TERKINI :

Wednesday, May 29, 2013

Isu BlackOut - Harap Timbalan Pengerusi SPR iaitu Wan Ahmad, jangan letak jawatan dulu...!!!

Pakatan Rakyat Supporters


Timbalan Pengerusi SPR iaitu Wan Ahmad, jangan letak jawatan dulu, anda kata serta TUDUH BlackOut itu adalah GAMBAR PALSU dari PEMBANGKANG! kami nak anda masuk penjara 40 TAHUN Boleh? sila ramai2 buat repot polis ke atas Wan Ahmad, kerana cuba MENGHALALKAN penipuan!

Apabila YANG BERHORMAT tak jadi YANG BERKHIDMAT tapi jadi YANG BERLAGAK..!!!


Masa sesuai nak beli kereta ialah selepas Bajet 2014 nanti.. Kita tengok nak jadi capati dak lagi..!!!

Penganalisis : Paling sesuai beli kereta hujung tahun ini
MOHD RIDUAN SALLEH
29 Mei 2013
penurunan harga kereta
PENURUNAN harga kereta yang dijanjikan sama ada oleh parti pemerintah mahupun pembangkang pada siri kempen pilihan raya lalu sememangnya menarik perhatian rakyat Malaysia.

Rata-rata rakyat yang berhasrat untuk membeli atau menukar kereta baru memilih untuk menunggu sehingga kerajaan baru dibentuk dan tawaran mengenainya lebih jelas.

Terbaru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi janji kerajaan untuk menurunkan harga kereta.

"Seperti dijanjikan, harga kereta akan diturunkan secara berperingkat hingga 2017. Insya-ALLAH, saya akan pastikan setiap janji ditepati," tulis beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya, semalam.

Pesan Safwan Anang Buat Rakyat Malaysia


Semalam empat orang aktivis iaitu Haris Ibrahim (ABU), Safwan Anang (SMM), Tian Chua (PKR) dan Tamrin Ghaffar telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan. Dakwaan ini berkenaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM 5000.

Namun Safwan Anang membuat keputusan di luar jangkaan bahawa dia enggan diikat jamin. Semasa pendengaran perbicaraan beliau menyatakan bahawa dia tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun apa yang mendukacitakan ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Beliau sempat memberi 3 pesanan penting kepada kami supaya disampaikan kepada rakyat seluruhnya;

1) Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salahguna kuasa untuk kepentingan hayat UMNO/BN.

2) Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin pulihkan demokrasi yang makin tenat.

3) Dan ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit brrjuang lawan penipuan!

Mai layan lagu nie petang petang hari nie..!


APA KHABAR ORANG PAS KEDAH?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa


1) Pertama sekali, saya ucap tahniah kepada semua pimpinan, petugas, ahli, penyokong dan engundi PAS Kedah yang bekerja bersungguh-sungguh mahu memenangkan PAS Kedah bersama PR Kedah. Anda memang TERBAIK!

2) Kedua, Takziah diucapkan kepada pimpinan, petugas, ahli dan penyokong PAS Kedah yang memprotes kepimpinan, tak mahu buat kerja, bertawaqquf, tak mahu mengundi dan mensabotaj bagi menggagalkan PAS Kedah. Anda PERLU TARBIYAH lagi.

3) Walaupun PAS dan PR kedah tewas, namun kumpulan TERBAIK memang tetap cool dan macho. Sedikit kecewa itu ada, tetapi semangat perjuangan jangan terpadam begitu sahaja. Teruskan kerja untuk pertembungan seterusnya.

4) Kumpulan PERLU TARBIYAH ni bagaimana pula? Depa ni takdak hebat tarbiyah ka? Bukan... depa ni ramai juga yang pakar tarbiyah. Tapi dalam situasi PRU13 ni, depa lupa sikit dek terasa hati dan merajuk.

Nasihat untuk wakil rakyat

Syed Abdullah Syed Osman Jamalullail,

Tahniah syabas dan kepada kesemua Wakil Rakyat sama ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau Ahli Parlimen (AP) dan tidak kira mana-mana parti asalkan mereka ini disahkan sebagai Ahli Yang Berhormat yang dipilihkan dan diamanahkan oleh rakyat negara Malaysia yang tercinta ini. Jika bukan kerana ketokohan dan jasa mereka, mana mungkin rakyat memilih mereka untuk wakilkan bagi pihak mereka berjuang untuk kepentingan rakyat dan berani pula bersuara apabila berada di Dewan Undangan Negeri atau pun di Dewan Rakyat.

Masing-masing telah menerima watikah dan rakyat Malaysia sentiasa mengharap dan menunggu-nunggu sejauh mana mereka yang diamanahkan sebagai wakil kepada rakyat ini akan berjuang untuk kebaikan dan kebajikan rakyat keseluruhannya. Kita mahu lihat mereka yang dipilih ini banyakkan berkerja daripada banyaknya bercakap dan kita tidak mahu mereka ini hilang entah ke mana hingga jarang hadiri sidang Dewan Rakyat atau pun Dewan Undangan Negeri, malah jarang pula berada di pejabat untuk urusan bersabit dengan masalah rakyat kerana perkara ini sering menjadi rungutan kepada pengundi yang mengharapkan kepimpinan mereka ini dimasa-masa lalu.

Tiada penyatuan PAS-Umno selagi saya hidup

Salmah Mat Husain , 29 Mei 2013

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar.

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli.

“Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakahdaily semalam.

Presiden PAS & KETUA AMK sama-sama ada salahnya....!!!

LEPAS PRU, JANGAN BUAT KERJA TIDAK CERDIK

AKU rimas tengok Ketua AMK yang memekik di dalam Kongress baru-baru ini menghentam Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang.  Aku juga tidak selesa bila Presiden Pas tegur PKR yang kononnya letak calon 'pil kuda' menjadikan Pas terpaksa letak calon juga.
Bagi aku, masing-masing ada kesilapan.  Tuan Guru mungkin keluar kenyataan itu akibat mendapat maklumat yang tidak tepat tetapi kaedah meluahkan secara terbuka itu tidak bijak rasanya.  Begitu juga dengan Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar yang gunakan kongres untuk tunjuk hebat dan berani berdepan dengan bos rakan sendiri.  Aku rasa tidaklah hebat sangat jika berani kutuk bos rakan sendiri tetapi tidak berani tegur kelemahan rakan-rakan di dalam parti sendiri.  Aku ingat Ketua AMK akan tegur Timbalan Presiden PKR yang serang Presiden sendiri secara terbuka.  Rupa-rupanya tidak berlaku, malah beliau pergi lebih jauh untuk serang Presiden PAS.

Surat terbuka kepada permimpin Umno dan BN


Mahdzir Ibrahim,

UMNO-BN, kami sambut kedatangan anda ke alam politik adil pelbagai kaum

Semenjak “kekalahan” BN dalam PRU13 yang lalu (kerana Pakatan Rakyat mendapat sokongan 51 peratus pengundi), semakin hari semakin ramai pemimpin BN memberikan hujah rasional yang selama ini jarang kedengaran.

Saya difahamkan dua hujah utama, iaitu cadangan agar parti-parti politik dalam BN membuka keahlian kepada pelbagai kaum dan cadangan supaya BN itu sendiri menjadi satu parti pelbagai kaum.

Sebelum ini, pemimpin MCA ada menyuarakan cadangan tersebut, kemudian diikuti oleh pemimpin Gerakan dan terbaru cadangan yang datang dari pemimpin nombor dua UMNO iaitu Muhyiddin Yassin. Umumnya, kita ucapkan tahniah atas niat dan kesedaran beliau ini.

Namun, sebelum apa-apa, adalah wajar untuk para elitis UMNO-BN merenung kembali apa yang telah berlaku selama lebih dari 50 mereka memerintah. Apa pun yang ditanam di bibir, hanya Allah SWT sahaja mengetahui isi hati mereka.

Apabila BN UMNO membela ketam...


Jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya


Hambali Akram,

Saya melihat suasana politik akhir-akhir ini berlangsung dalam suasana amat tidak sihat. Walaupun ketidakadilan ini memang sudah wujud sejak sekian lama, namun kali ini suara rakyat lebih kuat dan menyeluruh. Sebelum ini, kaum Cina dan India agak pasif dan lebih suka bertindak secara senyap. Namun kali ini mereka bersama-sama orang Melayu telah bangkit menyuarakan suara hati mereka.

Dalam hal ini, Umno-BN bahawa janganlah menjadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan pada masa yang sama diri sendiri berjalan mengiring! Contohnya, dalam isu hasut-menghasut, beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat telah direman kerana didakwa mengeluarkan ucapan yang berbaur perkauman dan menghasut. Namun, pada masa yang sama tiada pula tangkapan dilakukan kepada mana-mana individu atau pemimpin Umno-BN yang bercakap tentang perkara yang sama. Malah media pro Umno-BN dengan terang-terang cuba menyiarkan berita yang boleh menggugat kerharmonian antara kaum.

SPR jika jantan mai la berdebat terbuka...


SPR perlu berani sahut cabaran berdebat


WARTAWAN SINAR HARIAN 29 Mei 2013 KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menggesa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletak jawatan kerana mengelak cabaran berdebat dengan wakil PR.

Ketua Penerangan Pemuda Pas, Riduan Mohd Nor berkata, Wan Ahmad telah menunjukkan tahap kecenderungan dan berat sebelahnya dan menuduh PR mahu mencari publisiti melalui debat.

Menurutnya, soalnya adalah mengapa beliau tidak bersedia bertemu di atas pentas debat atau dialog bagi membuktikan pihaknya telah melakukan yang betul.

“Rakyat mahukan jawapan mengapa terlalu banyak kepincangan berlaku sewaktu PRU13.

“Beliau tidak harus berdalih dengan alasan petisyen kerana terlalu banyak persoalan berlegar mengenai penyelewengan dalam PRU13,” katanya.

Siapa yang urus stadium nie dah tahu kapasiti 40k yang disumbat 60k apasal?

Perlawanan Pahang dan Johor DT di tangguh

LEBIHAN penonton skuad Tok Gajah yang mencecah sehingga 60,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 40,000 orang di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit.

Ia dikatakan berpunca daripada pengedaran tiket palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang mengaut keuntungan daripada perlawanan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di kawasan trek stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula oleh anggota keselamatan.

Pendang - maksiat ada tapi terkawal....!


Kes maksiat berjaya dikawal


KU NOOR FAIZAH 28 Mei 2013 PENDANG – Kes maksiat yang dicatatkan di daerah Pendang terkawal apabila Pejabat Agama Daerah Pendang sering melakukan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti port gejala berkenaan.

Pegawainya, Sheikh Ahmad Shukri Muhammad berkata, kes maksiat di daerah ini terkawal apabila orang ramai terutamanya pegawai masjid di kawasan ini turut bekerjasama membantu membuat tangkapan khususnya pada masa-masa kritikal.

“Keprihatinan pegawai masjid jelas membantu pejabat agama apabila satu kes maksiat berjaya ditangkap di sebuah resort di Pendang yang membabitkan pasangan kekasih berumur 16 hingga 25 tahun pada hari pilihanraya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Terima kasih atas kerjasama dan tangkapan yang dilakukan pegawai masjid kerana setiap kes yang berlaku mereka (pegawai masjid) akan membuat rujukan terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan,” katanya kepada Sinar Harian.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...