TERKINI :

Friday, May 31, 2013

Apa hukum wakil rakyat guna duit judi untuk kempen pru13...?


Subhanallah...pohon yang menaungi Rasulullah SAW masih segar hingga kini


Malaysia - tak mustahil facebook & twitter akan diharamkan di negara kita

| Print | Media baru gugat negara atau gugat BN?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mahu mengkaji undang-undang terhadap 'penyalahgunaan' media sosial yang boleh menggugat keharmonian negara menimbulkan persoalan.

Ahli parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad berpendapat, kerajaan sememangnya boleh sahaja bertindak menggunakan undang-undang yang sedia ada seperti beberapa pendakwaan yang telah dibuat terhadap beberapa individu sebelum ini.

"Benarkah keharmonian negara tergugat? Atau kedudukan BN yang tidak selamat.

"Apakah salah media baru yang menjadi kuasa pengimbang kepada media perdana yang sarat dengan fitnah dan penipuan," soal Idris.

Menurutnya, laporan kajian oleh beberapa pihak mendapati bahawa BN tewas dalam kempennya di media sosial dan internet biarpun menguasai media arus perdana secara total.

Akhirnya kuliah agama di Seri Mentaloon berkubur bila UMNO BN berkuasa...!A



Kerajaan UMNO Kedah haramkan kuliah agama di Seri Mentaloon



Amat malang bagi umat Islam di negeri ini, khususnya kakitangan awam yang selama ini menghadiri kuliah mingguan setiap hari Sabtu di Seri Mentaloon kerana kerajaan UMNO Kedah telah mengharamkannya!

Kuliah mingguan tersebut diperkenalkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir Kedah pada 2008, menampilkan para penceramah agama yang menyampaikan pelbagai ilmu Islam. Ia mendapat sambutan hangat khususnya dari kakitangan kerajaan dan swasta, memandangkan tempat tersebut lebih selesa dan mempunyai kemudahan parkir yang luas.

Pak Lah mampu tersenyum sebab rekod pilihanraya terburuk untuk BN telah dipegang Najib pula..!


Kesian UTUSAN....catat KERUGIAN lagi......


Khir Toya perli Najib kata dia dijadikan 'kambing hitam'


Khir Toyo dakwa dirinya 'dikambinghitam'


Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Mohd Toyo berkata beliau dijadikan contoh untuk membuktikan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat bersih.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Khir - yang dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam - berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

"Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," tulis Khir dalam blognya.

Sebab PAS KALAH - Antara sebab TIMB PRESIDEN & Sebab Blogger...!


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan lapan sebab yang biasanya menjadi punca kekalahan PAS dalam setiap kali pilihan raya.

Sebab-sebab itu adalah:

1. Media yang tidak adil.

2. Pemerintah (BN) gunakan jentera kerajaan dalam kempen sebelum dan semasa pilihan raya.

3. Parti pemerintah (BN) menggunakan wang terlalu banyak dalam sogokan kepada pengundi.

4. Politik ugutan, projek dan pembangunan terhadap rakyat yang disyaki enggan mengundi kepada parti pemerintah.

5. Daftar pemilih yang tidak bersih dan dimanipulasikan daftar pemilih oleh BN.

6. Masa berkempen yang pendek, sebelum hari mengundi dan halangan berkempen sebelum pilihan raya terutama di kawasan Felda.

7. Polis didapati memihak dan ejen pula mengugut rakyat untuk kepentingan parti pemerintah (BN).

8. Undi pos yang amat diragukan kesahihannya.

Bukan sebab....

Aduhai KPN.. orang suruh pikiaq kurangkan kadar jenayah bukan suruh sekat kebebasan rakyat bergerak!


Larangan motosikal masuk bandar satu diskriminasi

Lau Weng San | 11:46AM Mei 31 2013

Cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk melarang kemasukan motosikal ke sesetengah zon di bandar besar yang akan dikategori sebagai "zon selamat" ialah satu cadangan drastik yang tidak masuk akal dan tidak adil kepada para penunggang motosikal.

Malahan cadangan ini juga satu cadangan yang bersifat diskriminasi terhadap penunggang-penunggang motosikal di Malaysia.

Sebagai seorang penunggang motosikal, saya akan menentang dasar ini habis-habisan bukan kerana ia dasar yang tidak masuk akal, tidak adil dan diskriminasi, malahan saya berpendapat ia langsung tidak menyelesaikan masalah jenayah jalanan.

Cadangan ini adalah tidak masuk akal seolah-olah pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) gagal membanteras kegiatan jenayah sehingga mereka perlu melarang kemasukan motosikal ke dalam kawasan bandar.

Jika logik ini boleh diterima, mengapakah polis tidak melarang penggunaan senjata-senjata seperti parang, pisau yang juga boleh disalahguna untuk kegiatan jenayah?

Terus mengasak Najib, sekali gus bermuhasabah tentang PRU13

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Sebenarnya, tanpa perlu menunggu bukti-bukti baru berkaitan penipuan dalam PRU13 -- termasuk dakwat kekal yang tidak kekal, lampu padam ketika membilang kertas undi, ada pemilih mengundi lebih daripada sekali, juga amalan politik wang yang menjolok mata -- sistem dan proses pilihan raya negara kita perlu segera direformasi secara menyeluruh.

Pengerusi SPR bersama timbalannya, dan lima anggota yang lain (rujuk profil mereka dalam laman web SPR dan saya pernah mengulasnya dua tahun lalu) harus meletakkan jawatan. Keyakinan awam kepada anggota SPR. seperti dituntut Perkara 114 (2) Perlembagaan sudah lama terhakis. Gelagat SPR tidak lebih daripada komponen ke-14 BN!

Justeru, gema lantang suara rakyat yang ditunjukkan dalam siri jelajah "Blackout 505" mesti diteruskan secara lebih proaktif. Bukannya dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan di luar proses demokrasi, tetapi mahu bangkit mengasak secara intensif agar kerajaan benar-benar serius melakukan pembaharuan politik.

Inilah 8 punca PAS tewas PRU13...


Belum cukup sebulan memerintah Kedah.. Umno sudah lembik tengkok dengan Gerakan..!


Belum sebulan perintah Kedah, Umno sudah lunak kepada tuntutan rasis Gerakan

Oleh Zulkifli Yahaya

Apakah selepas ini Umno akan bangunkan semula pusat potong babi di kampung Berjaya demi Gerakan?

Exco yang memegang potfolio Kerajaan Tempatan negeri Kedah, Badrul Hisham Hashim mengumumkan kesediaan mengkaji bagi mengembalikan semula kuota perumahan 30 peratus untuk Bumiputera bagi Tanah Simpanan Melayu yang ditukarganti (swapping). Kenyataan yang dibuat selepas dilantik jadi Exco itu sangat mengejutkan oleh sebuah kerajaan Umno kononnya sangat kuat Melayunya. Di saat sekutu parti rasis itu berkempen memboikot perniagaan orang Cina, Umno Kedah korbankan hak Melayunya untuk 'disedekahkan' kepada orang Cina?

Di masa Pakatan Rakyat, Ustaz Azizan mengubah polisi asal pemilikan minimum Bumiputera 30 peratus kepada 50 peratus. Tujuannya untuk mempastikan pemilikan Bumiputera terhadap tanah yang asalnya milik Melayu khususnya di kawasan bandar tidak berpindah milik dengan mudah. Polisi itu mendapat tentangan keras dari Gerakan dan MCA sepanjang penggal. Ia dijadikan isu utama oleh kedua-dua parti rasis itu untuk menghasut orang Cina menolak PAS.

Gempar.. Adun Ayar Hitam hilang selepas BN Tawan Kedah..!

oleh pengundi ayar hitam

AYAR HITAM bersyukur kerana telah dapat ADUN baru dan yang paling best lagi ADUN nie pulak jadi MB KEDAH... ia telah menjadi kebanggaan rakyat Ayar Hitam.

Selepas menang kami rakyat Ayar Hitam bergembira menyambut kemenangan bertambah lagi dengan kejayaan merampas Kedah. Boleh dikatakan kenduri kesyukuran dilakukan setiap hari dan sempena cuti sekolah nie pun kenduri diteruskan.

Namun dukacita kami rasakan sebab ADUN kawasan kami hilang entah kemana. Dengaq habaq beliau dikatakan bercuti di London....Tapi bila ditanya Orang Kuat Umno kot nie depa cuma kata MB cuti...

3 tuntutan untuk memulihkan SPR

Blackout 505 tampil tiga tuntutan

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD 29 Mei 2013 PETALING JAYA -Perhimpunan Blackout 505 akan meneruskan gerakan mereka sehingga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju untuk melaksanakan tiga tuntutan reformasi awal yang dikemukakan.

Pengarah program Blackout 505, Datuk Johari Abdul berkata, kehadiran rakyat di perhimpunan itu adalah lambang baru kesedaran politik rakyat yang mewakili suara 51peratus rakyat yang menyokong PR.

"Kita menuntut tiga perkara asas reformasi pilihan raya, pertama seluruh anggota SPR sekarang meletak jawatan kerana gagal memastikan PRU13 berjalan dengan telus, cekap, tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan Bersih.

Azizan guna pen dan menulis untuk berkomunikasi

Azizan menulis untuk komunikasi

WARTAWAN SINAR HARIAN 30 Mei 2013 GEORGETOWN - Keadaan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilapor semakin baik selepas 22 hari menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pulau Pinang, di sini.

Bekas Setiausaha Politiknya, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bekas Pesuruhjaya Pas itu kini sudah sedar sepenuhnya dan boleh mendengar, memahami serta berkomunikasi.

Beliau berkata, hanya suaranya belum keluar kerana masih ada paip saluran yang dipasang di leher.

“Beliau banyak bertanya itu dan ini...difahami soalan dari gerak mulutnya dan kadang-kadang beliau minta pen untuk menulis apa yang mahu ditanyakan.

“Masuk hari ini, sudah 22 hari beliau di ICU. Teruskan berdoa untuknya,” katanya dalam komen dari laman sosial Facebooknya, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...