat terganggu mental dan bercelaru fikiran kerana kesukaran memaksa Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, kata Datuk Mahfuz Omar.

"Apabila Dr Mahathir mendakwa himpunan-himpunan memprotes pilihan raya adalah urusan orang-orang Cina atau kerja orang-orang Cina, ia membuktikan bekas Perdana Menteri itu sangat terganggu mentalnya kerana masih tidak dapat merealisasikan apa yang dia mahu, iaitu memaksa Najib berundur.

"Penerusan kepimpinan Najib sangat mengganggu mentalnya," kata Mahfuz.

Keinginan Dr Mahathir supaya Najib berundur selepas pilihan raya mendapat liputan yang meluas sejak tahun lalu lagi.

Pesanan untuk PR KEDAH...pakat ambik kertas kemudian listkan...!


Kita mudah mencari kesilapan orang lain


Tuan Ibrahim Tuan Man, 07 Jun 2013

Kita mudah mencari kesilapan pada orang lain, adakah kita dapat mencari kesilapan pada diri sendiri?

Ambil sekeping kertas and tuliskan kesilapan kita. Kemudian, ambil lagi sekeping kertas lain, dan tulis kesilapan orang lain?

Berapa banyak kesilapan yang anda jumpa pada orang lain?

Apabila pada orang lain, kita mengkritik. Apabila kita sendiri, kita kata, tak mengapa, kita boleh cover.

Kita salahkan anak, salahkan orang terdekat, orang tersayang.

Jika kita mengkritik orang lain, siapa yang mengkritik kita?

Jika kita sangsi pada orang lain, siapa yang sangsi pada kita?

Aduhai Mahadet.. w/pun tahu umno itu lubang sampah..hang tetap ajak rakyat terjun sekali dengan hang


Dr M bagi anak makan nasi yang basi?

Abdul Aziz Mustapha, 07 Jun 2013

KUALA LUMPUR: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad memperdaya orang-orang Melayu mengundi Umno BN samalah seperti ayah tidak siuman yang memaksa anak-anaknya memakan makanan basi, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Dr Mahathir hakikatnya memperdayakan orang-orang Melayu mengundi Umno BN dalam pilihan raya 5 Mei lalu kerana beliau sudah tahu Umno tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

"Bekas Perdana Menteri bertindak seperti ayah tidak siuman yang memaksa anak-anaknya memakan makanan yang sudah basi, busuk dan kotor," kata beliau.

Malah, kata Salahuddin, bekas Presiden Umno itu sebenarnya mendedahkan pekungnya sendiri apabila menulis, "Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri".

"Sudah tersebar luas dan menjadi rahsia umum menjelang pilihan raya umum lalu bahawa Dr Mahathir berkata beliau lebih bimbangkan keselamatan anak-anak dan cucu-cucunya jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya itu.

Bina KUIN ibarat curah air ke daun keladi, bina pusat hiburan macam curah ayaq kat mana pulak Mukhriz?


Bila orang bina institusi pendidikan RM330 juta.. rugi, terbeban, tak bawa pulangan. Ibarat curah air ke daun keladi kata Menteri Besaq Kedah, Mukhriz Mahathir. Tempat menghasilkan ulamak, teknokrat, professional dalam pelbagai bidang untuk bangunkan negeri... itu rugi, tak untung.

Baru pegang MB tak sampai sebulan dah bawa masuk pusat hiburan terbesar di Langkawi bernilai RM1.2 billion. Siap nanti Mat Saleh Minah Saleh mai dari luaq negeri nak mandi manda, pakai spenda dua inci.. haktu untung ada pulangan. Orang kampung mai dari Naka, Sik, Baling mai tengok saja tempat tu dari luaq, yeelah melintas masuk saja tiga pat puluh ringgit.

Wahai rakyat Kedah.. hangpa Pikia
glaa Sendiri Nuuu.

Blog 'rasis' Dr M undang laporan polis, demo

Blog 'rasis' Dr M undang laporan polis, demo
 
Anggota Parlimen Alor Setar Gooi Hsiao Leung dan sekumpulan penyokongnya ini berhimpun di depan ibu pejabat polis daerah kawasan itu bagi membantah "serangan tidak adil" Dr Mahathir Mohamad terhadap pengundi Cina.

NONEGooi (dua dari kanan) berkata, beliau juga turut membuat laporan polis terhadap bekas perdana menteri berhubung laporan tulisannya di blog yang disifatkan sebagai tidak adil sama sekali.

"Mahahir mencadangkan bahawa orang Cina mengetepikan orang Melayu secara politik dan ekonomi, ia bukan hanya tidak masuk awal, tetapi ... sungguh tidak bertanggungjawab dan merosakkan, mengancam keharmonian kaum yang dikongsi semua bangsa," katanya.

Dr Mahathir semalam antaranya berkata sebahagian besar peserta perhimpunan negara selepas pilihan raya umum 5 Mei terdiri daripada golongan Cina -- perkembangan yang didakwanya akan menyebabkan polarisasi kaum lebih serius.

Dalam masa yang sama, katanya, orang Melayu akan terus disisih dari segi ekonomi dan politik.

Puas hati semua... Insaniah bakal diswastakan?

Wartawan Sinar Harian
7 Jun 2013
Insaniah Kuala Ketil.
Insaniah Kuala Ketil.
 
ALOR SETAR - Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) mungkin diswastakan apabila timbul desas desus bahawa kerajaan negeri membuka tawaran penjualan saham miliknya kepada beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, kerajaan negeri sudah membuat tawaran itu termasuk kepada Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Aimst dan Universiti Antarabangsa Al-Bukhary (AiU).

Difahamkan Universiti Selangor (Unisel) turut berminat untuk membeli Insaniah daripada kerajaan negeri.

“Rundingan masih berjalan. Penjualan ini didakwa ada kaitan dengan beban kewangan negeri berhubung pinjaman RM330 juta dengan Bank Islam bagi menampung kos pembinaan kampus induk Insaniah di Kuala Ketil,” katanya.

Menurutnya, anak syarikat Insaniah Holdings iaitu Insan Maya (Multimedia), Insan Fasih (Bahasa), Insan System (ICT), Insan Medic (Perubatan), Insan Hospitaliti (Perhotelan) dan Insan Bestari (Sekolah Antarabangsa) mungkin berkubur apabila ada cadangan tutup operasinya.    
  
“Apa nasib kakitangan bawah Insaniah Holdings jika ditutup. Mustahil untuk serap semua pekerja kepada Insaniah,” katanya.

Jika dok kekal puak SPR PRU13 pakai serah kat UMNO BN PRU14 nanti...


Hujah konkrit untuk pecat Wan Ahmad dari SPR

Posted on Friday, June 07 @ 08:52:33 MYT by paktam

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Semasa saya bercuti di Cameron Highland hujung minggu lalu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, menelefon saya beberapa kali. Talian kurang baik menghalang kami berkomunikasi dengan lancar. Saya jangkakan tentu ada hal mustahak yang mahu dikongsinya.

Beliau yang kembali menulis di Harakah dalam kolumnya, Membedah Demokrasi, menimbulkan soal bedah siasat PRU13. "Kita bukan saja boleh menyediakan hasil post mortem PRU13, malah sudah boleh menyiapkan laporan post mortem kekalahan Pakatan dalam PRU14," ujarnya. Saya mulanya agak kehairanan tetapi turut ketawa kecil apabila memahami makna tersirat.

Kerajaan negeri nak perbanyakkan rumah mampu milik


Rumah mampu milik diperbanyak


Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 5 Jun - Kerajaan negeri mempertimbangkan beberapa cadangan bagi melaksanakan rancangan pembinaan lebih banyak rumah mampu milik sebagai antara usaha mengatasi masalah pemilikan rumah dalam kalangan rakyat khususnya di luar bandar.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pihaknya sudah memulakan langkah dengan memperincikan perkara berkenaan termasuk membincangkannya dalam mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri (Exco).

Katanya, pembinaan lebih banyak rumah mampu milik membolehkan rakyat memenuhi keperluan dan impian mereka.

"Antara idea yang dilontarkan adalah untuk setiap daerah dikenal pasti sebidang tanah bagi tujuan itu dan kita akan mencari satu pendekatan yang mana rumah mampu milik ini dapat dibina mungkin dengan subsidi Kerajaan Persekutuan.

Kejadian susur keluar jambatan ke 2 P.Pinang runtuh


Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang runtuh


MOHD ISKANDAR OTHMAN 6 Jun 2013 BAYAN LEPAS - Jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang berhadapan dengan kilang Motorola di sini runtuh kira-kira jam 7.15 malam tadi.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada ‘ramp’ di bawah kerja-kerja pembinaan pakej 3A yang sedang giat dijalankan.

Beliau berkata, siasatan lanjut berkenaan punca kejadian sedang dijalankan dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan esok.

“Kita masih siasat punca kejadian dan JKSB akan keluarkan kenyataan berhubung kejadian ini selewat-lewatnya pagi esok,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, seorang saksi kejadian Zalali Mohamad, 30, berkata, kejadian berlaku begitu pantas dan beliau melihat beberapa kenderaan yang melalui jalan itu dihempap runtuhan berkenaan.

“Saya berada tidak jauh dari tempat kejadian dan tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat..apabila saya berpaling melihat jambatan itu saya nampak beberapa buah kenderaan dihempap runtuhan berkenaan.

Agong, Permaisuri berangkat ke Forum Perdana Diraja


6 Jun 2013 KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah malam ini berkenan berangkat ke Forum Perdana Diraja sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka di Istana Negara.

Forum bertajuk 'Menjunjung Kasih Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Mendaulatkan Institusi Diraja' itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dianjurkan Istana Negara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), forum itu disiarkan secara langsung di TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) turut dihadiri kira-kira 800 jemputan.

Gaji minimum untuk kaki tangan NAZA selesai..!


Kepena selesai gaji minimum


WARTAWAN SINAR HARIAN 6 Jun 2013 SUNGAI PETANI – Kesatuan Pekerja-Pekerja Naza (Kepena) selesai membincangkan isu gaji minimum dan difahamkan isu berkenaan sudah ditangani secara baik bersama pihak pengurusan.

Presidennya, Azman Mohamed berkata, masalah gaji minimum yang hangat diperkatakan sebelum ini berjaya diselesaikan antara pekerja dan pengurusan syarikat.

Menurutnya, ahli Kepena dinasihati supaya mengekalkan disiplin yang tinggi, sama-sama membantu pihak syarikat dalam menghadapi cabaran dan persaingan sengit dalam pasaran kereta sama ada menerusi pasaran dalam mahupun luar negara.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...