Aktivis PKR dan NGO Badrul Hisham Shaharin mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas tuduhan berkaitan penganjuran perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya Black 505 di Petaling Jaya bulan lalu.

Pemimpin NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu dituduh gagal memaklumkan kepada pihak polis sepuluh hari lebih awal, seperti disyaratkan dalam Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Badrul , 35, yang lebih dikenali sebagai Chegubard yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM10,000.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya Shaharuddin Wan Ladin. Chegubard tidak diwakili peguam.