TERKINI :

Thursday, June 6, 2013

'BN sudah menang, apa takut lagi?

Oleh Selena Tay

"Rampasan akhbar Suara Keadilan, Harakah dan The Rocket menunjukkan bahawa Kerajaan BN masih berada di tahap politik zaman batu purba," kata Ustaz Idris Ahmad, Ahli Parlimen Bukit Gantang dari PAS.

Memang Kerajaan BN tidak perlu mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membuat rampasan tersebut kerana BN telah pun menang dalam PRU13 yanglalu dan kabinet baru Kerajaan BN telah pun dibentuk.

Sepatutnya mereka harus membiarkan akhbar-akhbar parti komponen Pakatan Rakyat ini diedarkan sebab Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak seringkali mendakwa bahawa negara Malaysia mengamalkan dasar demokrasi yang sihat.

Oleh itu, kekangan suara pihak pembangkang bukanlah satu langkah yang menunjukkan sikap amalan demokrasi yang baik, kukuh dan stabil dan perbuatan tersebut haruslah dihentikan tanpa berlengah-lengah lagi.

Michelle Yeoh dapat Tan Sri sebab sokong BN..!


Oleh ZAINUDDIN MAIDIN

Walaupun namanya terkenal sebagai pelakon filem-filem Barat dan Hong Kong, tetapi Michelle Yeoh bukanlah celebriti yang meniti di bibir rakyat negara ini sama ada di kalangan masyarakat Cina atau Melayu tetapi tiba-tiba namanya bagitu banyak disebut, diperkatakan dan dibincangkan umum di cafe, di kopitiam, kedai Mamak dan sebagainya apabila beliau dikuniakan Darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri bersempena dengan Hari Keputeraan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mua'zam pada 1 Jun lalu.

Orang bergembira bercerita tentang Michelle dilimpah rahmat bertalu-talu dengan kurniaan di raja. Beliau sudah pun mendapat gelaran Datuk (DPMP dan SPMP) dan dikurniakan pula PSM. Kurniaan Tan Sri mungkin kerana seruannya menyokong Barisan Nasional dalam PRU13 baru-baru ini. Oleh kerana dekatnya jarak masa kurniaan dengan masa beliau berkempen pilihanraya untuk BN maka itulah konklusi yang dibuat umum. Bagitu cepat sekali dibalas budinya.

Ada orang hina Sultan Kelantan pulak...!


[VIDEO] Jambatan kedua Pulau Pinang runtuh


Khalid Samad : kisah dongeng Kota Damansara

Oleh Khalid Samad

Saya telah menulis beberapa isu berkenaan KD sebelum ini yang merangkumi persoalan Strategi, Akhlak Jamaah Islam, Kawasan Contoh dan Perang Uhud. Artikel ini akan cuba mengupas beberapa kisah dongeng yang berlegar selepas apa yang berlaku di KD. Apabila ingin menegakkan benang yang basah, maka bermacam-macam kisah dogeng terpaksa dikemukakan berhubung KD. Saya senaraikan di sini beberapa kisah dongeng tersebut satu per satu untuk dinilai bersama.

Dongeng 1: Kota Damansara Dipinjamkan Kepada PKR

Pada tahun 2004 KD ditandingi PAS sambil Paya Jaras ditandingi PKR. Pada 2008, atas permintaan PAS Subang, maka Paya Jaras digantikan dengan KD. Maka PAS bertanding Paya Jaras dan KD ditandingi PKR. PAS kalah di Paya Jaras tetapi PKR, dengan Dr Nasir sebagai calonnya menang di Kota Damansara.

Pada tahun 1999, tiada kerusi Kota Damansara. Kota Damansara adalah kerusi baru hasil persempadanan baru yang dilakukan pada 2003 oleh BN. Seperti Parlimen Kota Raja, Dun Sri Andalas dan Dun Sri Muda. Maka bagaimana ianya dijadikan milik PAS?

Najib nie keliru tak sudah sudah...!


Najib keliru fantasi bulan madu dengan realiti M’sia


Roketkini, 06 Jun 2013

"Kamu tidak boleh menyalahkan graviti kerana jatuh cinta” (You can’t blame gravity for falling in love) - Albert Einstein

ADA benarnya kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila mengakui kegagalan kerajaan pimpinannya dan jentera pilihan rayanya untuk mengurus tanggapan atau persepsi rakyat menjadi sebab prestasi Barisan Nasional (BN) tidak lebih baik berbanding ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sekurang-kurangnya dapatlah tempias ‘tsunami Cina’ itu reda. Sudah tentu, subjek yang menjadi sasaran Najib adalah medium maklumat alternatif seperti facebook, blog, laman web pro-rakyat dan sebagainya.

Buah fikiran Najib Razak sama dengan Hishammuddin Hussien

Nada Najib hampir sama dengan kenyataan yang pernah diungkapkan bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kini Menteri Pertahanan) yang dipetik media bahawa “kerajaan mengalih tumpuan kepada menguruskan persepsi umum dalam fasa kedua Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk mengurangkan kebimbangan rakyat”.

Majlis Daerah Pendang buat pekak badak aduan penyewa..!



Medan selera kurang selesa


WARTAWAN SINAR HARIAN 6 Jun 2013 PENDANG - Beberapa peniaga di Medan Selera Anggerik Majlis Daerah Pendang (MDP) bimbang perniagaan mereka akan merosot teruk disebabkan banyak rungutan daripada pelanggan yang tidak selesa untuk menikmati makanan di situ.

Peniaga, Salmah Ismail, 57, berkata, peniaga bimbang perniagaan di situ akan merosot teruk kerana banyak rungutan berkaitan medan itu panas.

Menurutnya, setiap kali pelanggan datang, mereka akan menerima rungutan bahawa medan itu panas sehingga ada yang tidak mahu datang lagi selepas sekali mencuba makan di situ.

“Sekian lama medan ini dibuka tetapi tiada perkhidmatan kipas yang disediakan MDP.

“Peniaga tak mampu menyediakan kipas syiling atau kipas dinding kerana memerlukan kos tinggi sedangkan pendapatan berniaga di situ hanya sedikit,” katanya kepada Sinar Harian.

Salmah berkata, selain masalah panas, ramai juga pelanggan yang kurang selesa menjamu selera di situ terutamanya musim hujan kerana bumbung medan itu mengalami kebocoran.

Katanya, banyak aduan disampaikan kepada pihak terbabit namun tiada sebarang tindakan diambil.

Jika NAJIB bina keretapi 500km sejam nie alangkah bahagianya...!

Jepun perkenal kereta api terapung


6 Jun 2013 TOKYO - Jepun memperkenalkan kereta api terapung, Maglev buatan tempatan yang mampu mencapai kelajuan sehingga 500 kilometer sejam, semalam.

Maglev menggunakan sistem magnetik, turut dilengkapi dengan teknologi paling canggih pada masa ini bagi mencapai kelajuan yang tidak dapat melangkaui batas minda.

Keretap api terapung keluaran Syarikat Central Japan Railway Co. (JR Tokai), digerakkan sepenuhnya oleh kuasa magnet dan menjalani ujian awal baru-baru ini.

Hikmah Tegur Menegur....

Jun 2013

Wahai anakku,

Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niat mu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niat mu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu.

Jikalau niat mu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niat mu. Jikalau niat mu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niat mu. Jikalau niat mu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niat mu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,

Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruah mu.

Mukhriz cantas Pegawai Kewangan senior dengan arahkan ditarik balik

Mukhriz buat hal lagi! Kecoh pelantikan Pegawai Kewangan Negeri

MUKHRIZ TENDANG DATO' MD NOOR WALAUPUN BELIAU DAH JALANI RAPTAI ANGKAT SUMPAH


Oleh: Aiman Rasis, Wisma Darul Aman

Setelah mendapat persetujuan dari Majlis Pemangku Raja, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengeluarkan surat pelantikan Dato' Md Noor Rafie sebagai Pegawai Kewangan Negeri. Dato' Md Noor sebagai Pengarah Tanah dan Galian dilantik berdasarkan seniority dalam KCS. Kekosongan Pegawai Kewangan berlaku apabila Dato' Puat Ali naik pangkat sebagai SUK.

Pelantikan Dato' Md Noor mendapat sokongan padu daripada pihak KCS. Malangnya ia tidak disenangi oleh Datuk Mukhriz yang mungkin mendapat nasihat dari bapanya, Tun Mahathir. Dengan tidak menghormati persetujuan dan keputusan SPA, Majlis Pemangku Raja dan KCS - Mukhriz mengarahkan pelantikan Dato' Md Noor ditarik balik! Sedangkan Dato' Md Noor telah menjalani raptai angkat sumpah di Istana Anak Bukit.

Mukhriz buat hutang kerajaan PUSAT.....untuk jaga Kedah..


Kerajaan Kedah dapatkan bantuan kerajaan Pusat


5 Jun 2013
mukhriz

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan bagi melaksanakan beberapa projek pembangunan untuk rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata bantuan itu hanya bagi peringkat awal sahaja sebelum kerajaan negeri boleh berdiri sendiri.

Katanya kerajaan negeri tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak dan beliau menetapkan setiap wang yang dibelanjakan akan memberi pulangan ekonomi kepada negeri ini semula.

"Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri.

Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

Pemuda PAS bantah persembahan tarian separuh bogel di Alor Setar

Tayang paha depan umum
ROSLINDA HASHIM
5 Jun 2013


Persembahan menjolok mata yang diadakan secara terbuka di tempat awam.

ALOR SETAR - Pemuda Pas Alor Setar kesal dengan tindakan kerajaan negeri yang membenarkan penganjur membuat persembahan wanita berpakaian menjolok mata secara terbuka di tempat awam, sejurus BN ambil alih Kedah.

Ketuanya, Mohd Azam Awang berkata, ini menunjukkan kerajaan BN tidak sensitif dengan isu berkenaan, seolah menggalakkan persembahan seumpama untuk tatapan umum.

“Sejak lima tahun lalu ketika PR tadbir Kedah, kita kenakan peraturan dan syarat bersesuaian untuk tidak eksploitasi wanita. Kita hanya benarkan persembahan terbuka yang sopan kerana ia boleh mempengaruhi golongan muda,” katanya.

Namun, pihaknya terkilan apabila pada Jumaat lalu, sebuah kompleks beli belah di bandaraya ini mempersembahkan tarian wanita yang hanya memakai singlet dan seluar pendek, secara terbuka bagi sebuah pertandingan.

Kedah dapat SUK baru..!


Mohd Puat dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah baru

NURUL FATIHAH SULAINI
5 Jun 2013

ALOR SETAR - Pegawai Kewangan Negeri (PKN), Datuk Mohd Puat Mohd Ali dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah yang baru mulai Jumaat ini bagi menggantikan Datuk Rasli Basir.

Jawatan PKN diisi oleh Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) yang juga Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Datuk Khazali Din.

Penyerahan watikah pelantikan kepada mereka berdua disempurnakan oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di sini, hari ini.

Mohd Puat, 59, sebelum ini pernah memegang beberapa jawatan penting dalam pentadbiran negeri termasuk Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Pengarah Upen, Timbalan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani dan Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Investment Centre (KIC).

Tunggu dengaq kata Kuliah di Mentalon akan kembali selepas camportangan Tok Mufti

Jika benarlah berita ini... maka tahniah Dato' Mufti!
Dari kedahla.blogspot.com

Bila tersebar berita bahawa kerajaan UMNO Kedah mengharamkan kuliah di Sri Mentaloon maka ramai peminat kuliah tersebut khususnya kakitangan awam merasa sedih kerana majlis ilmu yang diasaskan oleh Ustaz Azizan lima tahun lalu menjadi mangsa pertukaran kerajaan.

Mereka meminta jasabaik Dato' Mufti Kedah Syeikh Badarudin supaya memujuk Menteri Besar untuk membenarkan semula kuliah tersebut diadakan kerana ia adalah kuliah agama, bukan ceramah politik. Yeelah, bukan asal sebut Islam saja politik, sebut Islam saja politik... takkanlah sampai kuliah agama pun takleh sebut Islam. Sepanjang kuliah berjalan sepenggal kerajaan lalu, walaupun yg beri kuliah itu MB sekalipun namun beliau tidak pernah berceramah politik kepartian UMNO-PAS, memang kuliah agama semata-mata.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...