TERKINI :

Tuesday, June 4, 2013

BN perintah Kedah tak sampai sebulan.. dah ada show pakai spenda nampak pusat


Apa laa Pengerusi SPR nak bagi jawapan dan alasan bab isu terkini pendedahan Rafizi nie...!


Kertas undi pegawai SPR didakwa dijual RM100


Seorang calon BN bagi kerusi DUN didakwa "membeli" kertas undi daripada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengundi bagi pihak mereka demi memastikan kemenangan parti itu.

Dalam pendedahannya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli mendakwa salah seorang pegawai itu pada 4 Mei - sehari sebelum pilihan raya umum - telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Salinan laporan polis itu turut diberikan kepada media oleh Rafizi dalam sidang media yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Laporan polis itu menceritakan bagaimana pegawai SPR dipanggil oleh calon BN berkenaan sebelum mereka menyerahkan kertas undi kepada pekerja parti BN.

Rafizi mendakwa empat pegawai SPR menuntut semula kertas undi mereka sehari selepas kertas undi itu dijual kepada calon BN dengan harga RM100 setiap satu.

Bagaimanapun, dakwa Rafizi, apabila mereka mendapat semula kertas undi tersebut, mendapati kertas undi mereka telah pun ditanda. ~ Malaysiakini

Al-Fatihah : Pegawai media exco kedah maut kemalangan


Shahidan ambik alih tugas Nazri jadi ketua darjah di Parlimen


Usaha membendung dunia tanpa sempadan.. siapa yang UNTUNG sebenarnya..???


Pengaruh media baru dan kesannya kepada kempen pilihan raya nampaknya begitu mendominasikan perbincangan politik pasca pilihan raya umum PRU13.

Paling akhir Ahli Parlimen Pulai, Dato’ Nur Jazlan Mohamed mengakui ‘kelemahan ketara’ jentera BN pada kempen PRU 13 dalam ‘perang siber’ sehingga mengakibatkan parti itu kehilangan pengaruh di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Ketika memberikan pandangannya dalam satu forum pasca-PRU13 di Kuala Lumpur baru-baru ini, Nur Jazlan mengakui bahawa Pakatan Rakyat lebih menguasai media sosial berbanding BN sehingga berjaya menyampaikan mesej kempen kepada pengundi.

Forum anjuran Kelab Wartawan Asing Malaysia (FCCM) itu juga diberitahu, BN pada beberapa siri PRU lalu kalah di kawasan bandar namun kini turut kalah di kawasan pinggir bandar.

Beliau seterusnya menyarankan BN mengkaji semula strategi pilihan raya, dan mengingatkan bahawa kegagalan menukar strategi akan menjadikan Malaysia ‘negara berjurang’.

Apa ana peduli.. Ini negara bapak anak yang punya..!!!

Kalau Nurul Izzah di Sabah, saya lagi teruk - Mazlan
Harakahdaily, 03 Jun 2013

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) melahirkan rasa kesal terhadap pihak berkuasa di Sabah yang tidak membenarkan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu.

Katanya, Nurul Izzah bernasib baik kerana hanya Sabah sahaja yang tidak membenarkan kehadirannya tetapi bukan negeri yang lain.

“Kalau YB Nurul Izzah tidak dibenarkan masuk Sabah, saya lebih teruk lagi. Sabah, Sarawak dan Felda, oh tanah airku,” katanya dipetik Nusajaya Kini dalam satu kenyataan.

Tambahnya, ini berbeza jika dilihat kepada insiden penceroboh yang meloloskan diri masuk Lahad Datu dengan begitu mudah dan membuat kacau bilau hingga membunuh anggota keselamatan.

Malah, ujarnya pendatang asing boleh memiliki Kad Pengenalan dan mengundi dalam pilihan raya di Malaysia.

Bagaimanapun, kata beliau rakyat tempatan disekat, dihalang dan tidak diizinkan masuk dalam negeri sendiri tanpa sebarang alasan.

DAIM akui BN Kalah sebab salah strategi & pergaduhan dalaman... Kedah macam nie jugak kaa..???

BN kalah kerana salah strategi, pergaduhan dalaman
Oleh IDA LIM

KUALA LUMPUR: BN kalah dalam PRU13 lalu kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Dato' Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas Menteri Umno, Tun Daim Zainuddin.

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, apabila Daim mengatakan ia sebagai pendekatan salah.

"Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.

"Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga," kata Daim dipetik daripada transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Dato' A Kadir Jasin.

"Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi.

"Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times).

Cadangan parti tunggal bakal kena tinggal


POLITIK berasaskan kaum adalah politik zaman lampau dan kini hanya makanan politikus pelampau. Semakin hari parti politik berasaskan kaum juga semakin dilihat kolot. Cuma gelanggang mainan orang tua gendut berbaju batik. Bukan lagi untuk anak muda atau orang tua yang cool.

Malaysia itu ialah setiap seorang daripada kita warganya, yang sudah tentu berbilang kaum dan budaya. Mudahnya, parti politik yang tidak berbilang kaum tidak mencerminkan semangat Malaysia.

Apakah relevennya satu-satu parti meletakkan kepentingan kaum masing-masing sebagai tapak perjuangan sedangkan mereka perlu berfikiran Malaysia? Memikirkan semua rakyat.

Barangkali menyedari betapa parti berasaskan kaum sudah semakin tidak mendapat tempat, banyaklah desas-desus mahu menjadikan Barisan Nasional (BN) parti tunggal. Dalam erti kata lain satu parti berbilang kaum. Najib Razak menyambut cadangan ini dengan mengatakan akan ditubuhkan satu makmal khusus untuk mengkajinya.

Mahathir Mulai Menyanggah Najib?

Oleh Shahbudin Husin

Tidak sampai seminggu selepas Najib melahirkan rasa bangga dengan kekuatan dan kejayaan UMNO yang terus menjadi parti terkuat dengan kemenangan 88 kerusi Parlimen daripada 133 yang dimenangi BN serta hampir menyamai kemenangan 89 kerusi oleh PR, hakikat itu seakan tidak dipersetujui oleh orang yang masih berpengaruh dalam UMNO, Tun Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada pemberita di Yogyakarta, beliau berkata, kemenangan UMNO dalam pilihanraya yang lalu bukanlah disebabkan kekuatan atau perpaduan dalam UMNO tetapi disebabkan perasaan takut orang Melayu terutamanya kepada parti lawan yang dipimpin oleh Anwar bersama dengan DAP menubuhkan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberikan sokongan kepada UMNO," kata Mahathir lagi.

Kenyataan Mahathir ini sekaligus menyanggah kenyataan Najib baru-baru ini yang seakan berbangga dengan pencapaian UMNO walaupun dalam masa yang sama kemenangan BN juga diselubungi dengan pelbagai aspek kegagalan lainnya seperti prestasi Najib yang lebih buruk daripada Pak Lah dan juga kehilangan undi popular.

Gaji Kecil, Rumah Mahal, Kereta Mahal. Hidup UMNO!!!!!

Ini adalah sifat pemerintahan UMNO semenjak 1990. Rakyat Malaysia dan orang Melayu terutamanya terus menerus dihimpit tekanan ekonomi.

Gaji dan pendapatan orang Melayu sentiasa rendah dan tidak berkembang. Syarikat2 di Malaysia mengeksploitasi pekerja2 Melayu dan Malaysia. Kalau tak suka, boleh sahaja digantikan pekerja2 Melayu dan Malaysia dgn pekerja2 Bangladesh dan Myanmmar.

Kalau masih nak komplen, beri sahaja hak mengundi pada Bangla dan Myanmmar. Beri IC "instant" kepada pendatang2 asing.

Kita rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kena hidup dengan gai yang kecil, harga rumah tinggi melangit dan harga kerta yang mahal.

Itu tak masuk lagi dgn harga minyak yang mahal serta kos tol yang tinggi.

Harga barang jangan cerita la. Tak pernah turun sentiasa naik.

Alahai MUKHRIZ.. pengumuman hang stop tebang balak nampak hebat tapi hakikatnya hang nie tau ka dak..???

Mukhriz MB serba tak tau... asyik dok khianat kerja orang terdahulu

Oleh: Aiman Rasis
 

Alahai Mukhriz, MB baru Kedah yang asyik dok dengaq nasihat bapak cobaklah hang keluaq sikit dari pelukan bapak hang tu dan buat keputusan berdasarkan kebijaksanaan dan kewarasan sendiri.
 

Kenyataan di bawah ni menjelaskan bahawa MB Kedah ni seorang yang tak tau apa-apa. Sepatutnya bila pegang teraju negeri, panggil semua pegawai negeri berkaitan termasuk juga GLC untuk beri taklimat berhubung perklara-perkara besar di Kedah ni. Lepas tu baru bincang nak buat penyelesaian macam mana... ini tidak dapat pegang jawatan, tak sempat nak tau perkembangan terkini negeri dah cau pi makan angin kat luag negeri... balik bila press tanya mula buat statement merapu. Cuba tengok di bawah ni..



Untuk maklumat YAB.. projek balak kat Pedu dan Gunung Inas tu memang berhenti lama dah, dah habih pun projek balak... awat Datuk Rasli habag kat hang kata tak habih lagi ka? Rasli tu mesyuarat Exco zaman Ustaz Azizan dulu dia tuang semedang, mana dia tau apa pasai perjalanan kerajaan negeri. Jadi kalau YAB keluar arahan supaya projek balak di dua tempat tu berhenti maknanya hang dah tertinggai keretapi setahun dah.

Apa punca sebenarnya.... ianya Salah FB ka atau salah tuan FB atau ada lagi pihak yang salahnya..?


Hangpa suka yg mana.. Suruhanjaya atau Jawatankuasa?


Suruhanjaya atau jawatankuasa?


RISWANDI RAZAK 4 Jun 2013

Mereka adalah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang melihat Suruhanjaya Diraja lebih wajar dilaksanakan terlebih dahulu.

Kenyataan ini juga disokong oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang berpendapat pembaharuan yang ingin dijalankan ke atas SPR berkenaan lebih sesuai dilakukan melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja dan bukannya Jawatankuasa Khas Parlimen.

Abdul Rashid berkata, "jalan pintas" seperti jawatankuasa khas tentang pembaharuan pilihan raya tidak boleh berkesan untuk membawa perubahan sebenar.

Difahamkan, menerusi Suruhanjaya Diraja, semakan secara keseluruhan terhadap SPR termasuk undang-undang pilihan raya dan memperbaiki SPR juga boleh dilakukan, seperti yang mahu dilaksanakan di Parlimen.

Malah, suruhanjaya ini akan terdiri daripada pakar undang-undang, pakar perlembagaan dan pakar-pakar demokrasi pilihan raya, berbeza dengan jawatankuasa yang hanya terdiri daripada Ahli Parlimen sahaja.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...