TERKINI :

Monday, June 3, 2013

Anak Muda Bersama PAS - Dulu JAUH, Kini DEKAT, Akan Datang...berkemungkinan akan JAUH semula..!!

oleh JJ Johar 

Suatu ketika, anak muda Islam cukup takut dgn PAS. Kami beranggapan PAS ni terdiri dari golongan esktrem. Secara tidak langsung menolak jauh golongan ini apatah lagi golongan bukan Islam. TG Nik Aziz adalah pemimpin amat dihormati ramai pihak termasuk bukan Islam. Kesederhanaan beliau telah menarik ramai anak muda mendekati PAS.

Secara tidak langsung dakwah Islam PAS pada anak muda dan golongan bukan Islam berjaya disebarkan. Malangnya skrg telah muncul semula golongan2 bakal menjauhkan PAS dengan anak muda dan masyarakat bukan Islam. 

Kita bukan nak PAS gadaikan prinsip parti untuk menegakkan Islam dlm pemerintahan, tapi dalam masa yg sama PAS perlu ambil kira persekitannya. Bertempur tanpa strategi wlpn dgn kekuatan yang ramai belum tentu boleh menang. 

Saya bagi contoh, sblm pilihanraya keluar artikel dari Tan Sri Azizan Razak bekas MB Kedah yang mendakwa PAS boleh menang tanpa sokongan DAP dan PKR. Akhirnya lihatlah kesannya. 

Disebabkan POLIS GAGAL benteras JENAYAH...Apalah dosa penunggang motorsikal pulak..????

Gagal Bendung Jenayah, Jangan Hina Penunggang Motorsikal

Rakyat pun naik motor nak p tempat kerja cari sumber rezeki tapi mai depa dok nak sekat pulak..!!
Cadangan Ketua Polis Negara kepada kerajaan persekutuan supaya mewujudkan zon tanpa motosikal di bandar-bandar besar dalam usaha untuk memerangi jenayah adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia khususnya golongan sederhana dan tidak mampu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat kegagalan pihak polis membendung jenayah cuba diselimutkan dengan cadangan yang mengguris perasaan rakyat seolah-olah menunggang motosikal itu penyumbang jenayah. Sepatutnya ketua polis yang baru ini melahirkan cadangan bukan sekadar drastik, tetapi perlu realistik.

SAMM sebagai penggerak anak muda yang rata-ratanya terdiri daripada penunggang motosikal menolak cadangan 'bongkak' ketua polis negara dan menyifatkan ia sebagai cadangan 'bebal' yang prejudis terhadap penunggang motosikal.

Red Ben Army : Hanya Pencuri sahaja yang melaungkan dengan kuat.. PENCURI...PENCURI...!!!!

Red Ben Army: Titik paling hina kewartawanan Utusan dan lain-lain...!!!
Oleh LIM KIT SIANG

Siasatan awal menunjukkan bahawa satu konspirasi yang didanai UMNO telah dilancarkan UMNO tiga bulan sebelum pembubaran Parlimen pada 3 April untuk memburuk-burukkan DAP, yang turut melahirkan dakwaan dongeng 3,000 tentera siber “Red Bean Army” yang didanai DAP kononnya dengan bajet setinggi RM100 juta sehingga RM1 bilion sepanjang enam tahun lalu bagi tujuan pembunuhan karakter pemimpin UMNO/BN di ruang siber.

Penyebar utama pembohongan mengenai “Red Bean Army” adalah media cetak milik/dikuasai UMNO/BN, termasuk Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star, baik sebelum mahupun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 pada 5 Mei.

Dakwaan tidak berasas yang disebarkan dan dilontarkan oleh Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan Star hendaklah tercatat dalam sejarah sebagai titik paling hina mereka dalam melacurkan kerjaya kewartawanan disebabkan dasar pertimbangan dan objektif mereka bukanlah fakta dan kebenaran, yang sepatutnya menjadi pegangan bidang kewartawanan.

Apa "magnet" yg mengikat gerombolan Mukhriz, Nasha, Zul. Papagomo pie berlonggok di majlis kenduri Syaiful?

Apa magnet yg mengikat gerombolan Mukhriz, Nasha, Zul. Papagomo dan lain-lain berlonggok di majlis Kenduri Syaiful?
 
Kami tanya saja tak dengki pun depa pie makan kenduri tuu... tentu Saiful jemput... jika tak depa nak pie pasai paa..???

Alhamdulillah.. Langkawi dapat Taman Tema RM1.2b yang akan dibina... Tak SENANG lagik...??

Taman tema RM1.2b dibina


MUKHRIZ Mahathir (tiga, kanan) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian persefahaman (MoU) antara Khalid Ramli (tiga, kiri) dan Robert Wyatt (dua, kanan) di Langkawi, semalam. Turut hadir, Mohd. Rawi Abdul Hamid (dua, kiri) dan Norsabrina Mohd. Noor. - BERNAMA 
LANGKAWI 2 Jun - Pembinaan taman tema berkonsepkan ekopelancongan bernilai RM1.2 bilion di kawasan Oriental Village dan Pulau Intan Besar di sini bakal menjadikan Langkawi antara 10 pulau terkemuka di dunia.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, projek yang dijangka siap pada 2015 di tapak seluas 10.35 hektar itu menawarkan produk pelancongan terbaharu berasaskan tiga konsep iaitu hiburan, sejarah dan alam sekitar.

"Pembinaan yang menelan belanja RM1.2 bilion itu turut memuatkan pembinaan sebuah hotel bertaraf enam bintang, restoran dan apabila siap kelak taman tema itu dijangka boleh membantu Langkawi menarik kedatangan sehingga tiga juta pelancong setahun," katanya.

Nampaknya kita yang tidak ULAMAK nie kena pikiaq semula lah nak sertai PAS..!!!

 
PAK TEH RASA MACAM SUDAH MALAS JADI PERWAKIAN DAN MALAS JUGA PERGI MUKTAMAR PAS PUSAT PADA KALI INI (SEINGATNYA TIDAK PERNAH PONTENG SEJAK 1986)

SETELAH MEMBACA KOMENTAR PEGUAM Zul Hazmi mengenai kenyataan Sdr Mukhtar Senik dan Al-Akh Daud Iraqi

Tolong ambik perhatian kpd perwakilan Muktamar nanti.... patutnya bukan perwakilan muktamar pusat saja... kena mula dari cawangan...

1) ada ka dlm PAS ni penganut ideologi selain Islam... ada rupanya... Dewan Himpunan Penyokong PAS... patut kena mansuhkan saja...

Pembunuh Altantuya bersuara semula


Sirul Azhar mahu Mahkamah Rayuan isytihar perbicaraan silap


3 Jun 2013 PUTRAJAYA - Bekas anggota Unit Tindakan Khas Polis Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Rayuan bagi memohon pembebasannya, mendakwa wujud perbicaraan silap oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Notis usul itu difailkan firma guaman The Chambers of Kamarul Hisham and Hasnal Rezua di pejabat pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dalam usaha untuk memasukkan alasan rayuan tambahan.

Dalam permohonan itu, bekas Koperal Sirul Azhar mendakwa beliau terdedah kepada "publisiti buruk" secara meluas semasa perbicaraan itu yang jelas mengelirukan dan prejudis terhadap dirinya, dengan itu menafikan dirinya perbicaraan adil.

Antara PEMBODEK & PENGKRITIK dalam PAS

Dikatakan RM96juta dibelanjakan BN untuk saingi blogger PR yg buat kerja Lillah'hitaala namun gagal....


Di Kedah alhamdulillah... Pihak Penerangan PR Kedah bagus bagus semua... Tak perlu blogger2 nie...

Tu dia oppa Jahanam Style di Star Parade AS, Jumaat lepas...... SENANG SUNGGUH aihhh....!

Nah...hari jumaat lepas kat Star Parade Aloq Setaq....
Syukur....dah lama tak tengok benda macam nie...........




UMNO BN jenis puak mangkit tidoq lewat..!

Matahari Tegak dan UMNO Baru Terjaga

Saya membaca laporan muka hadapan Sinar Harian hari ini yang memuatkan pengumuman YAB Perdana Menteri Malaysia bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada satu Jawatankuasa Khas Parlimen yang bebas dan dwipartisan dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Khabarnya ini bertujuan untuk memperkukuh kewibawaan dan kredibiliti badan pelaksana pilihan raya negara. Saya memetik kata-kata Datuk Seri Najib yang antara lain menyatakan bahawa langkah ini bagi memastikan peranan suruhanjaya itu sebagai badan bebas tidak lagi dipersoalkan, sekali gus mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap peranannya mengadakan pilihan raya secara telus dan lancar.

Pada saya, ini sebenarnya tidak lain hanyalah sebesar-besar bukti bahawa proses perjalanan pilihanraya yang dikendalikan oleh SPR sangat pincang. Inilah yang saya tegaskan kepada para wartawan yang bergegas ke rumah saya meminta ulasan di atas pengumuman Perdana Menteri itu. Jika sebelum ini, ada pemimpin UMNO yang mencadangkan agar sesiapa yang tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihanraya boleh keluar dari bumi Malaysia, di mana agaknya wajahnya ingin diletakkan dengan pengumuman Presiden UMNO itu sendiri?

Betoi ka UMNO nie parti 'terkuat' tak pun harap badan ja besaq tapi dalam hati ada penoh kuman...!

Mitos UMNO Sebagai Parti Terkuat!

Sukar kita hendak percaya bila Dato Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Dato Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?

Undi yang UMNO dapat lebih kurang jumlah ahli UMNO. Ini bererti, perkara yang UMNO berjaya lakukan ialah meyakinkan ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO dalam tahun 2008, menyokong nya kali ini. Jika demikian, tidak adalah berlaku penambahbaikan kepada UMNO. Tidak ada pertambahan sokongan orang Melayu yang bukan ahli UMNO kepada UMNO.

Jika Dato Najib berkeras berkata ada tambahan sokongan dari orang Melayu, maka itu bererti sokongan dari ahli UMNO sendiri kepada kepimpinan Dato Najib berkurang. Kalau ahli tidak percaya kepada kepimpinan presiden nya, maka apa lagi yang mereka tunggu?

Mak ooii, betul ker tak ni, UMNO fail lebih 50 petisyen?


Oleh: senik @ TKO

"Assalamaualaikum,,,

Dengar cerita UMNO akan failkan lebih 50 kerusi Parlimen dan DUN, atas sebab apa kalau bukan penipuan dan kelemahan SPR! Maknanya kalau PR mendakwa PRU 13 tidak bersih, maka ianya disahkan oleh petisyen BN.Jadi macam mana keputusan PRU itu hendak diterima sedangkan BN sendiri tidak yakin dengan SPR?

Tindakan BN menghantar petiseyen dan sekiranya petisyen mereka diterima dengan alasan penipuan atau kelemahan pengundian akan mencalar reputasi dan intergriti SPR.Patutlah BN mahu rakyat terima keputusan dan membuat bantahan mengikut saluran yang ditentukan.

Jadi perhimpunan black out 505 tidak patut diadakan, itu barangkali mesej yang hendak BN sampaikan menerusi petisyen mereka, tetapi apa yang berlaku di hari mengundi tidak dapat diubah dengan apa cara sekalipun.

Kejadian kejadian selepas PRU 13 menunjukkan tiada perlunya petisyen BN di hantar kerana kerusi yang mereka tewas disebabkan tidak mampu mengatasi undi rakyat dengan menipu.Itu fakta yang tidak dapat dinafikan sedangkan bagi kerusi yang mereka menang, banyak dimenangi secara penipuan walaupun ada kerusi yang tidak dipetisyenkan oleh PR.

Syeikh Qardhawi Seru Umat Islam Berjihad Bantu Pejuang Sunni Di Syria


Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Prof. Dr.Yusuf Qardhawi mengulangi seruan jihad bagi menentang rejim toghut Basyar Al-Assad dan militia Hizbullah yang membunuh pengikut Sunni.

Dalam khutbah Jumaat yang disampaikan beliau semalam di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, beliau turut menggesa umat Islam dan kerajaan umat Islam untuk membantu rakyat Syria sambil berkata, jika beliau berkemampuan untuk berperang nescaya beliau akan turun untuk memerangi Hizbullah di Syria.

Beliau turut melabelkan secara jelas gerakan Hizbullah (yang bermaksud kumpulan Allah) sebagai "Hizbu Syaitan" (iaitu kumpulan Syaitan).

Syeikh Qardhawi kemudian mengutuk Hizbullah dan Iran yang melakukan operasi ketenteraan membunuh umat Islam Sunni. Tidak terkecuali menurut beliau ialah Perdana Menteri Iraq, Nuri Maliki (seorang Syiah dan sekular) yang turut membunuh pengikut Sunni di negara tersebut.

GST untuk laksana janji PRU BN?

IPOH: Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini adalah cara kerajaan untuk mengutip dana bagi merealisasikan segala janji pada PRU13 lalu.

Bendaharinya, Ustaz Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, BN sangat terdesak untuk menunaikan pelbagai janji termasuklah Bantuan Rakyat  1 Malaysia (BR1M) yang masih ditunggu-tunggu oleh rakyat.

Menurutnya, BN mengakui perlaksanaan GST sangat memberi kesan kepada masyarakat khususnya orang miskin namun itu adalah cara untuk mereka mencari dana bagi menunaikan segala janji.

“Mereka terdesak untuk tunaikan janji-janji mereka pada PRU13 lalu terutama pemberian BR1M, oleh itu mereka terpaksa ‘merompak’ rakyat secara tidak disedari melalui cukai GST,” katanya kepada media.

Insya'Allah PAKLONG... telepon Wisma Negeri..ala BN Menang Kedah Senang takan tak boleh bantu..!!!

Rayu rumah disiapkan segera
Nurul Hidayah Hamid
2 Jun 2013
Rayu rumah disiapkan segera
Ismail menunjukkan sistem pembetungan belum siap.
 
ALOR SETAR - Seorang buruh merayu pihak berkenaan menyegerakan pembinaan rumah bantuan kerajaan didakwa miliknya di Kampung Kubang Lintah, Mukim Lepai, dekat sini, berikutan kepayahan hidup dialami mereka sekeluarga.

Ismail Shamsuddin, 51, berkata, keadaan rumah sewa diduduki dia sekeluarga di Kampung Bohor, Hutan Kampung, di sini, menimbulkan ketidakselesaan berikutan dalam keadaan kurang memuaskan.

“Sepatutnya rumah itu sudah boleh diduduki sejak 2012 lagi, namun hingga kini pembinaannya belum siap sepenuhnya. Perkara ini telah berlarutan hampir setahun, sedangkan saya dimaklumkan tempoh membinanya hanya sebulan.

Alhamdulillah..selepas balik melancong MB dapai idea untuk tumpu perlancungan ke Langkawi

Kedah tumpu ketibaan 3 juta pelancong setahun ke Langkawi
2 Jun 2013
Datuk Mukhriz Mahathir
Datuk Mukhriz Mahathir
 
LANGKAWI - Tumpuan utama kerajaan Kedah akan terarah kepada menarik kedatangan lebih tiga juta pelancong setiap tahun ke Langkawi, dengan unjuran pendapatan kasar tahunan berkaitan pelancongan sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015.

Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tahun lepas, perolehan daripada kira-kira tiga juta pelancong ke Langkawi yang direkodkan berjumlah sekitar RM2.6 bilion.

"Kita perlu menggandakan usaha untuk merealisasikan matlamat kita. Bukanlah mudah untuk mencapai sasaran bagi Langkawi disebabkan saingan sengit dalam lingkungan wilayah ini daripada Bali dan Phuket.

"Untuk berada selangkah dua di hadapan mereka, kita mesti bertindak lain daripada yang biasa," katanya di sini Ahad selepas menyaksikan majlis memeterai memorandum persefahaman antara Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) dan Pekan Artisan Sdn Bhd yang akan menyaksikan pelaksanaan dua projek pembangunan eksklusif dan inovatif di Langkawi.

Alahai 'MINAH' hang lari pie mana pulak... Tak kesian kat mak hang kaa..??

Buntu anak hilangkan diri
Wartawan Sinar Harian
2 Jun 2013
Buntu anak hilangkan diri
Sarimah menunjukkan laporan polis dibuatnya.
 
PADANG TERAP - “Baliklah sayang, kami semua rindu dan risaukan keselamatan Minah,” demikian rintihan seorang ibu yang hidup dalam keadaan tidak tenteram berikutan anak gadisnya yang dipanggil Minah menghilangkan diri dari rumah kira-kira sebulan lalu.

Sarimah Mat Daud, 45, berkata, anak gadisnya Nur Alia Aqila Yusof, 15, tidak pulang ke kediaman mereka semenjak keluar meninggalkan rumah di Kampung Rambutan, Kuala Nerang, dekat sini, pada 8 Mei lepas.

“Pada hari kejadian, saya tiada di rumah sebab perlu bekerja syif malam dari jam 8 malam hingga 8 pagi. Hanya ayah dan adik beradiknya berada di rumah. Namun, dia tidak menunjukkan sebarang tanda untuk keluar rumah.

“Malahan, sebelum saya pi kerja kira-kira 7.30 malam, Minah seperti biasa akan memeluk dan membancuh kopi. Dia langsung tidak tunjukkan sebarang tingkah lalu pelik, sehinggalah kehilangannya disedari apabila pulang ke rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

SENYUM : 2 Kategori manusia...!!!


Manusia ini boleh dibahagikan kepada dua kategori:

a. Orang yang melakukan apa yang dia katakan, kata apa yang dia lakukan.
b. Orang yang hanya bercakap tetapi tidak melakukan apa-apa.

Berapakah kalikah kita mendengar kata-kata seperti:

"Saya akan call semula" tapi mereka tidak.

"Saya akan bertambah fit" tapi makin hari makin bulat.

"Saya akan tolong jika mampu" tapi tak pernah datang tolong.

Apabila kita sendiri tidak mengambil serius kata-kata kita:
1. Orang akan hilang kepercayaan pada kita
2. Kita akan menjadi tidak jujur terhadap diri sendiri dan orang lain
3. Kita selalu terperangkap dalam situasi yang tidak diingini
4. Kita semakin benci diri sendiri
5. Kita membuat komitmen yang menyusahkan diri tanpa berfikir panjang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...