TERKINI :

Thursday, May 30, 2013

Kami 100% Sokong laksanakan AES jika.......!!!!

BAGUS IDEA USTAZ NIE..!!!

Macamana KERAJAAN MALAYSIA..dengan mandat yang rakyat berikan masa PRU13 tempohari inilah masanya nak cari pemikir-pemikir dan ulama-ulama ISLAM dalam negara & luar untuk berbincang melaksanakan hukum Allah ini di bumi MALAYSIA....


Alahai UMNO.. Dok cari Penyamun suruh nasihat jangan jadi Penyamun..!!

Hanya yang bersih layak membersihkan yang lain
oleh  Aspan Alias, 

Daim Zainuddin kembali aktif memberikan komen tentang keputusan pilihanraya 13 yang baru lalu. Daim yang pada awalnya meramalkan bahawa BN akan hanya mengekalkan kerajaan NS, Pahang dan Johor sahaja kini jelas tidak menjadi. Beliau tidak lagi dianggap ‘dukun’ dan ‘pawang’ yang hebat seperti yang dianggap oleh ramai sebelum PRU yang lalu.

Daim berkata jika orang bertanya, saya akan meminta Najib diketepikan kerana kegagalannya mempertahankan kewibawaan BN yang hanya mendapat 133 kerusi sahaja. Daim beranggapan bahawa semua penasihat Najib yang ramai-ramai itu sepatutnya dipecat kerana kegagalan itu. Daim mengakui bahawa beliau telah menasihatkan supaya Najib jangan pedulikan kaum Cina dalam siri kempen beliau (Najib) kerana kaum Cina sudah menunjukkan keengganan mereka menyokong BN.

Daim selanjutnya berkata apa yang sepatutnya Najib tumpukan ialah kepada kawasan-kawasan yang BN telah tewas dengan tipis di samping menjaga kawasan-kawasan yang BN telah menang dalam PRU 2008 dahulu. Bagi Daim adalah membazirkan wang sahaja memberikan tumpuan terhadap kaum Cina kerana mereka sudah membelakangkan BN dengan jelas.

Kesan Positif Sekatan dan Imbangan Selepas PRU13

Oleh A Kadir Jasin

PEPATAH Melayu ada berkata, sekali air bah sekali pasir berubah. Alhamdulillah, selepas Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu telah nampak banyak perkembangan positif di kalangan semua pihak yang terbabit. Saya perhatikan hal-hal berikut telah berlaku:-

1. Rakyat jelata nampaknya tidak lagi mahu kerajaan yang membolot (monopolistic). Mereka sudah berasa kebaikan checks and balances (sekatan dan imbangan) yang kuat di Parlimen dan dalam Dewan Undangan Negeri.

2. Pembahagian semula kuasa sedang berlaku. Keengganan majistret merestui permohonan polis untuk menahan reman tiga ahli dan aktivis politik pembangkang, iaitu Chua Tian Chang aka Tian Chua, Tamrin Abdul Ghafar dan Haris Ibrahim adalah contoh pembahagian semula kuasa itu.

Lagipun, dengan semakin banyaknya kes kematian ketika reman, Ketua Polis Negara baru, Khalid Abu Bakar dan Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi wajiblah lebih berhati-hati menggunakan kuasa reman.

Khalid Samad akui ada 'pembodek' dalam PAS

Khalid Samad hentam 'Din Ayam' dan konco-konconya?


Timbalan Pesuruhjaya PAS III Selangor Khalid Samad menyalahkan kumpulan 'pembodek' pemimpin PAS yang membolehkan calon parti itu bertanding di DUN Kota Damansara sehingga Pakatan Rakyat gagal mempertahankan kerusi itu dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Mengemukakan empat kesan "tidak baik" sebagai bukti kesilapan PAS bertanding di situ, Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menegaskan perkara itu perlu diakui oleh semua pihak khususnya pemimpin PAS. 

Menulis dalam blognya hari ini, Khalid menggariskan empat akibat tindakan ahli PAS itu, antaranya hubungan PKR dan PAS menjadi tegang, hubungan sesama ahli parti terjejas dan komitmen PAS dalam Pakatan dipersoal masyarakat.

Sikit Sikit BERSATU.. Sikit Sikit BERSATU... Nak BERSATU macamana jika kelaku UMNO huduh macam nie..??


Mengenali wirid tok alim, wirid ahli ibadah - TG Nik Aziz

Oleh Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat

SEKIRANYA ada yang bertanya apakah dalil bahawa orang alim memadai dengan mentelaah kitab, bukannya wirid seperti si abid, jawapannya ialah sila buka semula dalil-dalil yang telah dikemukakan, dalam bab belajar dan mengajar di permulaan perbincangan ini terdahulu.

Di sana terdapat nas al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan perkara tersebut, yang menyatakan fadilat belajar dan pelbagai fadilat mengajar.

Orang alim dan tok guru memadailah dengan mengajar orang ramai, tidak perlu habiskan masanya berwirid dan berzikir.

Ini kerana masa yang berharga diperlukan untuk mentelaah kitab dan ulang kajinya, sebagai sumber ilmu yang diperlukan untuk persediaan mengajar orang ramai. Apa yang tidak kenanya apabila dikatakan begitu, kerana apabila seseorang itu mengaji dan mengajar semua itu ada kesinambungan terhadap zikir (ingat) kepada Allah SWT.

Bila KHIR TOYO nak dipenjarakan nie...???

Mahkamah rayuan kekalkan hukuman penjara 12 bulan Khir Toyo
Wartawan Sinar Harian
30 Mei 2013
Mohamad Khir Toyo
Mohamad Khir Toyo
 
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 12 bulan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam empat tahun lepas.

Mahkamah juga mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Dis 2011 lepas yang memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Sudah tiba masanya RAKYAT mendesak Sidang Dewan Rakyat & Undangan negeri di siarkan 'LIVE'

Sidang Dewan Rkyt wajib live!

selama ini sekadar belanjawan sahaja disiarkan LIVE
Pakatan Rakyat tidak perlu sangat desak kjaan nak masuk Tv1 & Tv2. Atau bikin stesyen Tv sendiri pun den tak setuju krn kosnya tinggi & jgn mimpi ia akan diluluskan. Yg perlu didesak ialah channel TV khas utk sidang Dewan Rakyat. Bilo sidang Dewan Rkyt start bersidang mako channel itu akan hidup bersiaran lgsg ke kaco tv setiap rumah. Itu pun dah cukup. Yg ponting siar secaro live.

Rakyat berhak utk tahu apo yg wakil rkyt mrk buek semaso bersidang. Drpd situ kito bulih nilai prestasi wakil rkyt kito. Adokah wakil rkyt kito buek homework sblm berhujah? Adokah jwpn para montori setaraf dgn budak darjah tigo? Adokah wakil rkyt kito enak mombuto ketiko dewan sdg bersidang? Adokah wakil rkyt kito x prnh hadir pun setiapkali Dewan Rkyt bersidang? Soalan2 diatas takkan terjwb jiko sidang Dewan Rkyt tidak disiarkan secaro langsung.

Bot Terbalik - Najib salah tokey feri...tapi rakyat salahkan Najib..!

Bagus sungguh tugas PM... mai diri dia tak rasa bersalah langsung... sepatutnya jalan darat yg patut diadakan tapi PM & KM boleh buat mcm tak sala jaa...

Alhamdulillah... Apa lagi rakyat Kedah mahu?


Gambar ANWAR & Bini AZMIN KANTOI???!


Kereta apa yang dah turun harga?

Budiman Abdul Karim,

Saya tertarik dengan pengumuman oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa pengurangan harga kereta akan dibuat secara berperingkat sehingga 2017. Menurutnya lagi ada 10 model kereta yang t elah diturunkan harga sebanyak 7.3 peratus sejak Oktober tahun lepas.

Saya menggesa agar menteri berkenaan menyenaraikan atau menyiarkan di media kesemua model tersebut agar diketahui oleh rakyat umum. Adakah model tersebut hanya membabitkan keluaran Proton dan Perodua sahaja? Adakah membabitkan hanya kereta mewah seperti Ferari, Lamborghini, lotus dan sebagainya?

Sehingga ke hari ini saya tidak pernah melihat atau membaca senarai rasmi di mana-mana media jenis-jenis kereta yang telah diturunkan harga itu. Kenapa tidak diumumkan senarai kereta tersebut sebelum PRU? Pernyataan menteri MITI yang baru ini lebih menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan. Janganlah hanya kerana mahu meniru manifesto Pakatan Rakyat, anda pun mahu turunkan harga kereta. Tetapi tidak tahu kaedah yang betul dan mungkin tidak ikhlas pun.

Pakai berkubuq la BN jika Najib perelok system pilihanraya..!


Baiki sistem pilihan raya tindakan bunuh diri BN


Abdul Aziz Mustafa, 30 Mei 2013

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tidak akan melakukan pembaikan sistem pilihan raya kerana tindakan itu adalah tindakan bunuh diri kepada BN, demikian menurut satu analisis Reuters.

Perkara itu diakui oleh Bersih yang menyifatkan reformasi sistem pilihan raya yang dilakukan sama sekali tidak memadai.

Dengan keadaan sedemikian, badan itu terus enggan mengiktiraf keputusan pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini sehinggalah ia memastikan kesahihan ratusan tuduhan penipuan pilihan raya di dalam "tribunal rakyat".

Badan itu juga baru-baru ini membangkitkan tentang wujudnya pengundi berumur 120 tahun dalam daftar pemilih dan ada premis yang digunakan oleh ratusan pengundi sebagai alamat mereka.

Gaji KM naik berkali ganda tapi nak penaik jalan raya untuk rakyat tak mampu..!

Jalan darat boleh elak tragedi bot karam berulang


MIRI: PAS Sarawak berpendapat, pembinaan jalan raya yang baik sebagai alternatif kepada penggunaan bot boleh mengelakkan tragedi bot karam berulang.

Timbalan Pesururuhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee berkata, jalan sungai adalah satu-satunya cara untuk mereka pulang atau cara pengangkutan untuk mereka sampai ke destinasi.

"Maka pihak kerajaan juga perlu mencari jalan alternatif untuk kemudahan penduduk yang tinggal di luar bandar yang terpaksa menggunakan sungai.

"Selain menggunakan jalan sungai sepatutnya jalan darat juga perlu disediakan untuk kemudahan penduduk di kawasan luar bandar. Ini akan memberi mereka pilihan dan kemudahan selain menggunakan sungai sebagai jalan alternatif untuk mereka pulang ke kampung," kata Jofri (gambar) dalam kenyataannya.

Beliau mewakili PAS simpati dengan nasib yang menimpa para penumpang dan mangsa tragedi bot ekspres karam baru-baru ini di Tanjung Tukok Punyang Gian, Batang Rajang.

Renungan : Islam Itu Sempurna Tetapi Bukan Orang Islam..!


Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Jimat Cermat Seorang Pemimpin Gerakan Islam

olah Muhammad Sanusi Md Noor

Ustaz Azizan dalam Tindakan dan Langkahnya: Sandaran dan Rujukan

Ustaz Azizan di awal perlantikan sebagai Menteri Besar dikecam oleh sebahagian ahli PAS dan UMNO kerana menggunakan kereta rasmi (Mercedes Benz KBV 8) dan polis (out rider dan pengawal). Dia memakai long suit, bersongkok (ganti ketayap putih) dan tali leher ke pejabat dan urusan rasmi. Ini mengejutkan sebahagian ahli PAS, tertutama yang mengkagumi Ahmadinejad (Presiden Iran yang tidak bertali leher) dan sesetengah ahli yang hanya mengenalinya sebagai Ustaz, yang harus berserban, berjubah, memakai kereta lamanya dan menjauhi semua kebesaran sebagai pemimpin sebuah kerajaan.

Alasannya kuat dan pantas. Ustaz Azizan menghuraikannya seperti ini. Aku memakai ijtihad yang dibuat oleh Muawiyah sewaktu menakluki Mesir dan dilantik menjadi Gabenor di sana. Inilah yang diharuskan dalam ilmu siasah syariyyah, meneruskan amalan kebiasaan yang sudah dikenali dalam sesebuah masyarakat yang tidak bertentangan dengan syarak. Ketika menjawab pertanyaan khalifah Syaidina Umar r.a berkaitan aduan rakyat terhadap corak kehidupan dan kediamannya di istana milik bekas pemerintah Rom. Muawiyah menjawab: Aku menakluki sebuah wilayah jajahan Rom dan masih bersempadan dengan mereka. Mereka mengenali sebuah kerajaan dan pemimpin dengan kehebatan dan kebesaran seperti ini. Dengan inilah kerajaan dihormati dan dipatuhi dalam masyarakat dan budaya di sini. Aku tidak boleh tergesa-gesa mengubah apa yang telah mereka kenali sejak ratusan tahun dulu sekelip mata.

Keamanan dua perhimpunan : Black505 vs Bola Piala FA


Black 505 lebih aman dari bola sepak Piala FA


Khairil Abdul Rahim/harakahdaily

KUANTAN: Perhimpunan ‘Blackout 505’ yang dianjurkan rakyat negara ini ternyata lebih aman daripada perhimpunan menonton perlawanan separuh akhir kedua bola sepak Piala FA 2013.

Pengerusi Barisan Bertindak Rakyat Pahang, Syed Ali Badaruddin Othman berkata, dalam semua siri penganjuran 505 di seluruh negara tidak berlaku sebarang kekecohan meskipun melibatkan pemuda-pemuda yang pro Pakatan Rakyat.

Katanya, sebaliknya perlawanan bola sepak antara Pahang dan Johor yang sepatutnya berlangsung di Stadium Darul Makmur malam tadi, berlaku kekecohan sehingga perlawanan tersebut terpaksa ditunda.

Tambahnya lagi, sedangkan kehadiran kira-kira 40,000 penonton melibatkan penyokong kedua-dua pasukan itu turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat (VVIP), Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah serta Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.

“Oleh kerana itu tidak ada pihak yang perlu takut dan mereka-reka cerita yang bukan-bukan mengenai perhimpunan 505 kerana ia berlangsung aman tanpa provokasi termasuk yang berlangsung di Kuantan pada 14 Mei lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...