TERKINI :

Sunday, June 2, 2013

Tazkirah : Aurat wanita Islam - mari kita pelajari sesuatu.

TAZKIRAH...

Ramai yang menyatakan wanita arab agak kasar perlakuan mereka. Sekasar-kasar wanita arab, kebanyakan mereka berkelubung seluruh badan termasuk muka apabila berjalan keluar rumah.

Ramai yang menyatakan wanita melayu lemah lembut dan bersopan. Selembut-lembut wanita melayu, kebanyakan mereka tidak malu menyarung pakaian tidak sopan apabila berjalan keluar rumah.

Allahu Akbar! Takutlah kepada kemurkaan Allah sebelum kita melihat hukumanNya. Sungguh, kita tidak akan sanggup menghadapinya.

Renunglah diri sendiri dan sekeliling kita - sesuatu kepincangan menjadi kebiasaan apabila ramai orang yang melakukannya. Kita? Jadilah kumpulan segelintir yang berbeza. Kita? Turutlah perintah dan larangan Allah serta RasulNya.

-Rumah kecil di Jabal Uhod- Madinah al-Munawarrah.

Satu pandangan : Antara orang Kampung & Bandar.. mana yang susah..???

Sedarkah kita siapa yang lebih susah dengan BR1M?
Respon Oleh: senik

"Assalamualaikum,, Janji PR untuk menurunkan kos sara hidup tidak berjaya kerana sistem pemilihan first pass the post yang memberikan ruang yang mudah untuk Presiden UMNO menjadi PM.

Akibatnya rakyat menanggung kecewa kerana gagal mendapatkan apa yang dijanjikan PR walupun mengikut perkiraan majoriti, rakyat sebenarnya inginkan perubahan.Hakikat ini dipadang sinis oleh BN dan mahukan rakyat menerima segala kesukaran yang tidak padam padam.

Trend sokongan pula menyerlahkan sokongan BN hanya di kampung dan luar bandar yang didiami oleh orang orang yang tidak begitu perlu kepada perubahan, cukup dengan yang ada dan bergembira menerima BR1M yang dinaikan kepada RM1,200-00 tahun depan.Itulah pandangan yang boleh dilihat dari mata kasar, tetapi sedarkan kita siapa yang lebih susah dengan keputusan rakyat menolak perubahan menerusi sistem first pass the post ini?

Pesanan untuk yang jadi YB.. hangpa tu sebenarnya KHADAM rakyat sahaja..!!!


Pilihanraya dah 13 kali belanjawan dan 50 kali lebih tapi baru nak pikiaq masalah prasarana luaq...!!!

Aduhai tunggu rakyat Mati dulu baru nak pikiaq nak atasinya... kata rakyat didahulukan....

Itu la hangpa sapa suruh HINA TUANKU..biaq DEPA SUDAH...sekarang dah jadi kes polis dah..!!!

Polis terima 6 laporan tindakan hina Agong
2 Jun 2013
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Foto Bernama
 
KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berkaitan tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
 
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur SAC Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata semua laporan itu dibuat di Balai Polis Dang wangi oleh individu yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Wakil-wakil NGO ini telah membaca laman Facebook atas akaun nama seorang wanita yang telah mengeluarkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong dan berkecenderungan menghasut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948.

Pengurup matawang berpengkalan di Malaysia memainkan peranan menyembunyikan jejak kertas untuk Liberty Reserve

Pengurup Malaysia bantu sembunyikan jejak kertas penggubahan wang haram siber terbesar dunia

June 02, 2013

KUALA LUMPUR, 2 Jun — Pengurup matawang berpengkalan di Malaysia memainkan peranan penting dalam menyembunyikan jejak kertas untuk Liberty Reserve, “bank pilihan” maya dunia, untuk pencuri identiti, pengedar dadah, penggodam komputer dan pornografi kanak-kanak, di mana pengasas dan pekerja telah didakwa minggu ini oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi operasi pengubahan wang haram siber terbesar di dunia.

Memetik pihak berkuasa AS, The Financial Times (FT) melaporkan pengurup matawang, terletak di negara-negara kurang dikawal selia termasuk Malaysia, Rusia dan Nigeria, telah menukarkan dolar sebenar ke LR, mata wang maya Liberty Reserve yang membantu untuk memadam jejak digital dan menjadikannya hampir mustahil untuk mengesan kembali pengguna — satu fakta menyebabkan pengurup mata wang berpengkalan di Costa Rica mendapat lebih satu juta pelanggan seluruh dunia.

Untuk membuka akaun dengan Liberty Reserve, pengguna hanya perlu memberikan nama dan alamat, tidak perlu menunjukkan sebarang dokumen untuk pengesahan, tidak seperti bank biasa, lapor akhbar tersebut.

Masih ada YB & ADUN di Kedah bodoh sombong dengan dunia alam maya...!


Antara kisah berkenan anak tok imam dengan hendak pertahankan tampok pemerintahan negeri pasir berdengung..!

Cerita bab konspirasi hendak menjatuhkan TG NIK AZIZ


Oleh Dinsman

Setelah Datuk Ahmad Yaakob mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan pada 6 Mei 2013, dan Datuk Husam Musa tidak terlantik ke dalam saf Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang baru itu; di Kuala Lumpur masih terdengar cerita-cerita yang kurang menyenangkan – kononnya ada konspirasi meminggirkan Tok Guru Nik Aziz dari jawatan Menteri Besar yang telah disandangnya selama 23 tahun itu

.Sewaktu saya berkunjung ke pejabat Harakah pun cerita konspirasi itu masih kedengaran di situ. Di kalangan kawan-kawan Seniman Paksi Rakyat pun ada yang mempersoalkan cadangan Paksi bekerjasama (menganjurkan satu program) dengan kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakob, dengan alasan tidak mahu bersyubhat dengan konspirasi.

Hingga saya pun menjadi hairan sendiri, mengapa pula saya yang dilihat (di kalangan kawan-kawan) lebih ‘hampir’ dengan TG Nik Aziz ini tidak pula berfikir atau terasa demikian? Padahal saya mengikuti (dari jauh) setiap perkembangan dan pergerakan TG Nik Aziz khasnya di hari bersejarah 5 Mei itu.

Isteri terharu jasa Azizan dihargai


ROSLINDA HASHIM 2 Jun 2013 ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pemimpin Pas pertama dianugerahkan darjah kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM), yang membawa gelaran Tan Sri.

Bagaimanapun, Azizan belum dimaklumkan berhubung pengurniaan darjah kebesaran itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempena sambutan ulang tahun keputeraan baginda, semalam.

Isterinya, Datin Seri Faekah Sheikh Hamzah berkata, ini kerana Azizan perlu berehat panjang dan lebih banyak tidur selepas menjalani rawatan dialisis, semalam.

“Saya dikejutkan dengan berita ini menerusi panggilan telefon rakan-rakan yang ucapkan tahniah," katanya, sambil ucap jutaan terima kasih kepada Tuanku Abdul Halim.

“Saya terharu kerana jasa dan pengorbanan Azizan dihargai pihak istana yang mengurniakan gelaran Tan Sri. Ini menunjukkan Azizan tetap diingati ramai pihak walaupun sakit dan tidak lagi menjadi menteri besar,” katanya.

Adakah kita tersalah fokus: Penipuan pilihanraya atau kepincangan demokrasi?

oleh Zulkifli Yahaya

Penghapusan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjadi agenda penting dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13. Sejak mula dicadangkan sehinggalah perkara itu termaktub dalam manifesto, frasa 'hapus PTPTN' menjadi fokus utama oleh Pakatan. Frasa itu juga yang dikutip oleh BN sebagai modal untuk terus mengelirukan rakyat.

Dalam media massa, ceramah, perang saraf dan gerak kempen BN mereka menempelak cadangan Pakatan itu dalam bentuk persoalan yang sangat pandir, "Jika PTPTN dihapuskan, macam mana anak Melayu yang miskin nak meneruskan pengajian di IPT?". Mungkin kita akan ketawa dengan kedunguan mereka memahami maksud 'hapus PTPTN' namun jangan menolak hakikat bahawa kedunguan yang disengajakan oleh para pemimpin Umno untuk memanipulasi isu tersebut telah berjaya menipu jutaan pengundi Melayu. Sejuzuk orang Melayu yang buta isu semasa (yang hanya mendapat maklumat dari TV3 dan RTM semata-mata) khuatir sepenuhnya terhadap cadangan Pakatan tersebut. Mereka yang segolongan itu, sekalipun mungkin kurang cerdik, tetapi tetap memiliki hak mengundi. Mereka adalah antara yang menyumbang kepada kemenangan BN.

Bukankah fokus yang sepatutnya dibuat Pakatan ialah memberi, pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi - ganti PTPTN dengan biasiswa dan tidak perlu bayar balik!

Pengadil apa kebenda SPR nie bila...? bila dua-dua lawan dah tak percaya kredibiliti mereka..!!

Fail Petisyen: BN sendiri tak percaya SPR – Saifuddin

(Oleh: Mohd Arif Juhaini)

Saifuddin
KUALA LUMPUR 1 Jun: Tindakan Barisan Nasional (BN) untuk memfailkan lebih 50 petisyen di kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) bukti parti itu sendiri tidak percaya kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin Secara tidak langsung, ujarnya, tindakan Umno BN itu ibarat ‘meludah ke langit’ kerana mereka sebelum ini bersungguh-sungguh mempertahankan ketelusan SPR.

“Tetapi sekarang, Umno BN pun tidak percayakan kepada SPR. SPR harus ingat inilah padahnya apabila cuba mengkhianati amanah yang rakyat berikan untuk menikmati proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau berkata, tindakan itu juga mengesahkan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa memang wujud kelemahan dan kecurangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.

NAJIB tak kira dah KAYA @ MISKIN janji duit masyuk..!!

Pelaksanaan GST luaskan kutipan cukai namun bebankan rakyat miskin
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
1 Jun 2013
GST
SHAH ALAM –  Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di negara ini akan meluaskan asas kutipan cukai  namun akan membebankan golongan pertengahan dan miskin.

Menurut Timbalan ketua Kluster Ekonomi dan Kewangan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Dr Nor Ghani Md Nor, pelaksanaan GST memerlukan makanisme yang terbaik bagi membolehkan golongan pertengahan dan miskin tidak dibebankan apabila dilaksanakan kelak.

“Saya lihat daripada aspek keadilan sosial, jika GST dilaksanakan, semua orang terpaksa membayar cukai, ini termasuklah golongan sederhana dan miskin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah beliau lagi, makanisme terbaik bagi kerajaan adalah mengawal ketirisan dan kebocoran pendapatan negara, jika kerajaan bersungguh-sungguh untuk meningkatkan tahap ekonomi negara.

“Jika kerajaan ingin meningkatkan tahap ekonomi negara, saya rasa cara terbaik adalah dengan mengawal ketirisan dan kebocoran yang berlaku, dengan cara ini saya rasa ekonomi kita akan bertambah baik,” katanya lagi.

Kesian ZAHID HAMIDI... terpaksa pindah keluar negara....

Fail petisyen PRU, kenyataan Zahid kena batang hidung sendiri

(Oleh: Mohd Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

JohariBeliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Apalah nasib badan...siapa suruh pangkah BN..???

Syed Abdullah Jamalullail,

Apabila saya membawa keluarga saya balik kampung keKangar, Perlis dari Seremban melalui Lebuhraya PLUS terdetik dihati saya bila sampai masuk sahaja dikiosk tol Seremban 'kalaulah parti Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya alangkah baiknya', pertamanya kerana janji Pakatan Rakyat akan menghapuskan bayaran tol dan keduanya akan pula mengurangkan harga minyak ke tahap yang sudah tentu rakyat akan sambutnya dengan kesyukuran.

Tetapi kini semuanya menjadi kenangan dan susah untuk dilupakan kerana impian sedemikian masih jauh lagi serta bersedialah wang lebih daripada seratus ringgit untuk bayaran tol sahaja dan bersedialah ongkos untuk harga minyak yang tidak turun-turun itu setiap kali untuk berjalan atau balik kampung.

Apa boleh buat, ia adalah pilihan rakyat itu sendiri yang masih tidak mahu berubah seolah-olah tidak yakin pada perubahan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dan masih mahu peneraju yang lama menjaga kebajikan mereka sedangkan dalam satuasi semua barang naik ini sepatutnyalah kita mencuba dahulu kemampuan Kerajaan yang baru yang bermati-matian berjanji untuk menghapuskan tol diseluruh negara saperti petikan ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum PRU-13 dahulu 'hari ini kita menang esok tiada lagi tol'.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...