TERKINI :

Monday, May 27, 2013

Hebat sangatkah PRESIDEN PAS sampai tak boleh orang mengkritiknya..???

Kritikan Shamsul Terhadap Abdul Hadi Dibalas

MENAIK MENTARI                                                                               

Selepas The Gian Killer, Shamsul Iskandar Md Akin menegur presiden PAS, Abdul Hadi Awang di kongres nasional PKR tiga hari lalu berhubung kejadian pertindihan calon di antara PKR dan PAS di beberapa buah kerusi yang menyebabkan calon PKR (Pakatan Rakyat) kalah, saya menanti mana-mana pemimpin bangkit PAS menjawab kritikan pedas Shamsul itu.

Shamsul jentik Hadi.
Kritikan Shamsul itu memang perlu dibela dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ahli Parlimen Bukit Katil itu mempersenda dan menghina presiden PAS. Adalah dayus kalau PAS membiarkan presiden mereka dikentuk begitu saja, apa lagi dihadapan ramai. Aib dan air muka presiden perlu dijaga kerana ia juga maruah parti.

Shamsul secara tidak berselindung menyalahkan kepada Abdul Hadi atas kejadian itu. Beliau melontarkan kemarahan itu di hadapan perwakilan kongres nasional PKR. Mungkin dia ada hujah dan maklumat konkrit maka beliau berani berbuat begitu. Shamsul adalah seorang peguam yang tahu mentafsir undang-undang dan juga bijak memanipulasikan hujan untuk kemenangan - kebenaran? Saya mengenali beliau sejak tahun 1998.

Nah, hari ini sudah ada orang PAS yang bangkit membela presiden mereka. Ia adalah dari anak muda, dari Dewan Pemuda PAS. Anak muda itu Khairil Nizam Khairuddin yang juga bendahari dewan berkenaan. Kenapa tidak Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasarudin Hassan yang menjawab? Atau timbalan ketuanya Nik Mohamad Abduh? Begitu juga kenapa Dewan Muslimat membisu, apakah mereka suka presiden mereka dicela?

Negara Malaysia perlu disusun semula dari alif, baa, taa

oleh Aspan Alias

Serius, negara kita wajar disusun semula segala-galanya. Kita tidak lagi mempunyai sistem sebuah kerajaan yang ‘sustainable’ dalam segala bidang. Semuanya sudah tidak boleh dipakai lagi dan jika tiada perubahan maka kita tidak akan lagi berada di dalam sebuah negara yang berkerajaan yang benar-benar selari dengan kehendak demokrasi dan kehendak kemajuan dunia masa kini.

Keyakinan terhadap semua institusi demokrasi sudah sampai tahap terendah dan tidak diketahui lagi samada kita ini akan maju ke tahap dunia pertama atau berundur dan menggelongsor ke tahap kerajaan dunia ketiga. Kita membiarkan kepimpinan kerajaan menyerang dan merobohkan semua institusi demokrasi. Sistem kehakiman, kepolisan, undang-undang dan berbagai-bagai lagi telah dilacurkan. Kita seolah-olah sedang tinggal di dalam sebuah negara yang sama tahap kewibawaannya seperti Zimbabwe, Mali, Congo dan lain-lain.

Jatuhnya kewibawaan sesebuah negara dan kerajaan itu berkait rapat dengan kewibawaan pemimpin-pemimpinnya. Di negara kita sistem yang ada sudah tidak diyakini lagi oleh bukan sahaja rakyat kita sendiri, tetapi telah menjadi cemuhan masyarakat antarabangsa. Sudah tiada pihak yang serius untuk melakukan perubahan untuk mengembalikan negara kita ke tahap yang pernah kita alami dahulu.

Cuba ubah AYAT Daim nie dari BN ke PR KEDAH.. anda dapatlah tahu PUNCA kenapa Kedah Tewas..!!

Daim: BN kalah kerana salah strategi, pergaduhan dalaman

Oleh Ida Lim
May 27, 2013

KUALA LUMPUR, 27 Mei — Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.

Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim (gambar) mengatakan sebagai pendekatan salah.

“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.

“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

[DEDAH] Rafizi dedahkan Kes Blackout di Kedah

Rafizi Dedahkan Laporan Polis Kes Lampu Padam Di Kedah


Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini mendedahkan satu laporan polis bagi membuktikan dakwaan bahawa kejadian lampu padam turut berlaku di satu pusat pengundian di Kedah pada 5 Mei lalu.

Rafizi berkata laporan polis itu menunjukkan bahawa kejadian lampu padam itu berlaku di Sedim, Kedah ketika pengiraan sedang berjalan – dan berlangsung selama 15 minit.

Pusat pengundian itu terletak dalam kawasan parlimen Kulim Bandar Baru.

Ia merupakan kes yang kedua selepas PAS menimbulkan dakwaan berhubung kes serupa yang didakwa berlaku di kawasan DUN Seri Serdang.

Sembnag-sembang dengan KCS senior selepas PR Kedah Kalah..!!!

 
Sembang petang kelmarin dengan seorang KCS Senior...


1.Pentadbiran yang telus , terbuka dan tiada campurtangan oleh kerajaan PR 2008-2013 amat memudahkan tugas KCS dan penjawat awam yang berkhidmat secara jujur dan amanah dengan tugasan.
2.KCS yang tamak dan menyeleweng sedang mengatur strategi untuk membolot sebanyak mngkin "ghanimah"dengan memegang para exco baru yg mmg kaki songlap...exco yg trlalu mentah dan mudah diguna..
3.Beberapa polisi yang dibuat sebelum ini bersifat pro rakyat akan diubah ke pro peniaga untuk keuntungan mudah..(cth : polisi kouta perumahan 50% Bumiputra : 50% Non Bumi telah diubah ke 30:70)
4.Perbelanjaan cermat,jimat dan berhemah oleh kerajaan PR amat sukar diikuti oleh kerajaan sekarang...cthnya perbelanjaan untuk program kenduri kesyukuran MB baru tempohari dikhabarkan menelan kos sebanyak RM300.000.(RM15 sekepala x 20,000 org).. itu baru 2 minggu mentadbir..
5.Beberapa orang KCS yang cenderung /membantu (walaupun atas profesionalisma tugas)kepada kerajaan terdahulu akan ditukar atau dibekukan jawatan termasuk beliau!

#tunggu....

Antara Punca Kedah kalah - Antara kritikan orang bawah tapi orang atas tak dengaq...!!

Abdul Malik Mansor

contoh kritikan yg dimainkan di media umno bn yang jawapan tak kukuh..

ini ada aku nak berikan serba sedikit apa yang aku nampak dan dengaq...

1. pentingkn diri sendiri dan kroni. penykong dan pengundi belakang kira.
2. sapa yg kritik dan bg teguran yg membina semua kena tuduh sebagai pengkhianat PR.
3. takda semangat sebagai Pakatan Rakyat, lebih jelas kepada satu parti PAS saja.
4. kritik pasal pencaturan calon pun pemimpin buat buta kayu.
5. pengundi tahu siapa yg mereka nk pilih. so you letak calon tak tanya pandangan pengundi kena belasah la.
6. penyokong bising suruh tukar MB pun pemimpin buat buta kayu saja
7.penyokong kriik suruh tukar Pesuruhjaya, pemimpin buat buta kayu saja.
8. penyokong suruh namakan calon MB baru penggal baru, pemimpin buat buta kayu saja.
9. kritik pasal Exco bergaduh dengan MB pun pemimpin buat buta kayu saja.
10. Kritik pasal isu MB pro AUKU yg tak sejajar dengan dasar PR pun pemimpin buat buta kayu saja.
11. kritik tentang masalah kewangan Insaniah, pemimpin buat buta kayu saja.
12. kritik pasal kesan pembalakan yg keterlaluan boleh merosakkn dituduhnya kita pengkhianat PR.

[DEDAH] Bukti penipuan SPR - Undi Melebihi Kertas Undi Dikeluarkan Di Dalam Peti Undi

 
Pulau Pinang adalah salah satu negeri yang menyaksikan persaingan sengit dalam PRU13, terutamanya di kawasan-kawasan majoriti Melayu yang kebanyakannya ditandingi KEADILAN.

KEADILAN tewas tipis di Parlimen Balik Pulau (majoriti kalah 1,539, undi rosak 612) dan di kerusi-kerusi DUN dibawahnya iaitu Telok Bahang (majoriti kalah 801, undi rosak 167) dan Pulau Betong (majoriti kalah 395, kertas undi tidak dikembalikan 223).

Siasatan awal menunjukkan penyelewengan-penyelewengan berikut yang telah berlaku:

UNDI MELEBIHI KERTAS UNDI DIKELUARKAN

Bagi pengundian di saluran 2, SRJK(C) Yu Chye (Kod Daerah Mengundi 053/40/05), keputusan rasmi berdasarkan Borang13 (jumlah kertas undi yang dikeluarkan) dan Borang14 (jumlah undi diperolehi oleh setiap calon) menunjukkan bahawa jumlah kertas undi yang berada di dalam peti undi selepas pengundian adalah lebih banyak dari jumlah kertas undi yang dikeluarkan awalnya.

Borang 13 (Penyata Kertas Undi) bagi saluran 2 bagi Parlimen Balik Pulau menunjukkan bahawa sebanyak 424 kertas undi dikeluarkan. Nombor siri yang didaftarkan bagi 424 kertas undi ini juga turut mencurigakan kerana nyata berlainan dari bilangan kertas undi yang diterima dari Pegawai Pengurus, seolah-olah ada set kertas undi yang berlainan.

Sebenarnya isu bil air juga penyumbang kekalahan KEDAH walaupun mampu beri FREE macam Selangor..!!

oleh Penjaga Bukit Perak

http://4.bp.blogspot.com/_LqhmQTzcRho/TPegbc6tgPI/AAAAAAAAAF4/Z0Oxs-HxP44/s1600/2010-12-02_213338.jpghttp://2.bp.blogspot.com/_LqhmQTzcRho/TPegbnjadeI/AAAAAAAAAGA/csg2qwJGRTc/s1600/2010-12-02_213249.jpg

Tahukah anda bahawa sewaktu KERAJAAN NEGERI KEDAH diperintah oleh PAKATAN RAKYAT antara isu yang berlegar yang menyebabkan punca kekalahan ialah kerajaan negeri zalim naik bil air sebanyak 100% keatas golongan miskin.

Anda tahu macamana isu ini ditimbulkan... iaitu semasa BN memerintah dahulu bil minimun air Kedah ialah RM3 dan golongan yang membayar minimun ini ialah golongan yang  berpendapatan rendah dan menggunakan air bawah kadar minima. Namun apabila air Kedah diambil alih dan dinamakan SADA maka bayaran minimum ini dinaikkan kepada RM6.. jika ditukarkan % maka kenaikan dari RM3 ke RM6 sudah jadi 100% sedangkan masa dahulu mereka cuma bayar RM3 sahaja walaupun menggunakan bawah RM3 tetapi datang pemerintahan PR sudah dinaikkan 100%..ini isu yang dimainkan...

Laporan Polis isu DAKWAT - Anwar & Wan Azizah sudah.. PIMPINAN lain mana dia..dok nganga lagi kaa..???

Anwar, Azizah buat laporan polis
Wartawan Sinar Harian
27 Mei 2013
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail
Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah Wan Ismail
 
SHAH ALAM - PKR yang diwakili oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihatnya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dijangkan akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Menurut makluman media yang dihantar Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, laporan tersebut akan dibuat berhubung kegagalan SPR melaksanakan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Laporan polis akan dibuat hari ini pada 12.30 tengah hari di Balai Polis Tropicana, berdekatan dengan ibupejabat PKR," katanya.

PAS bukan berlawan dengan UMNO kerana namanya UMNO..!!

Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Semua ahli mesti memelihara dasar dan matlamat perjuangan PAS sebagai sabuah gerakan Islam. PAS di asaskan di atas prinsip yang jelas bagi menegakkan sabuah masyarakat yang berjalan di dalamnya sabuah masyarakat Islam, mematuhi prinsip dan dasar Islam di dalam menyuruh yang makruf dan mencegah yang mungkar. Di atas prinsip inilah PAS diujudkan sehingga berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi di dalam perjuangan yang panjang ini.

Seluruh pendokong memahami betapa hebatnya perjuangan ini. Ianya di asas oleh prinsip yang jelas. Perjuangan PAS bukan semata-mata untuk mendapatkan kuasa pemerintahan negara, ia lebih besar dari itu ialah menyelamatkan rakyat dalam negara ini daripada kemurkaan Allah dengan membetulkan dasar perjuangan agar tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

Anggota kabinet mungkin perlu ulang angkat sumpah - pakar

Anggota kabinet mungkin perlu ulang angkat sumpah - pakar
senarai ahli kabinet baru..

 
KUALA LUMPUR: Seseorang tidak boleh dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri tanpa terlebih dahulu dilantik menjadi ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara, mengikut seorang pakar undang-undang perlembagaan.

Profesor Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi menjelaskan, jika keadaan seperti itu berlaku, individu itu perlu mengulangi proses mengangkat sumpah sebagai menteri selepas menjadi ahli Senat atau Parlimen.

Shad Saleem mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang mempersoalkan kesahihan lima wakil dilantik yang telah dimasukkan ke dalam Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lim, yang merupakan ahli parlimen Gelang Patah, mendakwa bahawa pelantikan lima tidak mengikut perlembagaan kerana mereka sepatutnya terlebih dahulu mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara sebelum memegang peranan menteri dan timbalan menteri.

Jom pakat buat laporan polis isu DAKWAT KEKAL hari ini.. !!!!

Jom Ke Balai Polis Buat Laporan Isu Dakwat Kekal Hari Ini


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu membuat laporan polis berhubung penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam pilihan raya tersebut.

Salinan laporan tersebut hendaklah diserahkan kepada pejabat-pejabat PKR, PAS atau DAP yang berdekatan bagi membuktikan penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU-13 pada 5 Mei lalu.

Laporan yang dikumpulkan itu seterusnya akan digunakan untuk memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya.

“Kita mahu puluhan ribu laporan polis, paling kurang tentang dakwat kekal.

“Saudara, saya nak minta tiap orang yang mengundi yang hari pertama mengundi dakwat kekal dah pun hilang buat laporan polis.

Jom bersama pimpinan PR Kuala Kedah & Alor Setar untuk buat laporan polis bab dakwat tak kekal jam 3.00pm nanti..!!!

SPR TIPU !!! DAKWAT KEKAL 7 HARI, LUNTUR TAK DAN 7 MINIT

JOM REPORT POLIS KEPADA YANG BELUM REPORT BERSAMA WAKIL RAKYAT PAKATAN RAKYAT P.010 KUALA KEDAH, N15 ANAK BUKIT, N.16 KUBANG ROTAN, N.17 PENGKALAN KUNDOR, N.13 KOTA DARULAMAN, N.11 DERGA DAN PIMPINAN PAS/PKR/DAP DARI ALOR SETAR SERTA KUALA KEDAH

TARIKH: 27 MEI 2013
HARI: ISNIN
MASA: 3.00 PETANG
TEMPAT: IBU PEJABAT DAERAH POLIS, KOTA SETAR.

Contoh Report Seperti di bawah:-

Saya Aris bin Awang kad pengenalan bernombor 630617025029 ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat mengundi di saluran 2, Daerah Mengundi Telok Bagan.

Pada 5 Mei 2013 jam lebih kurang 9.15 pagi, saya telah keluar mengundi di Sekolah Sekolah Kebangsaan Dato Wan Md Saman, Batu 3, Tandop, Alor Setar, Kedah. Setelah pegawai SPR menyemak dan mengesahkan identiti saya, seorang pegawai SPR telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi saya pulang ke rumah dan ketika ingin makan nasi sekitar jam 1.30 tengahari, saya telah membasuh kedua-dua belah tangan saya. Saya amat hairan dan terkejut apabila dakwat kekal yang dihebahkan oleh SPR kepada pengetahuan masyarakat boleh tahan selama 7 hari walaupun dicuci dengan peluntur yang kuat sebenarnya tidak kekal, kerana jari telunjuk kiri saya telah bersih tanpa meninggalkan sebarang kesan dakwat setelah dibasuh pada hari yang sama.

PAS Bersikap Terbuka, Terima Kritikan AMK - Khalid Samad


PAS mengambil sikap terbuka dan menerima kritikan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berhubung isu pertindihan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara dan Sungai Acheh.

“Kenapa nak terasa (dengan AMK) kerana perkara yang tak sepatutnya berlaku sudah berlaku. Mereka ada hak untuk buat aduan dan kritikan.

“Kalau PAS bertanding dikerusi sendiri tiba-tiba PKR nak juga sudah tentu PAS sakit hati, begitu juga (jika terjadi dengan) DAP,” kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad ketika ditemui di Kongres PKR ke-9 di Majlid Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata PAS Selangor sudah selesai membuat siasatan mengenai isu kerusi DUN Kota Damansara dan sudah menyerahkan laporan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

“Perlu ada siasatan dan bagi orang yang bertindak salah kalau ada kesalahan maka tindakan perlu diambil.

“Apa yang ditimbulkan Shamsul dalam konteks nak jaga setia kawan dalam PAS, PKR, DAP untuk memperkukuh Pakatan dan PAS mampu menerimanya dengan baik,” katanya.

AES di KEDAH - JPJ belum sedia EXCO dah semangat dah nak pasang..!!

JPJ belum sedia laksana AES
Wartawan Sinar Harian
26 Mei 2013
ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah menegaskan bahawa Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) masih belum boleh dilaksanakan di Kedah.

Pengarahnya, Ziki Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak dapat membuat sebarang keputusan berhubung perlaksanaan tersebut kerana perlu persetujuan pelbagai pihak.

“Di peringkat negeri, kita tidak boleh buat sebarang keputusan. Bergantung kepada pihak kementerian sebab kita ada menteri yang baru. Bergantung kepada beliau untuk terus laksanakan AES di negeri ini atau sebaliknya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...