TERKINI :

Saturday, June 1, 2013

TINGG..! Kisah duit syiling dan batu


TINGG!

Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

TINGG!

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri, kanan dan di sekelilingnya. Tiada siapa yang berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama, dia mengambil dan menyimpannya.“Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati.

Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya, ketuanya mahu memanggilnya. Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.

Kami masih tak lupa J/K Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem p/raya sebelum PRU13.. kencing ja semua tu..!!

Cadangan SPR bawah Parlimen ulangi JK sebelum ini

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) menyifatkan rancangan Perdana Menteri untuk meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen sebagai pengakuan memang wujud penipuan pilihan raya.

"Meletakkan SPR di bawah jawatankuasa itu hanya lakonan semata-mata untuk menyelamatkan suruhanjaya itu," katanya.

Salahuddin berkata, sebelum ini Pakatan Rakyat bersifat terbuka dan menyertai Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini.

"Jawatankuasa tersebut dicadangkan oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

"Pakatan hantar Dr Hatta Ramli dari PAS, Azmin Ali dari PKR dan Anthony Loke dari DAP sebagai tiga wakil kita dalam jawatankuasa itu.

"Akhirnya terbukti, tidak ada satu pun cadangan jawatankuasa itu yang dilaksanakan," kata beliau.

Salahuddin yakin, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rancangan itu semata-mata untuk melaksanakan "damage control" apabila melihat semakin ramai rakyat yang menyambut slogan "tipu pilihan raya, turun jalan raya".

Kita mulakan negara baru

oleh Aspan Alias

Tidak jemu-jemu saya bercakap tentang sebuah negara baru dengan situasi politik yang baru dan segala-galanya baru. Mahu tidak mahu kita wajar menerima yang siasah dan kerajaan kita sudah tidak boleh diselenggara dengan baik dan sejajar dengan keadaan masa moden kini. Semuanya sudah berkecai walaupun masih ada yang berkata negara kita ini sebuah negara yang menghampiri taraf negara maju.

Ibarat sebuah rumah yang sudah tua, kita akan terpaksa berbelanja banyak tanpa mendapat sebuah rumah yang baik seperti semasa rumah itu masih baru dahulu. Hendak diperbaiki atapnya, terpaksa memperbaiki sekali tiangnya. Apabila hendak memperbaiki tiangnya terpaksa pula menukar rasuknya. Untuk menukar rasuk rumah itu terpaksa pula menanggalkan dinding-dindingnya dan berbagai-bagai lagi benda yang harus ditukar dan diperbaiki. Asalnya dahulu ialah untuk menukar atapnya sahaja. Akhirnya seluruh rumah yang tua itu terpaksa ditukar.

Letaklah SPR tu bawah siapa pon.. tak guna juga jika mereka nak jadi hamba parti politik..!


Nah..kepada geng perokok tahnuah untuk hangpa...naik lagi 50sen rokok hangpa..!


Ini ada 7 cadangan....hangpa pikiaq ambik laaa..!

Tujuh cadangan saya...

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,

Saya mencadangkan tujuh perkara kepada pemerintah negara ini khususnya pihak yang berkuasa di dalam hal ehwal agama. Cadangan ini ialah untuk kebaikan untuk umat Islam juga. Walaupun nampak saperti permasalahan kecil atau masalah remeh-temeh tetapi pada agama nampak besar dan perlu diambil tindakan sewajarnya.

1. Pemeriksaan ibu mengandung dan juga apa juga sakit puan serta menyambut bayi ketika lahir hendaklah dilakukan oleh doktor wanita sahaja kerana hal ini dianggap bukan lagi dikategorikan sebagai darurat disebabkan. Nisbah Doktor wanita dengan Doktor lelaki sudah seimbang dan wajar sekali tuntutan ini diketengahkan.

2. Wajibkan pelajaran agama dari tadika lagi dan pastikan semua pelajar boleh membaca dan menulis tulisan jawi serta mampu membaca al-Quran. Mereka sekurang-kurangnya ada asas agama, boleh bersembahyang dengan betul dan juga ada pengetahuan tentang ilmu agama saperti Fardhu Ain dan tanamkan akidah yang betul kepada semua pelajar ini sebelum mereka melangkah kepusat pengajian tinggi atau pun telah keluar daripada alam persekolahan. Begitu juga didalam peperiksaan Jabatan untuk kenaikkan pangkat umpamanya hendaklah juga diselitkan soalan akidah dan pengetahuan agama islam didalamnya.

Benarkah Punca SABAH pakatan tak menang ialah salah percaturan Anwar dalam susun calon..?

Ustaz Azizan bergelar Tan Sri


Bukan semua blogger PAS yang dalam ahti ada taman.


Blogger PAS Serang Anwar Dan Khalid.


Bukan semua blogger PAS yang dalam ahti ada taman. Tapi blogger2 ini memang sedang dalam rangka menyerang kepimpinan Anwar dan Khalid Samad kerana marahkan isu TGHH dibidas dalam kongress AMK.

Kalau difahami jalan cerita nya, rujuk sini, kita dapat memahami bahawa kesemua masalah neh berlaku berpunca dari sikap seorang menantu Tuan Guru. Dan geng2 neh la yang sebenarnya sedang marah dan menyerang sana sini. Semua yang tak bersetuju dengan dia ialah ;

1. SYAITAN

2. TAK SOLAT

3. TAK BETUL AKIDAHNYA.

Takpe la. Aku pun takmo ambil peduli sangat dengan tuduhan2 seperti itu. Allah kan ada. Allah lebih tahu akidah2 aktivis sosialis dan Dr. Nasir macam mana. Ko nak tuduh, fitnah dan maki sekalipun, ko tetap akan tanggung akibatnya. Dunia atau akhirat, cepat atau lambat. Biar Allah je tolong nilaikan ko bagi pihak individu2 yang telah dituduh secara rambang oleh sekumpulan ahli pas di sesetengah cawangan neh.

Rakyat Selangor mencipta sejarah


Faekah Husin | 10:01AM Jun 1 2013

ULASAN Saya terasa teringin untuk menulis sesuatu hari ini. Agak lama tidak menyatakan pandangan, mungkin kerana terpaksa menahan diri dari melakukannya kerana ada tugas penting yang perlu diselesaikan tanpa memberi peluang kepada mana-mana pihak mentelaah secara negatif. Hari ini setelah semuanya selesai maka sementara duduk di rumah elok dituliskan sesuatu agar mampu memberi sedikit pencerahan.

Ramai melihat agenda melantik menteri besar di Selangor dan barisan Exco dengan kanta pandang dekat. Ramai mungkin yang mahu memberi pandangan walaupun dalam banyak masa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat tepat untuk membuat komen. Maka wujudlah beberapa siri perbincangan panas antaranya Istana campurtangan dalam pemilihan Exco, politik kuno berpaksikan kaum, politik order lama yang tidak sensitif gender dan bermacam lagi.

Bila ada ura-ura kononnya istana atau lebih khusus lagi DYMM Sultan cuba memberi nasihat dan pandangan dalam pelantikan Exco maka terus sahaja kita membuat kesimpulan bahawa Tuanku mahu campurtangan dalam pentadbiran negeri, baginda seorang yang rasis dan hanya memihak kepada orang Melayu. Tidak sedikit yang menyatakan rasa marah dan tersinggung serta kesedihan mereka dengan berita tersebut. Ramai kita terlupa bahawa politik Pakatan Rakyat yang kita bawa adalah politik baru dengan semangat politik inklusif, yakni ruang bersuara dan memberi pandangan terbuka luas kepada semua pihak dan saya berpandangan ianya tidak terkecuali kepada pihak istana.

Mudah-mudahan orang Padang Terap dan rakyat Kedah dah tak mandi sungai lagi la noo lepas nie...!


Kedah mahu minimumkan aduan bekalan air


30 Mei 2013 ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menyasar untuk mengurangkan aduan berhubung gangguan bekalan air ke tahap paling minimum demi kebaikan seluruh rakyat, di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrol Hisham Hashim berkata Syarikat Air Darul Aman (Sada) yang menguruskan bekalan air bersih di Kedah, komited untuk menyelesaikan masalah bekalan air dalam tempoh 24 jam, sebaik menerima aduan.

"Saya yakin masalah gangguan bekalan air akan dapat dikurangkan kerana Sada memberi penekanan khusus sekiranya terdapat ganguan bekalan air.

"Ada beberapa perkara seperti paip air pecah akibat tekanan air terlalu tinggi, itu memang kita tak dapat nak elak tapi kita akan selesaikan dalam tempoh singkat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Eishhh tak kan ada ura-ura nak lompat kot sampai dok halang MP PR masuk Sabah...



MP Dari BN Sabah Sila Lompat Segera

Blog wfauzdin.blogspot.com

TIDAK pelik jika kerajaan minoriti 47% ini di dalam keadaan ketakutan sekarang.

Maklumlah, majoriti rakyat secara terang dan jelas menolak kerajaan zalim yang sekarang ini mendakwa berkuasa hanya atas faktor lebih kerusi di Parlimen. Itulah 'Kerajaan Kerusi".

Ketakutan teramat sangat apabila membayangkan sekiranya ada rakan-rakan di Sabah atau Sarawak tiba-tiba terbuka 'hidayah' mereka dan melangkah masuk menyertai Pakatan Rakyat, atau sekurang-kurangnya mereka berada di pihak Bebas. Tidakkah ini akan menumbangkan kerajaan yang ada sekarang? Ini paling mereka takuti sebab mereka tahu 'nyawa' kerajaan sekarang bergantung sepenuhnya dari dua negeri di bawah bayu tersebut. Di Semenanjung, telah dua kali PRU mereka 'ghuyub'.

Peranginan Bukit Perak Pendang tempat budak sekolah ponteng dan beromen


Sakit mata lihat pelajar berpelukan



WARTAWAN SINAR HARIAN 31 Mei 2013 PENDANG – Air Terjun Bukit Perak atau turut dikenali sebagai Sungai Rambai dikatakan sering menjadi tumpuan pelajar ponteng sekolah berikutan dikatakan merupakan port pilihan terutamanya yang mempunyai pasangan kekasih.

Tinjauan Sinar Harian pagi kelmarin mendapati beberapa pelajar perempuan berpakaian sekolah bersama teman lelaki masing-masing keluar dari bahagian tingkat atas air terjun kira-kira jam 1 petang.

Seorang pekerja yang hanya mahu dikenali sebagai Rusli berkata, dia sakit mata dan kecewa melihat tingkah laku pelajar-pelajar perempuan berpeluk-pelukan bersama pasangan masing-masing.

Gejala berkenaan semakin menjadi-jadi terutamanya di bahagian tingkat atas air terjun memandangkan ia dikelilingi hutan dan jauh dari pandangan orang ramai.

Pengusaha feri Langkawi charge ala-ala GST kat penumpang...


Alhamdulillah....normal la tuu...charge nie pon ala-ala GST yang dikatakan tu lah... Almaklumlah BN MENANG KEDAH SENANG....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...